Masrina tak boleh berhenti memikirkan Inspektor Firdaus.
Malam itu, dia duduk di biliknya, teringat pertemuan siang tadi—mata tajam Firdaus yang seolah-olah mampu membaca hatinya dan senyuman sinis yang terlalu lama terukir di bibirnya.
Siapa dia sebenarnya?
Masrina menggeleng, cuba fokus pada buku lukisannya. Tapi penselnya bergerak sendiri. Tanpa sedar, dia melakar seorang lelaki bertubuh tegap dengan ekspresi yang sukar ditafsirkan.
Ketukan di pintu mengejutkannya.
"Masrina, tolong kemas tempat makan!" panggil ibunya.
"Ya, jappp turun!" jawab Masrina, tergesa-gesa menyembunyikan buku lakaran di bawah katil dan menuju ke ruang makan.
Ayahnya sedang duduk di meja makan, membaca fail.
"Masih banyak kes di balai ke, ayah?" tanya Masrina, cuba berbual mesra.
"Banyak sangat. Nasib baik ada inspektor baru, kurang sikit beban," jawab ayahnya.
"Harap-harap begitulah, tak larat tengok awak bawa balik kerja, especially kalau kes berat. Takut Masliza nampak."
Ibu Masrina ambil kesempatan untuk mengeluh tentang suaminya.
"Inspektor baru tu... siapa nama dia, ayah?" tanya Masrina, jantungnya berdegup kencang.
"Firdaus Mokhtar. Baru dipindahkan dari balai bandar. Tak berapa berpengalaman, tapi dia harap dapat belajar lebih banyak di sini," jawab ayahnya.
Masrina berdebar.
Inspektor Firdaus Mokhtar.. nama itu menggambarkan dirinya—tegas, berwibawa, handsome.
"Along jumpa dia hari tu, ibu," kata Masrina, memberitahu ibunya.
"Oh ye?" ibu mengangkat kening.
"Anak awak buat kecoh, buat aduan kena rompak," ayahnya ketawa kecil.
Ibu berhenti menyenduk nasi. "Apa? Kena rompak? Dekat mana tu?"
"Err… depan balai. Tapi tak serius," jawab Masrina, menggigit bibir.
"Kau biar betul, Along? Jangan memandai buat cerita, nanti Inspektor baru tu sumbat masuk lokap," ibu menjeling dengan amaran.
"Inspektor tu dah tahu pun, sebenarnya satu balai dah tahu," kata ayahnya sambil ketawa.
"Tapi Firdaus ni sabar, lebih sabar daripada saya kalau berdepan dengan orang perangai macam anak awak ni."
"Siapa tu Firdosh?" tanya Masliza, adik Masrina yang baru tujuh tahun.
"Firdaus. Inspektor Firdaus, kakak kamu ni mengusik dia," ibu membetulkan sambil tersenyum.
"Dia Polis ke? Macam ayah?" tanya Masliza lagi, ingin tahu.
"Dia... inspektor baru kat balai," jawab Masrina perlahan.
"Handsome tak?" tanya Masliza.
Masrina tersedak sedikit.
"Adik, makan jelah. Tak payah sibuk," balas Masrina, menjegilkan mata.
Masliza mengekek ketawa sebelum kembali makan, senyum nakal di wajahnya.
Eh, budak ni kecik-kecik pandai mengusik, gumam Masrina.
----
Keesokan pagi, Masrina bertekad singgah lagi di balai polis.
Dia beralasan mahu hantar kopi untuk ayah, tetapi jauh di dalam hatinya, dia tahu ada sebab lain.
Setibanya di balai, suasana sibuk seperti biasa.
"Masrina!" sapa seorang pegawai. "Ayah kamu dalam bilik meeting."
"Ok, Terima kasih," jawab Masrina dan berjalan ke arah bilik ayahnya.
Tiba-tiba, dia hampir terlanggar seseorang—Inspektor Firdaus.
"Eh, Inspektor Firdaus," katanya berpura-pura terkejut.
Firdaus berhenti, matanya sedikit mengecil.
"Cik Masrina, datang lagi hantar apa pula?"
Masrina tersenyum dan mengangkat termos kopi. "Cuma bawa kopi."
"Baguslah. Ayah kamu bad mood sejak pagi tadi, mungkin belum dapat dos kafein harian," Firdaus berseloroh.
"Bad mood? awal tak tahu lagi bad mood dia macam mana. I lebih tahu,"," jawab Masrina poyo.
Firdaus mengangkat kening.
"Okay? Kejap. Awak rasa patut ke berkeliaran kat sini? Saya tak rasa Ayah awak suka...”
"Ehh?? Sukahati sayalah, excuse me?" Masrina memberikan tangan isyarat supaya Firdaus beri laluan.
Firdaus senyum lebar, tak kata apa-apa, memberi laluan.
Masrina bergegas ke bilik pejabat ayahnya , dia dapat rasa mata Firdaus tembus memandang belakangnya
Masrina tidak dapat menahan dirinya dari menoleh.
Memang betul pun. Firdaus masih berdiri di situ memandangnya dengan raut wajah yang sukar ditafsir.
Masrina menjelirkan lidahnya berpusing terus masuk ke bilik Tuan Iskandar.
Share this novel