Bab 16

Romantic Comedy Completed 56847

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" arah Zafril. Azura masuk dengan fail di tangannya.

"Ya ada apa Azura?" Zafril memandang Azura.

"Ini fail yang Encik Zafril nak. One more, client from Japan has arrived about ten minutes ago."

"Oh ya? Mereka ada dekat mana sekarang ni?" Zafril menyelak fail yang diberi oleh Azura.

"Bilik mesyuarat..."

"Ok. Awak boleh keluar sekarang. One more thing, cakap dekat mereka supaya tunggu saya for a minutes more ok?"

"Ok Encik Zafril..."

Zafril menyelak setiap halaman fail tersebut. Memang tak rugilah ambik Azura sebagai personal assistant dia. Lagi satu dia suka dengan Azura, dia ni jenis suka menyiapkan kerja dengan cepat. Walaupun cepat, semuanya perfectlah macam Qis.

"Eh? Kenapa aku nak kena teringat dekat perempuan tu pulak?" Zafril menggeleng kepalanya. Dia segera keluar menuju ke bilik mesyuarat.

"Azura...I want you to join me and listen about the meeting about. I want you to write about important things alright??"

"No problem..." Azura tersenyum. Dia mencapai buku catatannya lalu menuju ke bilik mesyuarat.

ANIS Rania masuk ke dalam kedai francais tersebut. Dia menuju ke kaunter. Dia yakin yang penyamarannya tak akan diketahui. Dengan baju jubah dan purdah, surelah penyamarannya tak akan diketahui.

"Nak makan sini atau bawak balik?" tanya Qis.

"Bawak balik..." jawab Anis lembut.

"Ok, cik nak apa?" tanya Qis kepada gadis yang berpurdah tersebut.

"Saya nak Butter garlic chicken burger and pepsi drink. That's it..." ujar Anis.

"Butter garlic chicken burger one!" Qis menuju ke tempat minuman ringan. Dia mencedok ais ke dalam cawan minuman. Air pepsi dpetik.

Oh...dia jadi cashier. Aku ingat jadi chef. Not that hard too look her all the time.

"RM 10.95 sen..." ujar Qis sambil tersenyum.

Anis mengeluarkan not 20 ringgit. Selepas baki bertukar tangan, Anis segera mencapai plastik berisi makanan tersebut dan keluar dari kedai francais tersebut.

Aku rasa macam pernah tengok mata tu tapi siapa hah? It's look like...tapi takkan di kot?? Anis Rania? Diana Kalisha? Perempuan gedik nak berubah jadi tahap alim macam tu sekali? Berpurdah? Jangan harap! Huh! Apa-apa jelah!

Anis memandang Qis dari jauh. "Qisnurul Humaira...sejarah lama dulu akan kembali menghantui hidup kau! Cuma yang ini lagi ekstrem dari dulu!" Anis tersenyum jahat disebalik purdah yang dipakainya.

QIS mencampak begnya ke atas sofa. Ya Allah! Penatnya. Dia membaringkan badannya di atas sofa. Hari ini KFC ramai yang datang. Agaknya orang dapat gaji hari ni. Itu yang pakat bawak satu family habis.

Dahlah...dari aku nak tertidur dekat sini, baik aku pergi mandi lepas tu solat. Kang tak pasal tak sembahyang pulak!

Zafril yang baru pulang dari kerja masuk ke dalam bilik. Kot diletakkan di atas katil. Badannya dihempaskan di atas katil. Ya Allah...letihnya! Nasib baik aku dah solat awal-awal.

Qis yang baru selesai mandi segera keluar dari bilik mandi. Lah...dah balik ke? Aku ingatkan dia nak terperangkap dalam traffic jam lagi! Isy! Mengganggu ketenteraman betullah.

Qis menuju ke arah sofa lalu membaringkan badannya. Nasib baik dia dah prepare tudung siap-siap tadi. Dia memejamkan matanya.

Zafril bangun dari pembaringannya. Dia melihat Qis yang sedang barig di atas katil. Kenapa setiap kali aku tengok dia aku akan rasa tak sedap hati? Macam sesuatu akan terjadi dekat Qis tapi aku tak tahu apa benda tu.

Rasa tak sedap hati selalu aku rasa kalau aku dekat dengan Qis atau Qis berada depan aku sekarang ni. Mintak-mintaklah tak jadi apa-apa dekat Qis.

Tiba-tiba Qis terasa dahaga. Dia bangun dari pembaringannya lalu menuju ke pintu.

"Qis! Nak pergi mana?!"

"Apahal yang kau sibuk kepala lutut sangat ni? Ikut suka hati akulah nak pergi mana pun!"

"Jawablah!"

"Hesy! Aku nak pergi dapur. Haus. Kenapa?"

"Oh...tolong buatkan aku Nescafe boleh?"

"Buat sendiri!" Qis ingin berlalu.

"Alah...tolonglah..." Zafril buat suara seposen tak laku.

"Suka sangat merengek macam budak kecik! Yelah!" Qis berlalu ke dapur. Bukan tak boleh buat sendiri! Saja nak buli aku!

Selepas mengacau air tersebut, Qis membawa air Nescafe ke bilik. "Nah!" Qis menyuakan air Nescafe tersebut.

"Thanks..." Zafril tersenyum.

"Fikir elok dahlah tu tersenyum macam bola tak masuk gol? Macam kerang makan tanah adalah!" Qis mengenakan Zafril.

Tiba-tiba lagu Blank Space nyanyian Taylor Swift berdendang. Qis mencampai telefon bimbitnya. Nombor tak dikenali lagi. Dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello..." pemanggil hanya senyap. Zafril hanya memerhati.

"Hello?? Ini siapa?" soal Qis. Pemanggil hanya menyepi.

"Hei! Baik kau cakaplah! Siapa ni?!" kesabaran Qis dah sampai menipis sudah tahapnya.

"Kalau tak nak cakap, baiklah kau tak payah call! Cakap!" tiba-tiba talian diputuskan.

Qis memandang telefon bimbitnya. Macam nak hempuk sekarang ni jugak! Biadab betul!

"Siapa tu?"

"Entah! Orang gila kot!" Qis meletakkan kembali telefon bimbitnya ke tempat asal. Tidur lagi bagus!

Zafril hanya menggeleng dengan perangai Qis. Angin dia dah datang! Kalau aku tegur dia lagi, insyaAllah kena sembur punya!

Sapa yang call dia tadi hah?? Perlahan-lahan dia mencapai telefon bimbit Qis. Yes! Tak ada security. Dia membuka call log. Nombor siapa hah??! Nombor ni pun ganggu aku jugak. Agaknya siapa hah??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience