"Hari ni hari jadi mama.Kita nak buat apa?" Aerin, Rayqal dan Syauki hanya diam. Syauki fikir tentang cara lamaran dia nanti.Rayqal pula tengah dalam fasa blur.Aerin terfikirkan kesihatan suaminya.
Nampak sangat tak ada yang nak membantu.
BAM!
Terhinjut bahu ketiga-tiga tu. Mereka serentak melihat Syarafina yang sedang menahan amarah.
"Kalau tak nak tolong tak perlu datang sini! biar aku fikir sendiri!" bentak Syarafina.Mereka bertiga pula hanya melihat ke lantai.
"Fina... apa kata kalau bertenang dulu.Kau, aku dengan Tengku Rasyid and Huda buat persiapan di rumah.Syauki dan husband aku yang lagi baik dan berani ni, teman mama pergi jalan-jalan." Aerin memberi cadangan.Terselit juga pujian untuk suami dia.
"Bijak juga kau ni." Syarafina memberi pujian.Merah pipi si Aerin ni.
"Ehem... so let's start the mission." Rayqal bangun dan menghulurkan tangan kanannya ke arah Syauki.
"Kena ke?" Syauki menjongket sebelah kening.
"Yes!" Rayqal menarik abangnya untuk bangun.Alhamdulillah masih ada kekuatan lagi.
"Bye husband ku.." Aerin dengan nada yang sedih.
"Eleh. Kau ni nanti malam jumpa jugak.Bukan tak jumpa." Aerin pula mengeluh. Sebenarnya dia ingin beritahu perkara sebenar kepada semua yang Rayqal mengalami sakit yang tidak disangka.Tetapi suaminya hanya suruh menyimpan rahsia itu.Dia tak suka kalau ada yang risaukan dia.
"Fina! ni nak pasang dekat mana?" jerit Aerin di taman rumah Tengku Rasyid.
"Pasang jelah dekat mana-mana.Aku nak fikir design kek ni!" jerit Syarafina pula.
Aerin mendengus kasar.Nanti kan kalau tak kena dengan dia marah kita pulak.
" Tak apa biar mummy yang tolong." Tengku Huda dengan rela hati ingin menolong menantunya.
"Thanks"
Tengku Huda dan Aerin sedang menyiapkan hiasan di luar.Tengku Rasyid pula menolong Syarafina di dapur.
"Fina." panggil Tengku Rasyid.
"Ya.Ada apa?"
"Nothing." dia baru teringat yang Syauki suruh merahsialan benda itu.
Mereka semua khusyuk membuat kerja sampai tidak sedar maghrib hampir berkumandang.Sempat sahaja semua solat asar.
"Aku rasa tak ready lah." Rayqal menepuk bahu Syauki.
"Kau asal kata macam tu.Nanti kau kata je.Terus lamar dia.Tak perlu nak overthinking sangat." Syauki hanya mengeluh.
"Jom. Mama dah siap beli barang ni." Kereta Honda Syauki berlalu pergi meninggalkan kawasan pusat beli belah.
Hanya suara dari radio sahaja menemani kesunyian di dalam kereta.
Semua khusyuk berfikir sesuatu. Kecuali Rayqal.Dia berharap dia sempat melihat abangnya bahagia.Dan mengucup bakal anaknya buat seketika.
Sampainya mereka semua di rumah.Begitu cepat masa sehingga tidak sedar kereta sudah berada di perkarangan rumah Tengku Rasyid.
"Kenapa gelap ni? tak bayar bil api ke?" Datin Rosnah membuka pintu kereta. Rayqal dan Syauki berusaha sembunyikan senyuman mereka.Entah kenapa keadaan sekarang berasa seperti lucu.
Datin Rosnah membuka pintu rumah dan..
"Surprise!!" jerit mereka semua.Terkejut Datin Rosnah di buatnya.
"Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday.Happy birthday... Happy birthday to you..." Dati Rosnah berasa terharu tidak sangka semua orang ingat hari jadinya.
"Jom tiup lilin sama-sama.One..two..three." api lilin terpadam.
"Jom kita pergi dekat taman." ajak Aerin.
Tengku Rasyid menekan suis lampu.Satu persatu lampu LED menyala.Begitu cantik sekali hiasan dia taman ini.
"Terima kasih.." Datin Rosnah menangis kebahagiaan.
Yang lain hanya tersenyum sahaja.
Mereka tanpa basa-basi lagi mula menjamu selera.Ketika semua sedang khusyuk menjamah hidangan.Syauki bangun dan mengeluarkan satu kotak kecil yang berwarna hitam.
Dia pergi ke arah Syarafina dan melutut.Terkejut beruk Syarafina sekarang.
"Sudikah awak jadi makmum saya balik?" Syauki masih setia menunggu jawapan.
Syarafina apa lagi.Dari dulu sampai sekarang dia berasa menyesal apabila memaksa suaminya menceraikan dia.
"I will." semua pun bersorak.
"Kalau macam tu minggu depan kita terus buat majlis." cadang Tengku Rasyid.
"Daddy.. awal sangatlah.."
"Benda ni kita perlu buat awal.Tak apa semuanya biar kami bertiga yang pakar ni handle." Datin Rosnah mencelah.
Yang muda hanya mengakur sahaja.
"Termenung apa tu.." Aerin menegur suaminya.Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Rayqal.
"Cantik malam ni." Rayqal menikmati pemandangan malam.
Aerin melihat ke arah yang sama juga.Dia melentokkan kepalanya di bahu kanan Rayqal.
"Sweet... kalau saya tiada nanti.Awak jaga baby baik-baik tau" Rayqal mengenggam jari jemari isterinya denga kuat.
"Kalau anak kita perempuan awak bagi nama dia Nur Raisyhah Arina.Kalau lelaki pula Muhammad Awish Rayhan"
"Apa awak ni.Kita sama-sama tak nak fikir pasal benda tu kan!" tegas Aerin.
"Ajal sentiasa menunggu kita. Yang hidup pasti akan pergi juga.Kita dicipta dari tanah pasti akan kembali ke tanah jua." begitu sebak untuk Aerin menelan kata-kata itu.
Mereka berdua hanya diam sahaja.Angin malam lembut menyentuh kulit muka Rayqal dan Aerin.
"Saya harap saya pergi lepas abang dan kak ipar bersatu balik." kata-kata itu sudah cukup membuat Aerin menangis.
Tanpan sedar Aerin tertidur di bahu Rayqal.
"Saya harap saya dapat hentikan masa.Saya harap saya dapat ulangkan masa balik" Rayqal hanya pasrah dengan hidupnya sekarang.
"Saya harap bila saya pergi.Awak terima dan ikhlaskan pemergian saya." Rayqal memeluk bahu isterinya.Dia mengeluarlan telefonnya dan merakam suaranya.
Dia berusaha untuk kuat.Tapi gagal juga.
"Sweet... nanti bila saya dah pergi awak tengoklah video yang saya rakam ni.Bolehlah ubatkan rindu awak.." dan tidak semena-menanya Rayqal menangis.
Sekarang Rayqal perlu belajar untuk medekatkan diri dengan penciptanya.Rayqal berharap sebelum pergi buat selama-lamanya dia ingin mendekatkan diri dengan ilahi.
"Walaupun saya dah pergi... saya tetap akan teman awak.Hubungan kita akan sentiasa berkekalan dunia dan akhirat." luah Rayqal.
"I love you.. sweet.Saya akan sentiasa ingat awak.Kenangan manis yang kita cipta akan saya ingat sampailah ajal menjemput.Cinta saya tak akan berkurang untuk awak." Rayqal memeluk kemas Aerin.Dia berharap yang semua ini hanyalah mimpi ngerinya sahaja.
Share this novel