Bab 46

Romance Completed 25801

Selepas Syarafina menghantar Aerin ke lapangan terbang dia sampai sekarang berasa sedih dan tidak berguna.

Sekuntum bunga matahari dihalakan di hidung Syarafina sehingga dia bersin.

"Apa ni?" soal si isteri.Syauki pula hanya senyum sahaja dan duduk di tepi Syarafina.

"Kenapa sedih ni? kan dah janji tak nak sedih lagi." kata Syauki yang sedang meletakkan bunga matahari di dalam pasu yang di hadiahkan oleh arwah Rayqal.

"Entahlah.Mungkin sebab Aerin.Dia berhak bahagia... saya rasa apa yang kita buat salah." Perbuatan Syauki terus mati dan melihat isterinya dengan pandangan tidak faham.

"Tak ada apa-apa.Hrm... bila kita nak pergi balik rumah mama?" Syarafina cuba buang perbualan tentang keadaan Aerin.

"Kenapa? tak suka duduk berdua dengan abang?" Syauki menjongket keningnya dan memeluk tubuh.

"Taklah.Rindu..." Syauki hanya menggeleng sahaja kepalanya dan pergi ke arah Syarafina.

Syarafina yang melihat suaminya datang dekat terus bangun dan duduk secara bersila.

"Tiber... jadi perempuan melayu terakhir." Syauki dengan nada ejekan.Syarafina pula hanya menjeling tajam.

"Cis! dasar suami derhaka!" tegas sahaja Syarafina menjawab, terlampau biasa sehingga dah lupa syurga berada di bawah tapak kaki suami.

"Ingat... saya ni syurga awak tahu.Tak baik tinggikan suara." lembut sahaja Syauki memberi nasihat dan mengusutkan rambut isterinya.

"Macam mana nak hormat kalau perangai dah sama macam budak?!" marah Syarafina sambil membetulkan balik rambutnya.Nasib tak panjang macam kuntilanak.

Syauki hanya melihat isterinya dan memberi senyuman yang penuh bermakna.

"Kenapa senyum macam tu? nak tidur dekat luar ke abang oi." Syauki pula hanya menggelengkan kepala dan mendekatkan diri ke arah isterinya dan melentokkan kepala di bahu Syarafina.

"Hem... pemain bola sepak satu team ada berapa?" soal Syauki dengan senyuman yang tak lepas dibibirnya.

"Tak silap saya... 12 rasanya." jawab Syarafina tanpa rasa musykil dengan soalan suaminya.

"Kalau buat perlawanan bola sepak kiranya 24 lah kan?" Syauki bertanya lagi dengan nada manja.Hidungnya di gesel di pipi Syarafina.

"Yelah kot... entah saya tak tahu apa-apa pasal sukan ni.Maklumlah... akademik je kita boleh." balas si isteri sambil bermain dengan tangannya sendiri.

Syauki hanya melihat sahaja dan memeluk lebih erat badan Syarafina seperti tidak ingin lepas.

"Mati anak orang weh..." Syarafina berasa susah untuk bernafas dengan pelukan itu dan terus mengeluarkan ilmu silat dia.

BAM!

Badan Syauki terhempas ke atas lantai. "Sakitlah!!" marah Syauki sambil menggosok belakangnya.

"Sorry..." Syarafina turun dari katil dan menolong Syauki bangun dari atas lantai.

"Nasib sayang." Syarafina pula hanya senyum dan duduk kan Syauki di birai katil.

"Saya kan dah kata lepas... awak yang tak nak." Syarafina cuba membela diri.Lagipun bukan salah dia kalau Syauki jatuh atas lantai.

Syauki hanya menjeling dan mengaduh sakit apabila Syarafina menyentuh belakang dia.

"Tulang belakang aku dah patah.... Huwaaaaa!!!!" Syauki mula menangis dan mengambil kesempatan untuk memeluk Syarafina.

"Dari dulu sampai sekarang.Mengambil kesempatan dalam kesempitan betullah..." Syarafina hanya mengeluh sahaja dan urut sedikit belakang Syauki.

"Esok kerja kan?" soalan yang sudah tahu jawapan masih ditanya oleh Syauki.Demi mengeratkan hubungan silaturahim sesama suami isteri katakan...

"Yelah..." Syarafina diam seketika dan cuba berfikir sekejap, lalu mengambil nafas secara dalam.

"Abang... kalau kita di beri cahaya mata kan... abang nak berapa?" Syauki terus tegakkan tubuhnya dan pandang muka isterinya seperti tidak percaya apa yang di dengar.

"A-apa? cahaya mata... anak ke?" soalan itu akhirnya mendapat hadiah di atas kepala oleh Syarafina.

"Orang tanya dia buat macam ni.Bye lah nak tidur!" Syauki menggosok kepalanya dan mencebik

"Kalau boleh... nak satu team bola sepak.Amacam? atau dua team.Boleh buat perlawanan bola sepak." selamba sahaja Syauki menjawab.

PAP

Bahu Syauki di pukul oleh Syarafina yang muka sudah merah menahan marah serta malu.

"Banyak cantik... ingat saya ni apa? kan saya pukul karang apa-apa pun tak dapat!" Syarafina terus baring di atas katil dan menarik selimut menutupi separuh badannya.

"Tak pasal badan aku lebam karang." perlahan sahaja Syauki berkata dan melihat Syarafina yang seperti dalam fasa masuk ke dalam alam mimpi.

Syauki bangun dan melakukan solat taubat bagi penutup harinya dan mula baring di sebelah isterinya dan memeluk badan Syarafina.

"buenas noches princesa." bahasa Sepanyol yang di berikan untuk Syarafina yang sudah terbuai di alam mimpi.

Syauki tidak dapat tidur dan mengenang dosa dia yang lalu.Katil ini juga yang dia buat sesuatu di murkai oleh Allah.
Dia masih ingat dan cuba lupakan.
Doa tidur serta beberapa selawat dibisikkan di telinga si isteri lalu dia terlelap bersama.

Sebelum kita menempuh kebahagiaan pasti kesedihan dahulu yang kita lalui.

sikit je Harini dapat update sebab sakit kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience