Zafril menuju ke kondo milik Zarul. Tujuannya hanya nak jumpa dengan QIs. Nak explain semuanya walaupun dia tahu Qis takkan percaya dengan semua kata-katanya.
"Assalamualaikum!"
"Assalamualaikum!" panggilannya tak berjawab juga. Zafril berasa hairan. Kemana perginya mereka ni? Takkan tidur lagi kot? Takkan abang Zarul kerja hari ni? Hari nikan hari Sabtu.
Dia memberi salam namun jawapannya sama. Tak berjawab. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menelefon Qis. Panggilannya tak berjawab.
"Ke mana pulak Qis ni?" dia mencuba sekali lagi namun jawapannya masih sama. Tak berjawab.
"Call abang Zarul dahlah..." Zafril menelefon Zarul. NAmun, jawapannya sama jugak. Tak berjawab. Dia mencuba lagi. Syukur Zafril apabila panggilannya berjawab.
"Waalaikumussalam abang Zarul. Ni Zafril."
"Tak...nak tanya abang dengan Qis ada tak dekat rumah? Zafril ada depan kondo abang."
"Hah? Oh...abang ada dekat kampung abang? Tak apalah...assalamualaikum..." talian diputuskan selepas salamnya berjawab.
"Ada dekat kampung? Maksudnya Kedah?" Zafril tersenyum. Dia menuju ke keretanya.
"KAU nak tahu tak? Rancangan aku dah berjaya. Mereka berdua dah berpisah walau dalam bukan erti kata sebenarnya tapi apapun aku puas! Aku dah dapat balas dendam!" Anis tersenyum jahat.
"Hello! Bukan rancangan aku, tapi rancangan kita ok!" Diana memperbetulkan ayat Anis.
"Yelah...rancangan kita. Kali ini, aku tak nak kacau melalui SMS dah. Tak puas rasanya. Balas melalu secara fizikal..."
"Apa kau nak buat?" tanya Diana.
"Adalah...nanti aku bagitau kau..." Anis hanya tersenyum.
"Apa-apa jelah!" Diana menyedut fresh orange dihadapannya. Menghilangkan rasa dahaga.
QIS masuk ke dalam biliknya. Dia membuka telefonnya. Wah! Banyaknya missed call dan semuanya dari Zafril. Dah apahal mamat ni call aku? Cakap dia nak kahwin dengan minah yang dia tidur tu?
Astaghfirullahalazim! Istighfar banyak-banyak QIs! Kita tak tahu benda tu betul ke tak. Hesy!
Dia membuka SMS dari Zafril.
QIs...kau dekat mana sekarang ni?
Aku nak jumpa dengan kau. Aku nak explain semuanya... :(
Dah kenapa mamat ni? Buat kartun smiley sedih pulak? Apa yang mustahak sangat dia nak explaindekat aku?
Kau nak explain apa? Explain melalui mesej je. Aku tak ada dekat KL sekarang ni...so, kalau nak cakap apa, just message aku...or whatssapp...
Kau tak ada dekat KL? Kau ada dekat mana sekarang? Aku pergi sana...
Kenapa pulak kau nak tahu aku ada dekat mana?
Tak payahlah menyibuk sangat!
Yalah...senang nak cakap ftf (face to face) dengan kau...tak payahlah nak berwhatsapp @ mesej segala... ;)
Isy! Dia ni kan?! Aku hempuk jugak phone ni! Senang hidup aku! Eh! Tak boleh! Mahal...
Kau nak cakap apa pun even mustahak...
tell me melalui whatsapp@mesej...kalau tak nak jugak...jangan harap kau dapat jumpa@bermesej dengan aku lagi!
Satu amaran keluar dari Qis. Semak betullah!
Yelah...aku nak explain pasal hari tu...
Tak payahlah...forget about it. Aku dah lupakan pun...
Kau tipu aku kan? Kalau kau dah lupakan, kenapa kau lari dari KL?
KL not my hometown...so, I hope you understand my situation...
Qis...please baliklah KL.
Untuk apa aku balik KL kalau aku tak tenang dekat sana?
Kau masih marahkan aku?
Ada aku cakap aku marahkan kau? Tak ada kan?
Memang kau tak cakap tapi, hati kau...tak ada siapapun yang tahu kan?
Qis terdiam. Memang kau tak tahu hati aku macam mana Zafril sebab kau tak pernah cuba mendalami hati aku. Yang kau tahu hanya menyakiti hati aku! Itu saja yang kau tahu!
QIs...are u still there?
Whateverlah Zafril. Aku malas nak ambik pusing. Aku harap kau faham. Dan pasal hari tu...kau jangan risau. Aku dah maafkan kau...sorry...I've got to go. Bye!
Qis meletakkan kembali telefon bimbitnya. Pedih rasanya apabila terpaksa mengaku yang kita tak rasa apapun tapi sebenarnya kita terseksa. Qis menoleh apabila telefonnya berbunyi tanda ada mesej dari Whatsapp. Dia membuka mesej tersebut.
*picture insert. Cartoon smiley miss you.*
from: Zafril Husni
Qis tersenyum melihat kartun smiley yang dihantar oleh Zafril. Kartun miss you.
"Aku pun rindukan kau..." tutur Qis. "Rindu nak gaduh dengan kau..."
*picture insert~cartoon smiley angry~*
To: Zafril Husni
Pintu biliknya diketuk. Tersembul wajah ibunya di pintu. Puan Sharifah masuk ke dalam bilik anaknya.
"Kenapa dengan anak ibu ni?" tanya Puan Sharifah.
"Tak ada apa-apalah...ada apa ibu?"
"Ibu ada nak tanya sesuatu dekat hang ni. Tapi, janganlah teqasa naih..."
"Apa dia ibu?"
"Hang dah berbaik ka dengan laki hang?"
Ibu maksudkan Zafril ke? ISy! Semestinyalah ibu tanya pasal Zafril. Awat? Hang menikah satu lagi ka Qisnurul Humaira?
"Macam tulah ibu..."
"Tak baik lagi?"
"Macam dululah ibu...bergaduh ja..."
"Sampai la?"
"Sekarang ni dah ok sikit...belajar nak terima antara satu sama lain..."
"Tak apalah kalau macam tu...ni, ibu nak keluar kejap. Nak pi market. Hang nak ikut tak?"
"Tak naklah ibu...QIs nak tidur. Letih..."
"Tak palah kalau macam tu. Tidurlah..." Puan Sharifah keluar dari bilik Qis.
Qis memandang pemandangan luar melalui tingkap. Terbentang luas dengan sawah padi. Yalah, neger Kedah kan terkenal dengan negeri jelapang padi. Rasa banggalah jugak.
'Jangan percaya dengan apa yang kau nampak. Itu semua hanya fitnah...' Qis menoleh. Rasa macam Zafril berbisik di telinganya. Namun, hanya dia saja yang ada dalam bilik ini.
'Percayalah...' sekali lagi Qis dengar suara yang sama seperti suara Zafril.
Qis meraup mukanya. Apa ini satu petunjuk? Petunjuk yang Zafril langsung tak bersalah? Tapi, kalau dia tak buat benda 'tu', apa semua ni dah dirancang? Tapi siapa angkaranya?
'Anis Rania dan Diana Kalisha...' ada suara yang berbisik.
"Anis Rania dan Diana Kalisha? Tak mungkin! Kalau betullah...tapi, apa salah aku dekat mereka?" fikir Qis.
"Apa mereka berdendam dengan aku? Tapi, aku ada buat salah apa?" Qis cuba mengingati kembali kenangan masa di sekolah rendah dan menengah dulu. Tak ada apa-apa. Jauh sekali kacau usus dia!
"Apa mereka sukakan Zafril dan tak puas hati sebab aku berkahwin dengan Zafril?"
"Isy! Tak mungkinlah...takkan ada kena mengena dengan Zafril?" Qis masih memikir. Kejadian enam tahun lepas masih segar dalam ingatannya.
Dia masih tertanya-tanya angkara siapakah yang buat hidup dia kucar kacir sampai begini jadinya??
"Apa ni angkara Danial? Tapi aku dengan Danial dah lama gencatan senjata. Tak mungkin ini semua angkara dia? Isy! Tak mungkin!"
"HUh! Apa-apa jelah!" Qis berpaling menuju ke katil lalu badannya direbahkan ke atas katil. Dalam lima minit, dia dah lena.
Share this novel