Diana menjawab panggilan telefonnya. "Yes mama. I'll be back soon. I just need my space..."
"Mama...please understand me ok? I just left 1 month to stay in Taiwan. Then, let me stay."
"Okay mama...I'll update you later. Bye mama..." talian diputuskan.
Kalau aku balik Malaysia, apa nyawa aku terancam? Kalau aku tak balik, selagi tulah mama akan bising dekat aku! Tanya aku bila nak balik! Huh! Buat aku peninglah...
ZARUL berdiri gaya tugu negara di pusat beli belah Sunway Pyramid. Mana Sofia ni? Suruh aku teman dia shopping tapi last dia lambat jugak.
"Hai!" tegur Sofia.
"Sampai pun. Kenapa lambat sangat?"
"Lambat ke? Baru lepas 15 minit," balas Sofia tanpa rasa bersalah.
"15 minit pun still masa ok!"
"Dahlah...jom masuk!"
"Buat apa dekat sini?" tanya Zarul bodoh.
"Nak beli baju..."
"Lah...yang tu je ke?"
"Taklah! Ada lagi benda lain....but you will know it later..." Sofia tersenyum.
ALahai Cik Sofia...janganlah senyum macam tu. Buat saya tergodalah...Zarul! Apa yang kau melalut ni?! Masya-Allah! Kau ni gatal sebenarnya kan??!
"Awak...cantik tak baju ni?" Sofia menunjukkan baju polka dote yang dipilihnya.
"Cantik...sesuai dengan awak..." jujur Zarul berkata.
Sejak berkenalan di hospital, mereka menjadi serapat ni. Percaya ke tak? Hebat kan??
"Awak...jom ke kedai sana nak?"
Mereka berdua menuju ke kedai tersebut. "Awak nak buat apa dengan tudung ni?"
"Saya nak sedekah dekat mak cik saya!" jawab Sofia. Apa punya soalan? Dah sahlah aku nak pakai!
"Ooo..." selesai membayar harga tudung-tudung yang dipilhnya, mereka menuju ke Auntie Anne's Pretzel. Nak basahkan tekak yang kering.
"Awak nak apa?" tanya Sofia.
"Apa-apa jelah..."
"Ok, tunggu kejap." Sofia menuju ke kaunter.
"Empat almond pretzel dengan dua dutch ice green apple." selepas membayar harga, dia kembali ke meja makan dengan pretzel dan orange juice yang dipesan.
"Pretzel? Sedap ke?"
"Sedap tau! Saya selalu makan auntie anne's pretzel ni. Kalau tak percaya, cuba makan..."
Zarul mencapai satu almond pretzel lalu disuapkan ke dalam mulutnya. Boleh tahan!
"Macam mana? Sedap?"
"Boleh tahan!"
"Awak tahu tak pretzel ni original dari Pennsylvania di U.S. Sebab tulah sedap dan dijamin halal.Pretzel bukan yang ni ja...ada lagi seperti Cinnamon Sugar Pretzel, sour cream&Onion pretzel, Chocolate Mint,Choc eclairs, Seaweed, Green Tea, Jalapeno, Sesame dan Parmesan Cheese. Saya suka semuanya. Bukan setakat pretzel, vegetarian dishes pun ada."
"So, ini tempat kegemaran awaklah ni?"
"Yep!"
"No wonder lah awak boleh list semua makanan dekat sini..."
"Hebat kan?"
"Bolehlah..."
QIS terjaga dari tidurnya. Rasa sakit mengatasi segalanya. Jangan-jangan dah tiba masanya. Dia menggerakkan Zafril yang sedang tidur.
"Kenapa ni sayang?"
"S...sakit!"
"Sakit?? Dah nak beranak ke?"
"Mungkin! Cepatlah! Dah tak tahan ni! Sakit!!!" jeritan Qis makin bertambah kuat.
"Ok...tahan! Kejap, mana beg pakaian sayang?"
"Ada dalam almari tu! Cepat!" Qis memegang perutnya. Semua dah terasa sakit.
Selepas mengambil beg, Zafril segera membantu QIs untuk berdiri. "Boleh jalan ke tak ni?"
"Boleh..."
SAMPAI di hospital, Qis segera ditolak masuk ke dalam wad bersalin dengan bantuan nurse yang ada di situ. Zafril tak dibenarkan masuk walaupun boleh untuk bagi support kepada Qis.
Zafril duduk di kerusi. Hatinya tak berhenti berdoa kepada Allah agar isteri dan anaknya selamat. Bagi parents dia dan Qis, dia dah umumkan selepas Qis ditolak ke dalam wad bersalin.
"Zafril..." panggil seseorang. Dia mendongakkan kepalanya. "Mama..."
"Macam mana?"
"Entah...masih dalam wad..."
"Kita berdoa sama-sama agar Qis selamat lahirkan baby..." Zafril hanya mengangguk.
Tak lama kemudian, doktor keluar dari wad bersalin dan menuju ke arah mereka. "Keluarga Puan Qisnurul Humaira?"
"Ya...saya suami dia."
"Alhamdulillah...isteri encik dah selamat bersalin dan dapat baby boy. Encik boleh masuk dan azankan(azan ke? Lupalah...harap2 betullah....) bayi tersebut..."
Mereka semua mengucapkan syukur apabila Qis selamat melahirkan baby. Zafril masuk ke dalam wad bersalin. Dia memerhatikan Qis yang terbaring lemah di atas katil.
Zafril mengambil anaknya lalu didukung dan memulakan azan. Selepas mengazankan bayi tersebut, Zafril meletakkan anaknya kembali ke dalam baby cot.
Dia menghampiri Qis. "Terima kasih sayang sebab sanggup bertarung nyawa untuk lahirkan anak abang..."
"Jangan cakap macam tu. Itu tanggungjawab saya sebagai isteri awak untuk melahirkan zuriat untuk awak..." ucap Qis dalam keadaan lemah.
Zafril mengucup dahi Qis dengan kasih sayang. Terharu dengan pengorbanan Qis. Kemudian, Qis ditolak ke wad biasa.
"COMELNYA!!! Macam muka nenek dia..." kata Puan Marina yang sedang menggendong bayi lelaki tersebut.
"Mestilah...tengoklah atuk dia sapa?" kata Tuan Nasri pula.
"Hmm...nampaknya KL sajalah budak tu. Kita ni langsung tak dak muka tang bayi tu..." kata Tuan Jeffri.
Mereka tertawa dengan kata-kata Tuan Jeffri yang seakan merajuk.
"Zaf...dah ada nama untuk baby ni?"
"Emmm...ada dah mama. Zaf dengan Qis berpakat nak letak nama Zafril Shazwan. Macam mana?"
"Ada jugak nama Zafril? Tapi, oklah. Sedap jugak nama tu..." kata Tuan Nasri.
"Ibu..." panggil Qis. Puan Sharifah menghampiri anaknya.
"Ada apa?"
"Qis laparlah...nak makan..."
"Nak makan?" Qis mengangguk.
"Tapi, sebelum tu Qis makan biskut dengan air Milo dulu boleh? Untuk alas perut dulu. Nanti ibu balik masa ye??"
"Biskut dengan air Milo je?"
"Yelah...baik untuk kecutkan rahim dulu. Qis kan baru bersalin?"
"Macam tu pulak? Hmm....oklah..."
"Kalau macam tu, ibu balik dulu masakkan makanan untuk Qis."
"Ok..."
"Abang...jom balik kejap. Saya nak masakkan makanan untuk Qis. Dia lapar."
"Oklah..."
"Tapi sebelum tu, kita pi pasar dulu. Saya nak beli bahan dulu. Rumah Zarul tu bukan ada apa sangat pun..."
"Oklah...Nasri, saya balik dulu. Isteri saya ni nak masakkan makanan untuk anak dia..."
"Baiklah..." seleps bersalaman, Tuan Jeffri dan isterinya segera beredar.
"IBU masak apa?" tanya Qis selepas ibunya datang membawa bekal untuknya.
"Ibu masak nasi dengan sup ikan haruan..."
"Ikan haruan?!"
"Yelah...kan Qis suka makan ikan haruan kan?"
"Yelah! Gila tak suka?! Sedapnya!" ujar Qis. Lama tak makan ikan haruan! Kalau dekat kampung, dapat makan ikan haruan masak gulai. Lagi sedap!
"Hmmm...ingatkan Qis tak suka. Suka buat ibu saspens!" Puan Sharifah membuka bekas makanan berisi nasi dan sup ikan haruan.
"Ibu suapkan..." Qis terlebih dahulu cakap tentang hasratnya.
"Dah besar panjang dah jadi mak budak pun nak suruh ibu suapkan hang lagi?"
"Mestilah...Qis kan baru lepas bersalin..." ceh alasan!
"Apa kena mengena? Habaq jelah hang nak ibu suapkan? Tak payahlah pakai alasan! Hang bukan beqanak guna tangan pun..."
"Hesy ibu ni. Kalau tak nak suapkan, habaq jalah. Mai sini bekas tu. Nak makan..." Qis buat suara merajuk.
"Hmmm...tak payahlah nak merajuk sangat! Dah, ibu suapkan hang."
"Yeay! Ni yang sayang ibu ni!" Qis memeluk ibunya.
"Ni...Zafril mana?"
"Dia keluar pi kantin hospital...nak makan."
"Oh..."
"Ibu...abang ada cakap tak dia nak kahwin??"
"Kenapa hang tanya macam tu? Abang hang nak kahwin ka?" Puan Sharifah memandang Qis dengan pelik.
"Tak ada apalah...manalah tau dia nak kahwin kan?" ujar Qis. Hari tu tak sengaja dia ternampak abang dia keluar dengan Sofia di Sunway Pyramid. Nampak sweet sangat!
Share this novel