Suasana dia tingkat 60 sunyi sahaja selepas di jerkah oleh encik bos. Syarafina pula ulang alik di hadapan pintu Syauki.
"Macam mana ni... nak masuk ke tak nak? Masuk jelah." Syauki berhenti dan menolak pintu kaca itu perlahan-lahan dan melihat suaminya yang tekun sedang melakukan kerja.
Syarafina dengan lambat melangkah ke meja Syauki dan menarik kerusi di hadapan meja itu.Syauki yang perasan sesuatu terus mengangkat mukanya dan membuat riak biasa sahaja.
"Saya... nak minta maaf.Saya tak sengaja... itu semua salah perempuan tu siapa suruh dia main jeling awak." kata Syarafina.Manalah dia tahu rupanya si Laili tu mengadu dengan si Dato' lepastu tambah sedikit rempah sampai suaminya ni baran dengan dia.
Syauki mengeluh dan letakkan pen, dia melihat muka isterinya. "Fina... cemburu itu boleh tetapi jangan lebih sangat.Sekarang ni yang kena tempias abang.Macam mana kalau berita ni sampai di telinga daddy nanti kita berdua kena marah." tegas Syauki menasihati Syarafina.
"Maaf kan saya please..." rayu Syarafina sambil memegang tangan suaminya dengan erat.
"Susah..." Syauki menggelengkan kepala dan menarik tangannya.Suasana di dalam sunyi sahaja tanpa suara sesiapa.
Syarafina mula berasa ingin menangis dengan perwatakan suaminya terus membentak.
"Kalau macam tu pecat sahaja saya! jadikan perempuan tu PA awak! awak jahat!" Syarafina keluar dari sana dan menutup pintu kuat sedikit sahaja.Kalau dia tutup kuat nanti berkecai tak ada guna.
Syauki yang melihat kaku seketika. "Dah kenapa isteri aku ni?" Syauki mengeluh dan menghentakkan kepalanya di meja.
Syauki mula menangis perlahan dan mencari anak patung doraemon lalu memeluknya.
"Doraemon.... isteri aku dah tak sayang aku... dia marah dekat aku..." Syauki melihat sekeliling dan baring di lantai lalu tergolek sana tergolek sini seperti budak kecil.
Syarafina mengambil tisu dan mengelap air matanya dan duduk di kerusi. Dia mengambil telefon dan membuka whatsapp melalui nombor satu lagi.
-Kill her!
Hanya itu sahaja yang ditulis oleh Syarafina. "Kau salah main api budak." Syarafina scroll ke bawah dan menekan nombor Aerin a.k.a Alice.
-Bila kau nak balik?
-kau sihat tak?
-aku bagi kau masa okey...
Syarafina menutup telefon dia dan menyimpan di dalam beg. Satu persatu masalah yang datang.Faisal sudah berkahwin dengan Sarah selepas mereka berkahwin entah kenapa muka Sarah macam nampak hantu.
Syarafina memejam mata dia dan teringat perbualan antara dia dengan Matteo.
"Kau perlu lindungi Sarah. He is evil. worse than Alice... you should know that." hanya kata-kata itu yang membuatkan hati Syarafina tak keruan.
PAP!
Terkejut Syarafina apabila badannya di tampar kuat. Dia membelai g belakang dan tergamam melihat muka suaminya yang merah dan hingus yang mengalir.
Syarafina mengambil tisu dan menghala ke arah suaminya. "Dah kenapa menangis ni? tadi bukan main marah lagi dekat kita."
Syauki mengambil tisu itu dan mengelap hidungnya.Dia duduk di lantai dan memeluk kaki isterinya.
"Weh! apa kau buat!" terkejut beruk Syarafina.Mana tak terkejut kalau tiba-tiba kaki kena gigit.Kalau peluk tak apa ni gigit terus.
"Denda sebab tinggalkan abang." Syauki memeluk erat kaki isterinya dan mengelap mukanya dengan hujung baju lengan dia.
"Mana ada... bangunlah kalau staff lain nampak tak ke diorang tiba-tiba pelik?" kata si isteri dengan lembut tak boleh keras-keras nanti makin teruk.
"Biarlah!" Syauki menggesel hidungnya di kaki Syarafina dan menggigit sekali lagi dan tak lepas-lepas.
"Woi! sakitlah... lepas! lepas!" Syarafina menepuk bahu suaminya.Setelah Syauki puas hati dia melepaskan gigitan dan pelukan di kaki isterinya.Dia bangun dan membetulkan baju dia dan rambut yang berserabai.
Syarafina memeriksa betis dia dan mengusap perlahan kesan gigitan besar itu. Sakit... biru sekali ungu pun ada.Beh letak dekat zoo ni.
"Malm ni abang gigit Fina lagi teruk.AHAHAHA" Syauki senyum kemenangan dan masuk ke dalam biliknya.
Syarafina pula megenggam pen sehingga patah. "Tunggulah... siapa yang ada seni nanti!"
TING!
Pesanan whatsapp di hantar.Syarafina membuka telefonnya dan senyum puas. Satu gambar seorang perempuan lunyai di belasah buatkan dia bahagia.
"Laili... Laili... kau ni mentah.Nak main dengan aku? Memang singa yang akan menang." Syarafina menutup telefon dia dan sambungembiat kerja dia.
"Okey! abang tak akan gigit lagi..." Syauki terbaring atas katil dan Syarafina duduk di atas kerusi sambil menyilangkan kakinya.
Habis bontot Syauki kena rotan dengan isteri. Rasanya dah hafal satu juzuk tali tetap lupa! huh!
"Saya dah kata... kalau nak main Uno dengan saya... abang kena ingat satu juzuk dulu." Syarafina memegang satu kotak kad Uno.
"Alah... mana adil... kalau macam tu sayang bacalah. Biar abang dengar." cabar si suami.Syarafina mengangguk-angguk dan menepuk kepala suaminya dengan bantal.
"Lupa ke? saya ni A.B.C." kata Syarafina sambil menekankan tiga huruf itu. Syauki mendengus. Masa nilah... nak ABC geram!
Syauki mencebik dan mula menangis seperti budak kecil.
"Mama!! isteri Sya dah tak sayang Saya!!!" kuat Syauki menangis.
Syarafina bangun dari duduknya dan menekup mulut Syauki tanda diam. "Masya-Allah... lihatlah muka saya ni ada saya tak sayang?" soal Syarafina.Syauki hanya menggeleng dengan tersedu-sedan.
"Dah! pergi tidur. Saya nak turun bawah nak main Uno dengan kucing." tak sempat Syarafina bangun lengannya di tarik oleh Syauki dan dia terjatuh atas badan suaminya.
GULP!
"Dah kenapa tengok isteri awak macam tu? tak pernah tengok muka perempuan ke?" soal Syarafina yang cuba mengawal riak wajahnya.Sekarang jantung dah maraton!!!
Syauki membelai rambut isterinya dan letakkan di belakang telinga. "Kenapa? tak boleh ke tengok muka bidadari saya ni hem?"
Muka Syarafina mula berona merah. "S-saya pergi turun sekejap." Syarafina cuba bangun tetapi di tarik lagi oleh Syauki
"Nope. tak boleh pergi... Wangi bau awak sayang..." Syarafina dah menelan air liur dia.Baisanya dia pandai melawan.Tetapi kali ini badan dia bagaikan di kawal.
TAP!
Lampu bilik tiba-tiba mati dan Syarafina menghela nafas lega.Syauki pula mencebik dan meletakkan isterinya di tepi dia.
"Rosakkan mood sungguh!" Syauki memeluk badan isterinya dan meletakkan muka di bahu.
"Esok ada lagi..." Zap! naik bulu roma Syarafina
Share this novel