"Hensem kan tadi budak tu.Aku ingat dia tua daripada kita, rupanya tak.Umur 15 tahun!" teruja Aerin bercakap tentang budak lelaki di kedai bunga tadi.
Syarafina terus memberi isyarat supaya diam.Nantikan dua lelaki kat depan terdengar tak pasal-pasal kena pujuk!
"Ops!" Aerin terus menutup mulutnya dan melihat Rayqal yang berada di kerusi sebelah pemandu.
"Kenapa suami aku diam jeni..." kata Aerin dalam hati.Dia berasa tidak sedap hati kebelakangan ini.
Syauki melihat sekilas di cermin belakang.Syarafina tak habis-habis senyum.Mesti teringat dekat budak tu.
"Rin, aku rasakan... nanti kalau Syauki jadi suami aku balik... dia manja lagi tak?" soal Syarafina.
Amboi! minah ni.Macamlah si Aerin tahu perangai laki dia. "Cuba dulu..."
"Tapikan aku rasa macam tak berapa nak suka.Memang perkahwinan ini benda baik tapi ada sesuatu yang buat aku rasa nak menangis." Aerin terus menepuk kasar paha sahabatnya.
"Kalau kau cancel pernikahan ni...aku tak teragak-agak buang kau dekat laut Atlantik sana tu" Syarafina terus ketawa.Aerin... kau tu mengandung ada hati nak angkat orang.HAHAHA.
"Apa kelakarnya.Aku rasa macam hambar adelah." dia menjulingkan matanya ke atas.Malas nak layan.Sekarang ni dia tengah fikir nak pakai baju apa dekat perkahwinan Syarafina nanti.
Tok!
tok!
tok!
"Bila nak keluar.Nak suruh orang angkat ke apa?" dingin sahaja Syauki bertanya.Mereka bersua hanya senyum sahaja.
Sekarang mereka nak pergi butik baju pengantin.Baru tadi dapat panggilan yang baju pengantin mereka yang di tempah tak boleh hantar... sebab kawasan sana sedang membuat pembaikan bangunan... jadi jalan tutup.Memang macam ni ke?
"Kau nak tema apa perkahwinan kau ni?" Syarafina pula masih tercegat di depan pintu butik itu.
Aerin mendengus kasar lalu menarik dan masuk ke dalam.Syauki and Rayqal pula entah kenapa cepat sangat masuk dalam butik tu.
"Selamat datang. Encik nak pilih baju macam mana?" soal seorang perempuan yang lemah lembut.Jika di tengok mungkin ramai terpikat.Mukanya sedikit bulat.Mata pula sangat menawan.
"Saya nak baju yang dia boleh masuk dengan warna soft blue." jawab Syauki.
"Mari saya tunjukkan" mereka berdua mengikut sahaja jejak wanita itu.Aerin dan Syarafina mula rasa panas.
"Weh Fina! aku rasa panaslah." Aerin mengibas-ngibas bajunya.
"Sabar...ingat.Kita tak boleh lemah." Syarafina memberi semangat walaupun hatinya bagaikan nak toreh je muka perempuan tu.
"Ni warna yang sesuai." gadis itu menunjukkan baju pengantin yang ada warna putih,soft green, blue black dan pelbagai lagi yang memang masuk dengan warna soft blue.
Syauki sedang khusyuk memilih manakala Rayqal sedang melihat wanita itu.
"Cik tahu tak apa beza cik dengan gula?" perempuan itu menggeleng dan memberi senyuman.Uish memang cair hati, tapi bukan dengan Aerin...
"Bezanya... gula manis menarik semut, cik manis menarik saya. Ha jadi tak?" mereka berdua terus gelak ketawa.
Mata Aerin mula berkaca.Dia ingat yang pick up line tu adelah di mana perasaannya mula tumbuh.
Aerin terus melempar beg tangan dia.Syarafina yang melihat terus mengejar sahabatnya.Rayqal yang perasan mula kaku.
"Sya.Dia dengar ke?" Syauki pula hanya mengangkat bahu.
"Ni baju yang saya nak.Nanti tolong hantar ya dekat alamat ni.Dan satu lagi dia tu dah ada isteri taw." gadis itu mengangguk kepala.
"Baju pengantin perempuan macam mana encik tahu sepadan.Tak cuba dulu ke?" Syauki hanya senyum dengan soalan itu.
"Saya tahu semua tentang diamKami pergi dulu ya.Nanti duit saya bagi bila baju tu berada depan rumah saya." Syauki menarik Rayqal dan terus pergi.
"Apesal kau bagi ayat macam tu dekat perempuan tu ha?!" Syauki mula berasa berang.
"Aku tadi try tanya dia... yang aku nak bagi pick up line dekat isteri aku.Tak sangka jadi benda lain pulak." Rayqal mula berasa bersalah.
"Jom masuk dalam kereta.Mama dah berbunyi kenapa tak balik lagi." Mereka berdua terus pergi ke kereta.Rayqal dapat melihat muka isterinya yang sembap.
Suasana dalam kereta hanya sunyi sahaja. Tiada bunyi satu pun.Pejam celik,pejam celik Rayqal dan Aerin sudah sampai di rumah mereka.
Rayqal keluar dan membuka pintu untuk isterinya.Aerin hanya membuat muka biasa sahaja.
"Bye! ingat datang taw!" jerit Syauki.Rayqal mengangkat tangan kanan dan mengangguk.
Kereta Syauki sudah hilang dari kornea mata."Sweet..." Aerin memberi jelingan tajam dan terus membuka kunci rumah.Dalam hatinya sakit sangat.Betu-betul sakit.
Kalau dia duk pandang lelaki lain ingat Rayqal tak sakit.Nilah dia... kesalahan diri sendiri tak sedar.Yang sedarnya kesalahan orang lain.
"Tolong macam ni please..." Rayqal berusaha memujuk isterinya.
Aerin hanya melihat sahaja muka suaminya.
"Tak apa... saya tahu awak tak cintakan saya kan? lebih baik saya mati.." Rayqal dengan nada sedih.Tetapi dia hanya bergurau sahaja.
Aerin terus menepuk bahu suaminya."Awak ni jangan cakap macam tu!" Rayqal pun tersenyum.Dia menarik isterinya dalam dakapannya.
"I love you Aerin. You are everything to me. Maybe I wouldn't be in this world if you weren't by my side" Rayqal mencium lama dahi isterinya.
"Speaking eh dia..." Aerin mengeratkan lagi pelukannya.
"Jangan erat sangat kesian baby tersepit." Aerin pun ketawa.
"Yelah..."
Saya ni jenis late update jadi sorry ye.
Share this novel