Bab 28

Romantic Comedy Completed 56847

"Selamat pengantin baru, Wani! Cantik gila kau!" puji Qis. Dia memeluk Wani. Takkan nak peluk Encik Kamal pulak kan?

"Ye ke?"

"Betullah...kalau kau tak cantik, macam mana Encik Kamal boleh sukakan kau?" usik Qis sambil matanya melirik ke arah Encik Kamal.

"Perli saya ke apa ni?" soal Encik Kamal.

"Eh, taklah Encik Kamal. Saya memuji je. "

"Resepsi malam ni awak datang ye? Sunyi kalau awak tak de..." kata Encik Kamal.

"Dah apahal pulak sunyi kalau saya tak de?"

"Yalah...awak nikan pot pet pot pet..." Encik Kamal buat mimik gaya.

"Amboi Encik Kamal!"

"Sayang..." panggil Zafril. Dia tersenyum kepada dua mempelai tersebut. "Well, tahniah!" Zafril berjabat tangan dengan Encik Kamal.

"Thank you..."balas Encik Kamal.

"Plan cuti ke mana? By the way, isteri saya ni buas atau nakal tak masa dekat tempat kerja?" tanya Zafril sambil matanya melirik ke arah isterinya. Zafril hanya tersengih bila Qis menjelingnya.

"Plan macam biasalah orang selalu pergi. Ingatkan nak pergi London. Isteri awak ni? Hmm...nakalnya memanjang! Masa dekat dapur hari tu, akibat leka sangat, sampai ayam hangit dibuatnya..." Encik Kamal ketawa. Diikuti Wani. Zafril turut ketawakan isterinya.

"Amboi Encik Kamal! Bukan main erkk ketawakan saya? Ni mesti belajar dari Wani kan? Wani! Kau ajar Encik Kamal kan??" Qis menjegilkan matanya.

"Eh! Kau nak salahkan aku pulak! Dah memang perangai Encik Kamal ni jenis yang kata main lepas!" balas Wani. Sikit-sikit salahkan aku!

"Malam ni aku tak nak datang! Merajuk!" Qis berpaling membelakangi mereka.

"Merajuklah! Tak dak sapa yang nak pujuk! Ada aku kisah kau nak datang ke tak??" selamba Wani balas.

"Fine!" Qis berjalan menuju ke kereta suaminya. "Awak! Jom balik!" jerit Qis.

"Eh, saya pergi dulu! Assalamualaikum!" Zafril berlari menuju ke keretanya.

"Kenapa cakap dekat Qis macam tu?" soal Encik Kamal.

"Biarlah...eleh dia tu memang suka merajuk tak jadi. Tengoklah, malam ni dia mesti datanglah punya!" kata Wani yakin.

Dalam kereta...

"Kenapa dengan sayang ni? Muncung je?" tanya Zafril. Sejak bertekak dengan Wani tadi, muncung isterinya tak surut.

"Awak! Malam ni saya tak nak datang! Finish!" kata Qis. Dia cukup terasa dengan kata-kata Wani tadi.

"La...dah kenapa? Takkan sebab tadi kot?"

"Shut up and I don't want to answer your question!"

"Sayang...kenapa ni? Sayang terasa ke dengan kata-kata Wani tadi?"

Qis hanya diam. Malas dia nak balas soalan suaminya! Dia cukup terasa dengan apa yang Wani kata tadi.

"Sayang...jawablah," Zafril memujuk lagi.

"Kan dia dah cakap 'ada aku kisah kau nak datang ke tak' so, kalau saya tak datang pun ok je dia! Lagipun berlambak lagilah orang yang datang! Tak lut lah kalau saya sorang je yang tak datang! Mereka invite 3,000 orang. Kalau tolak saya sorang, jadilah 2,999 orang! Tak habis pun!" balas Qis keras.

Zafril hanya tersenyum. Apalah isteri aku ni! Sikit-sikit terasa. Dah kenapa? Asyik-asyik ni dia selalu terasa or sentap! Kenapa hah?? Apa-apalah isteri aku ni.

"TAK GUNA! Mereka dah berbaik?! Kurang ajar betul! Aku ingat dah bercerai ke apa! Tapi, hesy!!!" bentak Anis Rania.

Tak sengaja tadi dia mengikut kereta milik Zafril sampai ke kenduri Wani. Dah yang paling dia tak sangka, adegan mesra antara Zafril dan Qis berlaku di depan matanya.

"Sia-sia selama ni aku atur strategi!!! Semuanya hancur!! Hurgh!!" bentak Anis Rania lagi. Nak tercabut habis tudung yang dipakainya.

Pelik kan? Orang pakai tudung, tapi...haaa...jangat ingat dia ni spesis yang baik! Never!

Dia menelefon Diana Kalisha. "Diana! Semua plan kita dah hancur! Musnah! Aku ingat mereka dah bercerai, tapi sebaliknya! Mereka dah berbaik semula! From now on, aku nak kita atur strategi yang lain ok?!" talian diputuskan.

"Kau jangan ingat kau dengan Zafril akan terus bahagia! Don't dream it Qisnurul Humaira!"

QIS tersedak apabila meneguk air dengan rakus. Aduh! Sapa pulak yang dok sebut nama aku! Tak tahu ke yang aku tengah minum air ni?!

"Sayang? Itulah...lain kali baca bismillah sebelum minum air! Ini tak, terus minum!" tegur Zafril. Dia mengusap belakang isterinya.

"Orang baca dahlah! Jangan mengata dulu! Dahlah! Malas layan awak! Saya nak masuk bilik dulu! Perangai sama je dengan Wani!" Qis menepis tangan suaminya yang sedang mengurut belakangnya. Dia panjat tangga menuju ke bilik.

Kini, Qis sudah berpindah ke rumah Zafril di Bangsar. Kini, dia betul-betul menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada Zafril.

Zafril memerhati langkah isterinya menaiki tangga. Kenapa dengan isteri dia ni? Sikit-sikit sentap. Apa yang tak kena sebenarnya? Tadi siap ungkit dengan nama Wani sekali. Apa hal?

"Selalunya mana dia sentap macam ni pun? Apalah masalah isteri aku ni?" Zafril masih memikirkan tentang isterinya.

SELEPAS menunaikan solat maghrib, Zafril mendekati isterinya yang nyenyak tidur di atas katil. Dari Zohor sampai sekarang, isterinya masih tidur. Letih sangat ke?

"Sayang...sayang...bangunlah sayang. Bangun solat Maghrib. Dah nak habis waktu dah ni..." Zafril mengejutkan isterinya.

"Sayang...bangun sayang."

Qis mencelikkan matanya. Badannya terasa letih sangat. Kenapa pulak dengan aku ni? Letih tahap gaban dah ni! Selalunya tak macam ni pun!

"Sayang...bangun. Solat maghrib dulu ok?" Qis mengangguk. Perlahan-lahan dia bangun menuju ke bilik air.

Selesai menunaikan solat maghrib, Qis duduk di birai katil. Rasa macam nak tidur balik, tapi dah nak dekat solat Isyak dah. Tak payah tidur lagilah.

"Sayang...sayang masih mengantuk lagi ke? Letih?" soal Zafril prihatin. Qis mengangguk.

"Kalau macam tu, sayang tidur dulu. Lepas solat Isyak, kita bertolak ke Hilton Hotel ok? Pergi resepsi Wani pulak." kata Zafril.

"Saya tak nak pergi!" balas Qis.

"Kenapa pulak? Takkan sebab tadi kot?"

"Saya cakap tak nak pergi, tak nak pergilah! Tak faham ke?!" balas Qis keras.

"Sayang...kenapa ni? Cuba cakap dengan abang...apa masalah sayang sebenarnya?" Zafril cuba berlembut dengan isterinya.

"Tak faham ke?!"

"Ok...sayang terasa kan dengan apa yang Wani cakap tadi?" Qis berpaling mukanya ke arah lain.

"Beatiful...hey...listen to me." Zafril menarik muka isterinya supaya menghadap dengannya.

"Sayang...tadi tu Wani hanya berlawak saja dengan sayang. Kenapa sayang sensitif sangat? Selalunya, sayang tak sensitif pun?" Zafril mencubit pipi isterinya.

"Tak ada apa-apalah! Yang penting saya tak nak pergi!"

"Sayang...kita pergi ya? Kesian dekat Wani. Mesti dia tengah tunggu kita..."

"Buat apa kesiankan dia?! Kalau awak kesiankan dia, awak pergilah! Saya tak nak!"

"Sayang...sayang cuba fikir ye. Apa perasaan dia kalau sayang tak ada dan apa pulak perasaan sayang kalau Wani tak ada masa kita tengah menyambut hari bahagia kita? Apa yang sayang rasa?" Zafril masih memujuk.

Qis mendengus. Namun, sedikit sebanyak kata-kata suaminya masuk ke dalam hatinya.

"KENAPA dengan awak ni? Gelisah je..." tanya Encik Kamal. Dari tadi dia asyik memerhatikan isterinya yang sudah dengan salinan pakaian pengantin untuk majlis malam ni.

"Saya call Qis tapi dia tak angkat. Kenapa ni? 5 minit lagi majlis dah nak start..." kata Wani. Dia masih menelefon Qis.

"Itulah...kan saya dah cakap. Jangan berlebih tadi tapi dengan confidentnya awak cakap dia akan datang. Tengok apa dah jadi sekarang? Awak gelisah macam cacing tak senang duduk!" kata Encik Kamal sambil membetulkan koler bajunya.

"Yelah..saya tahu saya salah. Tapikan, Qis nampak peliklah. Selalunya kalau saya terjah dia, dia tak sentap pun. Ini sentap pulak..."

"Itu dulu. Mungkin apabila dah kahwin, hormon bertukar...bukan menentu semuanya."

"Apa jangan..."

"Dia mengandung?" teka Wani.

"Mungkin jugak!" sambut Encik Kamal.

"Kalau betul, arghh!! Tak lama jadi mak ciklah saya!" kata Wani dengan gembira. Kalaulah betul kawan dia berbadan dua sekarang ni...bahagianya!

"Awak pulak akan jadi ibu!" seloroh Encik Kamal bersama sengihan nakal.

"Gatal!" Wani tersenyum.

"Alah...Qis jadi datang ke tak ni?? Majlis dah nak mula!" Wani gelisah di tempat duduknya. Encik Kamal duduk di sebelah isterinya. Dia merangkul bahu isterinya.

"Insya-Allah..dia datang. Qis kan sayangkan awak. Dia merajuk sekejaplah tu..."

Tok! Tok! Tok!

"Majlis dah nak mula! Pengantin perempuan dan pengantin lelaki sila keluar..." kata seseorang.

"Macam mana kalau Qis tak datang?"

"Insya-Allah dia datang," kata Encik Kamal lalu tersenyum.

Mereka berdua melangkah ke pintu bilik. Bila buka pintu...

"Qis!!!" terjerit Wani. Dia memeluk tubuh Qis. Ya Allah! Ingatkan dia tak datang!

"Aku ingatkan kau tak datang!" luah Wani.

"Mestilah aku datang meraikan hari bahagia kawan aku..." kata Qis.

"Kau tak merajuk dah dengan aku?"

"Adalah sikit...tapi tak apalah! Jom ke dewan sekarang!" Qis dan Zafril mengiringi pasangan pengantin tersebut hingga ke dewan makan.

Qis dan Zafril duduk di meja yang disediakan. Mereka memerhatikan pasangan yang tersenyum duduk di atas pelamin.

"Cantiknya Wani..." puji Qis.

"Isteri abang lagi cantik!" kata Zafril pula. Qis tersenyum. Ada-ada je suami aku ni!

Mereka makan apabila dijemput makan. Qis makan dengan berselera sekali. Entah kenapa dia makan banyak pulak. Tadi bukan main tak nak makan. Katanya tak selera.

Zafril memerhatikan isterinya. Mak aihh!! Tadi kata tak berselera, tapi ini lebih dari selera!

"Sayang lapar ke?" tanya Zafril.

"Emm...tiba-tiba pulak berselera tengok makanan ni..." balas Qis.

Dahsyat isteri aku ni! Nasib baik meja ni khas untuk family aku. Kalau tak...

"Abang tak bagi akak makan ke?" tanya Zakri.

"Amboi! Jaga sikit ok!" jawab Zafril.

"Qis...mama tengok Qis makin berisi sekarang. Qis makan banyak ke? Apa yang Zafril bagi Qis makan sampai mama tengok dia makin gemuk?"

"Macam biasa jelah..."

"Itulah...papa pun tengok Qis ni makin berisi. Jangan-jangan...Qis berisi tak?" teka Tuan Nasri. Puan Marina sudah berseri-seri. Kalau betullah Qis mengandung, meriahlah rumah besar tu nanti dengan suara tangis bayi! ujar Puan Marina dalam hati.

"Isy papa ni. Takkan secepat ni?" Qis masih ragu-ragu. Lagipun dia dah terlepas period 3 minggu dah ni.

"Manalah tahu rezeki datang cepat..." kata Tuan Nasri.

"Betul tu sayang..." muka Zafril juga berseri-seri.

Qis hanya tersengih. Kalau betullah dia sedang mengandung, alhamdulillah. Dia akan bergelar ibu! Yeay!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience