Bab 39

Romance Completed 25801

"Assalamualaikum cinta hati Faisal." Sarah tersipu malu dengan panggilan itu.Faisal pula hanya melihat siling biliknya.

"Saya ni tua daripada awak tahu tak.Tapi kenapa awak pilih saya?" pertanyaan dari Sarah membuatkan Faisal ketawa.

"Pernah dengar cerita perkahwinan Rasulullah dengan Khadijah?" Sarah pula hanya mengangguk walaupun Faisal tidak nampak.

"Jadi tiada salah jika nak kahwin dengan perempuan tua."

"Kalau saya tua 25 tahun, awak masih nak jadikan saya sebagai isteri awak?" Faisal mula bangun dari jaringannya dan bermain dengan bantal.

"Cinta tak mengenal usia.Kalau kita berjodoh Insyaallah saya terima." kata-kata Faisal tulus dari hati.

Sarah terus mematikan panggilan.Dia berasa serba salah.Hari ini dia akan berjumpa dengan keluarga Faisal tetapi dia berasa malu kerana Syarafina juga akan berada di sana.

Faisal mengeluh.Dia yakin bahawa Saryah pasti akan berasa serba salah.Kakak sepupunya dah lama memaafkan kesalahan bakal isterinya.

Syarafina pernah berkata yang lebih baik kita memaafkan seseorang daripada kita berdendam.Jika tidak kita masih akan sentiasa diselubungi dengan perasaan yang jahat sehingga mampu menganiayakan seseorang.

"Sal! Ooo Sal!"terjerit-jerit Syarafina memanggil adik sepuounya.

"Ye! nak apa?!" sahut Faisal di dalam bilik.

Syarafina terua menerjah sahaja bilik Faisal.Terkejut beruk si adik sepupu, dahlah dia tak pakai baju kan tertimbul fitnah.

Muka selamba sahaja Syarafina bagi."Cepat! Sarah dah sampai." terus dia tutup pintu bilik.

"Kau ni lain kali ketuk!" marah Faisal.Mukanya berona merah."Arghhh, dia nampak ke badan aku?" Faisal meraup mukanya.

"Tak kot..."

"Nanti turun tu pakai baju.Dan... lain kali duduk dalam bilik pun pakai.Ingat aku masih ada dalam rumah ni." kata Syarafina dari celah pintu bilik.

"Ka..kau nampak ke?" Syarafina hanya tersenyum sahaja.Suka dia menyakat Faisal.Sebenarnya dia ternampak terus mata ditutup.Nak elak dosa mata katakan...

Faisal mengambil baju t-shirt kelabunya dan memakainya.Rambut disikat sedikit supaya nampak kemas.Selepas dia puas dengan penampilannya segera Faisal keluar dari bilik.

Sarah melihat Faisal turun dari tangga.Sepatutnya keluarga sebelah lelaki yang perlu datang ke rumah pihak wanita.Tetapi lain yang terjadi.

"Sarah kamu macam mana sekarang?" soal Puan Zainab dengan lemah lembut.

Sarah pula hanya diam sahaja dia tidak tahu ingin jawab apa.Sekarang otak dia tengah blank.

Syarafina tersenyum lalu bangun dan mengambil tempat di sebekah Sarah.Dia menggenggam tangan Sarah.

"Awak tak apa? Saya dengar yang awak kena simbah asid.Teruk tak?" Sarah berasa ingin menangis.Begitu baik Syarafina melayannya walaupun dia pernah tidur dengan Syauki.

"Alhamdulillah dengan izin Allah saya baik sahaja." Syarafina pula hanya mengangguk.

"Sarah bukan ke baru tadi kita siap call.Cepat juga awak datang, macam flash." Kata Faisal sambil membuat gaya seperti berlari.

"Tulah... sebenarnya kereta Sarah dah ada dekat luar pagi tadi.Saja dia malas keluar sebab dia nak call kamu dulu." terang Puan Zainah.Faisal pula hanya mengohkan sahaja.

"Tak sangka kamu secantik ni.Patutlah Faisal sorokkan kamu dari umi." Sarah pula hanya tersenyum.

"Muka saya buruk lah.Tapi lepas saya buat operation muka saya okay sikit daripada sebelum ni." Syarafina tergelak kecil apabila dengar penjelasan Sarah.

"Sebenarnya awak memang cantiklah-" Faisal terus menutup mulut Syarafina.Matilah dia kalau perempuan ni cakap tak ingat perjanjian

Syarafina merenung tajam mata si Faisal.

"Akak...Sal baru ingat yang akak ada kerjakan jadi jom." Faisal terus menarik Syarafina. Puan Zainab hanya menggeleng kepala sahaja dengan perangai dua beranak ni.

"Biarkan diorang.Jom kita sambung berbual."Sarah hanya mengangguk sahaja.

Mereka berdua berbual sehinggalah waktu Zuhur.Sarah meminta untuk balik kerana dia ingin menghatar tempahan bunga.

Sekarang Sarah membuka kedai bunga supaya dia dapat menenangkan dirinya dan mendapat rezeki yang halal.Sarah juga berimpian untuk memakai tuding purdah apabila kewangan dia stabil nanti.

Aerin melayan tiktok.Rayqal pula asyik menonton Reality show.

"Ray... jom buat trend sekarang." manja sekali Aerin.

"Taknak nanti ramai yang tengok muka saya yang kacak ni."dengan bangganya Rayqal berkata.

"Ray dah tak sayang Rin Huwaaaa"

"Okay jom buat." kalau tak ikut nantikan tidur dekat longkang!

"Let's go"

Mulalah Aerin mencari gambar suaminya.Dia mengedit lalu post dekat TikTok.

Rayqal hanya mengeluh sahaja.Aerin pula seronok bermain telefonnya.

"Saya harap awak bahagia bila saya tiada nanti.Masa saya dah nak sampai." luah Rayqal di dalam hatinya.

"Maafkan saya sweet... sebab tak dapat tepati janji saya untuk jaga awak.." Rayqal berasa sebak.Dia takut untuk pergi. Tapi takdir sudah menentukan.

Aerin berasa tidak enak terus berpaling ke sisi. "Kenapa awak nangis..." sayur sahaja nada Aerin.

"Tak adalah." nafi Rayqal.Dia menyekat air matanya daripada mengalir.

"Nanti petang kita teman Sya dengan Fina beli barang kahwin diorang." Rayqal berbunyi untuk menghilangkan suasana yang janggal.

Aerin terus membuat riak wajah hairan. "Sya? siapa tu?" Rayqal menepuk dahinya.Terlupa pula dia.

"Syauki maksud saya." Rayqal menjelaskan bagi tidak mengusutkan otak Aerin yang memang dah kusut.

"Ooo" tiba-tiba Aerin tergelak."Sya, Syauki. HAHAHA" selamba sahaja Aerin menggelakkan nickname abang iparnya.

"Gelak lah gelak." suruh Rayqal lagi.

Aerin mengelap matanya yang berair. "Kelakarlah." Aerin menarik nafas dan menghembus.

Rayqal hanya melihat isterinya dengan ekor mata.Sampai hati dia ketawakan Syauki.

"Kenapa ni muka moyok." Aerin menekul muka suaminya.

"Awaklah." Rayqal mula buat suara seperti ingin menangis.Sejak Aerin mengandung.Perangai Rayqal tak ubah seperti budak berumur 2 tahun.

"Fina nanti saya ambik awak." mesej dihantar.Syauki baring di atas sofa.Dia sedang berfikir tentang Rayqal.

"Ray... kenapa kau rahsiakan sakit kau hm." Syauki mengambil bantal dan menekup mukanya.

Syauki menangis teresak-eska.Bunyi ringtone bergema. Syauki mengambil telefonnya dan tekan butang hijau.

"Assalamualaikum imam Fina." lembut sahaja Syarafina memberi salam.Syauki mula berasa sebak.

"Fina..." muka Syarafina terus berkerut.

"Kenapa ni... abang nangis ke?" soal Syarafina dengan risau.

Syauki menyekat air matanya dan menggelengkan kepalanya."Tak ada apa-apa.Tak sabar nak tidur tepi sayang balik." luah Syauki walaupun bukan itu yang ingin dia katakan.

Share this novel

Zai Zai
2024-09-02 12:22:58 

lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience