"Sayang.... Fina.... Ooo cinta hatiku.Bukalah pintu ni.." mendayu-dayu suara Syauki sebalik pintu bilik.
Datin Rosnah yang naik hanya ketawa kecil dan menggelengkan kepala sahaja.Lucu pula.
"Tulah kamu... mama dah kata kalau perempuan mengandung ni sensitif.Tapi kamu tak dengar." kata Datin Rosnah yang makin menghampiri anak saudaranya.
"Manalah Sya tahu... lagipun kami kahwin tak sampai setahun kan..." jawab Syauki dengan menahan sebak.Dia pula yang berasa sensitif sekarang.
"Rezeki sayang.Rezeki." itu sahaja yang di katakan oleh Datin Rosnah.
Syauki membuat muka cemberit dan mula berasa ingin menangis. "Tak apa kalau sayang tak nak buka pintu biar abang pergi balik!" Tekad Syauki.
Dia membuka langkah dan mengambil kunci kereta lalu pergi ke arah keretanya. Syarafina yang terkejut mula bangun dan menggosok matanya dengan lembut.
Fikir nak merajuk ternyata dah tertidur. Syarafina mengambil tudung yang berada di atas meja solek lalu di pakai. Dia membuka pintu dan berkerut dahinya.
"Kenapa mama ada dekat depan ni? mana Sya?" soal Syarafina dengan sedikit mamai.
Datin Rosnah mengeluh "Dia dekat-" tak sempat Datin Rosnah menghabiskan ayat kereta Syauki sudah bergerak meninggalkan perkarangan rumah itu.
"Ma.. mama... jangan kata suami Fina... " tergagap-gagap Syarafina ingin berbicara.Mukanya muka merah dan dia menangis.
Mulut Datin Rosnah terlopong dan dia seperti tidak tahu ingin berkata apa-apa. Ha bagus satu-satu masalah datang dekat aku. Ha bagus sangat!!
Di tarik nafas dalam-dalam Datin Rosmah memegang bahu menantunya dan usap dengan lembut. "Sekejap je tu... nanti 5 atau 10 minit baliklah dia. Percaya cakap mama okey?"
Syarafina yang tersedu-sedan angguk dan dia mula menenangkan dirinya. "Mama... Sya tak beli ke ikan paus? Fina nak makan ni...." lembut sahaja suara Syarafina.
Datin Rosnah yang mendengar menepuk dahi. "Tak boleh sayang... mana ada orang jual ikan paus..." pasrah sahaja.
"Ta-tapi.." Datin Rosmah terus meletakkan jari dia di bibir Syarafina untuk diam.
"Dah kamu pergi turun bawah jangan terperuk bahaya untuk kandungan." pesan Datin Rosnah.
"Hm..." Syarafina turun ke bawah apabila matanya di sajikan dengan pelbagai ikan di meja makan terus dia berlari gembira ke arah sana.
Syauki keluar dari dapur hanya senyum manis apabila isterinya terlalu gembira melihat pelbagai menu ikan di atas meja.
"Abang ke yang masak?" soal Syarafina dengan tidak percaya. Syauki meletakkan dua pinggan terakhir di atas meja dan mengambil tempat di sebelah Syarafina.
"Nope. Tadi abang pergi kedai dekat-dekat sini lepastu abang suruh dia masak semua menu ikan yang ada di kedai dia.Kenapa? Sayang happy tak?" soal Syauki dengan mengambil pinggan isterinya dan letakkan sedikit nasi.
Syarafina angguk laju dan mengambil pinggan dia yang sudah di letakkan nasi putih. Syauki hanya melihat sahaja dan tak pasal-pasal dia berasa loya.
"Sayang makanlah dulu abang nak pergi-" tak sempat Syauki menghabiskan ayat dia termuntah di atas baju isterinya yang khusyuk makan.
Mata Syarafina terbeliak dan dia melihat muka suaminya dengan geram. "Abang!! ni baju saya baru beli!! sekarang saya dah tak ada selera nak makan!" marah Syarafina dia menepuk dada suaminya akibat terlalu geram.
"Maaf... abang tak-" sekali lagi dia termuntah di atas nasi Syarafina.Terbuntang luas mata Syauki dan isterinya.
"Sa-sayang..." Syauki cuba memegang bahu ister6tetapi di tepis kuat.
"Abang jahat!! you evil!" Syarafina bangun dan pergi ke arah bilik tidur mereka.Pintu di hempas kuat.
Syauki mula bangun dan pergi ke arah dapur.Buang segala yang dia tahan walaupun sudah keluar sedikit.
Syauki membasuh mulut dan berkumur lalu pergi ke arah meja makan dan buang semua sisa makanan.Mana ada yang nak bekas muntah. Kurang nak ke? mesti tak?!
Datin Rosnah yang melihat keadaan Syauki mengeluh berat. Dia pergi mendekati anak saudaranya dan bantu mengemas meja.
"Mama..." panggil Syauki dengan terselit nada sebak. Datin Rosnah yang selesai meletakkan semua pinggan di dalam sinki terus melihat muka Syauki.
"Kenapa?" itu sahaja yang di soal oleh Datin Rosnah. Syauki berjalan lemah ke arah sofa dan terduduk di situ.
"Fina tak sayang Sya..." selepas kata-kata itu keluar dari bibir Syauki air mata mula jatuh.
"Tak... biasalah tu sensitif ibu mengandung..." pujuk si mak saudara. Syauki hanya diam dan mengambil bantal kecil yang sudah tersedia lalu menyenbamkan mukanya di bantal itu.
"Kamu selesaikan masalah kamu sendiri.Jangan ulang kesilapan sama faham?" Datin Rosnah bangun dan pergi ke arah biliknya yang sangat beberapa selang dengan bilik Syauki.
Syauki yang melihat muka menangis dan dia mengeluarkan telefonnya dan membuka aplikasi Mobile Legend.
"Tak apa... malam ni aku main benda ni puas-puas MUAHAHAHA" Syauki khusyuk bermain dan berhati-hati menjaga nada suaranya daripada di dengari oleh orang atas.
Syarafina yang berada di dalam bilik sedang khusyuk bermain game free fire. "Yeah.... aku menang..." perlahan sahaja nada Syarafina.
Mereka berdua main game sehinggalah tertidur.
Share this novel