Kita jumpa petang ni, dalam pukui 2. Kalau boleh berdekatan dengan tempat kerja aku’ - Amrah
‘Baik, nanti bagitau kedai nama apa.’- Faizal
Amrah merasa kurang sedikit bebenan diri, dia berjaya mencari ruang untuk berjumpa dengan Faizal. Dia perlukan kekuatan yang maksima kala ini.
Setelah beberapa hari dia membiarkan sms lelaki itu tergantung, akhirnya dia memilih untuk menjawab, memandangkan dia cuti pada hari ini.
“Assalammualaikum Amr.”
“Wasalam Amrah, awak ok ka ni?”
“Petang ni saya nak jumpa dengan Faizal tau. Awak tunggu nanti saya call awak lepas jumpa dengan dia ok?”
“Tak mau bagi saya ikut?”
Amrah diam, Amr sabar menunggu jawapan.
“Awak teman saya tapi tunggu dalam kereta boleh?”
Amrah sememangnya telefon untuk mendengar ucapan itu. Amr pula sebenarnya lega sekurangnya Amrah telefon dia memberitahu hal sebegitu.
“Boleh la, pukul berapa awak janji dengan dia?”
“Saya janji pukul 2. Lepas zohor awak ambik saya ya?”
Amr senyum, dia dah lama tak melihat sisi Amrah yang ini. Sisi yang terjadi semasa dia datang bulan dulu. Wanita ini sangat susah mahu meminta bantuan, tambahan dengan dugaan hidupnya membuatkan dia bertambah susah meminta tolong pada orang.
———————————-
Seperti yang dijanjikan Amr sampai tepat jam 1.40 petang. Entah kenapa Amrah rasa sangat gelabah untuk berjumpa dengan Faizal pada hari ini.
“Awak ok ka ni, sat lagi nak jumpa dia awak nak saya teman dak?”
“Tak yah kota rasanya Amr, saya masuk jumpa dia sorang dulu ok?”
“Kalau itu kata awak saya tunggu luaq ja la.”
“Amr, nanti saya nak pi kenduri kawin Nia, awak ikut saya boleh?”
“Err bila tu?”
“19 hari bulan ni.”
Entah kenapa Amrah mahu ditemani oleh Amr.
“Saya ada hal la masa tu Amrah, awak ok ka pi sendiri.”
“Ohhh tak tak saya ok ja, saja ajak awak teman.”
Amrah jauh hati dengan penolakkan segera oleh Amr. Dia malu sebenarnya. Amr bukan sengaja mahu menolak tetapi sememangnya tarikh yang disebut dia ada hal yang sangat tak dapat dielakkan. Tarikh yang dia akan ingati sangat-sangat.
“Amrah, ingat dak saya habaq walau apa jadi saya takkan berubah. Saya tetap dengan awak.”
“Saya ingat Amr. Kalau awak berubah pun saya faham Amr sebab kita tak tau dengan masa depan. Entah-entah esok lusa awak ada girlfriend ka kan.”
Amr terdiam. Dia tidak mahu lagi berpisah seperti dulu lagi dengan Amrah. Macam mana dia mahu berterus terang dengan Amrah akan semua perkara.
“Amrah, ingat tau nanti walau apa jadi awak dengan saya tetap kawan tau, sampai tua.”
“Iya Amr, pasai apa ni macam pelik ja dari tadi sebut macam tu, saya nak keluaq dah ni jumpa Faizal. Awak tunggu sini tau.”
Keluhan halus dilepaskan oleh Amr. Susahnya nak berterus terang dengan dia ni.
“Okay… “
Lemah sahaja nada Amr. Entah apa yang dia sembunyikan Amrah pun tidak tahu.
Kelibat Faizal masih belum kelihatan, Amrah duduk dahulu sementara menunggu. Hampir 10minit menunggu baru kelibat lelakiitu kelihatan.
“Assalammualaikum Amrah, sory wei aku ada kerja tadi ni.”
“La awat hang tak habaq kalau dak boleh tangguh dulu.”
“Kalau hang tangguh dulu la, kalau hang tak jadi teruih lagi naya.”
“Sooo apa yang hang nak bincang dengan aku ni.”
Amrah tidak sabar mahu ke topik utama bagi tujuan mereka berjumpa.
“Amboiii hang tak sabaq sungguh. Aisy sekolah ka hari ni?”
“Sekolah hari ni, tak sabaq la hang kan sibuk.”
“Ummi mungkin nak ambik Aisy dari hang Amrah.”
Tenang, perkara itu memang sudah dapat dijangka. Amrah melepaskan keluhan berat.
“Ummi hang ada hak Faizal. Aku yang tak dak hak. Memang Aisy tu darah dagung hampa pun. Dengan aku setitik darah pun takdak kena mengena.”
Suara Amrah rendah,menahan rasa. Dia tahu dia kalah dalam perihal ni.
“Pasai apa hang tak dak hak, hang yang jaga dia masa kami tak peduli pasai dia. Hang mak tiri dia tau.”
“Hak sebagai insan dengan sebagai mak tiri apa sangat nak banding dengan hubungan bapa saudara dengan nenek ni.”
“Hang nak mengalah ka, kalau ummi bawak pi mahkamah hang tak boleh menang tau Amrah, pandang aku sini Amrah.”
Amrah dari tadi seolah tak sudi memandang Faizal.
“Aku tau pasai benda tu, masalah dia aku memang takkan benarkan Aisy direbut dimahkamah. Kalau ummi hang bawak pi mahkamah aku memang akan mengalah. Aku tak sanggup tengok dia terpinga-pinga tak tau apa tiba-tiba kena paksa ikut orang yang dia baru tau kewujudan.”
“Tu yang aku nak bincang ni dengan hang.”
“Memang tak dak jalan lain dah kan.”
“Ada Amrah, itu pun kalau hang sudi.”
“Apa dia tu?”
Amrah dah cuak dah dengar sudi bagai.
“Kawin dengan aku.”
Bammmm, Amrah memanggung kepalanya mencari anak mata lelaki berkulit putih itu. Dia mencari kesungguhan dalam kata-kata itu.
“Kawin? Macam main masak-masak?”
Amrah tidak jadi menghirup air limau suam. Dia meletakkan semua air tersebut. Terkejut dengan kata-kata tak masuk akal dari Fazail.
“Bukan, Amrah hang tau kan aku memang suka dekat hang dah lama. Jadi aku rasa tak dak masalah kalau kita kawin.”
“Hang suka dekat aku?”
Apa benda yang dia merepek ni, perkara yang dilafazkan seolah ‘Amrah jom main masak-masak’. Padahal mengajak dia membina rumah tangga.
“Takkan hang tak perasan aku suka dekat hang dah lama. Amr pun tau agaknya.”
“Aku tak boleh hadam lagi, tak sangka sejauh tu hang pikiaq.”
“Hang pkiaq la dulu Amrah, cinta boleh dipupuk kemudian.”
“Huh.. mudah hang cakap kan. Aku dah pernah rasa kawin dengan orang yang tak cintakan aku. Nantilah aku pikiaq dulu. Jodoh ni bukan ditangan kita. Kita nak kawin esok pun kalau bukan jodoh tetap tak jadi.”
Begitulah sikap Amrah, memang tak dapat sangkal kalau hujah terakhir dia berikan.
“Aku tau benda ni, tapi aku tak boleh pikiaq dah jalan lain.”
“Aku balik dulu.”
“Sat Amrah, ni aku ada beli baju untuk Aisy. Nanti hang bagi untuk dia sat.”
Amrah ambil beg pakaian itu tanpa banyak ulah. Tiada sebab dia mahu menolak.
—————————————
Amr gelisah menunggu diluar. Terasa mahu sahaja dia masuk kedalam namun kelibat Amrah keluar mematikan tindakkan dia. Wajahnyan bertukar lega. Namun wajah ketat Amrah merisaukan Amr.
“Hai, awat yang muka masam ja ni Amrah.”
“Amr, awak ada masa dak nak bawak saya pi bukit kita tu. Lama tak pi.”
Amrah tidak lupa melihat sekilas jam untuk memastikan dia ada masak untuk berpatah balik mengambil Aisy. Amr juga melihat jam tangan.
“Boleh, kita pi sana okay. Awak okay dak ni?”
“Saya tak tau nak okay ka dak.”
Dalam perjalanan kesana Amrah memejamkan mata berfikir tanpa berbicara dengan Amr. Amr beberapa kali mengalih pandangan ke arah Amrah namun wanita itu kekal begitu.
“Amrah, saya beli makanan sat okay.”
Diam, Amrah tidak menjawab terlena barangkali. Wajah itu tidak manis. Amr menyambung semula perjalanan mereka. Sekejap sahaja sudah sampai dan Amrah masih terlena.
“Dah nak sampai ka Amr?”
Hampir 10minit baru Amrah terjaga dari lena yang tidak nyenyak.
“Sampai dah dari tadi. Awak lena saya tak gerak la.”
Amrah keluar dari kereta dan tereus menuju ke hujung bukit, dia menjerit sekuat hati melepaskan rasa sakit dalam hati. Pedih tangkai hati dia saat ini. Aisy direbut oleh orang yang tidak pernah pedulikan dia sebelum ni.
“Amrah, awak okay dak ni.”
Amr masih menanti Amrah meluahkan apa punca dia berkeadaan sebegitu.
“Amr, Faizal ajak saya kawin.”
“Awak biaq betoi Amrah, takkan dia ajak awak kawin. Pasai apa tiba-tiba dia nak kawin dengan awak pulak.”
Amr seakan tak puas hati, terasa menyesal memberikan nombor telefon Amrah kepada dia. Dia tidak dapat menipu perasaan terkejut dia kala ini.
“Dia kata tu ja jalan dia tak mau bawak hal pi mahkamah. Ummi dia nak ambik Aisy.”
“Awak cakap apa?”
“Saya kata nak pikaiq dulu, saya takkan benarkan Aisy direbut dimahkamah Amr. Awak tahu kan saya ada dia ja.”
Amr bernafas dengan kasar. Dia rasakan seolah Faizal mengkhianatinya. Atas sebab apa hatinya sahaja yang tahu. Dirasakan dirinya yang punya rahsia lebih besar, namun permintaan kawannya itu lebih mnegujutkan. Dia langsung tidak menyangka.
“Jadi awak rasa nak kawin dengan dia ka, sebab tu awak tak menolak secara terus?”
“Awak marah saya ka ni Amr. Saya ingat kalau cerita dengan awak mesti awak akan nasihatkan saya untuk buat keputusan dengan betoi.”
“Saya tak marah Amrah, awak nak dengaq apa sebenaqnya. Saya tak boleh nak hadam sebab ni soal Aisy, dan saya nak tau betoi ka ni ja jalan dia. Awak kena cuba pujuk ummi dia dulu rasanya mungkin ada jalan lain yang lebih baik.”
Suara Amr kendur kembali, dia hampir terlupa untuk menenangkan hati Amrah. Dia dikuasai rasa marah secara tiba-tiba.
“Ya saya tau Amr, saya nak cuba jalan lain dulu. Jodoh ni bukan ditangan kita Amr, kita mampu merancang sahaja. Dan awak tahu kan saya tak mungkin akan kawin lagi kalau bukan dengan alasan saling cinta dan lelaki itu harus tahu saya ada Aisy.”
Amrah baru terfikirkan jalan lain. Apabila dia bertenang jalan lain mula terbuka dengan jelas. Tadi dia rasakan seolah terima sahaja lamaran Faizal tadi lebih mudah. Mujur sahaja dia masih mahu berfikir.
“Ya betoi tu, cari la yang dapat bahagiakan awak Amrah. Saya nak tengok awak bahagia dan disayangi. Saya nak temgok sapa mampu sayang awak lebih dari saya.”
“Awak nanti dah kawin pun tak sayang saya macam sekarang dah.”
“Mana awak tau, entah-entah jodoh kita berdua kan. Kan jodoh awak cakap tadi.”
“Saya sayang hubungan persahabatan kita ni Amr. Andai kitaada jodoh atau tidak saya nak kekalkan hubungan sahabat ni.”
“Hai…takkan jadi suami isteri nak jadi sahabat ja.”
“Ishhh dah la Amr tak mau cakap dah pasai benda ni. Melalut ja tau, dah la orang dok serabut.”
Amrah sudah sudi senyum setelah hatinya mampu memilih lebih banyak jalan lain. Dia akan usahkan juga jalan yang lebih baik.
Jalan apa yang akan wanita tabah ini pilih. Mampukah dia kekalkan Aisy disisinya. Apabila dengan Aisy dia menjadi tidak mampu berfikir secara rasional.
Share this novel