"Syauki bangun..... bangun...." Rayqal melompat di atas katil Syauki berserta Datin Rosnah.
"Mama? mama bukan budak kecil lagi nak lompat ni... Syauki nak tidur penat." Syauki berasa pasrah apabila dua manusia yang sama kepala mengganggu dia.
"Raya kata kamu nak bawa menantu mama dekat resort korang,mama nak ikut rindu." Kata Datin Rosnah sambil melompat lompat.
"Isy... yelah!! mama ikut sekarang turun." Datin Rosnah sahaja yang turun bukannya Rayqal. "Kau nak apa ha!!? boleh tak melompat."
"Sayang... boleh tak kau suruh kak ipar bawa sekali kawan dia tu Aerin."
Rayqal memberi senyuman manis semanisnya.
"Ye. Aku suruh sekarang kau keluar keluar!!" Rayqal dan Datin Rosnah terus lari "Thanks beruk." Syauki pun membaling bantal ke arah pintu.Ada hati panggil aku beruk, kau tu beruk melompat tengah malam.
Hari yang dinantikan sudah tiba hanya untuk Datin Rosnah dan Rayqal. "Ray mana Syauki?" Datin Rosnah sambil membetulkan topi.
Bukan main pakaian dia kalah orang muda.
"Entah dia ,mati dah kot."Rayqal menjawab dengan rasa malasnya.
"Nak aku mati sangat ke." Syauki menjeling tajam ke arah Rayqal.
"Cepatlah mama tak sabar ni." Syauki terkejut melihat pakaian mama dia baju blouse merah jambu seluar palazo ungu,topi bunga biru.Mekap tu bukan main tebalnya.
"Mama nak pergi bercuti ke, pergi cari suami?." Daton Rosnah terus memandang Syauki dengan rasa marah.Apa tak boleh ke pakai macam ni, cantik apa.
"Kenapa kau ni, cantik apa mama pakai macam ni" Datin Rosnah terus senyum ke arah anak saudara dia bukan macam anak yang dia jaga masa1 bulan sampai besar macam ni.
"Assalamualaikum datin." Suara yang dia rindukan. Datin Rosnah berpaling dan memberi senyuma "Waalaikumussalam Fina."
Rayqal pula senyum tu nak sampai ke telinga bila nampak Aerin yang hanya memandang Rayqal dengan rasa benci.
"Jom kereta dah sampai." Kata Syauki.Mereka semua pun bertolak ke destinasi. Mata Syauki sentiasa melekat ke arah Syarafina, kenapa takdir dia perlu macam ni.
"Apa ni, mana boleh dekat-dekat haram lah." Aerin yang cuba menjauhi Rayqal yang nak berhimpit je kerja. "Kalau macam tu kita jumpa tok kadi dekat sana dan saya halalkan awak." Rayqal menaikkan sebelah keningnya.
"Fina kamu sihat." Datin Rosnah bertanya. "Alhamdulillah datin saya sihat." Fina pun hanya senyum, memang tu je kerja dia tahu senyum bila jumpa orang lain, kalau dengan Syauki muka tu masam mencuka.
"Ray kau ni kenapa main dekat dengan Aerin, tak tahu haram halal ke." Syauki yang selama ni diam mula berbunyi.
"Isy... kau ni" tiba-tiba kereta yang mereka naiki terlanggar pokok."Allahuakbar" Syauki pun keluar dan menuju ke arah Syarafina. "Aaa... " Syarafina meraung kesakitan.Kepala dia sakit sangat sakit, ingatan dia dulu lalu dalam kepala dia seperti drama dalam televisyen.
"Semua keluar dari kereta tetapi Syarafina tidak.Kemalangan yang dia alami satu persatu datang.
"Ibu!!!!" Syauki mengangkat Syarafina dan diletakkan di atas rumput. Pak Mat selaku pemandu kereta tersebut segera melihat kereta dia.Rayqal pun menolong Pak Mat mengalihkan kereta ke tempat yang selamat sedikit.
"Aerin kenapa Fina jadi macam ni." Syauki yang risau kerana Syarafina dari tadi menjeri ibu dan ayah dia.
"Aku rasa dia trauma sekejap aku ambil ubat." Aerin meluru ke bonet kereta dan ambil ubat di dalam beg Syarafina.
"Saya dekat mana ni." Dia melihat diniding putih,dan di atas kerusi dia terlihat Syauki yang sedang tidur.
"Fina kau dah bangun, sekejap aku periksa kau." Aerin berasa syukur sagabat dia sudah bangun.
Syauki yang tersedar akibat suara Aerin terus keluar dari bilik itu.Dia nak peluk sangat isteri dia,begitu risau dia semasa Syarafina tidak sedarkan diri selepas makan ubat.
"Terima kasih encik sebab sudi tolong hantar kami ke resort ni." Rayqal pun memberi sedikit duit poket dia kepada lelaki yang menolong hantar mereka.
"Tak apa saya ikhlas tolong, lebih baik sedekahkan saja duit ni. Saya pergi dulu ye, assalamualaikum." Lelaki tersebut pun menghilang dari pandangan Rayqal.
"Ray." Rayqal menoleh ke belakang dan dia ternampak Syauki. "Kenapa kau panggil aku." Syauki terus menarik dia dan mereka pun berada di kaunter resort tersebut. "Sekarang kita dah sampai kau tengoklah sekeliling kalau ada yang tak kena beritahu aku." Rayqal pun tak percaya cantik juga idea si Syauki ni.
"Boleh je tapi kau cuba besarkan sikit kolam tepi tu." Rayqal menunjukkan ke arah kolam yang masih di bina.
"Tak ada apa-apa kan aku pergi dulu ye, nak tengok muka bakal isteri aku." belum sempat Syauku buka mulut Rayqal terus pergi.
Keesokan harinya, Syarafina menghirup udara segar yang tak berapa segar akibat habuk simen di taman resort itu.Dia pun berpaling ke arah Aerin dan Rayqal.
"Awak sudi tak, saya jadi imam awak." Rayqal cuba juga walaupun dah beratus kali ditolak.
"Alhamdulillah saya masih sihat belum mati lagi untuk awak jadi imam saya." Aerin pun pergi lari dari Rayqal. Kalau bukan sebab Syarafina merayu untuk dia ikut sekali mungkin dia tak akan hadap perangai budak ni.
Syarafina melihat gelagat diorang tergelak kecil. "Assalamualaikum buat apa termenung jauh ingat dekat seseorang ke." Syauki pun berdiri di kiri Syarafina.
"Waalaikumsalam, tak adalah cuma saya bermimpi yang saya dah kahwin tapi muka lelaki tu saya tak nampak sangat." luah Syarafina.
Syauki yang mendengar tersenyum.Semoga isterinya ingat kenangan manis mereka tetapi dia takut Syarafina membencinya akibat kemalangan yang meragut nyawa dua orang tua Syarafina.
Share this novel