"Sweet... kenapa pakai baju macam ni...majlis diorang tu mewah.Nanti sweet marah dekat abang pula." kata Rayqal apabila melihat Aerin memakai baju kurung berwarna biru gelap yang simple.
"Saya dah tanya Fina.Dia kata Syauki nak buat majlis tu biasa." Jawab Aerin.Dia mengambil beg tangannya dan memakai kasut sukan warna putih.Memang favourite mak buyung ni..
"Sweet...abang kenal Sya tu lama dah.Simole dia tu dah mewah.Kalau mewah dia tu terlampau mewah." Rayqal sambil membuat gaya menggunakan dengan tangan betapa mewahnya.
"Ha yelah...eh? awak pakai baju melayu putih ni dah kenapa? kan saya kata pakai biru gelap biar padan." Rayqal menggaru leher belakangnya dan tersengih.
"Ermmm...rasa nak pakai warna putih.Boleh kan?" Aerin mengeluh kecil.Kalau nak marah kan...takut berdosa pula.
"Kalau macam ni.Mak nak naik atas nak pakai baju kurung putih macam bapak" Rayqal mula gelak besar.
"Dah main mak bapak pula eh?" sakat Rayqal.Aerin pula menjeling.Dia naik ke atas dan menukar baju kurung putih
Tudung bawal berwarna hitam.
Rayqal melihat Aerin keluar dari bilik tersenyum lebar.Dia menghulurkan tangan galaknya seperti putera.
"You are so beautiful dear..." Aerin hanya membuat muka geli.
"Makan apa lah suami aku ni..." Rayqal mendukung Aerin setelah dia berkata begitu.
"Makan sayang lah...rawr" Aerin mula ketawa dengan perilaku Rayqal yang tiba-tiba mengangkat dia.
"Risau saya.Cukuplah angkat saya.Cepat nanti majlis nak mula"
Rayqal memuncungkan mulutnya.Dia memeluk Aerin sangat ketat seperti tidak ingin melepaskan isterinya.
"Nanti balik boleh pelukkan? jadi lepas" Aerin berkata sambilengusap tangan Rayqal.
"Tak naklah...kita tak perlu pergi majlis diorang..." Rayqal merayu.
"Kita kena pergi juga jom." Aerin membuka pelukan Rayqal dan menarik Rayqal ke pintu rumah.Dia memakai kasut sukannya tadi dan terus mengambil kunci rumah.
"Jom!" Rayqal hanya senyum tipis.
Beberapa minit kemudian mereka akhirnya sampai di rumah Syarafina a.k.a rumah Puan Zainab.
Rayqal memarkir kereta dia.Danembuka pintu lalu menapak keluar.Aerin masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Abang...serious lah ni rumah Fina?" soal Aein dengan masih tak percaya.
"Haah.Abang dah kata.Syauki simple dia lain dari simple kita.Jomlah kita masuk." Rayqal menggenggam tangan Aerin dan menarik isterinya keluar dari kereta lalu menutup pintu.
Mereka berdua berjalan dan masuk ke dalam rumah Syarafina.Hiasan terlampau mewah.Makanan terlampau banyak dan tetamu hanya orang terdekat serta jiran sahaja.
"Wow!" terlopong mulut Aerin apabila melihat Syauki yang berpakaian baju pengantin duduk di hadapan tok kadi.Bukan sebab rupa tapi pelamin terlampau mewah.
"Mana pengantin perempuan?" soal tok kadi yang dari setengah jam menunggu.
"Maaflah tadi dia bangun lewat ja- auch sakitlah!" Faisal mengaduh sakit akibat temparan bahu yang dapat dari Puan Zainab.
"Kami tu jangan buka aib orang.Bukan dia terlampau gugup." kata Puan Zainab dengan senyuman manis.
Tok kadi hanya mengangguk.Beberapa saat Syarafina sudah tiba dan duduk atas pelamin.
"Ha pengantin perempuan dah tiba! tepuk tangan!" kata Faisal dengan gemuruhnya.
Semua jemputan menepuk tangan.Tok kadi membetulkan tempat duduknya begitu juga Syauki.
"Tengku Syauki Luthfan Bin Tengku Rasyid?" soal tok kadi bagi kepastian.
"Ye..saya." gugup sahaja Syauki menjawab.
Tok kadi menghulurkan tangan dan di sambut oleh Syauki.
"Dengan izin aku menjadi wali bagi pihak perempuan.Tengku Syauki Luthfan Bin Tengku Rasyid, aku nikahkan dikau dengan Nur Syarafina Qistina Binti Mohd Shahrul dengan mas kahwin sebanyak RM 50 000 termasuk satu rumah banglo dan kereta berjenama Mercedes" Syauki mula berasa berpeluh.
"A-aku..terima nikahnya Nur Syarafinan Qistina Binti Mohd Rayqal, eh bukan, bukan" semua orang tergelak dengan apa yang keluar dari mulut Syauki.
"Aku tahu kau berdebar.Tapi aku belum jadi ayah lagi.Anaknaku belum keluar" kata Rayqal dengan menahan ketawa.
"Okey saya ulang semula ya.Tengku Syauki Luthfan Bin Tengku Rasyid, aku nikahkan dikau dengan Nur Syarafina Qistina Binti Mohd Shahrul dengan mas kahwin sebanyak RM 50 000 termasuk satu rumah banglo dan kereta berjenama Mercedes." ulang semula tok kadi itu.
Syauki menarik nafas dan menghembus perlahan.
"Aku terima nikahnya Mohd Shahrul Binti Nur Syarafina.Eh tak bukan" semua orang melepaskan ketawa.
"Saya faham Tengku gugup.Jadi kita rehat sekejap." Syauki mengangguk.Dia melihat muka Rayqal yang ketawa terbahak-bahak.
Selama 3 jam akhirnya Nur Syarafinan Qistina sah menjadi isteri Tengku Syauki Luthfan.Cuba teka berapa kali dia ambil akad nikah?
"Alhamdulillah... selesai juga akhirnya." Tok kadi menadah tangan danbaca doa.Slesai membaca Syauki bangun dan mendekati Syarafina.Dia mengambil cincin dan masukkan ke jari manis Syarafina.
Rayqal pergi ke arah Aerin dan memeluk bahu isterinya. "Tengok Sya tu...dah nak dekat 100 lafaz akhirnya berjaya juga." Aerin pula hanya tersenyum.
"Jemput makan semua..." kata Faisal.Dia mencari kelibat Sarah dan tingtong dia ternampak Sarah rancak berbual dengan seorang lelaki.
Faisal mula berasa panas.Dia mendekati figura mereka berdua.
"Sayang...kenapa duduk dekat sini.Jom kita makan bersama." sampuk Faisal.
"Ha ini lah tunang saya.Faisal, awak...ini kawan saya Matteo dia dari Itali." Sarah memperkenalkan Matteo dan Faisal.
Matteo hanya tersenyum sahaja. "So you Faisal?" Faisal hanya mengangguk dengan muka bekunya.
"Sayang...umi panggil tu.Pergilah dekat dia." Sarah melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Faisal.
"Ok bye Matteo.Awak berbuallah dengan Faisal" Matteo hanya mengangguk sahaja.
Melihat figura Sarah makin menjauh Matteo membuka mulutnya.
"Molto divertente.(sangat kelakar.
)" Matteo ketawa kecil.Faisal hanya menjeling sahaja.
"Pensavo che Sarah fosse mia amica. Non le hai detto chi eri?(Aku ingat Sarah lain rupanya kawan aku.Kau tak beritahu dia siapa kau?)" Faisal hanya menggeleng.
"La mia missione non è finita. Vendicherò le sue azioni.(Misi aku belum selesai. Aku akan balas perbuatan dia)." Faisal mengemparkan tangan dia.
"Suka hati engkau.Bye..." Matteo berlalu pergi dengan sisa tawa sedikit.
Share this novel