Bab 49

Romance Completed 25801

"Erm..." Syarafina menarik selimut menutup kepalanya apabila katil bergoyang lebih kuat dan badan dia melantun sedikit.

"Bangun!! B.A.N.G.U.N BANGUN!!!" melompat-lompat Syauki di atas katil supaya isterinya itu bangun sebab hari ini nak dating!!!!!

Kau ada? tak ada lemah. Aku pun tak ada jugak...

"Ya Allah jauhilah bakal anak aku dengan perangai budak Ribena ni." doa Syarafina dan bangun dengan malas.

"Kan nak pergi jam 10 pagi.Sekatang baru jam 8 pagi.Cuba bagi isteri awak ni tidur sekejap." marah Syarafina.Syauki duduk di atas katil dan melihat muka isterinya yang penat itu.

"Eleh dia... bukan buat apa-apa pun semalam." kata Syauki sambil menguis kaki isterinya.

"Eeee gelilah! jangan!!!" jerit Syarafina apabila Syauki geletek kaki dia.

Si isteri cepat turun dari katil lalu mengambil selimut dan masuk dalam bilik air.Syauki pula hanya senyum sahaja.Dia keluar dari bilik dan pergi ke ruang tamu lalu duduk di atas sofa.

"Haih... penat jugak ada bini macam ni." keluh Syauki sambil mengurut kepalanya sedikit.Sudah dekat tiga bulan perkahwinan mereka tapi belum ada zuriat lagi.

Syauki melihat ke arah tangga dan teringat perbualan dia bersama dengan Datin Rosnah.

~~FLASH BACK~~

"Sya.... bila kamu nak ada anak? perkahwinan kami masuk tiga bulan sekarang ni.Kamu tak kesian ke dekat isteri kamu? Kerja tu kerja juga... cuma kamu ambil tahulah tentang Fina.Mama tengok dia tu teringin nak ada anak sendiri." luah Datin Rosnah.

Syauki pula diam dan menggaru kepala dia yang tak gatal. "Mama... kalau Allah izinkan insya-Allah ada zuriatnya.Cukuplah cakap benda ni Sya tahu mama nak ada cucu, Ray kan ada anak.Mama manja lah dengan cucu mama tu" lebar ayat yang di beri oleh Syauki.

"Kamu tahukan sekarang Aerin dekat Spain..." lemah sahaja nada Datin Rosnah.

Syauki yang melihat riak wajah mama dia seperti ingin berubah terus dia megenggam tangan Datin Rosnah untuk beri semangat.

"Mama rasa apa yang kita buat salah." itu sahaja yang dapat dikatakan oleh Datin Rosnah.

"Tak... kita dah rancang benda ni insya-Allah satu hari nanti akan baik seperti sedia kala." pujuk Syauki.

~~END FLASH BACK~~

Syarafina tersenyum jahat apabila melihat suaminya yang seperti termenung.Dia melangkah perlahan ke arah Syauki.

1-2-3 dan...

"BAA!!!" Syarafina memegang bahu Syauki danembuatkan suaminya terkejut lalu terjatuh dari sofa.

Syarafina ketawa terbahak-bahak apabila melihat suaminya yang masam muka.

"Kata tak takut hantu tapi orang buat macam ni terus melatah.HAHAHA." Syarafina sambung ketawa lagi.

Syauki yang berasa geram lalu bangun dan mengangkat isterinya dan berlari laju di sekitar ruang tamu.

"Woi!! apa ni!!! turunkan!!! bahaya!!" jerit Syarafina sambil memejam mata dan megenggam kemas baju Syauki.

Apabila si suami puas dia pergi di luar rumah dan letakkan isterinya lalu memakai kasut dan masuk ke dalam kereta.Syarafina mendengus kasar dan mengikuti suaminya.

"Bahaya tahu tak?!" marah Syarafina.Syauki pula hanya membuat riak biasa dan membuka enjin kereta lalu keluar dari perkarangan rumah mereka.

"Lain kali jangan nak buat perangai.Ingat tu." Syarafina hanya diam dan melihat ke arah luar tingkap.

"Kita nak pergi mana?" soal si isteri.Si suami pula hanya mengangkat bahu dan senyum manis.

Syarafina menjuling mata ke atas dan menyambung lihat ke luar semula.Syauki yang perasan tingkah laku isterinya hanya ketawa kecil sahaja.

"Mana ni?" soal Syarafina apabila sampai di satu perkarangan rumah yang besar.Lebih besar dari rumah suaminya.Dia melihat di sekeliling semuanya ada pengawal yang menjaga lada setiap penjuru.Mesti tuan rumah ni bukan calang-calang orang.

Syauki memegang tangan Syarafina lalu masuk ke dalam banglo mewah itu. Seorang wanita yang sopan serta tua sedikit mempelawa mereka masuk ke dalam.

"Wow..." apabila masuk Syarafina seperti tidak dapat kata apa-apa.Dalamnya terlalu mewah dan yang paling dia tertarik lagi ialah satu almari yang mempunyai koleksi senjata dari seluruh negara.

"Suka tak rumah batu kita?" soal Syauki sambil membawa isterinya ke arah meja makan yang ada pelbagai jenis makanan kesukaan isterinya.

"Apa? r-rumah kita? banglo mewah yang terlalu mewah ni milik kita?" soal Syarfian dengan nada terkejut.Kaya betul suami dia.Rasanya kerja suami dia tak akan sampai tahap ni...

"Awak ada kerja lain ke?" Syauki terkaku apabila mendengar soalan rawak dari mulut Syarafina.

"M-mana ada... jomlah makan dulu" dalih Syauki.Dia menarik Syarafina untuk duduk di tepi dia.

Syarafina hanya diam dan melihat muka suaminya yang seperti menyorokkan sesuatu.

"Tengku Syauki Luthfan Bin Tengku Rasyid... " Zas!! naik bulu roma Syauki apabila isterinya memanggil nama penuh dia dengan nada itu.

"Nak jujur atau..." Syarafina mengeluarkan dua helai kain berwarna putih.Gulp! Syauki masih ingat.Kain itulah yang digunakan isterinya masa dia berada di wad.

"Saya tak nak jadi isteri derhaka... tapi abang yang nak..." Syarafina mengetatkan balutan itu di kedua belah tangan dia.Syauki cuba untuk bangun dari kerusi tetapi di tahan oleh Syarafina.

"Jawab atau seni?" Syarafina sambil memberi senyuman sinis. Syauki menutup mata dan menarik nafas dalam lalu melihat muka isterinya.

"Sebenarnya... abang... bukan maksud abang ialah ayah dia yang bagi banglo ini untuk abang." kata Syauki dengan serba salah sedikit.

Syarafina kaku di tempatnya dan melihat muka suaminya dengan tidak percaya. Ayah? ayah dia ke?

"Jangan nak menipu. Macam mana ayah boleh ada banglo mewah macam ni? masa saya kecil kami hidup susah!" tegas nada Syarafina.

"Sayang tahu jugakan.... yang ayah kerja dengan bapa Aerin... lagipun mereka kan terkenal dengan-" Syauki tiba-tiba berhenti apabila melihat isterinya yang seperti ingin menangis.

"Fina tahu... tapi... kenapa ayah bagi dekat abang... bukan Fina? Sebab Fina tak layak ke?" sebak sahaja nada si isteri.

"Tak... tengok hiasan ni.Ini semua kan kegemaran sayang... Ayah percayakan sayang... dan dia pernah kata kumpulan dia akan bangkit semula." itu sahaja yang dapat Syauki katakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience