DAMAI 3 - SIAPA TAHU

Romance Series 20333

Amr terpana dengan jarak yang Amrah letak antara dia dan Amrah. Dia harap sangat Amrah tahu dia ni siapa. Namun biarlah, mereka sudah lama tidak berjumpa. Amrah pun sudah punya keluarga. Niatnya tiada lain melainkan mahu terus berada dengan Amrah dengan dekat sahaja.

Mahu tahu kisahnya yang terbejat 5tahun lalu akan terurai satu persatu. Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa Amrah pulang? Bukankah dia sudah berpindah ke Selangor. Semua itu seakan jeritan dalam benak Amr.

Lepas berkahwin Amrah terus berpindah ke Selangor. Amr langsung tak berpeluang jumpa atau bertanya apa-apa. Amr cuba telefon tapi Amrah tukar nombor telefon.

Masa berlalu Amr juga tidak pernah berjumpa dengan Amrah lagi sejak itu. Jika ada yang melihat mereka sesiapa pun akan tahu bahawa mereka sangat rapat. Kawan baik azali mereka ni. Dari tingkatan 2 hingga tinggatan 6.

Amr tersentak saat mendengar bunyi loceng pintu tanda ada pelanggan yang masuk. Amr menunggu hingga pelanggan itu habis membeli dan membuat bayaran.

Masa berlalu dan Amrah muncul selepas setengah jam sahaja. Amr pelik kenapa sekejap sangat Amrah keluar. Mujurlah sewaktu ketiadaan Amrah tadi pelanggan tidak ramai. Yang membeli pun hanya satu atau dua barang sahaja.

“Awat sat sangat keluaq Amrah?”. Amr bertanya kepada Amrah.

“Saya pergi solat dan makan sat terus masuk, takut En.Pengurus kelam kabut sebab baru hari pertama hari ni”. Amrah senyum, belum mengenakan pelitup muka.

Amrah teringin melihat disebalik pelitup muka Amr tu. Kalau benar itu Amr dia dahulu, pasti Amrah akan menangis dan ceritakan segala perjalanan hidupnya tanpa Amr selama ni. Dah kahwin atau belum lelaki itu.

“Kenapa awak panggil saya En.Pengurus, kan saya dah bagitau panggil ja Amr”.

Amr masih mencuba nasib untuk berbaik dengan Amrah. Entah kenapalah dia masih mencuba tanpa jemu.

Kan mudah kalau dia buka saja pelitup muka tu dan bagitahu Amrah bahawa dialah Amr kawan baik Amrah dulu. Dan dia juga mahu menjerit pada Amrah bagitahu yang aku tak kisah kau dah kahwin, aku cuma nak tengok kau bahagia sahaja. Aku nak kita macam dulu.

“Maaf En.Pengurus, saya belum biasa. Nanti bila saya biasa saya akan panggil En.Pengurus dengan panggilan tu”.

Amrah akhirnya sudah mahu bersuara. Tidak hanya diam melakukan kerja tanpa menjawab apa juga pertanyaan dari Amr.

Nama itu seolah keramat baginya untuk teruskan setiap bait dengan panggilan yang dia panggil pada sahabat dia dulu.

IMBAS SEMASA AMRAH DAN AMR BERMULA RAPAT TINGKATAN 2

“Mana la si Julia ni. Harap la dia cari aku dekat sini.”

Amrah gelisah menunggu kalau-kalau Julia atau sesiapa sahaja kawan perempuan yang lalu disini. Namun hampa.

Kelibat Amr terlihat dari jauh, harapan biarlah dia lalu sini. Mujur Amr lalu. Malu pun malu la, tanya ja la dulu.

“Amr, awak boleh tolong saya dak?”. Amrah masih malu namun selalu balik naik bas sama dengan Amr.

“Wei, awat muka awak macam ni Amrah, bagitau apa aku boleh tolong?”.

Amr terkejut sebenarnya bertembung dengan Amrah ditepi tangga hujung ni. Amr melihat Amrah memegang perutnya.

“Awak boleh tolong panggil Julia tak?”.

Harap-harap sangat Julia masih belum pulang lagi.

“Awak tau dak sekarang ni tinggal berapa orang ja kat sekolah, hari ni kelas kita ja ada kelas sampai pukul 3.00ptg.”

Amr pun patah balik sebab dia ada barang tertinggal, sebab tu dia patah balik dan nak ketandas. Tak sangka berjumpa dengan Amrah hujung sini.

Amrah seolah-olah hilang arah saat ni. Macam mana nak buat ni baju dia mesti ada tanda merah sekarang ni. Takkan nak bagitahu Amr kot. Malu gila wei.

“Awak bagitahu ja kat saya dan saya akan tolong apa saja”.

Amr tak sanggup berlama, khuatir hanya dia dan Amrah sahaja yang tinggal disekolah.

“Awak tolong ambilkan bag sekolah saya ada dalam kelas”. Amrah terpaksa menyuruh Amr.

“Okay saya pergi sekarang, awak tunggu sat”.

Amr pantas berlari menuju kekelas mereka. Benda penting apa la yang Amrah sembunyikan.

Beberapa minit kemudian muncul kembali Amr.

“Nah Amrah, awak okay dak ni?. Nak saya tunggu awak dak?”.

Amr masih bertanya. Bimbang Amrah keseorangan.

“Eh, takpa awak pi ja dulu, saya okay”.

Tolong la pergi Amr, aku malu la nak balik nanti kalau kau nampak baju aku nanti. Tak terluah, tersekat dalam hati sahaja kata-kata itu.

Amrah segera masuk kedalam tandas untuk selesaikan urusannya itu. Usai sahaja urusan dia keluar untuk basuh sedikit bajunya agar tidak jelas kelihatan. Dia harus segera pulang bimbang nanti lewat sampai kerumah. Jarak perjalanan kerumah jika berjalan kaki mungkin hampir 40minit. Dia dah terlepas trip bas tadi.

“Amr, awat awak masih kat sini?”.

Amrah terkejut melihat Amr masih disitu.

“Saya tunggu awak la, nanti awak tinggal sorang diri, kita balik sama okay?”.

Amr sebenarnya sudah dapat tangkap kenapa Amrah malu nak cakap kepadanya tadi. Dia punya kakak jadinya dia faham.

“Saya..malu la Amr, kalau awak masih ada sini saya nak balik lagi malu la saya”.

Amrah sedayanya tak mahu memandang wajah Amr. Malu sangat.

“Amrah, saya faham Amrah. Kak long aku pernah jadi macam awak ni.”

Amr menanggalkan baju sekolahnya dan berikan kepada Amrah untuk diikat pada pinggang Amrah. Amr masih ada baju putih didalam.

“Nah, awak pakai ni kat pinggang awak. Supaya kita boleh balik segera. Dah lewat sangat ni tau dekat pukul empat dah”.

Amrah lagi sekali terkejut.

“Kotor nanti baju awak ni, jangan macam-macam Amr benda ni kotor tau.”

Amrah tidak selesa dengan keprihatinan yang Amr tunjuk padanya.

Amr segera ikatkan pada pinggang Amrah. Supaya boleh lekas pulang. Takut berlama dengan Amrah nanti pak cik pengawal tuduh mereka yang bukan-bukan.

“Amr awak ni…okay jom balik.”

Akhirnya Amrah akur dalam malu.

“Awak tahu tak Amrah, baju saya pun bukan bersih sangat, saya pakai dah dua hari.”

Baru sahaja memulakan langkah Amr dah mula buat lawak.

“Haah saya tahu, busuk gila bau baju awak ni.”

Padahal tak ada pun bau, sengaja Amrah mengusik Amr kembali.

Amrah tersenyum sepanjang berjalan balik, Amr tak henti bergurau hingga Amrah lupa malunya tadi. Sejak itu lah mereka berdua mula baik. Ketawa mereka tak henti-henti. Amr usik Amrah, Amrah usik Amr. Sejak itu lah mereka mula rapat.

WAKTU SEKARANG

Amrah tersenyum mengenangkan Amr, mereka sangat akrab sejak itu. Setiap kali ada sesiapa yang mahu mendekati Amrah mereka tidak jadi kerana menyangka Amrah adalah kepunyaan Amr. Amrah juga jadi kurang malu dengan Amr.

Setiap kali terkenangkan kenangan pertama mereka boleh baik memang lucu sangat.

Kalaulah En.Pengurus tu memang Amr dia kan bagus. Dapat juga dia jumpa balik dengan sahabat baik azalinya itu.

Tapi kalau Amr dah kahwin, mereka hanya boleh kawan macam biasa saja. Tak boleh rapat macam dulu lagi.

Tangan Amrah ligat membuat kerja. Waktu bekerja akan tamat lagi dua jam.

Telefon bimbit Amrah bergetar, pesanan dari Mak Cik Esah.

‘Amrah, mak cik masak hari ni ya, Amrah tak payah beli apa-apa tau. Aisy pun makan dah tadi.’ - Mak Cik Esah

‘Baik mak cik.’ - Amrah

Sedang leka Amrah menyusun barang, Amr datang disebelah Amrah. Diam sahaja sampai Amrah jadi pelik.

“Ya En.Pengurus ada apa-apa saya boleh tolong?”

Amrah berhenti menyusun barang dan memandang Amr.

“Errr.. saya nak tanya, awak tahu tak dekat mana ..”

“Mana?”..

“Mana saya letak bag saya tadi.”

Amr malu sendiri, dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara. Amrah terlalu diam. Kemana la hilang Amrah dia.

“Ada dekat dalam bilik rehat belakang tu Encik.”

“Okay,okay terima kasih Amrah.”

Dengan ayat tu sahaja Amr berlalu kebelakang. Dia mengutuk dirinya sendiri kerana menjadi gagap sebentar tadi.

———> ORANGE BORAHAE

* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH.

BORAHAE…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience