Pintu bilik dibuka slow... "Rin.. kau dekat mana?" Syarafina bersuara disebalik ruangan pintu yang dibuka.
Aerin tetap buat tidak dengar.Sekarang dia merajuk.Betul-betul merajuk!.
"Tak apalah kalau orang tu tak nak tengok kita buat langkah sembah."monyok sahaja Syarafina.Aerin yang terdengar yang sahabatnya ingin buat langkah sembah terus bangun.
"Jom! kau nak buat dekat mana? dekat belakang rumah?" soal Aerin dengan teruja sekali.Yelah ratu silat kot...
Tersembur ketawa Syarafina.Kalau bab ni memang laju dia.Cara nak pujuk budak ni memang senang cakap nak buat langkah sembah ataupun masak nasi goreng ayam.Memang laju terus mood dia berubah.
"Cik kakak berdua buat aoa dekat sini?" entah mana si Faisal ni muncul.Bukan nak bagi salam tapi terus soal.
Aerin terus memukul kepala Faisal."Padan muka! terkejut Rin tahu tak!" tegas nada Aerin.Faisal pula membuat riak muka seperti mengejek.
"Jom Sal kau dengan akak, kita pergi silat dekat belakang rumah." Syarafina berada dihadapan untuk menuju belakang rumah.Aerin dan Fasal pula hanya ikut sahaja.
Faisal mengemas sedikit ruang di belakang untuk senang mereka berdua berlawan.Tetapi dalam hati dia berdoa banyak-banyak supaya dia selamat.Cukuplah dulu dia dimalukan depan khalayak ramai akibat kalah dengan perempuan.
"Kau nak lagu dia tak? aku boleh pergi ambil speaker.Pasang lagu." Syarafina hanya menggeleng kepala sahaja.
"Nanti aku masuk angin tak pasal-pasal kau terkejut." selba sahaja dia menjawab.Aerin pula hanya buat tidak kisah.Yang penting dia dapat tengok ratu berlawan.
"Akak! dah siap jom!" panggil Faisal.
Mereka berdua mula mengambil tempat masing-masing.Akibat Aerin merasa bosan dia terus mengeluarkan telefonnya dan mainkan alunan lagu silat.
"Bunyi apa tu?" soal Rayqal yang baru keluar dari kereta.
"Aku rasa dekat belakang." jawab Syauki pula.
Puan Zainab terus keluar apabila terlihat Ratqal dan Syauki berada di hadapan rumahnya.
"Marilah masuk." pelawa Puan Zainab.Mereka berdua pula hanya senyum dan tunduk sedikit untuk tanda hormat.
"Fina mana?" soal Syauki.Puan Zainab pula tersenyum kerang busuk.
"Tahulah tak sabar.Dia dengan Faisal dekat belakang rumah.Buat pertunjukan untuk Aerin.Semua orang sekarang tengah tengok sambil rakam lagi." panjang lebar Puan Zainab jelaskan untuk dua jejaka di depannya.
Tak banyak berbicara mereka berdua terus pergi ke belakang rumah yang dikatakan oleh Puan Zainab.
Rayqal ternampak Aerin di bawah pokok mangga terus menuju ke situ.Syauki pula hanya melihat dari jauh sahaja.Tak sanka begitu ramai yang melihat pertunjukan silat yang ingin ditunjukkan oleh Aerin sahaja.
Syqrafina membuka langkah begitu juga dengan Faisal.Begitu lembut pergerakan Syarafina dan pantas.
"Ha!" terundur Fiasal akibat sepakan yang diberi oleh kakak sepupunya.
Sakit perlu diketepikan dahulu.Sekarang mereka berdua tidak dapat mengawal diri masing-masing.Pergerakan mereka mengikut rentak alunan lagu itu.
Para penonton bersorak untuk mereka.Begitu meriah petujukan mereka.Paun Zainab pula sedang membuat air untuk para penonton.
Mereka semua datang untuk persiapan majlis Syarafina.Tak disangka lain pula jadinya.
Faisal mengangkat tangan kiri dan tangan kanan ya ke hadapan.Kaki kiri melangkah untuk mengejar Syarafina.Faisal masuk dan memberikan buah kepada kakaknya.
Syarafina terjatuh.Syauki yang terlihat ingin masuk campur tetapi dia tidak boleh.Dia perlu tahan, Syauki yakin bahawa bakal ataupun bekas isterinya boleh balas balik.
Syarafina bangkit dan terus memberi buah yang tak dapat Faisal elakkan.Akhirnya pertarungan mereka tamat.
Para penonton atau lebih dikenali sebagai jiran balik ke rumah masing-masing.
"Kau ni.Akak dah katakan kalau buah orang bagi dekat pinggang kau terus tarik dia dan serang belakang dia.Ni tak!" marah Syarafina
"Sabarlah... lagipun akak laju sangat.Tak sempat Sal nak balas." lembut sahaja Fiasal menjawab.Lagipun alhamdulillah dia masih berpijak di tanah bumi ini.
"Aku balik dulu." pamit Rayqal.Yang lain hanya mengangguk sahaja.Syarafina tercunggap-cunggap mengambil nafas.Lepas dia keguguran, doktor pernah pesan iaitu Aerin bahawa dia tidak boleh aktif sangat.Sebab jantung dia lemah.
Tapi... si Aerin tu jugak yang mahu.
"Syauki buat apa dekat sini lagi? Kenapa tal balik sekali dengan diorang?" Puan zainab dengan lembut sekali menyoal Syauki.
"Mama kata... esok saya dengan Fina pergi ke butik dia nak pilih baju pengantin." Faisal pula senyum ke arah Syarafina.
"Nanti orang tu dah kahwin... mesti ada banyak budak kecil.Sukanya..." Faisal dengan nada gedik.
"Kau ni! pergilah kahwin dengan si Sarah tu!" tegas Syarafina.
"Sarah?" Puan Zainab dengan hairan.Siapa Sarah? dia tak pernah dengar dari mulut anak terunanya ni.
"Ops" Syarafina menutup mulut dia. "Anak kucing Nak rimau lebih baik saya... lariiii" Syarafina terus menarik tangan Syauki.
"Dasar perempuan macam jantan!" bentak Faisal.
"Sal... lebih baik kamu jujur!" tegas nada Puan Zainah.
Faisal mengeluh terpaksa juga dia bagitahu tentang hubungannya sekarang.Dia membuka mulut dan menceritakan dari permulaan mereka berjumpa sehinggalah terjadi pasangan kekasih.
Ketika mendengar cerita itu.Puan Zainab mengangguk dan terkejut juga.Tetapi dia terus mengubah riak wajahnya daripada biasa.
"Jadi... Sarah tu pernah ehem dengan Syauki kita?" soal Puan Zainab lagi untuk kepastian.
"Yes! tapi Sal terima dia... sebab masa tu Sal dah sayang dia.Salam takut nak bagitahu umi, sebab dia pernah buat kerja terkutuk tu... Umi... please terima dia sebagai menantu umi... Salam betul-betul sayang dia." merayu Faisal.Puan Zainab masih mendiamkan diri.
"Bila kamu nak bawa bakal menantu umi jumpa dengan umi?" terus berubah riak wajah Faisal.
"Umi terima ke?" Puan Zainab terus menukul lengan krim anaknya.
"Sakitlah... tadi akak, dia pergi pulas lengan kiri Sal.Ingat tak sakit ke?"manja Faisal.
"Padan muka! umi nak masuk kalau lambat.Tidur luar." Faisal terus bangun dan mengejar langkah uminya.
"Bila nak lepas ni?" Syauki mengangkat tangannya.
"Sorry, haram." Syarafina melepaskan pegangannya.
"Saya balik dulu." Syarafina masih setia berada di pagar rumah.
Syauki masuk ke dalam keretanya dan memulakan perjalanan balik.Sekarang dia banyak kerja yang perlu diselesaikan.
"Hoi! kau tidur dekat luar malam ni werk" Syarafina berpaling ke belakang.Terbuntang matanya apabila Faisal menguncinya dari dalam.
"Weh buka pintu ni.Sal! kau tunggu nanti bila aku masuk siap aku kerjakan kau! Faisal!!!!" menjerit kuat Syarafina.
Share this novel