Syarafina berada di ruang tamu menonton drama dengan Nurlina. Syauki pula seperti biasa...
"Sayang nak huggg" jerit Syauki di tepi Syarafina.
"Tak nakk" terus monyok muka Syauki dengan balasan isterinya.
"Tunggulah nanti bila tidur!" ugut Syauki.Dia bangun dari sofa dan menapak ke bilik lalu pintu ditutup dengan kuat.
"Ha eleh... itu je? tak strong suami saya!!" sakat lagi Syarafina.
Nurlina pula tidur di dalam dakapan ibunya.Syarafina hanya tersenyum melihat muka anaknya yang lena tidur.
Syauki turun dengan selimut tebal yangembaluti badannya. "Sayang... cukuplah tu dengan Nur. Giliran abang lah pula..."
Rayu Syauki dengan mata yang kemerahan akibat menangis. Syarafina melihat muka suaminya terus ketawa.
"Ni suami siapa? manja sangat ni?" Syauki mencebik dan mengambil anaknya di letakkan di atas ribanya dan memeluk badan Syarafina.
"Sekarang ni sayang milik abang bukan Nur" kata Syauki. Dia mengeratkan lagi pelukan bagaikan tidak mahu lepas isterinya.
"Anak pun cemburu?" soal Syarafina sambil mengelus lembut kepala anaknya yang masih belum ada rambut
"Hm..." Syauki meletakkan mukanya di celah leher isterinya. Dia menghidu bau isterinya dah hatinya berasa tenang.
"Wanginya isteri saya ni..." kata Syauki. Dia letakkan Nur di atas sofa dan sebelah anaknya di letakkan bantal supaya tidak jatuh.
"Eh? dah kenapa tiba-tiba nak dekat macam ni?" soal Syarafina. Syauki menarik isterinya dan cium muka Syarafina sepuas hatinya.
"Erm... ni makin sayang ni!!" teruja Syauki dia menarik isterinya dan peluk dengan erat.Hingusnya yang keluar di kesat pada bahu isterinya.
"Eee pengotor." Kata Syarafina selepas suaminya mengesat hingus di bajunya.
Syauki menjarakkan diri mereka dan mula ingin menangis. Syarafina mula tak keruan.
"Shh jangan nangis okey? jangan nangis saya ada." pujuk isteri apabila melihat suaminya yang bagaikan ingin menangis lebih kuat.
"Isteri saya tak sayang saya!!" Syauki meraung sehingga tersedar anak mereka dari lena.
"Huwaaa" menangis Nur akibat gangguan dari suara ayahnya. Syarafina mengurut dahinya dan mula berasa mual.
Syarafina cepat berlari pergi ke dapur dan mengeluarkan segalanya, tetapi hanya air sahaja yang keluar.
Syauki mengelap air matanya, sambil tersedu-sedan dia melihat isterinya yang berada di sinki.
"S-sayang... k-kenapa?" soal Syauki yang berbaur kerisauan. Syarafina mengelap mulutnya dengan air dan melihat suaminya.
"Tak apa... cuma rasa mual je." balas si isteri. Syauki diam dan mula berfikir dan tiba-tiba dia teringat sesuatu.
"Sayang... jangan-jangan sayang mengandung?!" teka Syauki yang melihat muka isterinya dengan teruja.
Syauki menurunkan selimutnya dan terus memeluk badan Syarafina.
"Yeayy. Dapat anak lagii" teruja Syauki. Syarafina hanya senyum sahaja dan akur dengan perangai kebudakkan suaminya.
"Huwaaa" kuat tangisan Nur dari ruang tamu.Syauki dan Syarafina bergegas pergi ke ruang tamu melihat keadaan anak mereka.
Syarafina mendukung anaknya dan menepuk perlahan belakang anak kecil itu. "Shh.. saya mama ada ni..." kata Syarafina berselang dengan selawat.
Syauki memberi senyuman apabila isterinya berpaling ke arahnya. "Macam abang lah ni."
"Abang sebenarnya hairan... kenapa dia menangis keluar suara?" soal Syauki dengan penuh kehairanan.
"Kuasa Allah... kalau dia nak benda tu terjadi maka jadilah" balas Syarafina sambil menepuk belakang anaknya.
"she's special" kata Syauki. Dia mengambil selimutnya dari dapur dan berbaring di atas sofa.
"Abang pening kepala... nanti masuk Isyak gerak taw." Syarafina mengangguk dan melihat muka suaminya yang sudah lena.
Syauki berada di mejanya. Entah kenapa dia berasa pening dengan semua kerjanya yang berada di hadapannya sekarang.
"Sayanggg abang nak sayang... banyak sangat kerja ni..." sayu sahaja Syauki.
Dia berasa menyesal apabila memberi kebenaran untuk isterinya cuti. Tengok kerja habis berlambak.
"Hm... kalau aku dapat anak lelaki kali ni aku nak bagi nama dia Naqiu." cadang Syauki sambil melihat gambar perkahwinan dia.
"Ataupun... Syafiq. Syafiq Naqiu. Tengku Nur Syafiq Naqiu Bin Tengku Syauki Luthfan" kata Syauki sambil menutup matanya.
Panjang nama anak dia. Nanti time periksa masa nak habis sebab tulis nama je.
"Hm.. aki rasa aku tersalah pilih pasangan ni..." kata Syauki apabila dia terperasan sepasang pen jenama kegemarannya di atas meja.
Syarafina yang baru masuk bersama Nur serta bekal makanan memenadang tepat ke arah suaminya.
"Apa salah pilih pasangan ha!?" marah Syarafina. Syauki mula terkejut dan melihat ke arah pintu.
"Abang ingan saya tak sakit masa lahirkan anak abang!?" sekali lagi Syarafina menjerit.
Dia letakkan Nur di atas sofa dan di tepi anaknya di letakkan bantal supaya tidak terjatuh.
"Tak sayang! tak!!" bantah Syauki. Dia terus bangun dan berdiri di atas meja.
Syarafina menyinsing lengan bajunya dan mencari rotan. "kecil-kecil tak nak belajar besar-besar perlu di ajar!!"
Marah Syarafina, dia mengambil rotan di tempat biasa dan merotan kaki suaminya sambil menangis.
"Aduh! aduh!" Syauki mengaduh apabila rotan itu terkena di betisnya.
"Sakit sayang!!" jerit Syauki. Dia melompat-lompat di atas meja supaya rotan itu tidak dikenakan lagi di kakinya.
"Saya kata dekat pen kegemaran saya je!!" Syauki menjerit lebih kuat apabila keseimbangan sudah hilang
BAM!
Syauki terjatuh ke lantai. "Adoiii.." Syauki mengerang sakit apabila dia ingin bangun semula.
Syarafina hanya melihat sahaja tiada hati nak tolong bila dah marah.
"Sayang ni red flag lah!" marah Syauki. Akibat suaminya memarahi dia. Syarafina mula menangis teresak.
"Ha sudah, aku yang mangsa dia pula yang nangis. Play victim sungguh!" Syauki menggosok perlahan punggungnya yang sudah bercium dengan lantai tadi dan pergi ke arah isterinya.
"Cukuplah tu... jangan nangis malu dekat anak nanti." pesan Syauki sambil menggosok perlahan belakang isterinya.
Syarafina perlahan berhenti menangis dan memeluk badan suaminya. Sekali sekala nak manja dengan suami
HEHEHE
"Maaf..." Syarafina meminta maaf terhadap kesalahannya. Tapi nanti dia nak buat balik baru adil...
HAHAHA
"Maaf sayang tu kadang tak boleh di percayai sangat... nanti bontot saya pula yang jadi mangsa" balas Syauki.
"Isy! orang minta maaf betul-betul lah!!" Marah Syarafina sambil mencubit pinggang suaminya.
"Ha tu! dia buat salah lagi!" kata Syauki. Syarafina melepaskan cubitan dan menarik rambut suaminya hingga tercabut sehelai.
"Sakitlah!" marah Syauki apabila rambutnya pula yang menjadi mangsa keganasan isterinya.
"Isteri derhaka sungguh!" gurau Syauki. Syarafina hanya memberi senyuman dan membawa rambut suaminya ke dalam beg duitnya.
"Nak di jadikan sebagai kenangan. HEHEHE" Syauki menggeleng sahaja dengan perangai tak semegah isterinya itu.
Share this novel