"Fina jangan macam ni sabar aku dan suami kau akan temankan kau"Aerin mengusap lembut bahu Syarafina "Suami aku ada suami ke?"Syarafina berasa hairan dengan apa yang di katakan oleh Aerin.
"Kau ni betul lupa ke Tengku Syauki ni suami kau"Aerin menunjukkan ke arah Syauki."Bos aku,mentang-mentang aku sedih kau nak buat lawak"
"Sayang betul lupakan abang ke?"Syauki berasa sedikit terhiris
"Aku tak kisah aku dah kahwin atau tak tapi aku nak ibu aku ayah aku.Aku nak diorang aku kata aku nak diorang!!!"Syarafina menjerit
Syauki pun keluar dari bilik dan mengenang nasib yang ditimpa isterinya.
"Aerin macam mana Fina dah tidur ke?" Syauki melihat ke arah pintu bilik yang Syarafina.
"Dia tengah berehat.Minggu depan dia boleh balik "Aerin balas "Tetapi aku rasa kita kena buat rancangan sekarang dia tak dapat terima apa yang ditimpa ke atas dia" tambah Aerin lagi.
"Habis tu aku nak buat macam mana kau sendiri kan jadi saksi yang dia tak percaya aku ni suami dia"
"Aku tahu aku sendiri nampak tapi kau jangan nak putus asa ingat setiap ujian pasti ada hikmahnya"
Aerin berasa agak marah kerana Syauki seperti sudah ingin putus asa.
"Macam ni kau buat macam biasa,nanti bila dia boleh balik dia akan duduk dengan aku"
"Kenapa macam tu pula aku ni suami dia"
"Dalam keadaan sekarang korang berdua tak boleh tinggal bersama nanti akan jadi lebih teruk"Aerin membalas.
"Baik aku faham jadi aku kena buat apa?"
"Buat masa sekarang dia anggap kau sebagai suami dia.Korang cuba ulang kenangan yang lama ianya mungkin akan mengembalikan ingatan Fina"
"Aku akan cuba tapi dengan satu syarat"
"Apa dia?"
"Setiap kali dia nak pergi kerja or nak pulang aku kena hantar dia and kau kena pantau jangan bagi sebarangan lelaki dekat dengan dia kalau tak aku tak teragak-agak untuk buat kau mengemis dekat tepi jalan"
"Bahagian kerja kau jangan kaitkan.Aku akan janji takkan biarkan sebarangan lelaki dekat dengan dia,puas hati"
"Macam ni baru dikatakan kawan" Syauki pun menuju lif dengan senyuman yang lebar
"Takdir kau Fina dapat suami macam ni"Aerin menggeleng kepala
"Aerin tolong aku ambil beg atas tu" Syarafina menunjukkan satu bagasi yang berwarna emerald green "Aku bukannya tinggi sangat nak tolong ambil,tunggu sini aku nak panggil orang tinggi jap eh"
"Aku kemalangan teruk sangat ke sampai ada jahitan dekat perut ni"Syarafina melihat perut nya yang berparut jahitan
"Fina doakan semoga ibu dan ayah berada di tempat orang yang beriman"
"Semoga Allah perkenankan doa awak"
"Bos buat apa dekat sini,mana Aerin"
"Dia kata awak perlukan pertolongan nak saya tolong apa"
"Aku ingatkan dia panggil misi ke doktor lain rupanya dia panggil mamat singa ni pulak " Syarafina berbisik terhadap dia sendiri
"Awak ingat saya tak dengar"
"Mana ada, tolong ambil bagasi tu saya nak letak baju saya"
"Sekejap" Syauki pun mencapai bagasi tersebut dan berikan kepada Syarafina "Nah bagasi ni cepat saya ada banyak lagi kerja"
"Terima kasih" Syarafina mengambil bagasi dari tangan Syauki "Kenapa berkait dengan saya pula kan saya tinggal dengan Aerin"
"Maksud saya cepat kita ada meeting walaupun awak baru balik tapi kerja kena diutamakan"
"Oooo... habis tu agama second"
Syauki rasa tersentap sedikit dengan apa yang dikatakan oleh Syarafina "Awak ingat saya ni jahil sangat ke sampai ketepikan agama.Nasib sayang kalau tak lama aku lepuk kepala budak ni" Syauki memperlahankan ayat terakhir supaya Syarafina tak dengar apa yang dikatakan, kalau tak habis rancangannya gagal.
"Kenapa ni tak siap lagi" Aerin melihat baju Syarafina belum diletakkan dalam bagasi lagi.
"Sikit lagi,bos boleh tak tunggu dekat luar saya nak kemas barang saya ni"
"Baik tapi cepat kita ada meeting yang penting, klien ni tak suka menunggu lama-lama"
"Baik singa eh maksud saya baik bos maaf saya sengaja eh tak sengaja,ha saya tak sengaja" Syarafina pun memberikan senyuman kepada Syauki
"Hei jangan lupa orang tengah ni tahu lah pendek tapi jangan lah sampai kena palau"
Syauki pun keluar dari bilik wad Syarafina
Share this novel