Beberapa bulan kemudian...
"Ape ni melompat sayang oiii turunlah... bahaya kandungan nanti!" marah Syauki apabila Syarafina masih melompat-lompat di atas katil.
Syarafina berhenti sekejap dan merenung suaminya dengan tajam. Dia turun dari katil dan berjalan perlahan menghampiri Syauki.
"Ianya.Untuk.Kesenangan.Melahirkan.Anak." satu-satu perkataan disebut dan ditekankan oleh si isteri
Syauki berjalan dan badannya di kurung dengan Syarafina serta dinding. Salah je posisi ni.
"Jadi... daripada muka abang yang paling saya cinta ni bermekap... sila diam. Faham?" kata-kata itu membuatkan Syauki menelan air liur payah.
"Ta-tapi..." belum sempat untuk Syauki menghabiskan ayat, Syarafina mendekatkan wajah dia dengan wajah Syauki.
"Ya Allah... selamatkanlah aku dari godaan mak buyung ni..." kata Syauki di dalam hati.Dia memejam mata dan cuba berselawat.
Syarafina yang melihat gelagat suaminya ini buatkan dia ingin lebih menyakat lagi.
"Abang~" penuh menggoda Syarafina memanggil suaminya. Tangan dia bermain di muka Syauki.
Jari halus itu menyentuh dari hidung sehingga leher suaminya. Syauki memejam mata dengan kemas dan menahan nafas dia.
"Abang~ kenapa tutup mata hm? open your beautiful eyes honey..." penuh gemersik suara si isteri yang buatkan Syauki hampir menangis.
Syarafina ketawa kecil dan menjarakkan diri mereka.Dia membetulkan baju kemeja suaminya yang sedikit berkedut. Buat apa nak betulkan kalau waktu dah malam kan?
Syauki membuka matanya perlahan dan menghembus nafas lega apabila dia melihat sosok isterinya sudah berada di atas katil.
"A-abang..." terketar-ketar suara Syarafina memanggil suaminya.Syauki yang baru ingin masuk ke dalam bilik air memandang hairan.
Dia menyangkut tualanya di pintu dan kemejanya yang sudah dibuka di letakkan dalam bakul yang sudah tersedia untuk baju kotor.
Syauki perlahan berjalan ke arah Syarafina dan menyentuh lembut bahu isterinya.
"Kenapa sayang?" soal Syauki.Dahi Syarafina sudah berpeluh bagaikan menahan sakit.
Syauki melihat air yang tumpah dan membasahi seluar isterinya. "Sayang minum air macam mana sampai boleh tumpah?"
Soalan bodoh itu buatkan Syarafina menarik telinga suaminya. "Air ketuban saya dah pecah!!" jerit si isteri.
"Sayang lepas sayang!!! lepas!! sakit telinga ni!!" Syauki juga menjerit apabila dia berasa seperti telinga dia ingin terputus dengan kepalanya.
Syarafina melepaskan pegangan itu dan menangis kerana sakit. "Cepatlah! buat apa termenung lagi?!" jerkah Syarafina. Syauki menggosok telinga kirinya dan cepat mengangkat Syarafina dengan bridal style.
"Sayang makan apa berat sangat?" seloroh Syauki. Syarafina menghembus nafas perlahan, dia cuba untuk bersabar apabila teringat yang sekarang situasinya bagaikan telur di hujung tanduk.
Syauki berjalan cepat dan letakkan isterinya di tempat penumpang. Dia bergegas masuk di tempat pemandu dan membawa kereta itu dengan laju.
"Abang... Sakit..." kata Syarafina dia megenggam bajunya. Air mata makin lebat mengalir dari pipi.
Syauki masih berasa risau dia menganggap tangan isterinya danwngucup perlahan.
"Tak apa sayang... sakit sekejap je ni okey? Kita dah nak sampai ni." kata Syauki sambil memutarkan stereng kereta dan memasuki kawasan hospital.
Syauki membuka dashboard dan mengambil tudung lalu pakaikan di kepala isterinya. Puas dengan tudung itu, Syauki keluar dari kereta dan buka pintu penumpang.
Syarafina menjerit kuat apabila dia berasa senak. Doktor serta jururawat yang berada di dalam unit kecemasan bergegas keluar.
"Cepat! air ketuban pesakit dah pecah!!kata jururawat wanita itu. Mereka bergegas membawa Syarafina masuk ke dalam bilik bedah.
Syauki mula berasa tidak keruan. Sampai di pintu bilik bedah itu dia di tahan oleh seorang jururawat daripada masuk.
"Maaf walaupun encik suami dia, kami tak dapat benarkan encik masuk." Syauki hanya akur dengan kata-kata itu.
Keluar seorang doktor wanita serta dengan satu kertas. "Encik... suami dia?" soal doktor itu. Syauki mengangguk sebagai jawapan.
"Sila tanda tangan di sini dan encik boleh masuk. Maaf sebab jururawat tu dia budak baru." kata doktor itu.Syauki mengangguk dan memberi semula kertas dan pen itu ke arah doktor yang berada di hadapannya.
"Mari ikut saya." Syauki akur dan mengikuti doktor wanita itu sehingga dia berdiri tepat-tepat di sisi Syarafina.
"Jalan keluar dah main luas. Puan bersedia ya." kata doktor itu. Syarafina mengangguk dan megenggam tangan Syauki.
"Abang... saya minta maaf... dengan semua salah silap saya..." lemah nada Syarafina.Syauki mengangguk dan memberi kucupan di dahi isterinya.
"Abang maafkan sayang." mereka berdua senyum sehinggalah...
"Okey teran!" kata doktor itu.Syarafonaenjerit sambil tangannya menggenggam kuat lengan Syauki.
"Aaaa!!!" menjerit Syauki apabila rambutnya di tarik. "Lepas sayang! lepas!!!" jeritan itu hanya di hiraukan sahaja.
"Sikit lagi..." kata doktor wanita itu.Syauki mula ingin menangis apabila dia berasa kepala dia bagai ingin tercabut.
Setelah beberapa minit kemudian bunyi suara bayi menangis bergema di dalam bilik itu. Syauki menghembus nafas lega apabila rambutnya sudah di lepaskan.
Seorang jururawat mengambil bayi itu dan di bawa untuk bersihkan daripada darah.
"Awak berjaya sayang..." bergenang air mata Syauki apabila jururawat itu menghampiri mereka dengan bayi.
"Tahniah. Encik dapat bayi perempuan." mereka berdua senyum lebar. Syarafina menangis dengan penuh kesyukuran.
"Tengku Nurlina Zandra Binti Tengku Syauki Luthfan. Itu nama dia." kata Syauki sambil menggendong anak perempuan mereka.
Senyuman Syarafina terus mati apabila bayi itu sudah tidak bersuara.
"A-abang... kenapa anak kita tak nangis?" soal Syarafina naluri ibunya kuat mengatakan anaknya bukan seperti bayi-bayi yang lain.
"Tadi kan dia dah menangis sekarang kenapa tak?" soal si isteri lagi yang membuatkan Syauki berpandang je arah doktor yang menolong isterinya melahirkan anak.
"Dia istimewa dari yang lain Tengku." kata doktor itu yang buatkan hati Syarafina berasa sebak.
Syauki memberi anak mereka kepada Syarafina. Syarafina menatap sayu sahaja ke arah anak perempuannya.
"Mom doesn't care if you're different from the others dear... I'll always be by your side... that's my promise." Syarafina mengucup dahi kecil itu dan memeluk dengan kemas.
Syauki yang melihat memeluk badan isterinya dan kepala anaknya di pandang dengan penuh kasih sayang.
"Allah cuma beri kita dengar suara dia sekejap je..." kata Syarafina dengan air mata yang tertahan.
"Kita hanya makhluknya sayang... mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..." Syarafina hanya diam dan kepalanya di sandarkan ke dada bidang suaminya.
"Maaf Tengku... puan perlu di bawa ke wad." kata seorang jururawat.Syauki mengangguk dan keluar dari bilik bedah lalu menatap sayu sahaja katil isterinya yang di tolak sehingga ke wad wanita.
itu sahaja dari saya!!
Share this novel