~SLEPAS SEMINGGU~
"Selamat pagi sayangku.Apa kabar dirimu?Maafkan andai menggangu lenamu"Rayqal mula menyanyi di tepi telinga Aerin pada jam 6 pagi.
"Andai pernah melukakan.Maafkan ku tak sengaja.Harus kau dan aku selalu bicara.Kau tahu, kau satunya
Ku mahu kita selamanya." Aerin mula tersedar dengan nyanyian suaminya.
Aerin menyentuh rambut suaminya yang kusut Masai itu.
"Kau dan aku.Mungkin tak sempurna.Kau dan aku
Tahu takkan mudah
Kau dan aku.Mahukan sempurna
Kau dan aku.Mengharap bahagia"Aerin menyambung nyanyian suaminya.
Mereka berdua bangun dan berdiri.Dahi mereka bersatu "Setia aku, demi dirimu.Setia aku, hanya padamu.." Mereka berdua bernyanyi bersama dan menyatukan telapak tangan.
Rayqal menjarakkan sedikit dan melihat tepat anak mata Aerin "Andai hatimu berubah.Pastiku cuba fahami.Tetap ku melangkah terus berani.Kau tahu, kau satunya
Ku mahu kita selamanya." Rayqal memeluk erat pinggang Aerin sambil meneruskan nyanyiannya.
Aerin mula tersenyum dan meletakkan kepalanya di dada bidang Rayqal."Kau dan aku.Mungkin tak sempurna.Kau dan aku.Tahu tak semudah.Kau dan aku.Mahukan sempurna.Kau dan aku.Mengharap bahagia..." Rayqal mula tergelak apabila isterinya sambung nyanyian itu.
"Setia aku, demi dirimu.Setia aku, hanya padamu.Terima seadanya
Perbezaaan kau dan aku.Biar pun apa saja.Kupercaya kau setia." Mereka berdua bernyanyi bersama.
"Kau dan aku.Mengharap bahagia..." Rayqal terus mencium bibir isterinya.
Entah kenapa air mata Aerin mula mengalir."Setia aku, demi dirimu.Setia aku, hanya padamu...
Setiaku demi dirimu.Setiaku hanya padamu." Rayqal mengambil nafas sedikit dan mendekatkan jarak mereka berdua.
"Selamat pagi sayangku.Apa kabar dirimu?" air mata Aerin mula turun lebat.Tak semena-mena Rayqal gelisah.
"Sweet... janganlah nangis.Tak cantik tahu tak?" Rayqal mengelap air mata Aerin.
"Isy.. kenapa awak nyanyi lagu ni.Macam nak berpisah dengan saya je." Aerin cuba melonggarkan pelukan Rayqal tapi tak jadi.
Rayqal meletakkan kepalanya di bahu Aerin."Tolong sweet... saya nak kita sentiasa macam ni."
"Hrmm.Hari ni saya cuti sebab pesakit VIP saya selamat masa saya bedah dia semalam" Rayqal hanya mengangguk sahaja.
"Jadi... kalau saya nak keluar dengan Fina boleh?" Aerin mula terasa pelukan suaminya longgar.
"Tapi... saya nak luangkan masa dengan sweet..." manja sahaja nada Rayqal.
"Awak tak kerja ke hari ni?" Rayqal terus menggeleng kepala dengan soalan yang diajukan oleh isterinya tadi
"Esokkan Sya dengan Fina kahwin jadi... dia kata saya tak perlu pergi nanti hilang habis data projek dia tuh." Aerin cuba menahan ketawa.
"Nak tak esok lepas Sya kahwin kita pergi dekat resort abang." Aerin buat gaya seperti berfikir sekejap.
"Alah please... kita pergi.Nama resort tu saya letak A&R .Bagi orang lain memang biasa tapi bagi abang tak." jelas Rayqal dengan bersungguh.
"Yelah kita pergi.Jomlah solat subuh." sampuk Aerin.Dah nak dekat jam 6.30 pagi nanti dia nak masak lagi.
Rayqal tanpanhiraukan ke adakan isterinya terus mengangkat Aerin dengan gaya bridal.
"Aaaa.Ray... terkejut saya tahu tak!macam mana nanti anak ni sakit jantung." marah Aerin.Rayqal hanya memberi senyuman tak bersalah.
"Syhhhh hari ni biar abang jaga sweet." Rayqal mengenyit kan matanya.
"Eeee dah nak jadi ayah orang masih gatal." Aerin terus memberi cubitan emasnya ke bahu Rayqal.
"Sakitlah sweet... apa ni garang.." Aerin kula ketawa dengan nada Rayqal.Macam pondan.
Selesai mereka solat subuh berjemaah.Aerin melipat telekung dan Kain solatnya.
"Sweet..." panggil Rayqal yang masih tak berganjak di tempatnya.
Siap Aerin menyangkut pakaian solatnya.Terus dia duduk di hadapan Rayqal."Ye ada apa?"
"Kalau esok... saya dah tak ada awak... menangis tak?" Aerin mula memberi jelingan tajam.
"Apa cakap awak ni.Kalau awak pergi mesti minggu lepas awak dah tinggalkan saya.Sekarang anak kita 2 bulan lebih.Kalau di anggarkan awak akan pergi masa anak kita 1 bulan 20 hari." marah Aerin.Dia paling pantang jika orang kesayangannya berkata begitu.
"Jangan marah tak cantik nanti." Aerin merengus kasar.
"Cukuplah saya nak pergi masak.Sebelum turun makan ubat." Rayqal hanya mengangguk.
Aerin bangun dari duduknya dan keluar dari bilik lalu menapak ke dapur untuk membuta sarapan.
"Sweet... saya mimpi yang saya tinggalkan awak masa Sya kahwin..." Rayqal cuba menahan air matanya keluar.
Dia bangun dan menuju ke almarinya.Dia membuka dan mengambil satu beg kertas yang berwarna ungu.Rayqal mengeluarkan kamera dan mula merakam.
Dia pergi ke arah balkoni dan mengambil tempat duduk di atas bangku.
"Hai sweet!!!" dengan gembiranya nada Rayqal.
"Sweet nak tahu tak yang abang ada beli barang yang sweet nak sangat." Rayqal mula mengambil beg ungu yang berada di sebelahnya.
Dia mengeluarkan satu kotak baldu yang berwarna merah.
"Jadi abang ada beli gelang dan rantai yang sweet nak sangat!"
begitu teruja Rayqal merakam dirinya untuk Aerin pada hari dia meninggalkan isterinya.
Muka Rayqal yang ceria mula murung."Sweet... mungkin masa awak tengok video ni saya dah tiada.Saya dapat rasakan yang saya pergi esok... tapi saya cuba berfikir positif."
Rayqal menarik nafas."Saya sentiasa cintakan awak.Semua kesalahan awak saya dah maafkan.Saya akan doakan supaya hubungan kita kekal ke Jannah." begitu susah untuk Rayqal mengatakan ayat itu.
"Ray!!! makanan dah siap!! " jerit Aerin di bawah.
"Sekejap!!" Rayqal melambaikan tangan dan terus menutup kamera itu.Dia mula merakam dirinya semasa dia pergi ke Amerika.Semuanya hanya untuk Aerin.
"Buat apa dekat atas sampai lama nak turun?" Aerin mula mencengkak pinggangnya.
"Sweet... awak sampai hati nak marah saya..." Rayqal mula membuat gaya seperti ingin menangis.
Perasaan serba salah mula menyelubungi diri Aerin " Ray.. bukan macam tu... saya sebenarnya..."
"Tak apa saya faham... siapalah saya ni nak kasih sayang dari awak..." Rayqal sambung lagi dengan lakonannya.
"Uwaaa!!! suami saya dah merajuk!!!" terkejut Rayqal dengan tangisan Aerin.
"Syhhh sweet bukan macam tu saya berlakon je janganlah nangis.." Aerin. kuatkan lagi tangisannya.Tulah kacau lagi mak buyung tu.Kalau mengandung orangnya sensitif...
Rayqal menggaru kepalanya dan cuba berfikir.Dia melihat sekeliling dan merenung lengannya.
"Nah." Rayqal menghulur lengan kanannya.
Aerin berhenti tetapi tersedu-sedan. "Awak bagi?" Rayqal mengangguk.Aerin terus menggit lengan suaminya.
"Arhh.Slow Sweet slow..." Mulalah aksi manja mereka berdua pada pagi hari.
Share this novel