"Diana Kalisha!" Diana berpaling apabila ada yang memanggil namanya. Anis?!
"Ada apa?"
"Kau tanya aku ada apa?! Hey! Kau tahu apa yang kau nak buat dekat kau?!" Anis mengangkat pisau yang dipegangnya.
"Anis?! A..apa yang kau nak buat dengan pisau tu?" soal Diana.
"Kau tahu aku nak buat apa? Aku nak bunuh kau! Kau menyusahkan hidup aku!" Anis menuju ke arah Diana.
Diana pantas melarikan diri. Namun, kekuatan dia berlari tak sama dengan Anis. Belakang badannya dicucuk dua kali. Darah memancut keluar. Anis tersenyum.
"Mampus kau!"
Diana mengerang sakit. Namun, akhirnya dia tidak sedarkan diri. Anis segera melarikan diri.
"Ya Allah! Apa dah jadi ni?!" seorang perempuan kebetulan lalu disitu segera melihat keadaan Diana.
"Cik? Cik?" dia menegur tapi tiada sahutan. Dia segera menelefon ambulans. Tak lupa juga polis. Apa sebab perempuan ini ditikam? Sapa yang ditikam? Apa perempuan yang memakai baju kaler hitam tadi?
Dalam 20 minit kemudian, ambulans dan polis tiba dengan serentak. Pisau yang dicucuk di belakang Diana dicabut. Pegawai polis itu meletakkan pisau di dalam plastik khas. Tubuh Diana dibawa ke dalam ambulans.
"Cik..."
"Arisya..."
"Ya Cik Arisya. Macam mana kejadian ni berlaku? Cik nampak apa-apa?"
"Saya pun kurang pasti tuan. Saya baru sahaja lalu di sini dan saya dah ternampak cik tadi tu terbaring dengan bercucuk pisau. Tapi, ada seorang wanita yang gaya macam mental lalu di sini. Tapi, saya tak berani tuduhlah..."
"Ok, tak apa. Nanti kalau ada apa-apa, kami akan hubungi awak. Awak kenal perempuan yang kena tikam tu?"
"Tak tuan."
"Tak apalah kalau macam tu. Kami gerak dulu..." Arisya hanya mengangguk.
"Ya Allah...kenapalah gejala macam ni kerap berlaku? Takut pulak aku!" Arisya segera beredar.
"Eh, tapi apa kata aku ke hospital jenguk perempuan tu? Manalah tahu ada perkara penting ke apa yang doktor nak cakap..." Arisya segera menuju ke hospital.
SAMPAI di hospital, Arisya segera bertanya tentang pesakit yang baru dihantar ke hospital tersebut. Dia segera menuju ke wad tersebut apabila diberitahu.
1 jam berlalu. Tak lama kemudian, lampu bilik rawatan kecemasan ditutup. Seorang doktor lelaki keluar. Arisya segera menuju ke arah doktor tersebut.
"Doktor...macam mana keadaan pesakit tersebut?" tanya Arisya ingin tahu.
"Kamu ni siapa?" tanya doktor tersebut.
"Saya...emm...saya kawan dia..."
"Macam nilah...dibanyakkan bersabar dan redha. Kawan cik dah tak ada. Kami gagal menyelamatkan kawan cik. Maaf...kami hanya membantu tapi yang merancang ialah Allah. Kami tak boleh buat apa-apa." kata doktor tersebut.
"Ya Allah...innalillahi wainna ilaihi rajiun!"
"Dan ini barang kawan encik...maklumlah kepada keluarga dia agar kami senang untuk berurusan tentang arwah..."
"Baiklah doktor..." Arisya membelek iPhone 5s milik Diana. Sapa nama perempuan ni?
Dia membelek beg dompet milik Diana. Oh...nama Diana Kalisha ke. Dia mencari contact number keluarga Diana.
"Mama..." Arisya segera mendail nombor tersebut.
"Hello??"
Amboi mak cik ni! Western sungguh! Kot nak bagi salam ka apa?! "Assalamualaikum auntie."
"Waalaikumussalam...siapa ni?"
"Auntie...saya Arisya. Saya nak cakap dengan auntie sikit boleh pasal Diana? Anak auntie..."
"Ada apa dengan Diana?"
"Saya harap auntie banyakkan beristighfar dan banyakkan bersabar. Diana dah tak ada. Dia dah ke rahmatullah."
"Ya Allah! Diana! Kenapa boleh jadi macam ni Arisya?"
"Diana ditikam oleh seseorang. Saya tak pasti orangnya...tapi kes ni dah sampai di tangan polis. Polis dah siasat siapa yang menikam anak auntie."
"Astaghfirullahalazim! Ok, sekarang ni kamu berada di mana? Hospital mana?"
"Hospital Gleneagles auntie."
"Baiklah kamu tunggu ya?"
"Baiklah auntie..." talian diputuskan. Ya Allah...kau sabarkanlah hati auntie tersebut. Doa Arisya.
"ARISYA!" panggil Datin Maria. Dia menuju ke arah Arisya. Begitu juga dengan Dato Haslim.
"Auntie..." Arisya menyalami Datin Maria.
"Mana anak auntie?"
"Ada dalam tu. Auntie boleh masuk tengok..." Datin Maria dan Dato Haslim segera masuk.
Selimut yang membaluti seluruh tubuh Diana ditarik. Datin Maria menangis. Ya Allah! Anakku, Diana Kalisha. Siapa yang buat kamu macam ni???
Dato Haslim turut sebak dengan pemergian anaknya. Dia mengusap bahu isterinya. "Dahlah Maria. Jangan menangis sangat. Biarkan dia pergi dengan tenang. Dekat sana, Allah jaga lagi baik dari kita menjaga dia..."
"Siapa yang buat anak kita macam ni bang?"
"Biarlah orang tu Maria. Kalau dia terlepas di dunia, akhirat dia tak akan terlepas!"
Seorang doktor masuk ke dalam wad. "Parents Diana Kalisha?"
"Ya..."
"We need to talk. Nak uruskan jenazah..."
"Ok doktor. Jom Maria..." mereka keluar mengikut doktor tersebut.
MALAM itu Zafril, Sofia, Puan Sharifah, Tuan Jeffri, Zakri, Puan Maria dan Tuan Nasri duduk di balkoni. Ada kek serta makanan yang lain. Seluruh rumah gelap. Dia menutup bekalan suis elektrik. Zarul berdiri berhampiran bekalan suis elektrik.
Qis bangun dari pembaringannya. "Apasal semua gelap ni?" Qis bangun keluar dari bilik.
"Ya Allah...gelapnya. Macam mana aku nak jalan ni? Awak..." Qis memanggil Zafril. Sampai di ruang tamu, dia terdengar jeritan surprise dan seraya itu juga bekalan suis dihidupkan. Ruang tamu menjadi terang kembali.
Qis memandang mereka semua. Party sapa pulak ni? "Party sapa pulak ni? Hari jadi ibu kan lambat lagi?"
"Ya Allah...adik yang aku sayang! Hari nikan hari jadi Qis. Takkan tak ingat?" ujar Zarul.
"Ya Allah! Lupalah..."
"Nampak sangat dah tua!" Zafril menarik hidung Qis. "Apa ni?! Suka tarik hidung!"
"Dah pergi potong kek tu." Qis perlahan menuju ke meja yang ada di balkoni dan memotong kek.
"I wish you luck in world and in the world end. Abang sentiasa sayangkan sayang tau!" Zafril memeluk bahu Qis.
"Thanks awak..."
"Ibu dan abah berdoa agar rumah tangga hang berkekalan hingga ke akhir hayat..." ujar Puan Sharifah pula.
"Zakri wish supaya abang dengan kak Qis berkekalan hingga akhir hayat..."
"Abang wish supaya dapat anak saudara banyak-banyak dan hope rumah tangga Qis dan Zafril berkekalan, panjang umoq dan dimurahkan rezeki!"
Qis mencebik dengan kata-kata abangnya. "Nak anak saudara banyak-banyak? Apa? Ingat Qis ni kilang ke apa nak bagi abang anak saudara banyak-banyak?! Kalau abang nak anak kecik, cepat-cepatlah abang kahwin dengan Sofia..."
"Dan...Qis wish supaya abang cepat kahwin dan berjodoh dengan Sofia. Abang pun bukan mudah sangat dah pun! Umur dah nak dekat 28!"
"Eleh! Dia kenakan orang pulak!" Zarul mencebik.
"Eh? Tapi ok jugak doa Qis tu. intak-mintaklah Sofia terima abang sebagai suami dia kan?"
"Amboii! Galak!" Qis kenakan abangnya.
"Apa salahnya kan?"
"Hoi! Orang sana, orang di sini sedang melamar, nak ke tak?" tanya Qis kepada Sofia.
Sofia sudah tersenyum malu? Takkan malam ni dia dilamar secara live kot? Adoyai!!! Malunya!
"Apa jawapannya?" Qis memandang Sofia.
"Tak kot..." jawab Sofia. Kemudian dia sambung, "berlawanan..."
"Alhamdulillah..." sambut mereka semua.
"Tahniah abang! Tak lama lagi! Nasi minyak!" Qis menumbuk bahu abangnya. Dalam pantang tu! Aktif lebih!
"Hebat tak abang?" Zarul mula perasan.
"Ceh! Perasan!" Qis mencebik.
"Dahlah...jomlah makan. Lapaq ni!" ujar Tuan Nasri...
"Makanlah..." ujar Tuan Jeffri.
Share this novel