DAMAI 12 - CERITA MEREKA

Romance Series 20333

Aisy, lepas kita kawin nanti awak nak duduk mana?”

“Duduk dekat hati awak la, mana lagi?”

“Amboi sempat kan. Tapi kan Lukh, awak belum habaq dekat mama papa awak lagi kan pasai kita. Macam mana nak kawin.”

“Balik ni Lukh terus bagitau depa, sayang jangan risau kita tetap akan kawin walau apa pun berlaku.”

“Janji tau Lukh, Aisy sayang Lukh sangat.”

“Ya sayang Lukh janji.”

————————————

“Lukhman, mama nak mintak tolong banyak boleh dak?”

“Apa dia ma, Man pun ada benda jugak nak habaq dekat mama. Mama habaq dulu apa nak mintak tolong.”

“Mama nak mintak tolong Man kawin dengan Amrah, mama kesian tengok dia.”

Bammmm! Batu gunung segala terhempap atas kepala Lukhman.

“Tapi mama, Man tak cintakan dia macam mana nak kawin. Lagipun…”

Belum sempat Lukhman menokhtahkan ayatnya, mamanya terlebih dahulu menyambung maksud.

“Tolong jaga dia ja Man, mama mintak sangat. Kalau lepas dia habis belajaq pun Man masih tak cintakan dia Man buat apa Man suka. Mama memang ada janji dengan arwah mak dan ayah Amrah.”

“Tapi bukan Man tak mau ma. Man tak boleh.”

Mama dia seolah tidak memberikan Lukhman pilihan lain. Wajah Aisyah terbayang difikirannya. Aisyah pasti kecewa mendengar perkhabaran yang sangat menyentap jiwa.

“Kamu nak bagitahu apa dekat mama tadi Man.”

“Tak ingat la ma, terkejut sangat dengan permintaan mama tadi.”

“Man setuju la na. Mama nak habaq dekat papa pasai ni.”

“Tapi Man tak mau kenduri, buat yang wajib saja. Itu ja Man mintak.”

“Yala ikut Man la okay.”

Terbayang wajah Amrah dan Aisyah bersilir ganti.

———————————————

“Lukh? Pasai apa muka macam tu. Habaq kat Aisy.”

“Aisy, boleh dak Lukh nak mintak masa dengan Aisy. Lukh janji walau apa jadi Lukh tetap akan kawin dengan Aisy. Boleh Aisy tunggu Lukh?”

“Lukh pasai apa ni, kan Aisy dah habaq memang kita akan bersama walau apa pun jadi. Cuba cerita dengan Aisy”.

“Kalau Lukh habaq Aisy kena janji akan tunggu Lukh. Boleh?”

“Aisy janji.”

“Lukh kena kawin dengan Amrah. Anak kawan baik mama yang baru meninggal tu. Mama mintak tolong jaga dia. Lukh janji hanya akan jaga dia ja.”

Wajah senyum Aisyah hilang. Dia tak mampu menjawab lanjut. Hatinya pedih memekirkan yang kepunyaan dia akan menjadi milik orang lain.

“Er… Aisy macam mana Lukh?”

Suara Aisyah seakan tidak mahu keluar. Tangan menggeletar, kaki seakan tidak memijak tanah. Jantung tidak punya ritma yang tetap lagi. Lukhman menarik tangan Aisyah. Digenggam erat.

“Lukh janji dengan Aisy, Lukh akan kawin dengan Aisy. Nanti Lukh akan cerita semua pada Amrah.”

“Aisy tak boleh nak pikiaq lagi. Jom hantaq Aisy balik dulu.”

“Aisy tolonglah percayakan Lukh.”

“Nanti Aisy pikiaq. Aisy tak sanggup berkongsi kasih.”

“Tak berkongsi, Amrah Lukh anggap macam adik abang ja. Tolong percayakan Lukh. Dia besaq depan Lukh. Memang Lukh tak boleh cintakan dia.”

“Tak pa tak pa jom kita balik dulu. Bagi Aisy masa.”

———————————————

“Abang, Arah mintak maaf sebab abang kena kawin macam ni dengan Arah.”

Hanya Lukhman dan ibu ayahnya memanggil Amrah dengan nama itu.

“Tak pa abang ok ja. Arah fokus belajaq ja dulu. Arah muda lagi jadi abang tak mau Arah jalankan tanggungjawab macam seorang isteri pada abang. Biaq abang ja jalan tanggungjawab pada Arah.”

“Baik abang, terima kasih.”

Masa berlalu layanan Lukhman pada dirinya masih tidak berubah, Amrah tidak perlu sediakan apa-apa untuk Lukhman. Fokus belajar sahaja. Senyuman yang selalu diterima dulu juga hilang bersama ikatan perkahwinan.

“Abang, kalau abang tak cintakan Arah, abang jangan risau tau. Arah pun tak akan jatuh cinta dan buat abang jatuh cinta dengan Arah. Kalau abang ada orang lain pun bagitau Arah ok. Arah akan cuba faham abang.”

Amrah berkali mengulang namun Lukhman yang tidak sanggup memberitahu soal Aisyah pada dia.

————————————

“Kita nikah?”

Setelah 8 bulan mendirikan rumah tangga, Lukhman masih tidak mampu beritahu tentang Aisyah pada Amrah. Lalu dia memilih berkahwin secara diam. Salah memang salah. Namun jiwanya tidak mampu membiarkan Aisyah.

“Tapi Amrah macam mana Lukh, Aisy tak sanggup nak lukakan hati sesiapa.”

“Tapi hati Aisy sendiri macam mana. Hati Lukh?”

“Amrah macam mana Lukh, dia kena tahu hal ni.”

“Dia tengah final exam sekarang ni, Lukh tak sanggup nak habaq lagi.”

“Kalau ikukan bila pun Lukh takkan boleh habaq dekat dia. Aisy takut keluarga kita tak boleh terima Lukh.”

“Kita bagitahu nanti. Boleh kan Aisy?”

“Aisy ikut ja macam mana pun, janji kena bagitau dia dan keluarga kita nanti.”

———————————————————-

Aisyah sedar akan kesalahan dia mengahwini Lukhman, namun mereka saling cinta. Setelah 2 bulan berkahwin mereka menerima berita gembira bahawa bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.

“Abang, Amrah dah tahu ka pasai kita. Sekarang Aisy dah mengandung 2 bulan. Kesian dia kalau dapat tau lambat.”

“Nanti abang bagitau dia.”

Lukhman memang tidak sanggup mahu ceritakan soal Aisyah kepada Amrah. Bimbang gadis itu menerima dengan tidak baik. Namun mengenali diri Amrah dia tahu Amrah akan terima dengan baik. Tapi masih risau. Bukan dia tidak pernah mencuba namun dia risaukan adiknya itu tidak dapat terima.

————————————

“Assalammualaikum ini isteri Encik Lukhman ka ni, kami dari balai polis mahu puan ke hospital mengesahkan mayat suami puan.”

Terduduk Aisyah dengan khabar berita yang sangat meluluhkan jiwa. Amrah kena tahu jugak ni. Dia kuatkan hati menghubungi Amrah. Perutnya diusap. Sedihnya bukan kepalang.

———> ORANGE BORAHAE

* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH.

BORAHAE…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience