"Hey. Hey baby~" Syauki bernyanyi sambil memeluk pinggang isterinya yang sedang membetulkan tudung bawal.
"Beautiful, Beautiful, Beautiful, Beautiful angel~" sambil menggigit pipi si isteri.
"Isy! kenapa ni? nak kena apa? nak kena penampar? orang tengah baiki tudung ni faham tak!" bengang si Syarafina.Syauki pula terkekeh ketawa menyakat si isteri yang sudah bermula masam.
"Alah biarlah awning tudung tu... kita dah lambat ni." kata Syauki sambil mencucuk-cucuk pinggan Syarafina.
Syarafina menjuling mata dan menghela nafas berat. Dia berpaling dan melihat muka Syauki yang sibuk mencucuk-cucuk pinggang dia.
"Dah kenapa cucuk pinggang saya? tak ada kerja lain dah ke?" soal Syarafina dengan berang.
Syauki mengangkat tangan selaras dada bagi mengatakan dia bersalah.
"Jomlah... lambat nanti..." Syarafina mendengus kasar dan terus mengambil beg tangan serta beberapa buah fail untuk mesyuarat nanti setelah nada Syauki yang terlalu lembut itu.
Syauki tersenyum, tanpa membuang masa dia mengejar langkah isterinya yang sudah jauh sedikit.Mak buyung ni berjalan pun boleh laju?
Syarafina terus masuk ke dalam kereta suaminya dan memakai kasut sneakers.Selang beberapa saat Syauki pun terus masuk dan menghidupkan enjin kereta.
Datin Rosnah yang melihat kereta si Syauki sudah semakin menjauh mula tersenyum lebar dan bersyukur dengan apa yang di beri.
Dia melangkah beberapa anak tangga terus tercegat apabila ternampak satu sosok yang sudah berlari keluar dari pintu belakang.
Datin Rosnah cepat turun dan mengejar orang misteri itu. Sampai dia di pintu belakang dia sedikit kecewa kerana tidak dapat mengejar orang itu.
"Is that... him?" soal Dari Rosnah yang keliru.
Di bilik mesyuarat Syarafina hanya diam dan khusyuk mendengar apa yang di bincangkan oleh suaminya serta seorang wanita!
Yes!!! W.A.N.I.T.A!!
"Patutlah suruh aku teman bagai rupanya benda ni!! saja nak buat aku cemburu! hmph" hanya dapat berkata dalam hati sahaja.Syarafina berasa geram dan menulis juga pointsyang penting.
Tapi... perempuan yang rambutnya berwarna perang, muka sedikit bujur dan kulit putih melepak diikuti dengan betul badan ideal wanita. Seperti.... seseorang.
"Thank you for working with us." itu sahaja yang dapat Syauki ucap setelah perbincangan dia dengan klien barunya tamat.
"You are welcome..." wanita itu sengaja menyentuh tangan Syauki. Syarafina yang melihat hanya mampu bersabar sahaja.
Syauki terkedu dan terus melarikan tangannya ke arah belakang.Wanita itu yang melihat gelagat Syauki hanya ketawa kecil.
Kecik besar sahaja Syarafina memandang wanita yang tak cukup kain itu. Nama je hajah! tapi perangai cam setan!
Syauki hanya membuat muka biasa sahaja tetapi dalam hati sudah dup dap dup dap dan dapat bayangkan macam mana cik singa di tepi dia akan marah.
"So... bye... I hope the cooperation between our companies is successful." Syauki cuma memberi senyuman sahaja dengan kata-kata wanita itu.
Wanita itu mengambil beg sandangnya dan berjalan lenggang-lenggok ke arah pintu keluar bilik mesyuarat itu.
Semua pekerja yang berada di dalam itu hanya senyap dan pergi keluar juga apabila mendapat isyarat dari bos.
Line clear.
"Sayang~" penuh goda nada Syauki sambil memeluk lengan Syarafina.
"Apa?" satu latah perkataan sahaja yang mampu buat Syauki terdiam. Mari dah...
"Nothing." Syauki terus melepaskan pelukannya di lengan Syarafina dan keluar dari bilik itu.
Syarafina mencerlung tajam ke arah suaminya yang sudah berjalan keluar dari bilik itu.
Bunyi deringan telefon Syarafina yang sedikit kuat di dalam bilik mesyuarat itu. Dia menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya dan mengangkat panggilan itu apabila dia tersedar nombor seseorang itu.
"Hi" penuh ejekan dari nada wanita itu. Syarafina megenggam tangannya dengan kuat.
"¡¿qué deseas?! (Apa yang kau nak?!" marah Syarafina.Urat di tangannya jelas kelihatan.
"Nada...tu marido....lindo (tiada apa-apa... suami kau... comel)" kata perempuan itu diiringi dengan ketawa kecil.
Gila! betina ni dah gila!
"Straight to the point. I just want to say Alice... she... has given birth to a child." perkataan anak itu membuatkan air mata Syarafina gugur dengan perasaan gembira tetapi ada sedih juga.
"baby boy or girl?"soal Syarafina dengan gembira.
"Boy.But... I'm afraid Alice... will train the boy" keluhan dari bibir wanita itu dilepaskan.
Syarafina pula hanya pasrah sahaja. "what's his name?"
Soalan itu buatkan wanita itu mula berasa sakit di hati. " Daiz Benitiz. A strong baby boy." pecah tangis wanita itu.
"Cute name." Syarafina terus menghentikan panggilan itu dan mula menangis.
Syauki yang masuk dalam bilik itu sekali dengan air tea green hanya berkerut dahi.
"Kenapa ni? awak nak lahirkan dah ke?! kejap!" gelabah Syauki.Syarafina sempat menahan dan menggeleng kepala sahaja.
"Aerin... dah selamat lahirkan baby. Bayi lelaki pulak tu.Tengku Daiz Benitez Bin Tengku Rayqal. comel kan nama?" Syauki yang dengar hanya diam sahaja dia terkedu.
Anak adik dia.... anak adik dia Ya Allah... hbamu ini bersyukur kerana anak itu dah selamat dilahirkan di muka bumi ini.
Syauki melihat ke arah isterinya dan peluk badan wanita itu. "Shhh cukuplah tu... tak perlu sedih okey?" Syauki cuba menenangkan isterinya yang masih menangis itu.
"Alice... dia pasti akan latih budak tu... kenapa hidup ni perlu pahit...?" sedih sahaja Syarafina.Syauki mengeluh dan senyum tipis.
"Ini semuanya ujian yang maha esa sayang..." Syauki masih dalam usaha memujuk isterinya.
"Tapi... Ray pasti sedih kan? dia mesti kecewa sebab anak dia akan sama kejam macam Aerin kan?" Syauki cuma mengeluh sahaja.
"Kita tak berhak sayang.... " Syauki memeluk erat badan wanita itu dan cuba bertahan supaya air mata dia tidak jatuh.
Dia perlu kuat untuk wanita itu.Ray pasti dapat ubah semua ini.Cuma belum tiba masa lagi.
Share this novel