Bab 23

Romance Completed 25801

PANG
Datin Rosnah menampar Syauki
"Mama Syauki minta maaf"

"Kamu ingat maaf tu boleh putarkan masa ha!!" tempik Datin Rosnah.

"Mama maaf, Syauki buat macam tu sebab Fina tak sayang Syauki. Dia mesti nak balik kampung. Syauki ni ada isteri tapi macam tak ada, masalah Syauki pun banyak, cuma Sarah yang ada di sisi Syauki dan kita or..." tidak sempat dia menyambung ayat seterusnya Datin Rosnah menamparnya sekali lagi.

PANG

"Kau dengan bapak kau sama je. Nafsu tu dijunjung. Kalau bapak kau tak curang adik aku takkan mati!!! mak kau takkan mati!!! " Syauki terkejut dengan apa yang di katakan oleh mamanya.

"Aku rasa aku perlu bagitahu yang aku bukan mak kau, tapi adik aku Tengku Intan Raisyah tu mak kau!!" Syauki mengundur satu langkah, dia tak percaya apa yang di dengar tadi.

"Aku tak sangka perangai kau macam bapak kau. Dan kau nak tahu tak Rayqal tu siapa dia tu anak hasil curang bapak kau!!" Rayqal yang mendengar terus pegang tangan Rosnah.

"Maksud mama Rayqal ni adik Syauki."

"Ye. Aku terpaksa tinggalkan kau dekat luar negara sebab tu permintaan adik aku. Masa tu aku rasa benci tengok muka korang berdua tapi pada masa sama aku sayang korang." Air mata Datin Rosnah mengalir dia terpaksa batalkan janji dengan Intan untuk rahsiakan hal sebenar.

"Ya Allah... mama maafkan Syauki, tolonglah Syauki merayu maafkan Syauki." Syauki memeluk erat kaki Datin Rosnah.

"Mulai hari ini dan saat ini, mama nak kamu pergi dari rumah ni jauhkan diri kamu dengan Rayqal, pergi dekat ayah kamu. Tempat kamu bukan di sini. Esok mama akan hantar kamu ke rumah sebenar kamu." Datin Rosnah menepis tangan Syauki dan dia melangkah pergi ke biliknya. Hati dia sangat rapuh tak sangka anak yang dia jaga selama ini terpesong akhirnya.

"Syauki kau sabar lah." Rayqal memeluk abang kandungnya. Dia tak sangka selama ini dia ialah adik Syauki.

"Aku bodoh Ray aku bodoh. Kenapa aku mesti buat benda tu. Fina sekarang benci aku, Mama pula pandang muka aku pun dia taknak.

Syarafina hanya memandang Aerin dengan pandangan kosong. Dia rasa sakit sangat.

"Fina aku boleh jelaskan." Aerin cuba mendekati, tetapi Syarafina mengundur.

"Kalau aku tak jumpa kotak ni dekat stor mesti kau masih tipu aku kan." Syarafina menunjukkan kotak yang berwarna kelabu.

"Fina se..sebenar nya a..ku."

"Aku apa!!!" terhinjut bahu Aerin akibat terkejut dengan Syarafina.

"Aku sayang kau sebab kau sorang je kawan aku. Mulai hari ni kita tiada apa-apa hubungan aku nak pergi dari rumah ni." Syarafina menarik bagasinya dan masukkan ke dalam bonet kereta.

Aerin mengejar langkah Syarafina "Fina tolonglah berbaik dengan Syauki." tanpa melengahkan masa Syarafina menghidupkan enjin kereta, sekelip mata dia sudah berada di jalan raya.

Esok hari menjelang Syarafina mencari kerja untuk menyara hidupnya, akhirnya dia mendapat tawaran di perusahaan yang ternama dekat Melaka.

Tok Tok

Pintu rumah agam dibuka oleh sosok perempuan yang berumur.

"Datin sila masuk, Tengku dah tunggu dekat meja makan." Mak Jah mempelawa Datin Rosnah, Rayqal dan Syauki masuk ke dalam rumah.

Mereka bertiga menuju ke meja makan dan melihat dua orang yang tengah makan.

" Akak dah sampai jemput duduk. Mari kita makan sama-sama." ajakan Tengku Rasyid hanya diendah sahaja oleh Datin Rosnah.

"Aku datang sini sebab nak hantarkan anak sulung kau ni." Datin Rosnah menolak Syauki ke hadapan sikit.

"Ooo so you lah Tengku Syauki Luthfan anak I." Tengku Rasyid bangun dan memeluk Syauki.

"Ni anak kedua kau dengan betina yang tengah makan tu." Huda yang mendengar terus bangun dan dia lihat figura anak lelakinya.

"Ra..Rayqal kan?" Rayqal yang mendengar hanya mengangguk.

"My son... Mummy rindu sangat dekat anak mummy, you pergi mana I cari you tak jumpa-jumpa." Huda memeluk badan Rayqal dengan kemas.

Rayqal yang mendengar rasa nak mutah. Mummy eee gelilah.

"Rayqal jom kita balik." Datin Rosnah menarik tangan Rayqal dihentikan oleh Huda.

"Akak biarlah Rayqal duduk sekali dengan kitaorang Huda rindu sangat dengan anak esem Huda ni." sempat lagi dia mencubit pipi Rayqal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience