Bab 53

Romance Completed 25801

"Sayang... cukuplah menangis... dah nak dekat sebulan ni..." rayu Syauki apabila melihat isterinya yang setiap kali sudah solat pasti akan menangis.

"Saya tak boleh..." sayu sahaja nada Syarafina yang membuatkan hati Syauki dilanda sebak.

Syauki hanya diam dan melihat anak perempuannya yang nyenyak tidur di atas katil mereka.

Syarafina mengelap air matanya dan membuka telekung lalu bangun menuju ke arah anak gadisnya itu.

Syauki pula mengikuti langkah isterinya. Dia duduk di birai katil dan melihat isterinya yang berbaring sambil memeluk anak kecil itu.

"I'm not a good mother for you..." kata Syarafina dengan air matanya yang kembali mengalir.

Syauki berbaring di sebelah kiri anaknya dan memegang tangan isterinya dengan lembut.

"Ingat sayang... Allah itu maha adil. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang menimpa kita." Syauki bersuara dengan lembut untuk memujuk hati isterinya yang penuh dengan rasa sedih.

"Saya takut... saya takut nanti dia besar dia akan keseorangan..." Syarafina berkata sambil melihat anak mata Syauki dengan dalam.

"Kalau macam tu kita bagi adik dekat dia." gurau Syauki yang buatkan Syarafina berhenti menangis dan terus menepuk lengannya dengan kasar.

"Anak baru sebulan dia nak tambah. Aku bagi karang apa-apapun tak dapat." Syarafina dengan gaya seperti ingin memukul sekali lagi.

"Siapa kata tak dapat apa-apa?" Syauki tersenyum nakal dengan tangannya yang menggosok lembut di lengan si isteri.

Syarafina yang berasa seram terus menutup mata.Cukuplah dia tak nak dengar apa-apa perkataan suaminya yang membuatkan pemikiran dia pergi arah kesesatan.

"Tidur dah ke?" Syauki mengusik lagi sehingga buatkan muka isterinya merah. Bukan sebab malu tapi sebab nak marah.

Syauki ketawa kecil dan mula menutup mata untuk tidur. "Sayang... sebenarnya dia masih ada..." tidak sempat untuk Syauki menyambung ayatnya dia sudah tertidur.

Tanpa mereka sedar seseorang turut menumpang rasa bahagia dengan keluarga kecil mereka.

"My mission is not over" kata seseorang itu.Dia melihat sekeliling dan merendahkan sedikit topinya supaya tiada sesiapa dapat mengecamnya.

Jam tepat menunjukkan 4 pagi. Syauki tersedar dan tersenyum kecil apabila melihat dua wajah bidadari lnya tidur dengan tenang.

"Tak lama lagi dapat cuculah aku." perlahan sahaja Syauki bersuara. Dia bangun dari perbaringan dan masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat tahajjud.

Syarafina tersedar apabila dia terdengar suara seseorang yang seperti menangis. Dia melihat ke arah anaknya dan perasan bahawa suaminya tiada di sisi Nurlina.

Syarafina bangun sedikit dan terkejut apabila melihat suaminya yang berdoa di temani dengan air mata yang mengalir.

"Ya Allah... kuatkanlah hambamu ini untuk menemani isteriku Ya Allah... jika hambamu ini lemah, maka siapa yang mahu ceriakan isteriku yang sedang bersedih ini Ya Allah... Aku tak mampu melihat air mata yang terus mengalir akibat anak kami.Ya Allah... semoga anak ku Nurlina akan sentiasa sihat dan akan mendapat seseorang yang boleh menjaganya..."

Syauki berdoa dengan air mata yang mengalir dengan deras. Sebelum tangisannya menjadi teresak dia cepat menamatkan doanya dan melipat sejadah.

Terkejutnya Syauki apabila melihat Syarafina yang berdiri di hadapannya setelah dia berpusing untuk bangun menyangkut sejadah di tempat asal.

"Kenapa tak cakap sebelum ni?" soal Syarafina. Syauki pula diam kerana dia tidak mampu untuk menjawab soalan itu.

"Kenapa abang tak cakap yang abang bila tengok Fina menangis? kenapa abang diam?" Syauki tetap diam dengan pertanyaan itu.

"Jawablah!" tegas nada si isteri. Syauki cepat memeluk badan Syarafina dan menggosok belakang wanita itu untuk tidak menangis.

"Abang minta maaf... Cukuplah, tak perlu menangis lagi. Nanti hodoh muka tu yang memang dah jodoh." kata-kata dari Syauki itu buatkan Syarafina melepaskan tawa dan mencubit pinggang suaminya.

"Ha gurau lagi, kan dah kena" kata Syarafina setelah melepaskan pelukan itu dia terus mengelap air matanya dan pergi ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.

"Fenurttttt" keluh Syauki. Dia menolak kerusi rodanya dan mencari apa-apa yang boleh di main.

"Kalau aku curi cawan pekerja buat koleksi dosa tak?" Syauki berkata sambil berfikir.

Syauki melihat koleksi pen pekerjanya yang dia curi diletakkan dalam frame.

"Haih... susah cawan ni..." Syauki bangun dan keluar dari pejabatnya dan berjalan seperti biasa lalu pergi ke kafeteria pekerjanya.

Sampai sahaja dia di sana, Syauki melihat sekeliling supaya tiada sesiapa yang lalu. Apabila puas hati Syauki mengeluarkan satu plastik sederhana besar dan mengambil cawan pekerjanya satu persatu.

KLAK

Lampu tiba-tiba terpadam.Gerakan Syauki terus tertangguh. Belum sempat dia pergi ke arah suis lampu. Lehernya bagaikan di cekik dan di tarik tersembam ke lantai.

"Aduh!"

"Ha jahanam kau aku kerjakan. Habis semua barang pekerja kau curi." kata seorang wanita. Tak sempat Syauki lari dia sudah di tumbuk dan di tendang.

"Weh Fina... cukuplah tu.Kesian aku dengar suara dia." kata seorang pekerja wanita.

"Haahlah weh... dia curi barang yang kita boleh belikan. Weh kau Ally pergi buka suis lampu." kata Safi kepada kawan sekerjanya Ally.

Ally berjalan dengan hati-hati supaya tidak terlanggar apa-apa.Suis di buka.

Syarafina melihat muka makhluk jahanam yang dikatakannya dan terkejut.

"Bos!!" serentak Safi dan Ally. Syauki hanya senyum dan buat jari peace.

"Lah... jadi abang yang pencuri yang dikatakan bersiri tu?" tanya Syarafina sambil menolong suaminya untuk bangun.

"Saja nak buat koleksi..." Syarafina pula menggelengkan kepala. Ada-ada aje perangai laki dia.

"Kan abang tu duit banyak. Kesian semua pekerja kena beli yang baru.Memanh benda tu murah tetapi kita kena fikir juga susah mereka." bebel si isteri.Syauki pula diam dan hanya senyum bersalah.

"Baiklah... ha kamu berdua masuk dalam office saya.Di sebelah kiri meja saya ada tiga tak dan lima frame barang kamu semua.Kata kepada mereka yang saya minta maaf ye."

Ally dan Safi hanya senyum sahaja.Mereka berdua tanpa membuang masa terus keluar dari sana dan pergi ke bilik encik bos.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience