Laungan azan subuh berkumandang.Syauki tersedar dan menggosok matanya perlahan lalu melihat Syarafina yang berada dalam pelukannya.
"Fina... bangun.Kita solat subuh sama-sama jom." ajak Syauki tetapi Syarafina mengerang tanda membantah dan menarik selimut menutupi kepalanya.
"Bangunlah... tak baik lewatkam solat ni... Fina..." Syauki masih berusaha untuk bangunkan isterinya tetapi hampa.Satu sen pun tak dapat.
Syauki bangun dan turun dari katil lalu menapak ke hadapan isterinya.Syauki memeluk badannya sendiri dan melihat Syarafina yang membalut dirinya di dalam selimut.
"Fina... bangun... jangan sampai saya guna cara kedua..." tegas serta terselit amaran dalam intonasi Syauki.Syarafina yang mendengar mula meremang bulu roma.
Syarafina mencebik dan keluar dari selimut itu dan berdiri di hadapan suaminya.
"Pergilah ambil wuduk dulu..." kata Syarafina dengan lemah.Syauki hanya menggeleng kepala perlahan sahaja dan mengeluh.
"Fina... kita sekarang dah berkahwin dekat dua minggu.Awak ingat saya akan makan dengan permainan awak? cepat bangun ambil wuduk dulu." Syarafina menghentak kakinya dan masuk ke dalam bilik air lalu menghempas pintu dengan kuat.
Benci! benci! benci!!
Sesuai mereka siap solat subuh berjemaah Syauki membaca doa dan Syarafina hanya mengaminkan sahaja.Entah kenapa hatinya sedikit tersentuh dengan setiap bait perkataan dari bibir suaminya.
"Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami, keluarga kami, serta sahabat kami.Ya Allah semoga pernikahan kami kekal sehingga ke syurga mu Ya Allah...Lindungilah kami berdua dari segala larangan ku dan hindarkan kami berdua daripada hasutan syaitan. Perkenalan doa kami berdua amin Ya Rabbal Alamin..."
Setelah Syauki selesai mengaminkan doanya.Dia berpaling ke arah Syarafina dan menghulurkan tangannya untuk bersalam.Suarafina yang melihat memegang tangan suaminya dan bersalam lalu mengucup tangan suaminya.
Syarafina berasa bahagia dengan perkahwinan mereka sekarang.Dahulu Syauki tidak pernah solat dan perlu di paksa setiap hari.Tetapi sekarang ianya sudah berubah.
Syauki membawa danembimbing dia ke jalan Allah.Dia berasa sebak dan mengalirkan air mata.Syauki yang melihat sedikit terkedu dan mengelap air mata isterinya dengan ibu jari.
"Kenapa ni?" Syauki bertanya dengan berbaur kerisauan.Mana tak risau.Tiba-tiba lepas siap solat menangis macam budak kehilangan barang kesayangan.
"Nothing.Cuma rasa bahagia." Syauki mengangguk dan memberi senyuman manis lalu mencuit hidung isterinya.
Syauki melihat jam di dinding dan memandang isterinya. "Pergilah mandi... nanti nak pergi kerja."
Syarafina mencebik dan berbaring di atas lantai tanda protes. "Tak naklah... awak pergilah seorang... tak baik tau paksa orang yang tak upaya ni..." manja sahaja Syarafina bercakap.
Syauki mengeluh dan memicit dahinya. "Hari ni kita ada meeting dengan Dato Sri . Awak juga tahu yang di hantar bukan dia tetapi pembantu peribadi dia. Laili.Awak nak ke saya kena goda dengan dia...?" Syarafina yang mendengar terus bangun.
Kecil besar, kecil besar sahaja Syarafina melihat suaminya ini. Jangan harap nak rampas suami aku.Kalau tak nak masuk liang lahad awal.
"Seronoklah awak eh? kejap saya pergi mandi awak jangan nak pergi mana-mana." Syauki cuba tahan gelak dan mengangguk sahaja.
Syarafina membuka telekungnya dan sangkut di tempatnya.Syauki hanya memerhati isterinya yang mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air.
Syauki terus melepaskan segala yang di pendam. "Ya Allah... comelnya isteri aku... dahlah masa marah muka warna merah.Ya Allah... nasib pagi kalau tak memang aku dah makan dia ergh..." Syauki bergolek-golek di lantai dengan perasaan yang tak dapat dibayangkan.
Setelah selesai Syarafina mandi dia keluar dari bilik air dan menapak ke almari untukencari baju yang sesuai.Sesuai untuk bergaduh dengan bakal penyondol.
Syauki terus masuk ke dalam bilik air dan mandi.Mukanyabsedikit merah akibat malu apabila melihat isterinya yang keluar dengan lilitan tuala sahaja.
"Ya Allah... bagilah aku kesabaran Ya Allah..." hanya itu sahaja Syauki dapat berdoa untuk menguatkan iman dia lagi.
"Lambat." hanya satu perkataan itu sahaja yang diberi oleh Laili iaitu pembantu peribadi Dato' Sri.
"Maaf... tadi tiba-tiba sesat tersalah masuk lorong" hanya itu jawapan dari mulut Syauki.
Syarafina hanya melihat sahaja perempuan di hadapan mereka.Pakaian ketat macam orang pergi kelab malam pun ada.
Syauki mengambil tempat di sebelah hadapan Laili dan isterinya mengambil tempat di hadapan perempuan itu.
"So... let's get started.." manja kali nada Laili.Ketika Syauki membicarakan tentang projek mereka.Laili melihat muka Syauki dan menggosok kaki lelaki itu dengan lembut.
Syauki yang berasa tidak selesa terus melarikan kakinya dan masih seperti biasa teruskan perbincangan. Syarafina yang melihat berasa sakit hati.
"Bos... saya haus lah... boleh tolong belikan air untuk saya tak?" Syaukiengentikan percakapan dan melihat muka isterinya.
"Haus ke? kalau macam tu saya pergi beli sekejap." ketika Syauki ingin bangun satu suara mula mencelah.
"Buat apa you perlu dengar arahan PA you? duduk jelah di sini... biar dia yang beli sendiri.Macam tak ada kaki untuk berjalan." Syarafina menganggap blausnya dan menarik nafas untuk bertenang
Syauki yang melihat perubahan itu menelan liur dengan kesat.Dia tanpa melengahkan masa terus pergi membeli air yang diinginkan oleh Syarafina.
Arahan isteri a.k.a singa perlu patuh kalau tak nak tidur dekat tepi longkang.
Laili yang tak berpuas hati mendengus kasar dan melihat muka Syarafina yang selamba sahaja.
"Apa masalah you? dia bos you so... kenapa you nak arahkan semua ini?" marah Laili yang tak berapa puas hati.
Syarafina hanya diam dan mengeluarkan telefonnya lalu membuka aplikasi TikTok.Laili yang tengok berasa geram dan terus bangun lalu menyerang sanggul Syarafina.
"Woi!! sakitlah!" Syarafina megenggam tangan Laili dan memulas tangan perempuan itu.
"Singa kalau sudah tidur... jangan bangunkan!" bentak Syarafina lalu menampar muka perempuan itu.
Tak sempat Laili menampar balik Syarafina terus menarik rambut perempuan itu dan menunjal dahi Laili.
"Sedar sikit betina.Kau tu pakaian dahlah tak cukup kain.Dan kalau kau nak tahu... perempuan macam kau ni bodoh sebab pakaian macam orang zaman air batu.Pakaian yang bertutup litup ni tanda kebijaksanaan manusia bukan orang yang cetek macam kau!"
Syarafina menolak Laili dan melihat sahaja badan perempuan itu yang lemah berbaring atas lantai.
Syauki yang masuk terkedu apabila terlihat muka Laili yang penuh dengan seni. Ni tak buak. mesti kerja isterinya.
Syarafina yang duduk di kerusi terus bangun dan mengambil barang mereka lalu keluar dari sana.
"Laili tu kenapa?" takut sahaja Syauki ingin menyoal.Syarafina hanya senyum dan mengambil gelas tea green lalu minum.
"Ada singa tadi..." dan Syauki sudah dapat tahu apa yang di maksudkan Syarafina
Share this novel