Bab 28

Romance Completed 25801

"Eh? Syauki kenapa kamu tak pergi kerja harini?" soal Tengku Huda.

"Semalam Fina minta izin balik kampung.. jadi.. saya tak pergi kerja" jawab Syauki, begitulah apabila dia bercakap dengan Tengku Huda, awak dan saya sebab bagi dia Tengku Huda ialah orang asing.

"Kampung? rasanya dia kata dekat Daddy... yang dia nak bercuti sebab kawan rapat dia kahwin. Jadi dia nak tenangkan fikiran sebab sekarang dia tiada sesiapa."
jelas Tengku Huda sambil menghenyetkan punggungnya ke atas kerusi dan mengambil sekeping roti untuk sarapan.

"Maksudnya..." Syauki berfikir sejenak dan dia pun teringat bahawa harini ialah hari di mana kematian orang yang dia sayang.

"Tiga harini saya tiada dekat rumah. Bagitahu daddy saya pergi lain ada kerja mustahak yang perlu diselesaikan" Syauki terus bangun dan naik ke bilik untuk siapkan barangnya

Selesai dia siapkan barangnya terus di turun ke bawah. Rayqal yang melihat gelagat abangnya itu bertanya.

"Kenapa kau ni? macam serabut je.."
Syauki berhenti dan berpaling. Aerin yang melihat mata Syauki yang kemerahan akibat menangis terkejut.

"Kenapa mata tu?" soal Aerin, walaupun dia tahu mesti Syauki menangis.

"Ray... aku kena pergi kubur anak aku... aku kena bersihkan kubur dia... aku lupa tarikh harini" jelas Syauki sambil mengeluarkan air mata jantannya.

"Kau nak balik kampung Fina ke? Kalau macam tu biar aku hantar sebab kau nangis mesti nanti kemalangan siapa susah aku... jugak." Tengku Huda yang berada di sofa hanya melihat sahaja. Nak masuk campur bukan dia tahu sangat pun.

"Tal perlu. Aku pergi dulu, anak aku tunggu aku." Syauki keluar dan masuk ke dalam perut keretanya, dan keluar dari perkarangan rumah mereka.

Aerin pula hanya melihat sahaja, lalu berpaling ke arah suaminya.


Syauki yang sampai di lapangan terbang terus membeli tiket.

"Ya, Allah permudahkan urusan hambamu ini.." hati berdoa supaya dia dapat sampai sebelum tepat jam 5 petang.

Dalam perjalanan, Syauki berzikir dan berdoa untuk anaknya dan mertuanya.

Kenapa dia boleh lupa pada tarikh yang amat penting baginya. Dalam kesempatan ini Syauki juga mahu membaiki hubungangya dengan Syarafina.

Sampainya dia di Selangor, terus dia menuju ke keretanya yang lama diletakkan di sana.

"Angkatlah sayang..." Syauki menekan minyak dan keretanya dibawa dengan kelajuan yang amat tinggi.

Syauki cuba menghubungi Syarafina, tetapi tidak diangkat juga.

Syarafina yang berasa bosan dengan panggilan itu terus mematikan telefonnya.

"Ibu.. ayah.. cahaya mata umi.. "air mata Syarafina mengalir apabila teringat akan perkara yang timpa pada keluarganya.

"Fina nak minta maaf.. Fina terburu-buru buat pilihan untuk kahwin dengan dia.." Syarafina dengan teresaknya

Hari semakin lewat, Syarafina bangun dari tempatnya dan segera ke kereta, dia membuka telefonnya dan terdapat banyak missed call iaitu Syauki.

Tetapi dia berasa hairan dengan satu nombor yang tidak di save namanya. Tergerak hati dia mengangkat.

"Ouh Assalamualaikum, ada apa call saya?" soal Syarafina sambil memakai seatbelt.

"Waalaikumsalam, cik ni isteri kepada Tengku Syauki bukan?" soalan dibalas soalan oleh pemanggil di sana.

"Tak.. saya bekas isteri dia. Ada apa ye?" pemanggil di sebelah sana mengeluh.

"Tengku Syauki mengalami kemalangan jalan raya akibat cuai ketika memandu" jelas gelangan tersebut.

"Allahuakbar!! hospital mana" Syarafina terus menghidupkan enjin keretanya.

Di dalam hatinya setia berdoa supaya cintanya tetap selamat, seteruk mana kesalahan Syauki dia tetap maafkan tetapi perkara yang dihadapi membawa impak yang besar sehingga dia perlu berfikir panjang untuk memaafkan Syauki.

Syarafina membuka telefonnya kembali lalu mencari nombor Datin Rosnah.

"Assalamualaikum Fina.. kenapa telefon mama?" Datin Rosnah amat gembira ketika gelangan yang menelefonnya ialah bekas menantu kesayanganya.

"Mama.. Syauki.. hsk hsk" dahi Datin Rosnah tiba-tiba berkerut apabila terdengar suara Syarafina yang seperti menangis.

"Kenapa? cuba cakap dekat mama kenapa ni? kamu menangis ke Fina?" Syarafina cuba menarik nafas dalam-dalam dan sambung balik percakapannya.

"Syauki.. dia kemlangan.." Syarafina terus end call, dia menangis sepuasnya.

"Allahuakbar!!" telefon Datin Rosnah terjatuh dan dia menekup mulutnya air mata mulai mengalir.

Tengku Huda, Tengku Rasyid hairan melihat Datin Rosnah menangis.

"Kenapa kak? siapa buat kakak menangis ni?" soal Tengku Huda sambil mengusap bahu Datin Rosnah.

"Syauki kemalangan.. hsk hsk" terkejut semua orang yang berada di keliling Datin Rosnah.

"Apa maksud mama? siapa yang bagitahu? sekarang Syauki dekat mana? bagitahu Ray sekarang cepat bagitahu.." beribu-ribu soalan ditanya dan hanya satu jawapan.

"Fina yang bagitahu mama" Datin Rosnah bangun dan mengelap air matanya. "Mama nak balik Selangor"

"Biar Rin dengan Ray temankan" sampuk Aerin yang membisu dari tadi.

"Kalau macam tu kita semua pergi" kata Tengku Rasyid.

Semua mengangguk mereka siapkan beg untuk pergi ke Selangor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience