Syarafina mencari kelibat Syauki yang tiba menghilan di dalam bilik.
"Ha... buat apa tu?" penuh ceria Syarafina bertanya.Syauki pula hanya mengeluh dan memandang muka isterinya.
"I feel useless." Syauki masih tidak dapat memaafkan dirinya lagi.Kenala dia begitu lalai sehingga tidak sedar yang Rayqal ada penyakit.
"Abang... janganlah kata macam tu..." Syarafina cuba memujuk Syauki dari bersedih lagi.
Syauki mengelap air matanya dan memegang tangan isterinya lalu mengucup dahi Syarafina.
"Esok kita lawat Aerin okey?"
Syauki hanya mengangguk sahaja sebagai jawapan.Dia meletakkan kepalanya di bahu Syarafina dan menangis teresak-esak.
Syarafina hanya diam sahaja dan menepuk lembut di belakang Syauki.Dia berasa sedih juga apatah lagi semasa dia menjenguk Aerin selepas pengebumian Rayqal.
~~FLASHBACK~~
Selesai semua membaca yasin dan doa, Syauki mencium batu nisan adiknya dan menyiram dengan air bunga.
"A-aku minta maaf... aku sepatutnya sedar dari awal yang kau sakit..." sebak sahaja nada Syauki.
Syarafina memegang bahu suaminya untuk beri semangat.Tengku Rasyid serta Datin Rosnah masih berasa sedih dengan pemergian Rayqal.
"Abang... jom kita pergi jenguk Rin." lembut sahaja nada Syarafina.Syauki menggenggam tangan isterinya lalu mengangguk.
"Aku janji aku akan jaga isteri kau dan anak kau." Syauki bangun dan berpaling ke arah isterinya yang masih tersenyum itu.
"I know you feel sad too." Syarafina hanya diam dan mengangguk sahaja.Mereka berdua berjalan dan meninggalkan tempat perkuburan itu bersama Datin Rosnah dan Tengku Rasyid.
Setelah mereka berdua menghantar Datin Rosnah dan Tengku Rasyid ke rumah, mereka berdua pergi ke hospital yang di mana Aerin di rawat.
Sampai sahaja, mereka berdua berpegang tangan untuk memberi semangat kepada masing-masing dan melangkah masuk ke dalam hospital itu.
Syauki dan Syarafina masuk ke dalam lif dan naik ke tingkat 2 menempatkan bilik Aerin.
Buka sahaja pintu lif Syauki melihat Syarafina dan memberi semangat dari isyarat mata.
"Jom..." ajak Syauki dengan mengeratkan lagi pegangan mereka.Syarafina hanya tersenyum dan berjalan ke arah bilik wad Aerin.
Dekat sahaja di bilik itu.Mereka berdua dengar bunyi seperti sesuatu yang pecah akibat di baling.
Masuk sahaja dalam bilik itu, Aziz iaitu adik Aerin cuba menahan dari kakaknya hilang kawalan lebih teruk.
Syarafina melepaskan pegangan mereka dan menuju ke arah kawan baiknya.
"Rin.. stop! kau tak boleh jadi macam ni." tegas Syarafina bersuara.Aerin pula cuba untuk melawan tetapi dia tidak boleh.
"Az... lepaskan Rin.Biar akak tenangkan dia.Trust me."
Aziz dengan teragak-agak melepaskan pelukannya dan hanya biarkan Aerin menangis serta meraung seperti orang gila.
Syarafina mendekati Aerin dan mengusap lembut kepala sahabatnya yang sudah dianggap seperti keluarga.
"Please... kau tak boleh macam ni... kau perlu berubah." tenang sahaja Syarafina berkata.
Aerin pula hanya ketawa sinis.
"Kau nak aku berubah? sebab apa ha! sebab aku tak layak ha!" spontan sahaja Aerin mengeluarkan ayat itu.
"Tak... kau perlu kuat, kau tak boleh lemah macam ni.Ingat arwah Ray... dia pasti sedih tengok kau macam ni. Aku faham apa yang kau rasa." jelas Syarafina yang berasa simpati dengan keadaan Aerin.
"Tiada yang faham aku... sekarang dunia aku dah gelap Fina... semuanya gelap... cahaya aku dah pergi dia tinggalkan aku... dia mungkir janji dia... dia terlampau baik Fina.. dia tahu semua masalah aku, JUST HIM ONLY UNDERSTAND ME!! BUT WHY... WHY... HIS GONFIRST!!"
Aerin memegang dadanya yang rasa sesak. Dia sangat sakit terlampau sakit...
"Aerin... even though you have anxiety, I still understand you... please... don't do this to me.We're good friends right..." sebak sahaja Syarafina untuk meneruskan kata-katanya.Aerin... dia takut satu hari bukan Aerin yang bersama mereka.
"Kau tak akan faham orang seperti aku... maybe aku selalu senyum tapi ni... hati ni yang terlalu banyak luka Fina..." kata Aerin dengan menepuk dadanya untuk menunjukkan yang dia sakit sangat."
Syarafina yang cuba menahan air matanya keluar akhirnya kalah.Dia cuba memeluk sahabatnya tetapi Aerin terus menolak gadis itu.
"Keluar. Aku tak nak sesiapa dalam ni." dingin sahaja nada Aerin.
"Rin..." tak sempat habis ayat Syarafina, Aerin menjerit.
"Aku kata keluar! keluar!!!" Syarafina mengangguk dan terus keluar dari bilik itu.Syauki yang sedang berbincang dengan Aziz terus melihat muka isterinya yang sembap.
~~END FLASHBACK~~
Syarafina dan Syauki mula bergerak ke hospital dan masuk ke dalam bilik wad Aerin.
Syauki memberi semangat kepada isterinya untuk kuat menghadapi Aerin yang masih bersedih.
Syarafina membuka pintu perlahan dan dahinya mula berkerut.Dia masuk ke dalam dan mencuit Aziz.
"Kenapa dengan Rin?" soal Syarafina yang berasa aneh dengan penampilan Aerin sekarang.Mukanya beku tidak seceria dulu.
Aziz hanya diam dan memberi isyarat kepada Syarafina supaya pergi mendekati kakaknya.Suarafina mengangguk dan menepuk bahu Aerin.
"Kau macam mana Hari ni?" ceria sahaja nada Syarafina apabila Aerin sudah tidak menangis.
Diam
"Kau okey tak ni?" Syarafina mula berasa tidak selesa dengan sikap Aerin yang hanya suka diam sahaja.
"Maaf, aku bukan budak kecil untuk kau ambil tahu tentang kesihatan aku." dingin sahaja jawapan yang Aerin beri kepada Syarafina.
"Apa maksud kau.Kenapa kau berubah? mana Aerin yang aku kenal dulu?" bertubi-tubi soalan di beri dan hanya satu jawapan.
"Not your problem." terkedu Syarafina dengan jawapan itu.
"R-Rin..." Syarafina cuba memegang bahu Aerin tetapi di tepis kuat.
"Semua orang tak sayangkan aku, semua orang nak aku berubah!! Baiklah kalau macam tu aku tunaikan permintaan korang." tenang sahaja Aerin bersuara.
"Rin... Ingat... Kau tengah mengandung tu... Kau tak kesian ke dekat anak kau dengan arwah Ray?" Syarafina cuba mengawal dirinya dari memarahi mak buyung itu.
"Aku akan lahirkan anak ini...
Dan besarkan dia di Spain." ringkas sahaja jawapan Aerin.
"Kenapa... kenapa kau macam ni ha?!" Syarafina sudah tidak dapat menahan dirinya.
"Aku rasa kau tahu jawapan dia." Syarafina terus beristighfar. Allahuakbar kenapa Aerin boleh jadi macam ni...
"Kau perlu terima hakikat Rin!! Yang Ray dah tiada!!" terkedu Syarafina dengan apa yang dia kata tadi.
"Aku bukan Aerin yang lemah.I'm the villain.. the queen of the villain. THE QUEEN TO THE WHITE LION GROUP!!" Syarafina mengundur setapak dan menggelengkan kepala lalu melihat Aziz.
"Penyakit dia dah kembali.Kamu semua yang hidupkan syaitan dalam badan dia... Aku dah tak dapat tolong apa-apa." hanya itu jawapan yang dapat Aziz berikan.
"Aerin terlampau lemah dan bodoh.She doesn't need to be sad when she has everything." sinis sahaja kata-kata Aerin.
"Tomorrow I will go to Spain and let me take care of this child. Aku tak nak anak aku jadi lemah macam Aerin." Aziz hanya diam dan bersabar sahaja.
"Aku Alice pemimpin white lion." Syarafina jatuh dan menahan dirinya dari menangis.
Alice... Alice lebih kuat daripada dia dan terlalu kejam.Ya Allah...
Share this novel