Mereka semua pun sampai di kedai makan. "Ha, nak makan apa? biar mama beli."
"Belilah apapun asalkan boleh makan." Rayqal menjawab. Syauki pula hanya mengangguk.
Jam 3 petang mereka sampai di rumah Syauki.Aerin dan Syarafina balik ke rumah mereka dengan menaiki teksi.
"Assalamualaikum" Syarafina pun terus rebahkan dirinya di atas sofa yang empuk tu. Aerin pula terus larikan diri dalam biliknya, "Rindunya dengan Bear..." Aerin memeluk bantal peluknya untuk melepaskan rindunya yang membuak-buak itu.
Syarafina melihat tiada kelibat Aerin terus mengambil telefon pertamanya dalam laci meja, dimana semua ingatannya ada dalam telefon itu.
"Isy... dah beribu kali aku buat asal tak buka lagi ni." Syarafina tetap menekan password telefonnya.
"Fina kau buat apa tu." Aerin dengan suara serak sedikit. Syarafina mendengar terus menyorokkdan telefonnya di bawah bantal.
"Tak ada apalah... kenapa dengan suara kau ni sakit tekak ke." Syarafina menuju ke arah Aerin dan dia ternampak banyak tompok-tompok merah dekat muka sahabatnya itu.
"Semua ni salah Rayqal ada ke dalam kereta tadi dia sumbatkan ikan dalam mulut aku. Aku ni kan alergic dengan semua jenis ikan mana ada yang tidak termasuk. Nampak sangat dia tu sebenarnya tak cintakan aku dulu sebabtu lupa." Aerin menghentam kakinya dengan kuat akibat rasa geram dengan Rayqal.
"Mari sini, aku letakkan ubat." Aerin duduk di sofa dan Syarafina mencari ubat di dalam bilik Aerin.
"Eh, apa ni" Aerin mengambil bantal dan dia ternampak telefon lama Syarafina.
"Rin ak.." tidak sempat Syarafina membalas dia melihat telefon lama dia berada di tangan kanan Aerin.
"Fina boleh kau jujur dengan aku mana kau dapat telefon ni." Syarafina tanoa membalas terus merampas telefonnya itu.
"Bukan masalah kau. Nah ubat ni kau pakai sendiri." Syarafina melarikan diri masuk ke dalam bilik.
Dia cuba masukkan password dan dia pun teringat dekat Syauki.Syarafina letakkan nombor tarikh lahir dia dan Syauki, akhirmya telefon itu terbuka.
Aerin mengambil telefonnya dalam poket dan mendail nombor Syauki.
'Weh kau perlu datang sini aku rasa Fina dah tahu semuanya'
'Apa!! macam mana dia boleh tahu. Kejap aku pergi.'
Tanpa melengahkan masa Syauki keluar dari biliknya dan dia menuju ke kereta.
Syarafina yang melihat isi telefonnya itu terkejut.Tiba-tiba sakit kepalanya menyerang. Dia nampak semua masa lalu dia. Syarafina ingat dengan jelas dia berkahwin dangan Syauki dan mereka pun dikurniakan anak, tetapi ibu dan ayahnya tiada. Syarafina rasa benci dengan Syauki benci sangat.
Syauki menerjah pintu masuk rumah Aerin. "Aerin mana isteri aku."
"Dia, dalam bilik ." sambil air matanya mengalir pasti Syarafina akan membencinya.Kerana dia tak suka penipu.
Syauki melangkah dan pergi ke arah bilik Syarafina. "Fina buka pintu ni."
Syauki mengetuk kuat pintu bilik Syarafina.
Syarafina membuka pintu biliknya dan dia terus tampar Syauki. "Sekarang kau puas ha!!! sebab kau ibu dan ayah aku mati sebab kau anak aku mati!!!" Syarafina menangis. Dia turun ke bawah dan ternampak Aerin yang menangis.
"Rin sampai hati kau buat aku macam ni, apa salah aku sampai kau tak boleh nak jujur dengan aku." Syarafina menepuk dadanya, dia rasa sebak sangat.
"Ak... aku b...buat semua ni sebab aku takut ka.." Tak sempat Aerin menjawab penuh pasu bunga dilempar oleh Syarafina.
"Sayang sabar sayang jangan buat macam ni." Syauki memeluk belakang isterinya itu.
Syarafina meronta untuk dilepaskan. dan dia pun mengundur sedikit.
"Apa yang kau nak jelaskan, kau ingat aku tak tahu yang kau tu curang belakang aku. Aku ingat lagi masa aku balik, aku pergi dekat bilik masa tu kandungan aku 8 bulan kau dengan Sarah buat benda terkutuk tu depan mata aku!!!"
Syauki terkejut. Ya memang dia buat perkara yang bodoh itu. Syauki terlampau ikutkan nafsu.
"Abang boleh jelaskan sayang." Syauki memegang tangan Syarafina dan tangannya ditepis kuat.
"Kau nak jelaskan apa. Masa tu ibu aku call kau tapi kau tak jawab mesti kau tengah duduk dengan perempuan murahan tu kan. Ayah aku yang tak pandai sangat bawa kereta sanggup hantar aku ke hospital sebab masa tu aku sakit sangat." Syarafina pun menangis, Aerin memeluk sahabatnya raou ditolak.
"Ye, memang abang duduk dengan Sarah tapi abang angkat call. Lepastu abang dengar bunyi kereta berlanggar." Syauki cuba menerangkan tetapi Syarafina tetap tak nak demgar.
"Sekarang kau mengakulah yang selama ni kau masih cintakan Sarah kan!!" air mata Syarafina lebat keluar.
"Kenapa dengan sayang ha!! ye abang masa tu masih cintakan Sarah sebab masa abang perlukan seseoramg dia ada di sisi abang tapi sayang buat apa.Sayang hari-hari nak pergi dekat kampung tak pernah nak spend time dengan abang." Syarafina mendengar semua tu terkejut.
"Ooo... sekarang kau nak salahkan aku. Baik Tengku Syauki luthfan bin Tengku Rasyid aku nak kau ceraikan aku sekarang!!!." Syarafina dengan rasa sakit hati.
Aerin yang mendengar terus memegang Syarafina. "Fina kau jangan buat perkara bodoh ni, hal cerai tak boleh bawa main."
Syauki tak sangka apa yang dikatakan oleh isterinya. "Sayang please jangan macam ni. Semua manusia buat salah tolong jangan jauh dari abang. Cukuplah abang terseksa sebab sayang lupakan abang." Syauki merayu dia memegang lengan Syarafina.
Syarafina berpaling ke arah Syauki dia memegang muka suaminya. Syauki pula mengamati sentuhan Syarafina , dia begitu rindukan sentuhan ini.
"Abang betul cintakan saya." Syauki mengagguk.
"Jadi ceraikan saya." Syauki yang mendengar terkejut.
"Fina jang..."
"Ini keputusan aku Rin, kau jangan masuk campur" Aerin menundukkan pandangannya ke bawah.
"Awak ceraikan saya biarkan saya bahagia dengan kehidulan saya." Syarafina masih mengusap pipi suaminya.
"Sayang tolong jangan macam ni. Kita sama-sama baiki hubungan kita ye." Syauki menarik Syarafina masuk ke dalam pelukannya.
Syarafina menolak dengan kuat. Dia pun terlepas dari pelukan Syauki. "Aku nak kau ceraikan aku sekarang juga, sebab aku taknak ada hubungan dengan orang yang menipu aku yang bunuh orang kesayangan aku." Syauki mengundur beberapa langkah kecil ke belakang.
"Betul, ni keputusan sayang." Syarafina mengangguk.
"Syauki, Fina tolonglah jangan." Aerin pun menangis teresak-esak bukan ini dengan apa yang dia janjikan dengan arwah Puan Zaitun.
"Biar Rin dia yang nak. Nur Syarafina Qistina binti Mohd Shahrul aku ceraikan kau dengan talak satu." air jernih itu pun mengalir di pipi Syauki.
Syarafina pun tersenyum "Terima kasih Syauki."
Share this novel
jahat punya jantan menyundal dengn betina lain..kau jngn maafkn dia fina