"Assalamualaikum bidadari Syauki." lemah sahaja nada Syauki memberi salam pada kubur Syarafina.
"Anak-anak kita rindukan sayang." Syauki mengusap tanah yang sudah dipenuhi oleh rumput sedikit.
Nurlina sudah berumur tujuh tahun dan mempunyai sepasang adik kembar iaitu Nuqman dan Nayla yang berumur 6 tahun.
"Jangan risau anak-anak mama yang jaga." jelas Syauki. Air matanya tidak dapat ditahan lagi.
Langit mula mendung dan Syauki tetap tidak berganjak dari tempatnya.Dia mengeluarkan sepotong kek dari kotak kecil yang dibawanya tadi dan dipasangkan lilin kecil di atasnya.
"Abang ingat lagi sayang nak kek perisa red velvet kan? ni abang ada bawa." Syauki letakkan kek itu di sisinya.
"Sebelum makan kek kita nyanyi dulu" Syauki menarik nafas dalam untuk bertabah.
"Selamat hari jadi. Selamat hari jadi... selamat hari jadi bidadari Syauki. Selamat hari jadi.." Syauki menyanyikan lagu hari jadi dengan ceria.
Dia mengambil kek sisinya "Sayang... bangunlah makan ke okey? tolong bangun..."
Kek yang di pegang tadi jatuh di atas bajunya. Air mata mula turun dengan lebat dan dia memeluk batu nisan milik isterinya.
"Kenapa... Mula-mula anak kita sekarang kenapa sayang pula yang pergi?" soal Syauki dengan sebak.
"Sayang tahukan abang terlalu cintakan sayang... tapi kenapa? abang dah kata tunggu abang tapi kenapa sayang pergi dulu?"
"Sayang tak cintakan abang ke?" air mata turun dengan serasa diselangi dengan sedu-sedan.
"I love you so much can't you wait me to go together?" kata Syauki dengan perasaan silu.
Syauki mengelap air matanya dan menutup mata. "Abang rindu sayang..."
"Tengku Syauki Luthfan!!" jerit Syarafina di dapur. Syauki terus berlari laju ke arah mak buyung itu.
"Ye kenapa?" soal Syauki yang baru sampai.
Suarafina terus tunjuk ke arah sinki di mana penuh pinggan dan mangkuk yang kotor.
"Kenapa tak cuci? nak tunggu saya marah dulu ke?" Syarafina dengan nada yang masih sederhana tapi masih terselit dengan tegasnya.
Syauki membuat peace dan memberi senyuman kecil. Lupa pulak dia kerja yang satu ni!!
"Sorry sayang. Abang dengan tidurkan Nur sebab tu lupa.." pujuk Syauki. Dia mendekati mak buyung itu dan peluk disisi Syarafina.
Suarafina tak sempat membuka mulut terus pipinya yang tembam itu di cium oleh Syauki yang buatkan mukanya merah akibat malu.
Syauki yang melihat perubahan warna muka isterinya ketawa kecil. "Comel jugak singa ni"
Muka Syarafina terus berubah masam. "Pergi sana! jangan dekat" badan Syauki ditolak kuat oleh si isteri sehingga terjatuh ke lantai.
Syauki menutup matanya akibat rasa sakit yang terlalu hebat. "Penangan mak buyung ni siapa je yang tak tahan!!" jerit Syauki di dalam hati.
"Saya tengok abang eh" kata Syarafina dengan gayanya. Dia berjalan perlahan dan pergi ke arah sofa untuk menonton drama kesukaannya.
Syauki bangun dan membuat mimik muka jengkel. "Nasib sayang kalau tak dah lama aku tanam budak ni!" bisik Syauki.
Dia berjalan dan berhenti di hadapan sinki. Syauki menarik nafas dan pili air dibuka lalu mulalah pembasuhan pinggan.
Syarafina sudah berada di dalam bilik. Akibat tiada drama kesukaannya disiarkan pada malam ini. Dia melihat sahaja muka comel anak sulungnya itu.
"Comelnya dia... rasa nak gigit je!" kata Syarafina dengan jarinya yang mencucuk-cucuk pipi Nurlina.
Setelah beberapa minit Syauki masuk ke dalam bilik dan senyum apabila melihat isterinya tidur di sebelah anaknya. "Like mom like daughter"
Syauki berbaring di lantai yang sudah di letakkan tilam. Sejak kandungan isterinya mencecah lapan bulan dia terpaksa tidur di bawah sebab Syarafina terlalu aktif.
Syauki membaca doa dan akhirnya dia terbuai mimpi.Syarafina pula membuka mata dan mengelap air matanya.
"I'm sorry" Syarafina memeluk badan anak kecil mereka "Nur... nanti bila mama tiada Nur jaga adik-adik ye."
Syarafina memesan kepada bayi kecil itu Nurlina senyum dan menghisap jari ibunya. "Just like your father honey.."
Azan subuh berkumandang. Syauki tersedar lalu bangun dan membuat beberapa gerakan kecil supaya urat badannya tidak berbelit.
Syauki bangun dan melipat tilam serta selimut lalu di simpan di tepi katil. Dia berjalan ke arah isterinya.
"Sayang bangun..." Syauki menggerakkan isterinya. Syarafina merengek kecil dan membuka mata perlahan.
Muka suaminya yang tersenyum memenuhi kornea matanya. "Pagi-pagi senyum dah kenapa?" Syarafina bangun dari perbaringan dan turun dari katil
"Senyum kan sedekah..." Syauki memeriksa drypers Nurlina. Patutlah berbau pagi-pagi dah bagi wangian.
Syarafina yang melihat senyum kecil "Basuhkan lah ye..." kata si isteri yang berada di celah pintu bilik air.
Syauki menjeling isterinya. "Selama ni saya yang basuh bukan awak cik isteri oi..."
"Mengungkit je kerja budak ni!" Syarafina menutup pintu dan mengambil wuduk.
Syauki pula mengambil tisu basah dan mula menukar drypers anaknya. Mandi tak boleh pagi-pagi kesian nanti budak kecil ni sejuk.
Tiba-tiba telefon Syauki berdering. Dia mengangkat panggilan telefonnya. Syarafina keluar dari bilik air berkerut dahi melihat muka Syauki yang bagaikan ada masalah.
Syauki meletakkan panggilan itu dan Syarafina mendekati suaminya. "Abang kenapa ni?"
Syauki mengangkat mukanya dan mengeluh. "Abang perlu pergi outstation hari ni.." Syarafina senyum dan mengusap lembut belakang suaminya.
"Pergi jelah..." kata Syarafina. Syauki menggelengkan kepalanya dan memeluk isterinya dengan erat.
"Masa dah nak hampir... macam mana kalau sayang lahirkan anak seorang?" Syauki mula risau. Syarafina gelak kecil dan menepuk bahu suami dia.
"Berapa hari? sampai kata macam tu." Syauki melepaskan pelukannya dan menunjukkan tiga jari.
"Tiga hari je pun... bukan sebulan kan? sempat.." pujuk Syarafina. Syauki mengeluh dan dia pun angguk dengan lemah.
"Nampak gayanya saya kena ambil wuduk balik lah ni." Syauki yang mula perasan bahawa dia menyentuh tangan isterinya hanya senyum comel.
"Sorry..." Syarafina angguk bahawa ianya tidak apa-apa.
"Abang pergilah ambil wudhuk tu. Sya kemas baju dan barang abang." jelas Syarafina. Syauki bangun dan akur.
Syarafina turun ke bawah dengan Nurlina di dukungannya dan pergi ke ruang tamu. Nurlina di letakkan di katil kecil.
Syarafina berjalan dan pergi ke dapur, dia mula memasak sarapan dan bekal untuk suaminya nanti
Selesai Syarafina memasak Syauki turun dan terus memeluk isterinya. "Rindulah nanti..." keluh Syauki yang buatkan hati Syarafina berasa geli.
"Makanlah..." kata Syarafina. Syauki angguk dan mula makan sarapan. Jam menunjukkan 8 pagi dan Syauki harus bergerak sekarang.
"Abang pergi dulu. Nanti mama akan datang jaga sayang" Syauki keluar memakai kasutnya dan bagasinya di letakkan di dalam bonet kereta.
Syarafina angguk. Syauki melihat muka isterinya. Terlalu cerah... "Abang pergi dulu bye!" teruja Syauki dia masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin lalu meninggalkan kawasan perumahannya.
Syarafina mula berasa sedih dan menutup pintu. Sebenarnya dari pagi lagi perut dia bagaikan sakit luar biasa tetapi cuba di tahan.
Syarafina duduk di tepi Nurlina dan hanya senyum kecil. "Mama tak dapat tahan sayang... mama tak dapat tunggu papa..." kata Syarafina yang bergenang dengan air mata
Syarafina menutup mata perlahan. Tiba-tiba tangisan Nurlina mulai kuat. Datin Rosnah yang baru sampai berasa hairan apabila pintu si anak saudara tidak di tutup.
Datin Rosnah masuk dan mula mencari suara tangisan bayi. Alangkah terkejutnya apabila melihat kaki Syarafina yang dituruni air dengan lebat.
"Fina!" Datin Rosnah berlari ke arah Syarafina. Pipi wanita itu di tepuk dengan lembut tetapi Syarafina tidak sedarkan diri.
Akibat ketakutan Datin Rosnah menelefon ambulans. "Fina sayang bangun..." kata Datin Rosnah.
Tangisan Nurlina semakin kuat dan Datin Rosnah terus mendukung Nurlina dan menepuk perlahan belakang gadis kecil itu.
Bunyi siren ambulans mula mendekati. Datin Rosnah keluar dan membuka pagar rumah membenarkan ambulans masuk.
Para medic mula keluar dan keluarkan Syarafina dari rumah.Datin Rosnah mengikuti ambulans menggunakan keretanya sendiri.
"Ya Allah selamatkanlah Syarafina..." dia Datin Rosnah. Setelah beberapa minit mereka sampai ke hospital.
Syarafina bagaikan tidak sedar pandangan terlalu kabur. Dia hanya dapat mendengar suara orang menjerit sahaja. Dia terus di masukkan ke labour room.
Datin Rosnah mendukung Nurlina dan menunggu di luar. Dia terlalu takut jika Syarafina terkena apa-apa.
"Ya Allah..." Datin Rosnah cuba menahan daripada menangis. Sudah dekat 3 jam tetapi tidak dapat apa-apa info lagi.
Syauki terus muncul di hadapan Datin Rosnah. Apabila dia mendapat berita bahawa isterinya ingin melahirkan anak terus dia batalkan flight dan menuju ke hospital.
"Mama macam mana dengan Fina?" Syauki dengan perasaan takut.
Tak sempat menjawab doktor keluar dari labour room. Syauki terus mendekati doktor itu.
"Pertama saya ucapkan tahniah kerana bayi selamat dan encik dapat sepasang bayi kembar tapi..." Senyuman Syauki terus pudar apabila muka doktor itu suram.
"Kami tak dapat menyelamatkan si ibu." Syauki terjatuh dan terdiam.
"Tengku boleh masuk ke dalam untuk lihat arwah buat kali terakhir" ucap doktor itu.
Syauki bangun dengan lemah dan berjalan perlahan menuju ke katil milik isterinya.
Sekujur tubuh berbaring dan ditutupi dengan selimut putih membuatkan hatinya bagaikan dicekam
"S-sayang..." panggil Syauki dengan lembut. Perlahan tangannya membuka selimut yang menutupi muka si isteri.
Syauki menarik nafas dengan dalam dan air mata menitis keluar. Anak-anaknya mula menangis bagaikan memahami keadaan.
Syauki memeluk badan Syarafina dan mula menangis. "Sayang... abang dah balik. Sayang kata nak tunggu abang..." Datin Rosnah yang melihat hanya mampu diam sahaja
Dua jururawat mendekati Syauki. "Tengku sila azankan bayi" Syauki mengelap air matanya dan bayi pertama iaitu lelaki mula berada di dakapannya.
Syauki mula mengazankan bayi lelaki itu. Setelah itu bayi kedua pula iaitu perempuan di iqamat kan.
Selesai sahaja dua jururawat itu mengambil kembali dua bayi itu.
"Tengku... tadi si ibu kata bayi lelaki namanya Tengku Nuqman al-Fiqh. dan perempuan pula Tengku Nayla." jelas jururawat itu yang buatkan Syauki menangis sekali lagi.
"Adik." panggil seorang lelaki tua. Syauki membuka matanya dan mengelap air mata.
"Maaf." kata Syauki. Lelaki tua itu pula hanya senyum sahaja.
"Nak maghrib dah ni." kata lelaki tua itu. Syauki melihat sekeliling dan senyum. Dia bangun dari tempatnya dan bersalam dengan lelaki tua itu.
"Kalau macam tu saya pergi dulu"
Lelaki tua itu mengangguk. Syauki menggulungkan tikar dan pergi ke keretanya Enjin dihidupkan dan dia memandu ke rumahnya.
Sampai di rumah Syauki keluar dari keretanya dan perlahan membuka pintu.
"Papa!!" jerit dua anaknya apabila dia membuka pintu. Syauki tersenyum dan membuka lengannya. Nuqman dan Nayla terus memeluk ayah mereka.
Nurlina pula keluar dari dapur bersama Datin Rosnah. "Nur..." lembut Syauki memanggil anak sulungnya itu.
Nurlina angguk dan pergi ke arah ayahnya dan memeluk badan Syauki.
"Terima kasih sayang kerana beri abang harta yang terlalu berharga." Kata Syauki di dalam hati. Kehilangan anak pertamanya sudah membuatkan hatinya sakit dan diikuti wanita tercintanya juga.
"Tunggu papa... tunggu abang di sana ye.." dalam hati sahaja dapat diluahkan. Syauki mula mendukung Nuqamn dan Nayla. Nurlina pula berada di belakangnya.
"Terima kasih mama... jagakan anak Sya. Mama baliklah. " tak sempat Dari. Rosnah membalas Syauki terus naik ke atas dan pergi ke bilik anak-anak.
Datin Rosnah keluar dari rumah itu.
Setiap yang pergi pasti ada peninggalannya. Bersyukurlah dengan apa yang masih ada. Hargailah buat masa sekarang jangan sesekali terlambat menghargai sesuatu.
~~TAMAT~~
Terima kasih kepada yang membaca cerita karut saya ni. Jika kesalahan tatabahasa dan thypo yang terlalu banyak itu saya betul-betul minta maaf.
Akhirnya pada malam ini CEO KU SUAMI KU tamat. Kepada yang setia itu saya betul-betul terima kasih kerana layan cerita saya yang tunggang langgang ini.
bye!! nantikan cerita kedua saya pulak ummah!!
thanks kurang nah loveee
Share this novel