Bab 21

Romantic Comedy Completed 56847

"Apa lagi yang Zaf buat lagi??! Tak cukup ke dengan masalah dulu dengan QIs? Sekarang dengan perempuan lain pulak?! Apa...Qis tu tak cukup baik ke untuk kamu selain perempuan yang kamu dah tidur tu?!" bentak Tuan Nasri. Matanya mencerlung tajam ke arah Zafril.

"Zaf tak salah papa. Memang betul Zaf difitnah..." Zafril sedaya upaya membela dirinya.

"Qis! Kau pun tak percaya dengan semua ni kan?" Zafril mengharapkan bantuan Qis.

Qis hanya diam. Fikirannya bercelaru. Yang mana harus dia percaya? Percaya dengan apa yang terjadi di depan matanya atau percayakan kata-kata suaminya?

"Qis? Answer me. Kau tak percayakan dengan semua tu?" desak Zafril. Please jangan kata yang kau tak percayakan aku QIs...

"Shut up! Boleh tak kau jangan desak aku?!" bentak Qis. Dia terlalu serabut dengan semua ni.

Dia segera keluar dari rumah. Dia menahan teksi yang kebetulan lalu di hadapan rumah mama dan papa Zafril. Selepas memberitahu alamat rumah abangnya, teksi tersebut segera memandu menuju ke kondo abangnya.

"Qis!!!" Zafril tak sempat menahan Qis dari pergi.

Ya Allah!! Apakah ujian yang melanda ni? Begitu berat rasanya. Tapi padan dengan muka kau jugak Zafril. Sapa suruh kau tuduh dia melulu dulu masa dia kena tangkap macam kau jugak?! Memang sesuai pun ujian ni untuk kau!

"Zafril..." Puan Marina menuju ke arah anaknya. Kasihan dia melihat keadaan anaknya. Ya Allah...mudahkanlah urusan mereka.

"Zaf...tak guna Zaf nak melutut semua macam ni Zaf. Zaf kena bangun and keep on your life with your life. Jangan putus asa. Qis tu sekarang cuma buntu dengan semua yang baru terjadi."

"Tapi ma, Qis macam dah tak percayakan Zaf je..." lirih suara Zafril ketika ini.

"Zaf tak boleh putus asa. Zaf kena berjuang lainlah kalau Zaf nak bercerai dengan Qis..." Puan Marina sengaja menguji Zafril.

"Zafril memandang mamanya. "Apa mama merepek ni? Zaf tak akan sesekali ceraikan Qis sebab Zaf..."

"Zaf sayangkan dia?"

"Tak..."

"Habis tu? Zaf nak seksa dia?" tanya Puan Marina terburu-buru.

"Mama...dengarlah dulu apa yang Zaf nak cakap. Sebenarnya Zaf bukan sayang dia, but I do really love her. Zaf cintakan dia..."

Puan Marina tersenyum. "Sejak bila?"

"A few months ago..." Zafril tersenyum tawar.

"JADI Qis percayalah dengan apa yang Qis nampak semua tu?" soal Zarul. Tak sangka ujian kali ini lagi hebat. Namun, dia ragu-ragu dengan cerita semua ini. Kenapa macam semua ni dirancang hah??

"Qis...Qis jangan buat keputusan terburu-buru. Abang takut Qis akan menyesal nanti..."

"Abang bela Zafril ke?"

"Tak. Cuma abang tak nak, bila Qis dah tahu perkara yang sebenarnya, Qis akan menyesal. Abang tak nak.."

"Whateverlah abang. Apa yang Qis tahu Qis nak jauh dari dia dulu."

"Apa kata kita balik kampung?" usul Zarul.

"Hah? Balik kampung? Tak naklah abang. Qis takutlah..."

"Apa yang Qis nak takutkan? Qis bukan buat salah. Ingat, berani kerana benar...takut kerana salah..." kata Zarul. Siap dengan peribahasa lagi.

"Kita balik ye?"

"Abang..."

"Jangan takut. Abangkan ada?"

Qis mengeluh. "yelah..." Zarul tersenyum. Sampai bila lagi adik dia harus lari dari keluarga? Apapun ayah masih ayah. Fakta itu tak boleh diubah.

Beberapa hari kemudian...

"Qis dah sedia?" tanya Zarul apabila mereka hampir sampai di rumah ibu bapa mereka.

Qis menarik nafasnya dalam-dalam. Kemudian, dia mengangguk. Zarul hanya tersenyum. Dia membelok masuk ke dalam kawasan perkampungan di Kedah. Sampai di hadapan rumah ibu bapa mereka, Zarul memakirkan keretanya di halaman rumah.

Zarul keluar dari kereta. Qis masih duduk dalam kereta. Takut rasanya nak keluar berjumpa dengan ibu bapanya. Zarul menuju ke tempat penumpang.

"Qis...jom. Dah sampai ni.." ujar Zarul.

"Abang...Qis takutlah..."

"Sharifah! Tengok siapa yang datang tu..." ujar Tuan Jeffri.

"Baik bang..." Puan Sharifah menjenguk ke luar.

Dia terpaku. Ya Allah...anak-anak aku dah balik! "Zarul! Qis!"

Zarul dengan Qis menoleh ke arah emak mereka. Rindunya mereka dengan emak mereka.

"Mak!" Zarul menyalami emaknya. Qis turun dari kereta lalu tubuh ibunya dipeluk erat.

"Ya Allah! Qis! Qis dah balik...mak rindu QIs..."

"Qis pun rindu mak...mak apa khabar? Mak sihat?" Qis menyeka air mata yang menitis di pipi emaknya.

"MAk sihat...QIs macam mana? Sihat?" soal Puan Sharifah. Qis hanya mengangguk.

"Sharifah! Siapa yang datang..." Tuan Jeffri senyap apabila terpandangkan Qis.

Anak aku dah balik...syukur Alhamdulillah...kata Tuan Jeffri dalam hati.

Qis pula pucat di sisi emaknya apabila melihat ayahnya melangkah ke arah mereka. Ayah nak sembur aku lagi ke?

Tak disangka tubuhnya berada dalam pelukan ayahnya. Qis tergamam. Betul ke ni? Ke aku berangan?? Qis mencubit pipinya. Auch! Sakit. Maknanya aku tak berangan!

Pelukan dilepaskan. "Qis...ayah mintak maaf..."

"Ayah...ayah tak payahlah nak mintak maaf. Ayah tak salah apa-apa. Mungkin ini semua ada hikmahnya. Janji ayah dah tak marahkan Qis. Ayah tak marahkan Qis kan?"

Tuan Jeffri menggeleng. Zarul hanya tersenyum. Alhamdulillah...ayah dah boleh terima QIs semula. Takut jugak aku tengok muka ayah tadi. Ingatkan nak cekik si Qis ni...

"Dahlah...jom masuk. Mak ada masak masak lemak cili padi ikan patin. Jomlah makan sekali..." ajak Puan Sharifah.

"Sedapnya mak! Lama tak makan..." Qis tersengih.

"Kalau dah tersengih macam tu...hmmm...tahulah apa akan jadi sebentar lagi," usik Zarul.

Qis menjeling geram. "Eleh...jeleslah tu!"

"Dah! Jom masuk..." ajak Tuan Jeffri. Mereka sekeluarga melangkah masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience