Sudah seminggu Kamarul mengumpulkan maklumat tentang Anis Rania dan Diana Kalisha. Dia cukup berpuas hati. Ingatkan penjahat bijak! Rupanya ada jugak kebodohan.
Rakaman yang cukup jelas perbualan antara Anis dan Diana membuatkan Kamarul tersenyum. Perbualan tentang rancangan jahat mereka dirakam kerana kebetulan dia juga ada di restoran tersebut.
Kamarul menelefon Zarul. "Hello Zarul...kau ada dekat mana sekarang? Aku nak jumpa dengan kau..."
"Aku nak cakap pasal Anis Rania dan Diana Kalisha..."
"Oh...bila kau balik?"
"Ok..aku jumpa kau lagi 2 hari." talian diputuskan.
ZAFRIL termenung di dalam biliknya. Aduh, apa aku nak buat dalam bilik ni? Takkan nak guling-guling je? Larat nak whatsapp dengan Qis. Nak jugak tengok muka dia yang suka marah tu.
'Kalau ada Qis kan seronok. Boleh aku menyakat dia...' kata hati Zafril.
"Apa kata aku balik kampung dia? Lagipun abang Zarul kan dah text alamat rumah parents dia kelmarin..." Zafril tersenyum senang.
"Tapi...nak ke bapa mertua aku tu jumpa aku ni? Kan aku ni selalu sakitkan anak dia..." Zafril berfikir pula.
"Alah Zafril. Redah jelah. Surelah bapak mertua kau tak halau punya!"
"Tapi, kalau tiba-tiba pulak dia halau aku macam mana? Tak ka habis petrol kereta aku?"
"Isy! Belum cuba belum tahu lagi kan? Takkanlah bapak mertua kau tu jahat sangatkan?"
Zafril mengambil beg bajunya. Diisi beberapa helai baju dan seluarnya. Tak lupa juga barang keperluannya. Usai mengemas semuanya, Zafril membawa beg bajunya ke bawah.
Baru nak melangkah keluar, dia mendengar suara mamanya memanggil.
"Zafril nak ke mana ni?" soal Puan Marina.
"Zaf nak balik Kedah. Rumah parents Qis. Qis dengan abang dia ada dekat sana sekarang ni..." ujar Zafril.
"Yalah...tapi dah malam sangat ni. Tak boleh ke tunggu esok?" soal Puan Marina. Bimbang dengan keselamatan anaknya.
"Mama jangan bimbanglah...Zaf kan dah biasa drive malam-malam."
"Yalah...tapi kalau kamu ni dah atas jalan raya, boleh race jadinya..."
"Mama...janganlah risau sangat. Yang penting mama doakan keselamatan Zaf ok?"
"Yalah...drive tu elok-elok. Jangan race!" pesan Puan Marina.
"Baiklah mama...Zaf pergi dulu. Assalamualaikum!" selepas mencium tangan mamanya, Zafril segera masuk ke dalam keretanya.
Zafril mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Qis. Panggilannya tak berjawab. Hai...dah tidur ke? Baru pukul 10.30 malam. Minah ni selalunya tidur dalam pukul 12.00 macam tu.
Dia mencuba lagi. Akhirnya panggilannya berjawab.
"Assalamualaikum!" ujar Qis di talian.
"Waalaikumussalam! Dah tidur ke?" tanya Zafril.
"Belum...apahal call?"
"Tak boleh ke nak call isteri aku sendiri?"
Eii! Geli pulak aku dengar mamat ni cakap macam tu! kata hati Qis di talian.
"Apa kau nak?!"
"Nak kaulah..."
"Kau memang gila! Sekian!"
"Qis!! Jangan off phone! Aku nak cakap something dengan kau ni."
Qis mendengus di talian. "Apa dia?"
"Aku on the way balik ke Kedah. Ke rumah parents kau."
"Hah?! Kau punya bapak serius? Duh! Apahal tak call aku awal-awal?"
"Kau ni dah apahal? Aku kot. Takkan bapak kau tak kenal aku?"
"Bukan masalah tu. Tapi, kalau tiba-tiba angin red bull dia keluar macam mana? Silap hari bulan dia ligan kau dengan parang bin kapak dia! Pusing kau satu kampung!" ujar Qis di talian. Zafril hendak ketawa. Bayangkan bapak Qis ligan dia dengan parang bersarungkan kain pelikat. Hahaha! Tentu lawak!
"Isy! Tak punyalah. Apa yang penting, kau cakap dekat ayah kau yang aku nak datang. Maybe aku sampai pagi esok."
"Kau bertolak malam ni ke?"
"Ye sayang..."
"Hesy! Siapa sayang kau hah? Hmm...oklah. Aku off dulu. Kejap lagi aku cakap dengan abah. Kau drive carefully!"
"Baiklah isteri yang ku sayang!"
"Eiii! Geli aku dengar! Sekian...Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam!" talian diputuskan. Zafril boleh terbayang adegan muka Qis apabila dia cakap macam tadi. Confirm muka dia macam belut. Buat geli geleman. Qis...QIs...
QIS menuju ke arah abahnya. Mintak-mintaklah red bull abah tak datang bila dengar menantu dia tu nak balik sini. Amin.
"Abah..." panggil QIs. Dia duduk di sebelah abahnya.
"Hah...ada apa Qis?" tanya Tuan Jeffri.
"Kalau Qis bagitahu ni, abah jangan marah ok?"
"Apa dia?"
"Sebenarnya...sebenarnya...emm...me...menantu abah nak balik sini. Dia sampai esok pagi..."
"Hah?!" Tuan Jeffri buat suara tegas.
"Abah jangan marah ok?"
"Gila! Buat apa abah nak marah?" suara Tuan Jeffri kembali menurun. Sengaja dia mengusik anaknya.
"Hesy! Abah ni suka buat orang sakit jantung! Abah tak marahlah ni?"
"Taklah..."
"Bila dia sampai?"
"Esok pagi...maybe..."
"Oklah...tak apa. Abah tak marah. Lagipun dia kan suami Qis. Buat apa abah nak halang dia dari datang rumah abah kan?" Qis hanya tersenyum. Kalaulah abah tahu perkara sebenarnya...
"Qis...abah nak tanya Qis sesuatu boleh?"
"Apa?"
"Bila Qis nak bagi abah cucu?" soalan tersebut buatkan Qis seperti direnjat elektrik. Cucu? Adoyaiii!
"Rezeki abah...kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana kan? Tapikan, kalau abah nak cucu...suruhlah abang kahwin! Dia tu bukannya muda sangat!"
"Amboii! Mengata abang sedap ja noh! Abang kalau lagi tua, saham makin naik tau! Lainlah kalau perempuan, kahwin lambat dapat pangkat anak dara tua..." Zarul ketawakan adiknya.
"Hello! Orang dah kahwin ok! Abang je yang tak laku sebab abang ni spesis jual mahal!" Qis membalas kembali.
"Abang bukan jual mahal tapi abang tengah mencari yang betul-betul sesuai. Kita kenali hati budi dia dulu. Jangan main tangkap ja!"
"Whatever! Oklah abang, abah...Qis nak masuk tidur dulu."
"Dah sembahyang?" tanya Tuan Jeffri.
"'Special' lah abah..."
"Ok faham!" kata Zarul. Qis hanya mencebik. Abang dia ni apa yang tak tahu? Semuanya dia tahu!
Qis mencapai telefon bimbitnya. Dia menulis mesej kepada Zafril.
Bersiap sedia dengan parang abah aku esok! Hahahah! ;)
Baiklah...untuk isteri yang aku sayang ni, aku sanggup kena cantas pala!
ISy! Sampai ke situ plak! Jgn risaulah.
Abah aku ok. No problem!
Selamat nyawa aku!
Untunglah!
Ini Zafril Husni ok! Memang untung!
Ceh! Perasan tahap tak dak kesedaran sivik langsung! Oklah...aku nak tidur dah!
Dah sampai, jangan ganggu aku pulak!
One more, anda dipersilakan tidur di ats lantai...toto, selimut dan bantal aku dh sdiakan.
Kejamnya! Tak boleh ke tdur skli?
Nope!
Buatnya aku sakit pinggang mcm mna?
Hesy! Mamat ni pandai pulak buat aku rasa simpati dekat dia. Ok, sekali ni ja! Lepas ni jangan harap!
Ok! SEKALI NI JA! Lain kali tak dak dah! Ada faham?
Faham! Sayang kau! :)
Dah! Jangan nak menggedik sngt! Bye! Nak tido!
Drive carefully. Night.
Ok...sweet dream. Night too...
Qis meletakkan kembali telefon bimbitnya ke meja solek. Selepas membaca Surah Al-Fatihah dan tiga Qul, Qis segera tidur.
Share this novel