DAMAI 23

Romance Series 20333

“Mama, boleh dak kalau Amr tak kawin dengan dia?”

“Habis tu Amr nak dia kawin dengan sapa? Takkan dengan abang. Abang bukan macam Amr tau.”

Amr dah buntu macam mana nak berterus terang dengan ratu hatinya itu. Walau bertubi dia dipanah kata dengan ayat pedih dari mamanya dia tetap berkata baik dengan mamanya, bukan kerana dia anak yang baik tetapi dia tidak mahu mamanya terus menyebut nama abangnya. Susah sungguh mahu buat mamanya faham.

“Abang ada call mama tak hari ni?”

Kali ini Amr sengaja mahu mengumpan kata dari hatinya.

“Call la hari-hari call. Amr yang jarang call mama.”

“Amr kan duduk dengan mama, mesti la Amr tak call mama.”

Ratunya diam. Entah apa yang membuatkan dia sukar menerima hakikat yang abangnya sudah lama meninggal dunia.

“Mama, mau dak Amr bawak mama jumpa dengan seseorang.”

Ratunya diam lagi. Amr tunduk meraih kesabaran. Macam mana dia tidak kagum dengan Amrah. Dia berhadapan dengan banyak kematian dalam hidupnya tapi hari ni dia masih sudi senyum dengan sepenuh hati.

“Mama, nak makan dak Amr nak hidang.”

“Mama, Amr tanya ni.”

“Tak mau lagi, mama tunggu abang balik.”

Amr faham mamanya sedih, namun kenapa hanya abangnya yang di sebut. Papanya langsung dia tidak sebut. Dia teringatkan arwah Arman. Arman kesayangan mama, Arman terpaling pandai, Arman terpaling baik.

Bukan dia tidak sedih dengan kehilangan itu, namun kedukaan yang ratunya tunjukkan lebih dirisaukan. Yang hidup mesti teruskan hidup. Airmata Amr kesat. Sesekali sahaja mamanya menjadi begini. Selebihnya diam. Kadang-kadang menjadi seperti kanak-kanak, lebih tepat lagi seperti arwah abangnya.

————————————

“Amrah, boleh dak awak tolong saya?”

“Boleh la Amr pasai apa yang sampai kena tanya ni.”

Tangan lincah Amrah menyusun barang tanpa memandang Amr disebelahnya.

“Amrah, pandang sini. Boleh dak Amr betoi-betoi nak mintak tolong ni.”

“La… Amr kan saya kata boleh. Awat muka macam saya dah tolak dah. Saya sedih kalau awak tak mau mintak tolong saya.”

“Boleh tolong jumpa ratu hati saya dak?”

“Untuk?”

“Mama dia macam tekanan jiwa. Lepas papa dengan abang meninggal dia tak boleh terima hakikat.”

“Pasai apa awak nak saya jumpa dia Amr?”

“Sebab awak hadapinya dengan baik Amrah. Saya nak sangat mama jumpa awak. Mama macam tak percaya dengan qada dan qadar.”

“Jangan cakap macam tu Amr, setiap orang diberikan ujian yang berbeza, dan cara hadap jugak tak sama.”

“Sebab tu saya kata awak kuat Amrah. Tolong la jumpa dengan mama, please..”

Amr sudah merayu meminta Amrah memahaminya.

“Saya boleh jumpa Amr, tapi awak jangan harap saya boleh buat mama awak pulih kembali.”

“Tak pa awak janji awak sudi jumpa mama. Saya tau sekarang awak serabut macam-macam hal.”

“Ish apa awak cakap macam tu, sama-sama la kita saling bantu. Kan kita kawan baik. Selamanya ingat?”

“Ingat la. Nanti saya bawak awak jumpa mama.”

Dia terdesak disebabkan ratu hatinya mula menyuruhnya berkahwin dengan wanita yang pernah menjadi tunangan Arman. Wanita itu juga sudah lama move on. Amr hanya beberapa kali berjumpa dengan dia. Kini disuruh berkahwin memang tak la jawabnya. Sudah la baru sahaja berjumpa dengan Amrah.

“Hurmmm… Amr saya rasa kena jalan shif pagi ja la lepas ni. Mak cik Esah tak balik lagi.”

“Kan awak habaq dah hari tu. Boleh ja la.”

“Amr, nanti Nia kawin tu kan awak memang tak boleh pi ka?”

“Tak boleh sayang, saya mintak maaf ok. Betul-betul ada hal, nanti saya habaq dekat awak ok?”

Amr teringat tarikh itu sangat-sangat. Dia memang tak boleh nak tukar ke tarikh lain. Dia akan bertunang dengan wanita itu tarikh itu. Nak fikir pun benci. Macam mana nak terus terang dengan Amrah?

“Amr, tu pelanggan mai tu. Meralit ja kan. Hari ni jangankan Rizal, Syah pun tak mai tau. Kita dua ja hari ni. Haih rindula dekat Syah.”

“Hurmmm dekat saya tak jumpa lama rindu pun dak.”

“Mula la tu nak mengungkit. Dah tu pelanggan mai takkan nak biaq cashier kosong.”

“Yala, yala saya pi la ni.”

Lepas dari tu nak sembang pun dah tak sempat sampai la melepasi waktu tengah hari. Baru la reda sikit.”

“Amrah, saya nak rehat sat dekat belakang. Nanti awak gerak saya boleh?”

“Boleh Amr pi la rehat. Sat lagi saya gerak awak.”

Amr terus ke belakang, kepala macam nak pecah. Nak demam ka apa ni. Dia menelan dua biji paracetamol baru dia tidur. Letih dengan keadaan sekarang.

————————————

“Zahara, awak betoi ka nak setuju dengan permintaan mama suruh kita tunang?”

“Tentu la setuju. Kenapa awak tak setuju ka?”

“Saya tak cintakan awak macam mana kita nak kawin macam tu ja.”

“Cinta boleh dipupuk kan. Jadi apa masalah dia, saya rasa tak dak apa kan.”

Zahara dingin dengan Amr, dia tidak peduli dia tetap mahu kawin adik ipar tidak jadinya.

“Mata saya pun awak tak sudi nak pandang macam mana nak kawin ni hmm.”

Zahara yang dia kenal begitu cintakan abangnya.

“Saya lebih cintakan awak dari arwah abang awak. Mama nak kita kawin jadi kita akan kawin. Macam mana pun 19 hb ni tetap awak kena datang rumah.”

Amr semakin serabut, pujuk mama tak berhasil pujuk Zahara pun tidak berhasil. Puas mengeluh. Entah wanita yang dia jumpa semua jenis mengawal hidupnya. Hanya Amrah yang selesakan hatinya. Macam mana dia nak kecewakan wanita itu. Dia terlalu istimewa bagi Amr.

“Saya dah ada seseorang dihati saya ni Zahara. Dah lama saya cintakan dia. Walau dia tak cintakan saya, saya sanggup tunggu dia. Biar dia dah berkahwin atau beranak cucu. Saya akan jadi sahabat yang takkan tinggalkan dia.”

“Jadinya dia kena hadap suami orang la pulak kan. Awak akan jadi suami orang. Saya takkan halang hubungan ‘persahabatan’ awak dengan dia.”

Keluhan berat dilepaskan. Dia sakit hati mengenangkan perlu kecewakan wanita kesayangannya lagi. Dia memang tidak pernah nyatakan namun dia memang dah lama cintakan Amrah. Wanita yang dia pilih dalam hatinya.

“Awak pun perempuan kan Zahara, takkan awak boleh cakap macam ni tanpa rasa apa-apa.”

“Macam saya cakap tadi, dia kena hadap awak sebagai suami orang.”

“Awak mungkin boleh, tapi dia yang saya kenal bukan mcam tu.”

Zahara diam, dia kecewa tidak pernah berjaya memujuk hati Amr untuk terimanya. Dia sayangkan Arman, demi Arman dia akan kahwin dengan Amr. Itu pesanan arwah. Sebab itu dia berkeras mahu teruskan pertunangan yang dihalang keras oleh Amr.

————————————

Amrah menjengok beberapa kali menunggu Amr keluar atau tidak dari bilik tu. Namun sudah hampir sejam lebih masih belum kelihatan.
Dia mengambil keputusan untuk masuk melihat keadaan Amr. Kedai kelihatan sunyi pada waktu sebegini.

“Amr, awak ok ka ni?”

Tiada sahutan dari Amr. Wajah Amr memerah dan berkerut. Amrah mendekati Amr. Dia bertagak mahu memegang dahi Amr atau tidak.

“Ya Allah panasnya dahi dia.”

“Amr, Amr bangun awak. Kita pi klinik mau dak.”

Amr menggeleng. Amrah membantu Amr untuk duduk. Dia lebih risaukan demam Amr. Sentuhan yang dia beri tiada niat apa-apa. Amrah mahu bangun mengambil kain, namun Amr menghalang.

“Sat Amr sat saya mai balik. Saya ambik kain kita demah kepala awak ok.”

Amr mengangguk. Dia melepaskan tangan Amrah. Amrah pantas mengambil kain dan membasahkan untukmdemah didahi Amr.

“Amr sini saya demah kepala awak.”

Amrah meletakkan Amr diatas pahanya. Dia demah dan picit kepala Amr.

“Saya mintak izin pegang awak ya Amr.”

Amr menganguk lagi tanpa membantah, dia suka dimanjakan oleh Amrah begitu. Wanita ini menunjukkan kerisauan yang sangat tinggi.

Kedai diletakkan tanda tutup sehingga Durrah atau Syah datang lagi dua jam. Dia sudah menelefon namun Syah hanya dapat datang dua jam dari sekarang.

“Amrah, saya sayang awak tau. Jangan tinggal saya walau apa pun jadi.”

“Ya Amr, saya pun sayang awak. Jangan risau okay saya ada sini takkan tinggal awak.”

Amrah mengankat kepala Amr dan letak diatas bantal. Dia masih duduk disitu mendemah kepala Amr. Dia membuat pesanan bubur ayam untuk Amr.

“Kejap lagi kita makan lepas tu awak makan ubat ok.”

“Teman saya please Amrah.”

Amr mengambil tangan Amrah dan digengam. Kehangatan tangan Amr dapat dirasakan oleh Amrah. Dia hanya membiarkan.

“Ya saya teman. Jangan risau ok. Macam mana boleh demam ni hmm.”

“Sakit kepala dari semalam lagi. Hari ni ingat boleh mai kerja.”

“Awat tak cuti ja Amr.”

“Kalau cuti awak tak dak nak teman saya. Sini dapat jumpa awak.”

Amr ni demam-demam melalut banyak pulak. Namun Amrah layankan saja. Amr lupa pada masalah yang dia fikirkan tadi. Dia masih memegang tangan Amrah.

“Kita kawin nak dak?”

“Ya nanti kita kawin. Awak sembuh dulu ok.”

“Janji tau.”

“Tak mau janji-janji nanti tak tau masa depan macam mana Amr.”

Amrah hanya iyakan sebab dia tahu tidak benar apa yang Amr katakan saat ini. Masih dia setia menemani Amr disitu. Dia memegang dahi Amr sekali lagi. Wajah Amr dia renung setiap inci. Ini pertama kali dia melihat wajah Amr sebegitu dekat.

“Kalau semua orang emmahami macam awak ni kan Amrah, Amr tak serabut kepala macam ni.”

Mata Amr masih terpejam, hanya lafaz kata yang masih mengalir keluar dari bibirnya. Amrah layankan saja dari tadi. Amrah bangun mengambil pesanan bubur.

“Amr, bangun kita makan ok.”

Amr bangun dan kepala disandarkan dibahu Amrah.

“Amr, macam mana saya nak suap awak kalau duduk macam ni. Duduk tegak ok. Nanti dah lega sikit awak luah apa yang tak kena sampai jadi macam ni.”

Bunyi esakkan dari Amr membuatkan Amrah berpaling memandang Amr.

“Laaa pasai apa ni Amr. Cerita kat saya hmm.”

“Amr tak tahan dah dengan tekanan dari mama. Puas dah Amr buat semua tapi mama tetap nak sebut nama Arman. Tetap Arman yang paling baik, Arman paling dengar cakap, Arman paling ambil peduli pasai mama. Amr nak cemburu pun tak boleh.”

“Pasai apa Amr tak boleh nak cemburu?”

“Sebab Arman dah tak dak kat dunia ni. Macam mana Amr nak terima dibandingkan setiap hari dengan orang yang dah tak dak.”

“Amr lama sangat sabaq kot ni. Macam mana boleh meletup ni.”

“Sebab mama nak paksa Amr kawin dengan bekas tunang abang.”

“Jadi Amr tak mau kawin? Mama tetap paksa Amr?”

“Mama paksa Amr, macam mana Amr nak buat ni Amrah.”

“Kan Amr kata tadi nak kawin dengan saya.”

“Amrahhhhh… jangan la main-main.”

“Yala yala, nanti saya jumpa mama awak ok. Jangan la sedih lagi. Saya ada sini untuk awak.”

Selalunya Amr yang ada untuk dia, hari ni dia nak ada untuk Amr. Kalau nak suruh dia mengaku nak kawin dengan Amr pun dia sanggup demi Amr.

Amrah takkan lari, Amr takkan menghilang. Kalau sahabat selamanya pun selamanyalah. Itu janji kedua hati tu. Kalau hati Amr dipertaruhkan, Amrah yang akan memajakknya bukan yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience