Bab 58

Romance Completed 25801

Pintu rumah di buka. Syarafina turun dari tangga dengan laju untuk menyambut suami yang tercinta.

"Abang... eh, aku turun nak minum air kan..." terus Syarafina berdalih apabila melihat tatapan tajam dari si suami.

Syauki mengangkat sebelah keningnya dan meletakkan sutnya di atas sofa lalu berjalan ke arah Syarafina.

Syarafina mula kalut untuk mencari cawan dan tiba-tiba badannya dikurung oleh si suami.

"Sayang... boleh tak jujur untuk soalan ni." Syauki berbisik di telinga isterinya. Jantung Syarafina mula maraton.

"Ha sudah jantung aku ni!" gelabah Syarafina di dalam hatinya.Sekarang dia nak lari!! kalau boleh bertukar jadi cicak. Memang sekarang dia bertukar.

"A-apa punya s-soalan?" tergagap-gagap Syarafina ingin mengajukan soalannya.

"Kad kredit abang... Fina beli apa?" Syauki bertanya kepada isterinya yang muka mula pucat.Bagaikan tiada darah.

"S-saya beli b-barang" jawab Syarafina dengan gagap yang buatkan Syauki dekatkan lagi badannya ke badan si isteri.

"That's not the answer I want."

ZAP!

Syarafina terdiam dan tak mampu untuk jawab apa-apa soalan dan mulalah dia mulakan drama air mata murahan. Semoga menjadi.

"Saya cuma nak beli barang untuk baby dengan Nur..." kata Syarafina diselangi dengan air mata yang mengalir.

Syauki terkedu dan jarakkan badannya dari si isteri."Menangis pulak? orang tanya je tu pun nak sensitif." ejek Syauki.

Apabila melihat Syarafina seperti ingin menangis lebih kuat lagi. Syauki memusingkan badan Syarafina menghadap di hadapannya.

"Abang bukan marah... kalau isteri abang ni nak beli sampai habis duit abang pun tak apa. Cuma membazir ni amalan syaitan." Syauki cuba memujuk isterinya yang sedang sensitif sekarang.

"Y-yelah tu tak marah. T-tadi bukan panggil sayang tapi Fina!" marah Syarafina dengan tersedu-sedan sekali.

"Sebut nama pun salah?" Soalan itu membuatkan Syarafina makin lebat mengeluarkan air mata sekali dengan suaranya.

Syauki mengeluh dan memeluk isterinya lalu mengusap perlahan rambut wanita itu sambil memujuk.

"Ye saya tak marah... okey. Sayang... cukuplah tu menangis. Hodoh nanti muka yang memang dah hodoh tu." pujuk Syauki dan terselit juga ejekan.

"Kalau saya hodoh awak tu muka macam tapak kaki haiwan oink tu" marah Syarafina dengan bibir yang dimuncung di hadapan.

Mulut Syauki melopong luas. Dia samakan suami dia dengan haiwan oink tu? derhaka sungguh! tapi kena sabar...

"Yelah. Suka hati awak nak kata saya apa. Mana kad saya?" Syauki menghulurkan tangannya untuk mengambil kadnya

"Sekarang di sisi saya ada beg ke?" Syauki pun tersenyum dan menarik tangannya letak di sisi. Perut si isteri diusap.

"Anak oi... nanti jangan jadi perangai macam singa ni. Tak pasal pening kepala bapak kau." Syarafina pula hanya buat biasa sahaja bagaikan sudah terbiasa.

"Singa ni jugak lah yang awak sayangnya..." Syarafina menolak suaminya supaya menjauh sedikit.Lemas

Syarafina membuka langkah dan pergi ke ruang tamu. Syauki mengikuti langkah isterinya.Si isteri mengambil tempat dan mengeluarkan satu kertas.

"Kertas apa ni?" Syauki mengambil kertas itu dan membacanya.
Seketika senyuman lebar terukir.

"Really?" soal Syauki dengan tak percaya.Syarafina mengangguk dan ukir senyuman juga.

Syauki mendekati isterinya dan memeluk dengan erat. "Yeay!! dapat kembar!!" teruja Syauki

"Bahagianya dia.." Syarafina mencubit pipi suaminya. Syauki menurunkan isterinya dan mencium pipi Syarafina bertubi-tubi.

"Mestilah!"

"Tapi..." Syarafina diam buat seketika.

"Saya tak berapa sedap hatilah. Macam mana kalau saya mati masa saya lahirkan anak kita?" muka Syauki yang tadi bahagia mula menjadi biasa.

"Jangan cakap macam tu." dingin sahaja suara Syauki yang buatkan Syarafina terdiam.

"Merajuk ke?" Syarafina mencucuk-cucuk bahu suaminya.
Syauki diam dan melihat ke arah lain.

"Alah... jangan lah majuk..." manja sahaja suara si isteri untuk memujuk suaminya.

"Bukan merajuk tapi marah." Syauki memberi jelingan kepada isteri dia

"Mati,hidup kan kita tak tahu. Orang cakap saja je.." Syarafina cuba untuk memujuk sekali lagi.Tetapi tetap tak berhasil.

"Sayang tahukan.Kata-kata tu satu doa?" Syarafina mengangguk. Memang dia tahu, sebab hari-hari dia asyik kata nak anak kembar. Tup-tup dapat kembar.

"Janganlah marah... tak comel nanti" Syarafina mencuit pipi suaminya.

Syauki mengeluh dan angguk sahaja. Syarafina senyum dan menepuk belakang encik suami.

"Argh! dah kenapa ni!?" Syauki tidak sengaja meninggikan suara dia.

"Lemah! jom, buka gelanggang" ajak Syarafina. Sejak dia mengandung si kembar ini. Wajib setiap malam dia akan bertinju atau bersilat dengan Syauki.

"Sayang tu mengandung. Tak takut ke?" Syauki dengan ragu-ragu. Syarafina ketawa kecil, bagi dia sedikit kelakar.

"Buat apa nak takut? Ke abang sendiri yang takut kalah?" sakat Syarafina membuatkan muka Syauki cemberut.

"Okey! siapa kalah dua bulan kena jadi suri rumah. Deal?" yakin Syauki dengan syarat yang dia beri. Syarafina angguk dan mereka berdua berjabat tangan untuk menyetujui syarat tersebut.

Syarafina melintasi suaminya dan pergi ke bawah tanah. Syauki pula membuka langkah ke arah bilik bagi menukar bajunya.

Dia membuka pintu bilik dan senyum tipis melihat Nurlina anak mereka tidur lena di atas katil kecil miliknya.

Syauki mengambil baju yang sesuai lalu memakainya. Nurlina pula didukung dan tilam kecil milik anaknya di ambil juga.

Syarafina yang berada di bawah tanah diam dan melihat sekeliling lalu mengambil sarung tinju.

Syauki mula turun membawa anak mereka. "Kenapa bawak Nur sekali?" hairan Syarafina.

"Nantikan ada apa-apa kat atas tu kita yang bawah ni tak dengar macam mana?" soalan di balas soalan.Syarafina akur dan masuk ke gelanggang tinju.

Syauki mehampar tilam dan meletakkan anak mereka supaya sedikit selesa.

"Okey jom!" Syauki naik ke gelanggang dan memakai sarung tinju yang diberi oleh isterinya.

Perlawanan bermula. Syarafina menyerang manakala Syauki bertahan. Tumbukan dan tendangan dari si isteri di tepis begitu sahaja oleh si suami

Syarafina tidak menyerah kalah.Dia berusaha untuk tumpaskan Syauki dan akhirnya dia berjaya mengunci pertahanan suamianya

Syauki cuba untuk bergerak tetapi badannya dikunci oleh Syarafina. Tangan serta kakinya tidak dapat digerakkan. Jika isterinya tidak mengandung pasti dia sudah menyiku perut Syarafina.

"1..2..3!" Syarafina melepaskan dan berbaring dengan lelah diikuti juga oleh Syauki. Mereka berdua mengambil nafas dengan sedikit laju.

Syauki berpaling melihat anak mereka yang sudah mencelik mata bermain dengan air liur sendiri.

"Comel anak kita" puji Syauki.Syarafina mengangguk.

"Tengoklah mak dia siapa." Syarafina bangga dengan dirinya sendiri. Syauki menjuling mata menyampah.

"Menyesal puji" kata Syauki.Dia bangun dari baringan dan membuat beberapa gerakan untuk membetulkan urat-urat pada badannya.

Syarafina hanya melihat. "Kita tidur sini malam ni.Nur tu awak jagalah ye." Tak sempat Syauki membalas Syarafina menutup mata dan dalam perjalanan terbuai dalam mimpi.

Syauki ketawa kecil dan mendukung anak kecil mereka lalu diletakkan ditengah.

"Nampaknya kena jaga kamulah malam ni." Syauki memeluk anaknya dan memejam mata.

Lapan bulan sudah berlalu dan kandungan Syarafina makin sarat serta Syauki yang stres dengan kerjanya.

"Itulah... abang kan dah kata tak perlu kerja. Yang awak ni degil kenapa?" Syauki membebel kepada isterinya yang penat itu.

"Orang mengurut guna tangan bukan mulut" jawab Syarafina. Syauki berhenti dan melihat isterinya dengan tidak percaya.

"Menjawab. " sepatah sahaja kata Syauki, dia mengurut kaki isterinya dengan lebih kuat supaya rasa sakit.

"Argh!" Syauki terjatuh dari sofa dan memegang perutnya yang berasa senak akibat tendangan dari Syarafina.

"Lain kali kitakan lagi, biar saya tendang abang sampai Pluto" Syarafina menjeling dan menggosok perutnya yang makin naik itu.

Syauki bangun dan mengusap perutnya yang ditendang itu. Pintu pejabatnya di ketuk.

Syarafina bangun " masuk" arah Syauki setelah dia berjalan ke arah mejanya.

"Ni fail hok mung nok." kata Adi iaitu pengawal peribadinya.

Syauki mengangguk dan mengambil fail itu. "Macam mana dengan dia?" Syauki menyoal sambil matanya masih setia membaca fail yang di beri.

"Gitulah. Baik mung bagi dio gi kat bini dio. Aku hok tengok ni rasa sedih" Adi duduk di hadapan Syauki dan menjawab soalan Syauki.

Syauki menutup fail itu dan mengeluh. "Benda tu nanti kita selesaikan. Ni aku nak kau bawak isteri aku pergi jumpa doktor untuk check up dia."

Adi melihat ke arah Syarafina dan menggeleng kepala. "Dokse aku! kekgi aku balik Mok aku tanyo gini. Wehlah di... mung hi kekoh mano sapa bekok gitu?"

Adi dengan gaya tangan serta nadanya dibuat seperti perempuan tua.

Syauki ketawa dan mengelap air matanya. "Itu masalah kau. Bukan aku."

Adi merengus geram dan bangun. Apabila dia berpaling ke arah Syarafina dia memberi senyuman.

"Jom kita pergi" lembut Adi berkata.

Syauki yang melihat cuba untuk menahan dari ketawa. Suarafina akur sahaja, dia mengambil beg tangannya dan berjalan perlahan keluar dari pejabat suaminya.

Hilang figura Adi dan Syarafina. Syauki melepaskan tawanya. "Kata je kita sebagai lelaki tak boleh takut perempuan sebab kita ketua keluarga. Sekali dengan isteri aku... baru tahu langit tinggi ke rendah. HAHAHA"

Syauki ketawa dengan kuatnya.

mungkin esok ialah bab terakhir

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience