Tersenyum-senyum Syarafina mengingatkan tentang semalam. "Arghhhhh.Aku akan jadi bini Syauki sekali lagi Yeay!!!" melompat-lompat Syarafina sampai terjatuh.
BUK!
"Hoi orang atas! kau buat apa ha?! bising tahu tak!" tempik wanita tua di bawah.
"Alah, Mak Su.Macam tak biasa dengan orang.Yeay!!!" Puan Zainab hanya menggelengkan kepala.Perangai sama macam Zaitun.Asal bahagia melompat tak ingat dunia.Bila orang suruh masuk pertandingan lompat tinggi terus bagi beribu alasan.
"Cepatlah Fina oi!! kata nak teman Mak Su pergi beli barang dapur.Kesian Faisal duduk dekat luar tunggu kita berdua. Kalau kamu tal nak turun... kamu duk sorang-sorang" ugut Puan Zainab.Syarafina menelan air liur.
"Tunggu kejap, jangan pergi lagi." selang beberepa minit Syarafina sudah berada di depan Mak Sunya.
"Jom.Kesian Faisal tu.Dah lah kat luar panas.Kamu pula duk main melompat." Syarafina pula hanya senyum sahaja.Dia mengunci pagar rumah dan terus masuk ke dalam kereta BMW kepunyaan Faisal.
Macam mana Faisal dapat kereta mahal.Begini ceritanya...Ok dah siap
Gurau-gurau.Puan Zainab berkahwin dengan tauke minyak petrol.Di sebabkan ayah Faisal pergi meninggalkan dunia ketika dia berumur 15 tahun.Faisal cuba belajar bersungguh-sungguh dan mengambil alih kerjaya ayahnya.Yang kedai arwah Encik Shahrul tu sebab dia ingin menolong.Maklumlah si Syarafina ni kerja.Akibat dia berasa kasihan dia ingin menolong keluarga Syarafina.Keadaan kedai sekarang semakin baik dan sudah menjadi super market di sana.
"Kak. Lain kali kan bagitahu bila nk turun.Tak perlulah saya ni duk tunggu je macam batu.Saya ada perasaan tahu tak." jelas muka Faisal sekarang seperti tidak puas hati.Yelah yang dijanjikan jam satu petang sekarang dah jam tiga petang.Dua jam menunggu di luar dengan cuaca yang panas sekarang.
"Kira serilah.Dulu masa Faisal form five.Kata balik jam tiga petang last dia balik dengan orang lain.Tahu tak masa tu akak tunggu sampai enam petang.Kamu ni apelah sangat setakat dua jam kot." Puam Zainab yang menjadi orang tengah diantara perbalahan dua manusia ini hanya bersabar.Sabarlah Mak Su.Sabar itu kan separuh darilada iman...
Enjin kereta dihidupkan.Sekarang mereka bertiga dalam perjalanan pergi mall. "Fas." Puan Zainab memanggil anaknya.
"Ya permaisuri hatiku.Nak apa?" Faisal setia memandang di hadapan dan memutarkan stereng kereta ke kiri.
"Kamu sebenarnya nak pergi mana? Kita kan nak pergi mall.Yang kamu berhenti dekat rumah orang ni kenapa?" Syarafina pula menyorokkan ketawanya di sebalik beg tangannya.
Bulat mata Faisal."Alamak kenapa aku bawa kereta pergi rumah Sarah ni.." gumam Faisal.
"Nothing." Faisal cepat tekan minyak dan pergi dari situ. Matilah dia nanti kalau Uminya tahu yang dia sekarang tengah bercouple.Puan Zainab tak suka kalau bercouple.Baginya ianya hubungan yang sia-sia.Lebih baik kalau terus diijabkabulkan.
"Sarah" panggil Wawa kakak kepada Sarah.Sekarang Sarah sudah insaf dan bertaubat.Apabila semasa dia keluar dengan daddy sugar dia.Entah datang dari mana perempuan tua simbah asid dekat muka dia.Kerjaya yang dibina akhirnya musnah.Dia sangka tiada lagi lelaki yang akan menerimanya.Akhir sekali tanggapannya berubah apabila munculnya Faisal dalam hidupnya.
"Sorry, saya tak sengaja." Faisal mengutip semua buku yang bertaburan di lantai.
"It's okay" terburu-buru Sarah mengutip bukunya yang bertaburan di lantai.
Mereka berdua bangun setelah selesai mengutip buku yang bertaburan tadi.Sarah berasa seperti masknya tiada.Ternyata ianya berada di tangan Faisal.
"Bila masa benda tu katuh dekat budak ni..." bisik Sarah.
Faisal pula memandang aneh.Kenapa perempuan ni tengok lantai.Nak kata jaga pandangan tak mungkin rambut dia pun dia biarkan orang ramai tengok.
"Cik... tak apa ke? Atau saya ada langgar mana-mana?" dengan risau Faisal bertanya.
"Give my mask" tegas perempuan itu menjawab.
"Ouh.. tapi mask ni dah kotor.Apa kata kita beli yang lain." sengaja Faisal berkata begitu.Untuk mengenal lebih rapat dikatakan.
"I tak kisah." Sarah cuba mengambil masknya, tetapi tidak boleh dicapai akibat ketinggian Faisal nak sama dengan tinggi tiang elektrik.
Sarah akhirmya mengangkat mukanya.Jelas terpampang muka buruknya yang disimbah asid.
"Mu..muka awak.Kenapa dengan muka awak?" soal Fisal yang bebaur risau.
Air mata cuba ditahan.Sarah berasa malu.Sekarang dia sudah menjadi tumpuan orang ramai.Tanpa sempat Faisal memakaikan semula mask tersebut apabila melihat ramai warga yang sedang berbisik dan membuat muka jijik dengan perempuan di hadapannya sekarang.Sarah terus melarikan diri.
Tanpa melengahkan masa Faisal mengejar langkah Sarah.
"Cik! ini mask cik!" Sarah hanya mengendahkan sahaja panggilan itu.Di dalam fikirannya ialah larikan diri.
Malang tidak berbau dia terjatuh akibat terlanggar tiang lampu.Ni lah kalau nak lari tengok depan kan dah sakit...
Faisal mula memperlahankan lariannya.Sarah menangis teresak-esak. Sekarang semua orang melihat muka buruknya.Ada yang mula berbisik-bisik dan ada juga yang merakam dia.Faisal yang melihat terus mengangkat Sarah dan pergi jauh daripada orang ramai.
Sekarang mereka berdua berada di library.Akibat di sana tak banyak sangat orang, Faisal memilih tempat itu supaya dia dapat berbincang dengan tenang.
"Cik.. kenapa cik lari.. saya bukan pencuri." kata Faisal.Air mata Sarah kuat mengalir.
"This all your fault.Kenapa awak tak bagi mask tu dekat saya.Awak sukalah semua orang tengok muka buruk saya ni!" temoik Sarah.
"Shhh... please quite. Kalau nak bergaduh dekat tempat lain." kata salah seorang yang berada di library itu.
"Cik mari ikut saya." Faisal menarik tangan Sarah ke satu bilik VIP.
Faisal membuka kata laluan dan terus menolak badan Sarah masuk ke dalam bilik.
"Kita berbincang dekat sini.Rak kisah cik nak melaung sekalipun hanya saya yang dengar.Jadi saya ingin jawapan saya.Kenapa muka cik macam tu?"
Sarah mendengus kasar.
"Kenapa awak nak tahu.Senang nak cerita dekat orang.Senang nak malukan saya ke ha!" Faisal terus menutup telinganya.
Tiba-tiba terdengar sura menagis.
"Ini kifarah saya... hsk hsk.Dulu saya baik je pakai macam ustazah.Bila saya belajar di luar negara, akhirnya saya terbiasa dengan budaya mereka dan ingkar perintah Allah.Saya ni jijik, saya selalu tidur dengan mana-mana lelaki untuk duit.Saya minum air kencing syaitan macam saya minum air masak. Saya nak berubah tapi saya takut jika Allah tak terima taubat pendosa macam saya ni." panjang lebar Sarah menjelaskan.
"Saya berasa malu.Mungkin ini balasan saya apabila saya cuba mengagalkan eumah tangga bekas teman lelaki saya." sambungnya lagi.
"Cik.. bertaubatlah.Pintu taubat sentisa terbuka untuk orang seperti cik ni.Allah lebih suka orang yang bertaubat.Apa kata saya tolong cik.Nama saya Faisal and you?" Sarah mengelap air matanya dan memandang anak mata Faisal.
"Awak tak jijik ke dengan saya?" Faisal cepat menggeleng.
"Saya bukan sesiapa nak benci cik." Sarah mengukir senyum manis.
"Sarah." Faisal terus senyum.Akhirnya dua-dua bergelak ketawa.
"Asal dengan Fas tu Fina?" soal Puan Zainab.
"Biar jelah dia nak mengelamun sekejap..." Syarafina hanya senyum sahaja.
Share this novel