Di spa mewah dalam Bangsar Village , Fina dan Nelly duduk bersebelah untuk rawatan pedimani, namun perbualan mereka terlebih hangat daripada air suam dalam basin mencuci kaki.
“Aku tak faham kenapa kau nak jumpa Firdaus,” kata Nelly, memandang Fina yang leka memilih warna kuku.
“Kau yang tinggalkan dia dulu. Apa lagi yang kau cari?”
“Aku cuma nak closure,” Fina menjawab perlahan.
“Aku rasa bersalah tinggalkan dia macam tu. Dia berhak dapat penjelasan... atau peluang kedua.”
“Peluang kedua? Seriously, Fina?” Nelly mengangkat kening, nadanya penuh skeptis.
“Kau dah move on, dia pun dah. Jumpa dia cuma akan buat semua jadi lebih rumit.”
Petugas spa memberi isyarat untuk mereka merendam kaki.
Nelly menyambung, “Lagi-lagi sekarang, bila kau dah bercerai. Kau tak fikir apa orang lain akan cakap? Atau lebih teruk, apa si Ziyad tu akan buat?”
Fina terdiam sejenak mendengar nama itu.
“Aku tahu, Nel. Kalau Ziyad tahu aku jumpa Firdaus, dia mesti fikir aku minta cerai sebab nak balik pada Firdaus. Aku tahu perangai dia, semua pasal reputation dia.”
“Exactly,” Nelly menegaskan.
“Dia akan twist cerita, dan kau yang akan nampak buruk. Move on, Fina. Takyahlah contact Firdaus tu lagi.”
Fina mengeluh, memandang petugas spa yang kini mengeringkan kakinya.
“Aku tahu kau betul, Nel. Tapi aku rasa macam aku takkan dapat jumpa lelaki yang baik macam dia... dan aku rindu.”
Nelly mendengus kecil.
“Rindu? Fina, kau tak nampak ke? Jumpa dia cuma buat benda jadi lagi serabut. Percayalah cakap aku ni.”
“Aku cuma nak satu pertemuan. Lepas tu, aku janji habis dah. No more Firdaus,” kata Fina, cuba meyakinkan.
“Fine! tapi kalau benda ni jadi masalah, jangan nak drag aku.”
Fina tersenyum pahit, tak seronok rasanya bila kawan baik sendiri berlawanan pendapat.
*****
Dalam perjalanan pulang dari spa, fikiran Nelly penuh dengan kata-kata Fina tentang Firdaus.
Nelly masih tak puas hati dengan sessi perbualan dengan Fina tadi.
“Dia cuma nak closure.” Nelly mengulang ayat itu dalam hati, tetapi logiknya sukar menerima alasan itu.
Dia memandu dengan laju untuk cepat sampai.
Setibanya di rumah, Nelly terus menelefon Fina.
“Fina, kau buat silap kalau jumpa Firdaus,” katanya tegas.
“Laa Nel. Kenapa?” Fina bertanya, nada
kehairanan kerana baru saja mereka bertemu tadi.
“Dia tak sesuai untuk kau, aku tak nak tengok kau kecewa sekali lagi” balas Nelly.
“Nelly, aku tak ada menaruh harapan apa-apa pun. Aku cuma nak jumpa dia untuk puaskan perasaan ingin tahu aku saja.”
“Jumpalah orang baru! bukan dah ludah jilat balik,” Nelly mendesak.
“Assudahlah Nel, aku penat ni baru sampai, nak salin baju nak makan. Later!" Fina berang terus mematikan panggilan.
Nelly terdiam memandang henponnya.
“Aku cuma nak yang terbaik untuk dia, tapi minah ni degil betul” gumam Nelly dengan perasaan geram.
Share this novel