Bab 12

Romantic Comedy Completed 56847

Qis terjaga dari tidurnya. Dia merenggangkan badannya. Dia memerhatikan jam yang tergantung di dinding bilik. Hah?! Dah pukul 8.00 malam?? Biar serius? Aku tak pernah tidur terlajak sampai ekstrem macam ni. Nasib baik aku cuti.

Dia bangun lalu memetik suis lampu. Qis menuju ke tandas untuk mandi. Badannya rasa tak selesa.

Selesai mandi, Qis mencapai telefon bimbitnya lalu duduk di sofa. Ada 5 missed call dari abang dia dan satu mesej yang juga dari abangnya. Dia membuka peti mesej tersebut. Dia membaca isi mesej tersebut.

"Kenapa abang ni? Urgent?? Apa yang urgentnya?" tanpa berlengah, Qis menelefon abangnya. Panggilannya berjawab.

"Hello abang. Abang ada hal apa? Sampai urgent??"

"Qis boleh datang rumah abang malam ni?"

"Malam ni? Abang...Qis tak laratlah. Qis demam."

"Demam?? Kenapa tak bagitahu abang? Patutlah abang call tak angkat. Dah makan ubat?"

"Dah...tengahari tadi. Abang, apa yang urgent sangat tu?"

"Abang tak boleh nak cakap dalam phone. Kalau Qis boleh jumpa abang dekat kondo abang, senanglah..."

"Macam tu pulak?? Emm...nantilah Qis try cakap dengan Zaf. Zaf pun tak balik lagi ni..."

"Ya?? Oklah...kalau tak boleh, abang jemput Qis dekat rumah mak mentua Qis?"

"Tak payahlah...nanti Qis suruh Zaf hantar Qis. Oklah abang, Qis nak makan kejap. Kalau Qis on, Qis akan call abang balik ok?"

"Ok...bye."

"Bye!" talian diputuskan.

Tak lama kemudian, pintu bilik dikuak dari luar. Zafril melangkah masuk ke dalam bilik. Kot diletakkan di kerusi kerja.

"Zaf...aku nak cakap sikit dengan kau boleh?" pinta Qis.

"Kau nak cakap apa?"

"Emm...aku nak ke rumah abang aku boleh?"

"Rumah abang kau? Pergi jelah. Kenapa nak tanya pulak?"

"Manalah tahukan nanti kau heret aku bawak balik sini pulak!" perli Qis.

"Aku hantar..." ujar Zafril.

Baru nak cakap. Dia dah offer nak hantar aku. Rezeki...

"Kau dah mandi ke?" tanya Zafril.

"Dah...baru je lepas. Kau mandilah dulu. Aku nak turun makan." Zafril hanya mengangguk.

Qis segera beredar. Pintu bilik ditutup rapat.

"Kenapa aku tawar diri untuk hantar dia? Ringan pulak mulut aku nak cakap macam tu. Mintak-mintaklah dia tak fikir kot lain!" Zafril segera menuju ke bilik mandi.

SELEPAS mandi, Zafril turun ke bawah. Perutnya berkeroncong dah sekarang ni. Bau sambal tumis dah menusuk deria baunya. Sedapnya! Mesti mama yang masak!

"Mama!" Zafril mengucup pipi mamanya.

"Alamak! Ada orang bermanja dengan mamalah pulak! Maklumlah, diakan anak mak!" tutur Zakri. Dia menuju ke arah Zafril dan Puan Marina.

"Eleh! Cakap jelah yang adik jeles kan??" Zakri mencebik.

"Tak ada masa! Hesy..."

"Mama...mana sambal tumis udang mama? Zaf nak makanlah. Lapar..." Zafril menggosok perutnya tanda lapar.

"Bukan mama yang masak tapi, Qis yang masak. Mama masak masak lemak cili api ikan patin je."

Qis masak? Isy! Apa halnya? Entah sedap ke tidak masakan dia tu. Buatnya aku sakit perut macam mana??

"Sedap ke?"

"Isy Zafril ni! Apa cakap macam tu? Mama dah rasa sambal dia tadi. Sedap...sure Zaf makan nak tambah! Mama yakin..."

"Ye ke? Zaf tak rasa..." sombong Zafril.

"Ikut suka Zaflah..." Puan Marina menuju ke dapur.

Kemudian, Qis datang ke meja makan dengan membawa sambal tumis udang lalu diletakkan di atas meja makan. Dia kembali ke dapur.

Perut Zafril berkeroncong hebat bila melihat sambal tumis udang tersebut. Alahai...sedapnya! Wait! Control Zafril...control!

Zafril duduk di kerusi meja makan apabila melihat mamanya bersama Qis datang ke meja makan.

Selepas mengaminkan doa makan, Zafril segera mencedok sambal tumis udang tersebut. Dia membaca bismillah sebelum menyuapkan nasi bersama sambal ke dalam mulutnya.

Sedapnya! puji Zafril apabila nasi dan sambal tersebut masuk ke dalam mulutnya. Ahahaha...masa untuk makan semua sambal udang ni!

"Sedap Zaf?" tanya Puan Marina apabila melihat anaknya hanya diam dan laju makan sambal udang tersebut.

"Ehem! Bolehlah dari tak rasa apa langsung!" Zafril cover keterlanjurannya.

Qis mencebik. Eleh! Bolehlah dari tak rasa apa langsung! Walhal dalam hati kau kata sedap! Berlagak! Sombong! Ego! Tak nak mengaku konon! Kalau sedap, katalah sedap. Ini buat ayat tak bijak tu jugak!

Qis mencedok kuah masak lemak ikan patin tersebut. Dia tak makan sambal udang tu sebab dia ada alahan dengan udang. Kalau sambal tu bau udang, sorry...dia tak akan makan.

Qis mencebik apabila melihat Zafril mencedok lagi udang tersebut. Nasi pun dah 2 kali tambah. Itu yang dia kata bolehlah dari tak rasa apa langsung? Kantoi! Qis makan nasi sambil tengok Zafril. Macam orang kebulur!

Alhamdulillah...kenyang! Zafril tersandar di kerusi. Makan pun bertambah-tambah. Boleh boroi dia dibuatnya.

"Kenyang??" tanya Qis. Lebih kepada nada memerli.

"Emm..." matanya memberat.

"Weyh! Jomlah...hantar aku ke rumah abang aku. Cepatlah...nanti lambat pulak!"

"Aku mengantuklah!"

"Inilah kau! Makan banyak, lepas tu mengantuk! Langsung tak boleh diharap!"

Isk! Dahlah makan banyak! Lepas tu, mengantuk! Kalau aku tahu dia akan mengantuk, aku tak akan masak sambal udang tu!

"Fine! Kau nak tidur kan? Pergilah tidur! Biar aku pergi dengan teksi. Senang! Harap kau! Hmm...hampeh!"

Qis menuju ke bilik. Beg tangannya dicapai. Dia turun dan segera keluar dari rumah.

Zafril yang ternampak kelibat Qis keluar dari rumah melalui ekor mata segera memanggil Qis. "Qis! Qis! Tunggu! Aku hantar kau!" Zafril keluar dari rumah.

Namun, bayangan Qis sudah tiada. Zafril meraupkan mukanya. Confirm aku kena basuh dengan mama nanti! Qisnurul Humaira! Suka buat aku susah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience