Amr sampai dirumah hampir jam 8.00 malam. Paling kurang dia dengan mamanya harus keluar sebelum jam 8.30 malam. Amr sayu melihat mamanya merenung keluar seolah jauh benar lamunannya kala ini.
“Mama, dah siap ka janji nak pi tengok minions kan petang ni.”
Amr melihat ibunya termenung tanpa bersiap. Apa saja yang difikirkan oleh ibunya itu.
“Amr, dah balik keja ka, lama mama tunggu Amr. Ingat tak jadi pi tadi. Abang mana Arm?”
“Errr, abang tak balik lagi. Mama pi siap cepat. Lepas solat kita teruih keluaq.”
“Abang tak ikut sekali ka Amr.”
Mamanya masih tak putus asa menyebut perihal si abang. Amr terkadang sudah tidak tahu mahu memberikan alasan apa lagi jika mamanya menyebiut soal si abang.
“Abang tak ikut ma, mama siap ya Amr nak mandi sat.”
“Okay sayang.”
Mamanya masih merenung keluar. Seolah enggan beralih pandang. Apa sahaja dalam benak mamanya. Ingin sekali Amr selami. Risau mahu bertanya soal papanya, bimbang akan menambah pedih dihati mama. Amr juga risau mahu sebut hal sebenar mengenai abangnya. Mama seolah hilang bersama dengan abangnya.
Amr turun segera usai menunaikan solat dan mandi. Dia melihat mamanya dah siap. Cepat pula ratu hatinya itu bersiap. Mama maih cantik walau sudah menjengah ke usia 50 an.
“Jom mama, dah siap dah ka. Segaknya ratu Amr ni.”
Amr memegang tangan mamanya. Mama menepis. Mama malu.
“Amr ni buat mama macam budak-budak pulak kan. Jom cepat nanti tak dan nak tengok.”
Eh, tiba-tiba mama pulak yang terlebih kalut. Tadi macam mahu tak mahu saja lagaknya.
Tepat jam 8.55 malam mereka sampai di depan panggung wayang. Amr segera mengambil pop corn dan air. Wajib tu.
“Ibu, cepat beli tiket, adik dah tak sabaq ni.”
“Ya, ibu nak beli ni.”
Amr memandang kedua beranak yang tidak dikenali itu lantas teringatkan Amrah dan Aisy. Kesian Aisy masam mencuka mendengar dia mahu menonton Minios hari ni.
“Jom sayang, mama dah tak sabar ni. Dah nyala lampu tu.”
Apa punya pelik mamanya ni suka sangat dengan Minions. Semua mamanya dah tengok. Jiwa muda sungguh. Amr hanya geleng kepala melihat telatah ratu hatinya itu. Mamanya hanya punya dia.
—————————————————-
Pagi itu Amrah terjaga jam 3.00 pagi. Sakit perut yang tak boleh bawak bincang. Hampir tiap bulan namun sesekali sakit perempuan dia ni datang sesekali akan terasa memulas begini.
Amrah tiba dikedai awal dari biasa. Makanan yang dibelinya juga seperti biasa. Namun yang lainnya hari ni dia langsung tidak menegur sesiapa. Durrah dan Shah pelik memandang Amrah.
“Kak, Assalammualaikum…pasai apa bermuram durja. Katakan pada diri ini.”
Shah sengaja mengusik Amrah. Melihat wajah mencuka berkerut milik Amrah, Durrah dah faham. Sah bendera merah dia hari ni. First day. Matilah Amr hari ni. Namun Amrah langsung tak jawab. Dalam hati sahaja menjawab salam pun.
“Shah, jangan kacau kakak kau tu. Kejap lagi hang nanti kena bebai akak tak tau. Jangan diusik. Makan diam-diam habiskan kerja pastu cakap ja terima kasih terus balik tau.”
“Baik kak.”
Risau pulak nak berlebihan bila dengar amaran dari Durrah macam tu. Durrah lebih risaukan Amrah. Dia kalau datang bulan pitam pun boleh tu. Emosi boleh gagah tu jadi Hulk.
“Durrah, aku nak muntah.”
Durrah segera pergi kepada Amrah, tak jadi makan nasi lemak yang dibawa Amrah.
“Ermmm, kau…hang…kau…okay dak ni. Nak aku stayback ka macam mana, ka nak aku panggil Rizal mai keja hari ni.”
Berterabur dah ayat dari Durrah pun.
“Aku okay, hang tolong bayaq sat minyak cap kapak satu dengan panadol menstrual tu kat aku. Tak tahan dah ni.”
Amrah berbisik kepada Durrah. Tidak mahu sampai didengari oleh Amr.
“Hang betoi ka okay ni? Tunggu sat aku ambik ayaq dengan panadol. Pasai apa la gagah mai jugak dah tau hari pertama hg selalu macam ni.”
“Takkan tiap bulan mai nak kena cuti kot.”
“Bukan tiap bulan hang mai bulan sakit perut macam ni. Kalau sakit sungguh rehat ja la kan.”
“Memang la, tapi sat lagi okay la ni. Hang nak tolong ka dak?”
Dalam pada sakit boleh pulak melawan cakap lagi. Durrah segera bawakkan air dan panadol untuk Amrah. Amrah segera berlari ketandas memuntahkan segala angin dan air. Panadol sekali terjun bersama muntah. Amr melihat namun segera memahami. Durrah longgarkan pin tudung Amrah.
“Ni sebab awak tak makan Amrah, mari sini makan roti ka apa dulu baru telan ubat tu.”
Bam! Amr muncul memberikan nasihat yang mengundang derita. Amrah memandang tepat mata Amr. Matanya merah seolah menunggu untuk meletup. Namun dia tak jadi. Ada pelanggan masuk.
Amrah menjamah roti yang diletakkan Amr tadi. Hari ini memang dia tidak beli nasi untuk dirinya. Dia segera telan ubat dan bertenang sejenak. Durrah dah selesai makan nasik lemak tadi. Sepantas kilat dia menelan.
“Rasa nak muntah lagi dak?”
“Dak dah. Aku dah makan roti, hang jangan risau la aku okay.”
“Okay hang rehat 20minit ka, kalau okay baru pi buat kerja tau.
“Ya…aku tau. Durrah hang pi balik dulu. Aku dah telan ubat sat lagi aku ok.”
“Apa-apa hang telefon aku tau. Kalau hang nak aku stay aku boleh stay.”
“Jangan nak gila hang keja malam dah berapa hari dah. Stay lagi petang ni hang bawak mak hang pi hospital lagi. Jangan nak mengarut.”
“Okay, aku pi dulu. Tapi apa-apa hang call aku tau.”
“Ya…baik. Dah pi.”
“Arm, tolong tengok Amrah sama na. Apa-apa hal call saya.”
“Paham… jangan risau Durrah boleh balik dulu.”
Amrah masih duduk di sofa bed dibilik belakang. Bimbang kerana Amr kerja seorang diri. Sakit perut berkurang sedikit namun masih membunuh kudrat Amrah untuk bangun. Amrah sandarkan kepalanya kedinding. Mata ingin sekali dipejam. Matanya ditutup cuba meraih kekuatan untuk bangun. Namun matanya menderhaka padanya.
“Awak okay dak ni Amrah. Baring la sat. Sat lagi baru bangun buat keja. Saya okay ja sorang-sorang. Sat lagi sejam dua saya gerak awak.”
Amr melabuhkan punggungnya disebelah Amrah. Amrah diam tidak membalas. Mata Amrah terpejam.
“La…tidoq rupanya.”
Amr merenung wajah Amrah yang masih pucat. Kepala Amrah yang hampir lentok dipegang. Wajah Amrah dekat dengan wajahnya. Namun hanya rasa sayu yang hadir saat dia memamah wajah itu. Rindu akan keceriaan dia, rindu akan senda gurau dia, rindu pada luahan perasaan bersama dia, rindu segalanya.
Wajah itu menyimpan sejuta kisah yang belum sempat Amr gali. Amr janji pada dirinya dia tak akan pernah tinggalkan Amrah lagi. Biar Amrah berkahwin dan punya cucu sekali pun. Kepala Amrah masih dipegang. Nyenyak sekali tidur Amrah.
Amr tersedar dari lamunan disaat dia mendengar loceng pintu dibuka. Amr segera meletakkan Amrah diatas sofa dan meletakkan Amrah pada kedudukan yang lebih selesa. Lenanya sangat pulas.
Dua jam berlalu Amr datang semula memeriksa Amrah. Wajah itu semakin memerah. Mungkin sudah kurang sakitnya. Baru sahaja mahu berlalu terasa tangannya diraih. Dia memandang sekali lagi wajah Amrah.
“Amr… aku rindu hang…”
Air mata Amrah mengalir namun matanya masih terpejam. Rasa bersalah menuduh Amrah langsung tidak rindukan dirinya kembali dihati Amr. Tangan Amr semakin kuat digengam. Amr juga tiada niat untuk melepaskan tangan itu.
“Abang lepaskan saya…”
Arm mengerutkan dahinya. Semakin tidak faham dengan kata-kata yang keluar dari bibir Amrah. Belum sempat Amr menarik tangannya Amrah terjaga. Tangan masih dalam genggaman Amr. Mata mereka bertentang namun jelas Amrah dalam tanda tanya.
“Awak yang pegang, mamai masa tidoq. Jangan pikoiaq bukan-bukan. Awak okay dah ka ni?”
Amr segera menjawab walau Amrah belum bertanya. Amrah melepaskan tangan Amr. Amr ambil nasi yang dibelikan Amrah tadi dan baru nak mula makan.
“Dah ok sikit. Awak baru nak makan ka ni?”
“Haah tadi tak lapaq. Awak nak makan ka?”
“Dak kot. Saya nak pi buat kerja. Awak makan la dulu.”
Masih segan dengan situasi tadi Amrah bangun perlahan dan membetulkan tudungnya yang pin sudah dibuka oleh Durrah tadi. Selesai membasuh muka Amrah keluar untuk membuat kerja, namun semua sudah siap dilakukan Amr.
“Tadi tak ramai pelanggan. Sempat siapkan semua.”
Belum sempat Amrah bertanya sekali lagi Amr memintas dengan jawapan. Padahal tadi macam ribut dia buat kerja. Berlari kesana-sini menyusun barang untuk waktu kemuncak tengah hari.
“Lain kali awak kena makan dulu baru makan ubat. Jangan terus makan. Sebab tu muntah. Masih sakit lagi perut tu dak?”
“Tak sakit dah. Sory tau Amr saya tidoq lama macam tu. Kesian kat awak buat kerja sorang. Sory sangat.”
“Apa ni Amrah cakap lagu tu. Ni masa awak sakit. Lain kali kedepan kita tak tau lagi. Dah jangan banyak pikiaq. Buat keja yang simple ja hari ni ok. Jangan pikiaq yang bukan-bukan.”
Amrah tersenyum. Masih lemah senyuman itu. Sakit perut masih ada. Namun kurang dari awal tadi.
———> ORANGE BORAHAE
* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH.
BORAHAE…
Share this novel