"Abah, ibu, Qis balik dulu. Bukan tak nak duduk lama tapi Qis ada kerja sikit..." ujar Qis. Sedih rasanya nak tinggalkan keluarganya sekali lagi.
"Tak palah. Ibu dan abah faham. Hang balik ni pun dah kira bersyukur sangat dah!" ujar Puan Sharifah sambil tersenyum.
"Oklah ibu, abah. Kami bertolak dulu," kata Zafril. Tangan ibu dan abahQis disalam begitu juga Qis. Selepas berpelukan dengan ibu dan abahnya, Qis masuk ke dalam kereta.
Dalam perjalanan, Qis membelek mesej dari abang Zarul.
Qis...kalau dah sampai KL...bagitahu abang ok?
Ok...
Qis balik KL ni ada sebab kan??
Kenapa abang tanya??
I know my little sister...mesti Qis ada nak buat something kan bila balik KL ni?
Memanglah...Qis nak tolong Qis prepare wedding dia dengan bos tempat Qis kerja.
Lagipun Qis balik KL pun sebab Qis nak start kerja balik. Lama tak masuk kerja...
kang makan gaji buta pulak!
Pasal Anis Rania dan Diana Kalisha?
Yang tu nanti Qis fikirlah...nak buat apa dengan mereka tu. Macam nak belasah la ni jgk!
Ganasnya adik abang ni! Well...pesan dekat suami Qis tu bawak keta elok-elok!
Baik bos!!
Telefon diletakkan kembali ke dalam beg tangannya. Huh! Anis Rania dan Diana Kalisha! Dua orang perempuan yang kononnya hot dekat sekolah dulu! Walhal muka macam soya basi!
Perasan muka macam miss universe tapi hampeh! Dahlah suka cari perhatian orang! Tuih!
"Sayang tengah fikir apa tu?"
"Tak ada apalah..."
"Fikirkan Anis Rania dan Diana Kalisha ke?"
"Adalah jugak..."
"Tak payahlah nak fikir sangat pasal mereka tu. Perbuatan mereka tu dapat balasan sekejap ja dari Allah..."
Qis hanya menyepikan diri.
PAGI itu Qis masuk kerja seperti biasa. Orang pertama yang menegurnya adalah Chef Adib. Of courselah sebab memang dia rapat dengan Chef Adib. Chef Akif pun dia rapat jugak tapi yang paling rajin menyakat dia adalah Cehf Adib.
"Hai Qis! Lama tak masuk kerja? Ada cerita nak dikongsikan?" tanya Chef Adib.
"Tak ada apalah Adib...aku demam. Well...sekarangkan cuaca berubah. Jadi badan aku un tak menentu."
"Demam? Kau dah sihat?" prihatin Chef Adib ini bertanya.
"Dah...kau apa khabar? Sihat??"
"Aku macam nilah...sihat je."
"Bini kau macam mana? Sihat jugak? Lama aku tak nampak dia datang sini..." tanya Qis.
"Bini aku tak dapat datanglah sebab alahan teruk sangat untuk anak yang ke-3 ni..." jawab Chef Adib.
"Hah?! Anak ke-3? Wow! teretnya kau! By the way, tahniah!"
"Thanks...kau macam mana pulak? Takkan tak berisi lagi?" tanya Chef Adib pula.
"Tak ada rezeki lagi kot..." jawab Qis. Dia tersenyum.
"Qis, bos panggil," kata Chef Akif.
"Panggil aku? Apahal?" soal Qis.
"Entahlah...dahlah dalam tu ada Wani. Kau ada buat salah ke?" tanya Chef Akif ingin tahu.
Qis tersenyum. Nak bincang pasal wedding lah tu!
"Tak adalah! Oklah, aku pergi jumpa bos dulu..." Qis segera berlalu.
"Weyh, apahal?" tanya Chef Adib ingin tahu juga.
"Entahlah...aku pun tak tahu. Bos tak cakap apa pun. Dah sambung kerja..." Chef Akif menyambung kembali tugasannya.
QIS mengetuk pintu pejabat bosnya. Takkan nak terjah macam tu pulak kan? Tak sopanlah...
Qis masuk apabila diarahkan untuk masuk. Qis melangkah ke arah Wani dan Encik Kamarul. Dia memerhatikan kedua-dua manusi tersebut silih berganti.
"Kenapa bos cari saya?" tanya Qis.
"Duduklah dulu..." arah Encik Kamarul. Qis hanya menurut.
"Saya nak tanya pendapat awak tentang wedding saya nanti."
"Maksud bos?"
"Konsep jenis apa yang sesuai?" tanya Encik Kamal.
"Oh...memandangkan Encik Kamal dan Wani masih muda...saya cadangkan konsep fairytale. Ok apa...sesoai!" cadang Qis.
"Fairytale? Macam mana Wani? Setuju?" tanya Encik Kamal kepada Wani pula.
"Hah? Eh, konsep apa-apa pun tak apa asalkan menarik!" jawab Wani.
"Ok, kalau macam tu deal tema fairytale. Awak boleh tolong saya Puan Qisnurul Humaira?" tanya Encik Kamarul lagi.
"Amboi bos! Perli saya ke apa? Bab menolong ni, saya sedia membantu."
"Bagus...tema of courselah warna putih mula-mula semasa majlis akad nikah. Kemudian, untuk bersanding semua ni jugak warna putih tapi saya pakai kot. Sesuai tak?"
"Sesuai. Bos kan masih hensem lagi! Umur baru 29 tahun. Oklah tu..tak masuk dalam kategori bujang terlajak!" seloroh Qis. Wani dan Encik Kamal gelak.
"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu bos?"
"No. Kejap lagi awak teman Wani pergi tengok baju pengantin. Tengok sesuai ke tak. Kalau tak muat, boleh pilih yang lain..."
"Amboi! Awak perli saya ke apa?" kata Wani pula.
"Mana ada!"
"Pergi sekarang ke bos?" tanya Qis.
"Ya..."
"Tapi, bos...saya baru masuk kerja. Takkan nak kena keluar balik pulak??" macam ni macam makan gaji buta je!
"Tak apa. Saya benarkan. Gaji tak dipotong. Anggap jelah ini sebahagian kerja amal awak jugak."
"Baik bos!"
"Jom!" Qis menarik Wani keluar.
SAMPAI di hadapan butik yang boleh tahan mewah dan cantik jugak, mereka masuk ke dalam butik tersebut. Ada seorang wanita anggun datang menghampiri mereka.
"Ada apa yang saya boleh bantu?" tanya wanita tersebut yang dikenali sebagai Sofia.
"Ini Cik Sofia kan? Saya Fifi Zawani, bakal isteri Encik Kamal datang nak tengok baju nikah yang Encik Kamal tempah hari tu. Boleh saya try?" tutur Wani sopan.
"Oh...Cik Wani? Boleh...silakan. Tunggu kejap, saya ambilkan bajunya ya?" Sofia menuju ke tempat penyimpanan baju.
Sofia datang ke arah Qis dengan Wani bersama sehelai gaun pengantin warna putih.
"Nah...fitting room dekat sana..." Wani menuju ke fitting room.
"Cik ni kawan Cik Wani ke?" tanya Sofia lembut.
"Ya saya...kenapa?"
"Cik ni cantik...dah kahwin?"
"Ya, saya dah kahwin. Awal kan? Saya baru 23 tahun..."
"Oh...kita beza 1 tahun je. Saya 22 tahun..."
"Ya? Tak nampak macam 22 tahun. Nampak macam 17 tahun," kata Qis. Memang di matanya Sofia ni nampak macam budak-budak. Baby face...
"Qis! Sofia!" panggil Wani. Mereka berdua memandang ke arah Wani.
"Wani...you know what? You look so gorgeous in this dress. Sumpah tak tipu!" kata Qis. Terpegun dia melihat penampilan Wani dalam gaun pengantin.
"Betul cakap Cik..." Sofia melirik ke arah Qis.
"Oh...Qisnurul Humaira tapi panggil Qis dahlah...tak payah nak bercik-cik atau kakak...spoting lah sikit..." kata Qis selamba.
"Betul cakap Qis Cik Wani...Cik Wani nampak cantik sangat!" puji Sofia.
"Alah...kalau Sofia pakai pun lagi nampak cantik. Muka Sofia kan muka baby face. " kata Qis sambil tersenyum.
"Isy Qis ni...pandai-pandai je!" komen Sofia.
"Ok Cik Wani...padan tak?"
"Padan..." jawab Wani.
"try this dress." Sofia memberi gaun pengantin satu lagi yang berwarna putih juga.
Wani menuju ke fitting room semula.
"Sofia dah ada boyfriend?"
"Haish! Mana ada lagi Cik Qis...siapalah nakkan saya?" Sofia merendahkan diri.
"Mesti ada punya! Cuma belum tiba masanya lagi. Kalau Sofia nak kahwin, jemput akak tau!"
"Mesti!"
"Macam mana? Ok?" tanya Wani.
"Tip top! Oklah macam ni..."
"Kira jadilah ni nak ambik?" tanya Sofia.
"Arr..." masa yang sama, telefon bimbit Wani berbunyi. Dia mengambil telefonnya. Tertera nama Kamal di skrin telefonnya.
"Ya? Ada apa ni?"
"Oh...padan."
"Ok, bye!" talian diputuskan.
"Macam mana?" tanya Sofia.
"Jadi ambik. Hantar dekat Hilton Hotel nanti. Awak tahukan?" soal Wani.
"Saya tahu..."
"Oklah...saya gerak dulu. Jumpa awak lagi nanti Sofia. Bye!"
"Bye!"
Wani dan Qis keluar menuju ke kereta milik Wani.
"Bestkan kawan dengan Sofia tu? Manja je. Aku suka!" kata Qis.
"Aku pun suka...tengok perangai dia teringat dekat adik aku di Johor sana tu..."
"Dahlah...jom balik ke tempat kerja balik. Aku nak start kerjalah."
"Yalah..."
Share this novel