Bab 56

Romance Completed 25801

"Cepat mengaku salah kamu" kata Datin Rosnah sambil menyulang kaki di atas sofa bujang dan memegang rotan.

Syauki meluru dan melihat ke bawah "Hmm salah Sya..." lemah sahaja nada Syauki dalam mengaku kesalahannya

Syarafina yang mendukung Nur hanya cuba senyum sahaja. Entah kenapa situasi sekarang amat menyeramkan.

"Er... mama kami nak balik dah ni.Assalamualaikum" kata Syarafina.Dia mendekati Datin Rosnah dan menyalami tangan wanita tua itu diikuti juga oleh Syauki.

"Yelah. Kamu tu Fina jaga baik-baik kandungan tu. Lepas habis bersalin tinggal dengan mama tak payah tinggal dengan suami kamu ni.Nantikan mengandung pulak kamu." balas Datin Rosnah dengan pandangan tajam yang terhala ke arah Syauki.

Syarafina angguk dan menolong suaminya untuk bangun. "Baik mama..."

Datin Rosnah hanya senyum kecil dan menepuk belakang Syauki setelah dia bangun dari sofa.

"Aduh!" Syauki mengaduh akibat di belakangnya terdapat lebam dari rotan mamanya.

Memang dari kecil dia pernah kena. Pertama dia kena sebab dia mengorat anak dara jiran masa dia umur 5 tahun.Lepastu dia tipu yang dia dah solat subuh sedangkan belum.

Syauki pandang takut-takut sahaja muka Datin Rosnah yang menyinga itu.

Mereka bertiga berjalan sehingga depan pintu rumah. "Bye mama. Ouh mana Daddy dengan Mummy?" Soal Syarafina setelah dia perasan bahawa Tengku Rasyid dan Tengku Huda tiada dengan mereka di ruang tamu tadi.

"Ouh.. erm.. diorang berehatlah tu..." itu sahaja balasan dari Datin Rosnah.

"Ou... okeylah bye mama!" ceria sahaja nada Syarafina sambil melambai tangannya dan masuk ke dalam kereta milik Syauki.

Kereta dia pula akan di ambil esok pagi. Sebenarnya dia datang sebab Tengku Rasyid rindukan cucu dia.

Suasana di dalam kereta hanya di dengari dengan suara Syarafina serta rengekan Nurlina.

"Anak siapa comel ni? anak ibu. Eee geramnya dengan muka dia." Syarafina cium bertubi-tubi di pipi anaknya.

"Sudah-sudahlah tu. Kesian saya tengok Nur tu dengan air liur awak dekat muka dia." Syarafina terus berhenti dan memuncung mulut dia tanda tidak puas hati dengan kata-kata suami dia.

Syauki memberi signal di sebelah kiri iaitu taman perumahannya dan keretanya masuk ke dalam perkarangan rumah mereka.

"Okey dah sampai. Jom tu-" Dahi Syauki berkerut apabila melihat Syarafina yang seakan-akan ingin menangis.

"Eh kenapa nak menangis ni?" soal Syauki yang sedikit risau. Manalah tahu tiba-tiba isteri dia nak terberanak kan?

"Abanglah!" Syarafina mengemaskan dukungannya dan keluar dari kereta. Pintu kereta dihempas dengan kuat.

Syauki pula masih tidak faham apa-apa dan dia hanya melihat figura isterinya yang mendukung anak mereka masuk ke dalam rumah dengan keadaan seperti marah.

"Apa yang aku buat?" soal Syauki yang bingung dengan keadaan sekarang.

Dia keluar dari kereta dan memeriksa pintu kereta tempat penumpang. "Alhamdulillah tak rosak." Syauki bersyukur.

Memang pintu tak rosak tapi orang dalam rumah tu baik kau pujuk sebelum dia menyinga.

Syauki masuk ke dalam rumahnya dan mendengus sakit sedikit akibat panahan rotan berbisa Datin Rosnah.

Dia melangkah ke dapur dan mengambil segelas air untuk minum air.Selesai dia minum air cawan dibasuh dan perlahan dia menaiki tangga menuju ke biliknya.

Pintu di buka dan dia senyum kecil apabila terlihat badan kecil itu lena tidur di atas katil kecil (maaf saya tak tahu apa nama dia jadi saya just letak macam tu je)

"Comelnya anak papa" kata Syauki yang semakin mendekat ke arah anaknya dan tiba-tiba...

KEDEBUSH

"Argh!!" Syauki menjerit apabila belakangnya tercium dengan lantai.

"Hmm dah lama kita tak belajar silat kan? jom abang. Hari ini saya nak ajar semua ilmu saya dekat abang jom..." serama sahaja nada Syarafina.

Syauki ketawa yang dibuat-buat dan bangun perlahan. "Tak apalah. Esok jelah ye.." Syarafina tetap berdegil walaupun Syauki membantah.

Syarafina menarik tangan suaminya dengan sekuat tenaganya dan pergi ke ruang bawah tanah.

"The game starts" entah kenapa bagi Syauki ianya bukanlah latihan biasa.

"Ya Allah kalau aku mati hari ini janganlah salahkan isteri aku.Mungkin ini semua salah aku sebab salah pilih pasangan hidup semati aku." dalam hati Syauki berkata dengan perasaan takut yang menghuni dirinya.

TING!

Pintu bawah tanah di buka dan lampu mula menyala di ruang itu. Satu persatu barang dalam ruang itu terserlah.

Syarafina menolak suaminya masuk ke dalam gelanggang dan melemparkan dua sarung tinju ke arah suaminya.

"Eh kata nak ajar silat? kenapa tinju?" soal Syauki yang hairan dengan perangai isterinya yang berubah-ubah ini.

Syarafina mengikat rambutnya gaya ekor kuda dan membelai sarung tinju lalu membuka langkah.

"Maybe."

BUK!

BUK!

BUK!

"Argh!" Syauki mengerang sakit apabila mukanya ditumbuk oleh isterinya sendiri

"Sayang stop please.. stop." rayu Syauki hanya di endahkan sahaja.Syarafina melepaskan tendangan dan tumbukannya.

Syauki pula hanya mampu bertahan sehinggalah dia jatuh terbaring lemah.

Syarafina berhenti dan menarik nafas dalam lalu beristighfar. Dia pergi mendekati suaminya dan melutut di sebelah Syauki.

"Sakit?" soalan itu dijeling tajam oleh Syauki. Seronok je dia tanya sakit ke tak? ni kalau lebam sampai bengkak ni bukan nama mengajar tapi namanya membuli!

"Hm" Syauki hanya mengehem sahaja dan cuba bangun tetapi tidak boleh. Badannya sakit sangat...

"Sorry..." Syarafina meminta maaf dengan membuat jari peace. Syauki pula memalingkan wajah ke arah lain.

"Hahib haik hahang (Nasib baik sayang)" kata Syauki dengan pakej jelingan mata.

Syarafina menggaru kepala kerana dia tidak faham. Dia menolong suaminya untuk bangun dan mereka perlahan berjalan ke arah lif.

Sampai sahaja di tingkat atas Syarafina menolong suaminya berjalan hinggalah ke dalam bilik mereka.

"Abang duduk sini. Saya nak pergi cari ubat untuk sapu lebam dan luka abang." kata Syarafina setelah letak suaminya di atas katil.

"Hahit... Hahang hahan hah hehhi (Sakit... sayang jangan lah pergi)" kata Syauki sedikit manja.

"Maaf saya tak faham bahasa alien abang." balas Syarafina dengan sengihan. Dia pergi ke arah almari dan mencari kotak kit kecemasan untuk merawat suaminya.

Syarafina akhirnya jumpa kotak kit kecemasan itu dan mula berjalan ke arah suaminya.

"Abang bangun-" terpotong ayat Syarafina apabila melihat suaminya yang tidur tenang di atas katil.

"Comel" perlahan sahaja nada Syarafina. Dia membuka kotak kit kecemasan itu dan merawat luka di muka suaminya dahulu barulah di belakang Syauki.

Selepas dua jam Syarafina akhirnya selesai menyapu ubat dan membalut di sekitar badan suaminya.

"Itulah... masa orang ajar tak nak dengar." kata Syarafina yang berbaring di sebelah kanan suaminya.

"Kan dah mendapat. Nasib sayang kalau tak dah lunyai saya kerjakan sebab buatkan hati saya sedih tadi." Syarafina menyambung ayatnya dan dia memeluk perlahan badan suaminya.

Cahaya matahari mula mengenakan di muka Syauki. Perlahan dia membuka mata dan melihat sekeliling. Kosong sahaja kecuali meja di sebelahnya yang ada satu mangkuk serta air tawar dengan ubat dan nota kecil yang berbentuk hati.

Syauki bangun perlahan dan bersandar pada kepala katil lalu mengambil nota kecil itu untuk dibaca.

'Assalamualaikum abang. Maaf taw tentang semalam. Ni saya ada buat bubur ayam, jangan risau tentang Nur. Saya letak dia dekat rumah mama dan kereta abang saya pinjam. Tentang kerja pula biar saya yang uruskan. Solat subuh pula abang boleh qadar pada waktu Zuhur.'

Syauki ketawa kecil dengan nota itu.Entah kenapa dia geli hati dengan kata-kata isterinya.

Syauki meletakkan nota kecil itu di atas meja semula dan perlahan mengambil dulang makanan dia.

"Hmm hweet huhak hihhehi hahang (hmm sweet jugak isteri abang)" kata Syauki dengan senyuman manis yang tak nampak berapa manis setelah di belasah semalam.

Ketika Syauki makan tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda panggilan masuk.Syauki mengambil telefonnya dan mengangkat panggilan itu.

Video call ya bukan voice call.
Tak sempat si pemanggil itu ingin memberi salam terus dia ketawa terbahak-bahak

"HAHAHA asal muka kau HAHAHA macam bukan muka HAHAHA tapi macam HAHAHA tak boleh lah weh..." Syauki hanya diam dan mukanya mula masam.

"Hehawa hah Hau hahi hahu hak hohong hau (ketawa lah kau nanti aku tak tolong kau)" terus mati ketawa si pemanggil apabila dapat ugutan dari Syauki.

"Nasib aku faham kalau tak memang aku sambung" balas si pemanggil dengan air mata yang keluar akibat ketawa tadi.

Teruk sangat ke muka Syauki sampai kena ketawa macam tu. Kesian member yang tak ada salah apa-apa

"Ehem. Sebenarnya aku nak minta tolong kau palsukan identiti aku boleh?" soal si pemanggil itu

Syauki mengangguk dan terus tutup video call. Dia tak nak tengok muka si pemanggil itu.

Dia merajuk! betul-betul merajuk sebab diketawakan. Syauki tiada selera untuk makan dan letakkan dulang makanan itu di atas meja sebelahnya

Syauki baring perlahan-lahan dan menarik selimut menutup dirinya. Sekarang dia nak menangis sepuasnya sebab si pemanggil itu ketawakan dia kuat sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience