"Haih... bilalah nak siap kerja aku ni?" Syauki mengeluh dengan kerjanya yang bertimbun di atas meja.
Macam mana tak bertimbun kalau nak dekat dua minggu dia tak datang kerja!! Isteri ada pun... suka bergosip!
Sangat fenurttt!!
Syauki melihat ke arah isterinya di sebalik dinding kaca itu.Tiba-tiba rasa rindu dengan bini.
Syauki merenung isterinya yang khusyuk berbual dengan staf yang lain. Matanya, hidungnya... dan bibir yang berwarna merah jambu itu serta leher isterinya yang dilitupi oleh kain tudung bawal.
"Astaghfirullah hal azim. Apa aku fikir ni!" Syauki menutup matanya dan memegang dada kirinya yang tiba-tiba berdegup dengan laju.
"Kau pergi syaitan! jangan ganggu aku nak buat kerja.Cukuplah aku dah malas, kau jangan nak tambah dengan benda tak baik ni." Syauki membebel kepada syaitan.
Yang salahnya kau siapa suruh malas.Kesian si setan kena fitnah dengan kau.
TOK!
TOK!
TOK!
Syauki berdehem dan membetulkan sedikit kemejanya. "Hem. Masuk" Syarafina masuk ke dalam bilik suaminya. Dia membuat muka seperti biasa sahaja memberi senyuman nipis.
"Kenapa?" Syauki bertanya kerana hari ini tiada apa-apa yang penting pun.
"Saya nak balik awal. Nak ambik Nur dekat rumah mama jam 4 petang nanti. Mama call dia kata yang dia ada perjumpaan dengan sahabat lama dia, jadi dia tak dapat nak jaga Nur." Syarafina menjelaskan dengan panjang lebar.
Syauki mengangguk dan melihat isterinya dengan sedikit rasa hairan. Kalau Datin Rosnah ada perjumpaan dengan kawan dia. Kenapa tak telefon dia sendiri?
Syarafina yang boleh meneka dengan pemikiran suaminya bersuara. "Mama kata dia call awak tapi awak tak angkat. Dia whatsapp awak tapi awak tak buka"
Syauki terus membuka telefonnya dan betul banyak missed call serta notification dari mamanya.
Syarafina masih menunggu jawapan dari suaminya. Syauki menutup mata dan mengurut dahinya perlahan.
"Yelah... tapi mungkin malam ni saya balik lewat sikit." Syarafina mengangguk dan tanpa basa-basi lagi dia terus keluar dari pejabat suaminya.
Syauki tersenyum melihat sosok Isterinya yang sudah keluar dari biliknya.
"Haih... Ray!!! baliklah dekat pangkaun aku... abang kau perlukan kau!!!" jerit Syauki apabila terlalu banyak kerja yang tidak sempat disiapkan.
Semua staf mula kelam kabut melihat ke arah bilik bos mereka tetapi tiada apa-apa. Syarafina pula mengerutkan dahinya apabila suaminya menjerit bagai orang gila.
TING!
Satu notification masuk dalam telefon Syauki, dia membuka aplikasi Whatsapp dan menutup mulutnya lalu memandang ke arah luar.
-Bini singa-
'Kalau nak jadi gila jangan nak tunjuk dekat staf'
Syauki mula menaip
-lovely husband-
'Sorry...'
Syarafina memberi reaction okey dan terus menutup telefon pintar itu. "Hmm... lepas ambik Nur kita pergi mall habiskan duit laki hehehe"
Rancangan jahat Syarafina mula keluar dari benak fikirannya. Terlalu banyak barang yang ingin dibelinya tetapi... kad dioegang oleh Syauki!! macam mana nak ambil?
Syarafina menarik nafas dalam dan menghembus perlahan dia berjalan kembali masuk ke dalam bilik suaminya tanpa ketukan pintu.
Syauki dengan pen yang berada di mulut serta rambut yang kemas sudah serabai kelihatan menarik di mata Syarafina.
Syauki mula berasa seperti bukan dia seorang yang berada di ruangan lalu mengangkat kepala melihat gerangan yang berada di hadapannya sekarang dengan mata yang penat.
"Abang..." Syarafina meletakkan suaranya dan mencucuk-cucuk bahu suaminya.
"Luruskan jelah... tak perlu nak buat macam tu..." lemah Syauki membalas. Lagipun dia memang tahu kalau isterinya manja seperti ini. Tak lain tak bukan mesti nak sesuatu.
"Fina nak kad kredit abang oleh?" manja Syarafina. Syauki pula dengan berasa lemah mengangguk dan memberi kad dia kepada isterinya.
"Terima kasih!!" Syarafina terus keluar dari bilik suaminya dan pergi ke arah mejanya
Satu jam sahaja lagi untuk dia mengikis duit Syauki. Tak salah kan? lagipun duit suami milik isteri, duit isteri milik isteri.
HAHAHA
Syauki masih dengan sakit kepalanya menyelesaikan satu persatu kesalahan stafnya.Kita nak jadi bos kena banyak bersabar dengan thypo ni...
Selesai fail yang ke-19.Syauki mengambil fail yang ke-20 untuk dilihat.
Syauki membelek-belek dan matanya terbeliak apabila ternampak satu kertas yang di bentuk dengan hati.
"Siapa punya idea ni?" Syauki dengan berasa aneh mengambil kertas itu lalu membacanya.
"Babi panggang, anjing golek, ular masak merah,harimau manis,sup kucing,buaya tempoyak,Bos bakar!" terkejut Syauki apabila dia pula yang dimention dalam kertas itu.
Syauki membaca dengan perasaan yang terkejut dan melihat tulisan pada bahagian bawah sekali.
"Semua aku akan buat lagi-lagi bos tak berhati perut tu" Syauki mengkeronyokkan kertas itu dan letakkan dalam tong sampahnya.
"Siapa pulak nak bakar aku ni?" Syauki bertanya dengan dirinya sendiri.Dia menarik nafas dengan dalam sekali lagi dan biarkan perkara itu berlalu.
"Jangan banyak fikir.Pekerja kau semua gila termasuk bini psycho kau tu" bebel Syauki kepada diri sendiri.
Syarafina yang berada di luar melihat jam dari telefonnya dan tersenyum lebar. Jam menunjukkan 4 petang.Dia mengambil kunci keretanya dan cepat turun ke bahagian tempat letak kereta.
"Kalau aku nak membazir pun... kena beli jugak dekat suami aku.Tak pasal dia marah aku haih..." keluh Syarafina. Dia masuk ke dalam keretanya dan enjin kereta dihidupkan
Tanpa disedari gerakan Syarafina diperhati oleh seseorang yang berpakai hoodie. Pemuda yang memakai hoodie itu mengeluarkan telefonnya dan menelefon seseorang.
"Jefe. TodavÃa está a salvo, la información que obtenemos puede ser incorrecta (Bos.Dia selamat mungkin maklumat yang kita dapat salah)" kata pemuda itu.
"protegerlo bien(lindungi dia baik-baik)" kata bos pemuda itu.
Panggilan ditamatkan. "Penat hidup aku macam ni kalau asyik dapat maklumat salah"
Syauki bangun dan duduk di atas sofa lalu berbaring. "Macam nilah hidup kalau bini kau banyak musuh fenuartt"
Syarafina bersama Nur membeli belah di mall. Mereka membeli beberapa pakaian serta kasut.
"Hmm... Nur kecil lagi jadi tak boleh pakai kasut." Syarafina membelek-belek semua kasut kecil untuk bayi perempuan.
"Tapi kita boleh simpan kan? hehehe" Syarafinaemanggil pekerja perempuan itu dan mengatakan yang dia mahu semua kasut berwarna hitam itu dari umur sebulan sehingga enam tahun.
Terbeliak mata pekerja itu dan dia akur dengan permintaan Syarafina. Pekerja itu mula memanggil kawannya untuk menolong dia mengambil semua kasut itu.
"Nah kad ni" Syarafina menghulurkan kad kredit milik suaminya. Pembayaran selesai.
Syarafina menyuruh pengawal peribadi Syauki atau selebihnya milik dia untuk mengangkat semua barang-barang itu.
"Letih ke nak pegang semua beg ni?" Syarafina prihatin apabila berpaling ke arah pengawal peribadinya.
"Akak, kitonyo lenguh sangat doh ni. Bo lah tu belinyo. Sakit tangan ni nak megang benda gitu. Kalu ringan tak po gok" kata seorang pengawal peribadinya.
"Wow! loghat campur-campur ke?" Syarafina menyekat pengawal nya sehingga pengawal dia memuncungkan mulut.
"Kau Adi... muncung lah mulut tu.Kalau bos tahu kau mengeluh macam ni dekat isteri dia. Shung..." kata rakan sekerjanya dengan gaya tangan dari kanan ditarik hingga ke kiri pada leher.
"Demo gini laluh! hololah... serabut aku dengan mung ni!" Adi membetulkan pegangan beg kertas itu dan mulutnya terkumat-kamit mengata rakan sekerjanya iaitu Hadif.
"Cukuplah kamu berdua. Adi kalau kamu penat sangat kita boleh balik. Lagipun dah banyak sangat saya membeli barang ni." Mata Adi mula bersinar apabila terdengar perkataan balik.
"Sukalah tu?" Hadif mengejek. Adi menjeling rakannya itu dan berjalan kecil pergi ke arah Syarafina.
"Kak. Laki akak tu tok maroh ko beli bare banyak gini?" Adi menyoal Syarafina. Dia sebenarnya takut sebab bos dia sudah berpesan jangan bagi Syarafina beli banyak sangat sebab nanti akan membazir.
"Tak marah. Maybe. Siapa je yang tahu kan?" Selamba sahaja balasan dari Suarafina yang buatkan Adi berasa geram.
"Penat aku main gini" Adi terus berjalan menuju ke arah lif. Syarafina pun mengikutinya diikuti juga oleh Hadif serta beberapa pengawal peribadinya.
TING!
TING!
TING!
Beribu-ribu notifikasi masuk ke dalam telefon Syauki yang masih lena dalam tidur. Apabila bunyinya terlalu banyak, Syauki membuka matanya danengambil telefonnya di dalam poket seluar dia.
Syauki membuka skrin telefon pintar itu dan terus dia bangun terduduk di atas sofa.
"Weh? ini isteri aku ke yang beli barang ni!?" terperanjat Syauki apabila melihat satu harga yang buatkan dia berasa ingin pitam.
"Ya Allah... ampunkanlah dosa isteri aku yang pemboros ni..." Syauki mengurut dahinya yang berasa sakit tiba-tiba
"Kenalah malam ni!" marah Syauki
Share this novel