"Bilalah awak nak sedar.Saya baru fikir nak balik Melaka nak terima awak balik" omel Syarafina yang setia memandang Syauki.
Kalau pegang nanti dosa, tengok pun okeylah..
Sekilas dia melihat jam yang disangkut di dinding terus bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.
"Mana aku letak telekung eh?" Syarafina mencari beg telekungnya dan terpaksa sepahkan bilik wad. Sedikit... je.
"Ha jumpa pun!!" teruja gadis itu apabila beg bermarna sky blue itu dijumpai bawah katil.
"Solat dulu. Turun makan.Balik lawat Rin.Lepastu tunggu Syauki bangun. Bijak sunguh kau!!" Syarafina memetik jari bagi menunjukkan betapa bijaknya dia dengan rancangan tersusunnya itu.
Sesudah solat Zuhur. Dia bangun dan membuka telekungnya. Sebelum buka Syarafina melihat di belakang mana tahu Syauki ni tetiba sedar kan teraniaya nanti dapat dosa free.
"Cantik. Pakai ke lip balm?" dia mengetuk dagunya dan berfikir "Bibir aku nampak pucat, pakai sikitlah" sambungnya lagi.
"Fina nak pergi mana cantik-cantik ni?" soal Datin Rosnah yang muncul tiba-tiba macam hantu
"Eh dat.. mama" nyaris sahaja dia terpanggil datin nantu kena membebel satu tahun, walaupun tak sampai.
"Fina nak pergi kedai bawah sana lapar nak makan" dia menggosok perutnya sambil tersengih.
"Yelah. Kamu pergi biar mama jaga Syauki" apa lagi dapat green light jalanlah.
"Pelik sungguh perangai bakal isteri kamu Syauki" sambil gelengkan kepala dengan perangai Syarafina.
Datin Rosnah merenung lama mata Syauki yang terpejam rapat. Dia mendekati Syauki dan
PAP
"Aduh!!" Syauki mencelik matanya dan menggosok paha yang dipukul oleh Darin Rosnah.
"Ha! padan muka" Syauki pun bangun dan menyandarkan badannya ke belakang katil.
"Alah.. mama ni macam mana si Fina nanti patah balik. Mesti rancangan gagal" cebik Syauki.
"Kamu tu bukan koma sengaja nak tipu irang lain. Nasib mama dan Rayqal tolong kamu. Kalau tak..." sengaja Datin Rosnah menghentikan ayat seterusnya.
"Kalau tak apa? nak tampar. Tamparlah"
PANG
Terkedu Syauki dengan tamparan perkasa mamanya.
"Kenapa? nak lagi" Syauki terus menggelengkan kepala.
"Tak nak" Datin Rosnah tersenyum kemenangan.
"Bila kamu nak bagitahu Fina yang kamu sihat.Lagi pun minggu depan doktor sahkan kamu boleh balik" Syauki hanya membisu.
"Assalamualaikum!!!" tempik orang di luar memberi salam.
Aerin dan Rayqal yang seronok menonton movie serentak berpaling ke arah pintu masuk.
"Cuba awak tengok siapa datang. Saya nak ambilntudung kejap" Aerin bangun dan terus melangkah ke tangga untuk mengambil tudungnya yang tersangkut di dana.
Rayqal pula membuka pintu dan terkejut dengan sosok yang berada di depannya sekarang.
"Kenapa kau tercegat macam nampak hantu je" Syarafina sambil mencengkak pinggang.
"Fina!!!" Aerin terus menolak tubuh Rayqal lalu mendakap tubuh sahabatnya.
"Ya Allah... rindumya aku dekat kau. Kenapa kau datang sini?" Syarafina senyum danemberi sekotak buah epal untuk sahabatnya.
"Wow.. tahu je kan aku ni craving apple. By the way masuklah" Syarfina pun melangkah masuk ke dalam rumah Aerin ataupun yang sebenarnya rumah suami Aerin.
"Kan kau kata kalau kau mengandung, kau nak makan seratus kotak apple. Jadi aku belikan untuk kau" Rayqal pula menjulingkan matanya. Suka sangat minah ni kacau time dia dengan Aerin.
"Sweet, abang masuk bilik. Cakaplah dengan Fina sampai lupakan abang. Abang izinkan.." Syarafina ketawa kecil. Mesti merajuk sebab Aerin layan dia daripda suaminya sendiri.
"Pergilah. Saya ada banyak tea panas untuk Fina" Rayqal memandang Aerin dengan rasa tak puas hati.
Selepas figura Rayqal tiada Aerin menarik Syarafina rapat dengannya supaya hanya mereka berdua sahaja boleh tahu hal ini.
"Kenapa kau ni" geram Syarafina
"Diamlah. Ni masa aku teman suami aku lawat Syauki aku rasa macam something" kata Aerin
"Maksud kau?" Aerin melihat sekeliling kembali diikuti Syarafina
"Dia sebenarnya bukan kehilangan banyak darah" terus Syarafina bangun dan terkejut.
"Isy! kau ni nak dengar ke tak nak dengar" Aerin pun terus memeluk tubuhnya.
"Sorry sorry. Lagi?" Aerin pun pergi mendekatkan diri ke Fina
"Dengar habis baru bagi reaksi" Syarafina mengangguk tanda setuju.
"Syauki dia tipu kau. Sebenarnya di memang mengalami kemalangan yang teruk.Tapi di sebabkan dia terhantuk dekat stereng kereta kuat.. dia pengsan" jelas Aerin dengan lebarnya.
Syarafina pula membeku. "Maksudnya.. budak tu tipu aku" Aerin yang melihat Syarafina seperti menahan kemarahan terus sumbatkan buah apple.
"Yes! lagipun dia tak koma. Ini rancangan dia supaya kau boleh terima dia balik" Aerin dengan bangganya menggigit apple tersebut.
Syarafina mengetap giginya dengan geram.
"Bye aku nak balik"
"Weh sabarlah.. ada satu lagi tea panas ni. Weh Fina! Fina!!" jerit Aerin memanggil tetapi tiada sahutan.
"Kenapa jerit-jerit ni?" soal Rayqal dengan kerisauan. Mana tahu nak beranak ke.
"Mampus mampus" Rayqal yang masih tidak dapat menangkapnya menunjukkan muka blur.
"Fina tahu yang Syauki dah sedar" jelas Aerin yang seperti gelabah.
"Ok relax... tarik nafas.. hembus tarik.. hembus tarik.. hembus. Jelas satu persatu macam mana Fina tahu Syauki sedar?" Aerin oun menghenyetkan punggungnya di atas sofa dan menangis.
"Kenapa nangis ni.." Rayqal mengelap air mata isterinya yang mengalir deras.
"Sa.. saya tak sengaja.. ce..rita yang Syauki dah sedar. Huwaaaa" Rayqal pun terdiam dan tak dapat berkata apa-apa
"Cepat pakai baju elok. Kita kena pergi hospital. Nanti ada orang mati lekas" Aerin mengangguk dan pergi naik ke bilik menukar baju yang sopan sedikit.
Tanpa melengahkan masa Rayqal mendail nombor mamanya
"Kenapa Ray telefon mama.Mimpi apa?" Rayqal yang melihat Aerin sudah berada di pintu utama terus mencapai kunci kereta.
"Fina dah tahu Syauki sedar. Mama duduk dekat mana sekarang" Datin Rosnah speechles
"Mama dalam perjalanan pulang"
"Patah balik, tak pasal-pasal keluar berita bekas suami dibunuh oleh bekas isteri akibat menipu dia sakit untuk memikat kembali hati bekas isterinya" sempat lagi kau Rayqal.
Datin Rosnah end call dan membuat Uturn ke arah hospital.
Share this novel