Bab 34

Romance Completed 25801

"Ray kau kata dekat mama aku balik rumah lama aku" Syauki bersuara.Dua wanita sudah tidur di belakang.

"Kau nak buat apa? lagipun barang kau kan dan dipindahkan" Rayqal memandang Syauki.

"Aku.. cuma nak tidur dekat sana" Rayqal hanya mengeluh, kalau benda tu yang dia nak memang akan dia usahakan.

Mereka sudah sampai di rumah Rayqal. Aerin memaksa Syarafina tidur bersama dia, Rayqal pula tidur dekat luar.

"Sweet janganlah macam ni.." pujuk Rayqal.

"Kalau macamtu beli saya cendol" Aerin membuat muka merajuk.

"Mana ada cendol masa ni.. esok lah" Rayqal usaha lagi tetapibtidak berjaya. Aerin menarik tangan Syarafina dan mengunci pintu di dalam.

"Kau ni tak baik buat suami macam tu" Syarafina menepuk bahu Aerin.

"Isy kau ni, kan kita beli burger tadi, kalau suami aku ada dia tak kasi. Sekarang kita perlu enjoy" mereka berdua ketawa riang dan berlalu ke dapur.

"Bang, aku ikut kau boleh?" Syauki hanya melihat sahaja muka adiknya.

"Masuk, kalau lambat aku tinggal" Rayqal bergegas masuk ke dalam kereta Syauki.

"Bila kau nak lamar Fina?" soal Rayqal yang kebosanan.

Syauki hanya membisu. Mereka berdua sudah sampai ke rumah Syauki.

"Bagitahu tak ke mama aku tak balik rumah dia malam ni?" Rayqal senyum dan mengangguk.

"Jomlah masuk" Rayqal menapak dahulu sebelum tuan rumah.

"Besar jugak eh rumah kau" Syauki hanya mendengarkan sahaja.Biarlah apa yang adik dia nak katakan.Sekarang dia nak berehat.

Tak sempat apa-apa Rayqal terus meluru ke atas dan masuk ke dalam bilik tetamu.

"Nasib adik,kalau tak lama aku sekeh kepala tu" Rayqal hanya senyum sumbing.

"Apa kata dari kau mebebel ni pergi solat isyak tidur!"

"Aku dah solat sekali dengan kau kan tadi.Nilah pelupa sangat" tak menghiraukan Rayqal dia terus pergi ke bilik bawah tanah.

Klik!

Lampu mula bercahaya.Satu-satu barangan tinju dan silat berada di situ.Siap gelanggang sekali.

Syauki berjalan perlahan-lahan dan mengamati permandangan di bilik bawah tanah.Bagitu banyak kenangan manis dia bersama Syarafina.

"Abang rindukan sayang.." akhirnya air mata yang dari tadi ditahan gugur juga.

"Abang minta maaf.." dia terduduk dan menyenbamkan mukanya ke lutut.

"Abang terlampau bodoh! abang tak patut ikutkan nafsu!" Syauki memukul dirinya sendiri.Dia rasa bersalah dengan tindakannya selama ini.

"Kalau abang tak buat macam tu mesti sekarang kita bahagiakan? mesti sekarang kita ajar anak kita bertinju dengan silat kan?"

"Abang.. kenapa nangis ni.. tak kacaklah suami saya.." Syauki terus berpaling ke arah kirinya.

"Sa..sayang.." Syauki tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

"Abang ni cukuah tu nangis tahulah dah kalah ni menangis macam perempuan.Cepat bangun." Syarafina menarik tangan suaminya untuk beri kekuatan.Supaya dapat bangun.

"Yelah.Tadi sayang kata kalau orang serang kita kena elak lepastu serang dekat, bahagian yang dia tak perasan.Jadi abang buatlah.Sekarang tengok lebam dah.." tiba-tiba Syarafina rasa kasihan pula.

"Hrmm... kalau macam tu mari.Saya akan ajar biar abang betul-betul pandai" Syauki terus bangun.

"Tapi saya tak pandai" Syarafina mengeluh kecil.

"Benda yang kita tak pandai nilah kena belajar" bebel Syarafina.Syauki pula hanya tersenyum.

"Tak apa kalau suami saya tak pandai.Akan saya usahakan biar pandai.Tapi gaji lebih lah ya" sekarang Syauki hanya memandang kecil.. sahaja. Isterinya mengambil kesempatan dalam kesempitan ni.

"Awak duit nombor satu" Syauki menjulingkan mata ke atas.Ada-ada jer.. perangai isterinya ni.

"Ok jom sambung.Satu dua tiga..." Syauki pun tiba-tiba terkejut.

"Weh kau buat apa senyum sorang-sorang dekat sini" Rayqal menepuk bahu Syauki.

"Kau ni! kacau line sungguh" marah si abang.Rayqal pula menggelengkan kepalanya.

"Subuh nak hilang.Bila nak sembahyang" Syauki mengerling ke jam dinding.

"Ya Allah.Asal kau tak gerak awal-awal" terburu-buru Syauki pergi mandi dan mengambil wuduk.

"Dia main senyum-senyum.Bila orang gerak lembut main sayanglah.Sekarang nak marah aku"

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.Sekejap!" jerit orang dalam.

"Sweet! saya dah balik! buka pagar ni!" menjerit-jerit Rayqal.

"Ye.Sekejaplah!" Aerin membuka kunci pagar.

"Thaks.Kalau tiada kau mesti sekarang aki tidur dengan setan" Aerin pula memandang tajam ke arah suaminya.

"Aku gerak dulu.Nanti petang aku ambil kau balik" Syauki masuk ke dalam keretanya semula dan pergi meningglakan perkarangan rumah Rayqal.

Bahu Rayqal ditepuk kuat oleh Aerin.

"Awak pergi mana ha! tahu tak saya risau.Saya suruh awak tidur dwkat luar ni sekejap je kan.Bila saya buka pintu nak ajak awak tidur dalam terus awak hilang!" marah Aerin.Rayqal yang berasa tidak selesa dengan pandangan dari jiran-jirannya terus menekup mulut Aerin dan masuk ke dalam rumah.

Pintu ditutup rapat.

"Awakntahu tak saya risau.Macam mana kalau awak tiba-tiba pengsan.Macam mana kalau awak tiba-tiba sakit jantung.." lemah suara Aerin.

"I'm sorry.Saya ingat sweet halau.Sebabtu saya tumpang rumah Syauki" jelas Rayqal.Semoga isterinya faham dengan apa yang dia katakan tadi.

"Awak ingat saya jahil sangat.Biarkan orang sakit duduk dekat luar seorang diri!" sekarang suara Aerin meninggi.

"Awak tahu tak.Saya risau awak sangat-sangat.Saya takut awak pergi tinggalkan saya" Rayqal tersentap.

"Sweet... saya minta maaf.Petang ni, kita nak pergi beli barang untuk pesta birthday mama.Apa kata sambil itu.Kita beli hadiah unruk anak kita yang dalam perut ni" Rayqal menggeletek perut Aerin yang memboyot sedikit.

"Baik saya setuju.Tapi ni ubat.Jangan lupa makan" Rayqal mengankat tangan tanda seperti seorang anak kapal menerima arahan kapten.

"Saya nak pergi hospital ni.Jaga diri ya.Makan ubat ikut waktu yang ditetapkan.Dan satu lagi.Saya rasa saya tak boleh ikut, banyak sangat kerja yang ditangguhkan perlu disiapkan harini.Awak pergi dengan yang lain ya" Aerin menepuk bahu suaminya dan bersalam untuk pergi kerja.

Kini hanya tinggal Rayqal seorang di rumah.

"Maafkan saya sweet.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience