Bab 37

Romance Completed 25801

"Senyum sampai ke tua kau sorang ni." Syauki hanya mengendahkan sahaja.Dia tak sabar untuk hari istimewa nanti.

"Weh! Aku tengah cakap dengan kau ni." Rayqal mula berasa bengang.

"Mengelamunlah sepuas hati kau.Bila aku mati nanti mulalah cari aku.Nak aku duduk dekat sisi dia." tersentak si Syauki.

"Kenapa main mati ni? Kita ni memang akan mati.Yang kau berdoa nak mati apasal?" Rayqal pula hanya senyum sumbing.

"Nothing." dia mendekatkan dirinya ke arah abangnya dan melentikkan kepala ke bahu kiri Syauki.

"Nanti bila aku dah tiada kau tolong tengokkan anak aku dengan Aerin.Please..." Syauki ingin bersurai tapi dipotong pula oleh Rayqal.

"Ampun dosa aku selama ni ya." Syauki hanya diam sahaja.

Mereka berdua hanya diam.Sehingga bunyi jam boleh di dengar.Syauki masih dalam keadaan blur.

"Kau jangan nak kata bukan-bukan." tegas Syauki.Rayqal pula hanya megukir senyuman pahit.

"Izin aku tidur dengan kau.Manalah tahu ini kali terakhir kan?" Rayqal mula memejam matanya.

"Habistu Aerin?" soal Syauki.

"Kau ni.Cepat sangat lupa.Kan dia duduk dekat rumah kak ipar."

Dua, tiga minit kemudian.Bunyi dengkuran halus dari Rayqal.Syauki dapat rasakan yang pada hari kebahagiaannya akan terselit duka juga.

Cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya, dari berfikir negatif.Dalam hidup ini kita perlu positif tidak boleh negatif.Nanti overthinking.

Akhirnya dua-dua terlelap di ruang tamu.Datin Rosnah yang berada di tangga hanya senyum sahaja.Dia berharap yang Rayqal iaitu pelangi dalam hidupnya akan kekal walaupun ianya mustahil.

"Macam mana nanti dengan Aerin.Dia sayang sangat dengan kamu.Sampai masa kamu demam haritu dia sanggup cuti,sehingga hampir dipecat kerja sebab abaikan pesakit." Datin Rosnah mula teringat tentang peristiwa di mana Rayqal sakit dan Aerin sanggup cuti sampai suaminya sembuh dengan sempurna.

"Bila kamu pergi nanti.Mama takut dia hilang jiwa dia.Walaupun jasad dia ada, tetapi dia pasti akan sentiasa fikir yang kamu masih ada." begitu sakit hatinya mengingatkan kejadian yang Aerin hampir hilang akibat pernikahan mereka berdua terpaksa dibatalkan.

"Tak! Ray ada baru tadi dia cakap dengan Rin!" menjerit Aerin.

Tetamu jemputan perkahwinan tersebut terpaksa menahan Aerin dari meneruskan kegilaannya.

"Walid... Rin nak Ray..." lemah sahaja Aerin berbicara.Ayahnya pula berasa sedih dengan keadaan puterinya sekarang.

Datin Rosnah pula hanya mendiamkan diri sahaja.Dia tidak tahu ingin menjelaskan dengan betul.Sekarang dia terkedu apabila melihat Aerin seperti ingin naik gila.

Adakah ini namanya cinta? Jika orang yang dia cintai hilangkan diri dan jauhkan diri dia akan naik gila dan murung?

Nasib sahaja ayah Aerin seorang doktor pakar psikologi.Untuk bagi Aerin sembuh sepenuhnya amat susah.Mungkin dia nampak sahaja ceria.Tetapi hanya Allah sahaja tahu apa yang dia lalui.Jalan yang lembut bak kain sutera sekarang menjadi jalan yang amat sakit, sakit daripada memijak kaca.

"Mama janji dengan arwah Walid Aerin untuk jaga Rin dengan baik.Tapi kenapa Ray yang perlu buat penyakit dia kembali?" supaya tiada sesiapa yang tahu kehadirannya yang berada di tangga dan menangis ini terus melangkah masuk ke bilik.

"Adakah aku dikira seorang yang munafik.Aku hanya berjanji tapi tidak dapat tepati janji itu." Daripada m Rosnah berdoa.Dia harap apa yang dia lihat takkan terjadi lagi.

Betul kata orang tua dahulu.Jodoh kita ialah cerminan diri kita.Aerin serta Rayqal suka memaksa orang membuka masalah mereka.Tetapi apabila masalah mereka pula yang ditanya mulalah diam dan mengubah topik berbual.Mereka walaupun bahagia tetapi tetap ada duka yang disimpan

"Nampaknya pengantin baru kita ni berangan lagilah gayanya."
Syarafina terus menatap Faisal dengan pandangan tajam.

"Apa? Tak boleh nak senyum ke.Kalau orang buat muka dingin mulalah dia kata.Lebih baik kau jadi batu daripada manusia, muka tu tak pernah nak reti senyum." terus sahaja senyuman Faisal mati dan digantikan dengan jelingan tajam.

"Sudah!" tersentak mereka berdua dengan jerkahan tersebut."Kamu berdua ni kenapa ha!? asal berjumpa bergaduh, berjumpa je bergaduh." berombak-ombak dada Puan Zainab.

"Umi... daripada umi layan perangai kami berdua yang tak seberapa ni... baik umi siapkan apa yang patut." cepat sahaja Faisal memberi ayat.Kalau ditunggu pasti Puan Zainab akan membebel sampai dia betul-betul mengantuk.

Syarafina pula hanya mengendahkan sahaja.Dia bingkas bangun dan membuka beberapa langkah untuk ke tangan menuju ke bilik tidurnya.Sambil itu dia mahu menjenguk Aerin.

Perlahan-lahan Syarafina membuka pintu bilik.Begitu lena Aerin tidur.Dia melangkah masuk dan duduk di birai katil.

Syarafina mengusap rambut hitam yang panjang itu.Wajah kawannya sekarang sedikit tembam daripada sebelum ini.Mungkin akibat alahan mengandung.

"Rin... kenapa aku rasa nanti bila hari yang aku nantikan akan buat kau lebih sakit? Aku sentiasa dapat mimpi yang..." Syarafina tidak sanggup untuk menyambung ayat seterusnya.

"Aku harap yang benda itu tak terjadi.Cukuplah aku tengok kau terseksa dulu." air mata kian menitis dengan lebat.Syarafina menambah dengan Aerin dan mengucap perlahan-lahan.

Begitu juga dengan perut Aerin.Diusap dengan lemah lembut.

Syarafina bangun dan keluar dari bilik itu.Aerin masih terbuai di mimpnya lagi.

Suasana di rumah Faisal atau riuh.Kerana hanya tinggal beberapa hari lagi untuk mereka menjadi sah.

"Auch! sakitlah..." Aerin menggosok lengan kirinya yang dicubit oleh sahabatnya ini.

"Ni balasannya.Kau tu mengandung.Kandungan masih lemah, yang kau buat dekat bawah ni kenapa?Pergi naik atas nantikan suami kau mari nak ambil kau.Lepastu dia nampak kau tengah buat kerja ni.Tak pasal-pasal aku kena cop pembuli orang mengandung" bebel dengan Syarafina tak dapat dipisahkan.

"Bosanlah... asyik terperuk je dalam bilik.Aku pun nak lah buat kerja untuk mengisi masa lapang aku ni." jelas Aerin dengan bersungguh-sungguh.

"Kalau nak isi masa lapang.Baik kau pergi buka sejadah ambil wuduk dan solat dhuha.Lepastu mengaji.Tambah pahala gitu..." Aerin pula mencebik.Geram ada kawan yang terlampau dengan didikan agama ni.Tapi baguslah juga.Dari dulu dia yang suka pakai ketat-ketat sekarang sudah berjaya ikut pemakaian Syarafina yang labuh dan sejuk mata memandang.

Bak kata seorang profesor dalam tiktok.Pakaian yang labuh dan bertudung ini ialah pakaian yang menunjukkan kita ni berjaya.Jika yang memakai iti seperti tidak cukup kain tetapi dikatakan berjaya maka haiwan juga pasti lebih berjaya sebab mereka tiada pakaian.

"Yelah, ustazah... kalau tak ikut nanti dia fikir popet popet.Sampai tak ingat dunia." Syarafina terus memukul bahu kiri Aerin sekali lagi.

"Sakitlah! kau tidak dahlah kuat.hsk..hsk.. sampai hati kau buat aku macam ni... mentang-mentang aku mengandung kau sanggup pukul aku... tak apa.Kalau kau tak suka aku bye!" Aerin mengelap matanya yang basah akibat air matanya.Dia terua naik dan menghempap pintu dengan kuat.

"Ha baguslah Fina... kau buat dia merajuk nanti kena pujuk.Baguslah... tunggu sepuluh tahun macam ni." Syarafina mengeluh dan terseksa menuju ke bilik Aerin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience