Bab 24

Romantic Comedy Completed 56847

Qis membetulkan posisi tidurnya. Sedapnya tidur! Taklah sejuk sangat. Rasa suam-suam je. Tapi macam pelik je. Kenapa aku rasa bantal peluk aku keras hah? Lepas tu berhaba pulak tu!

Perlahan-lahan dia membuka matanya. Alamak! Dia tidur dekat atas?! Qis segera bangun dari pembaringannya. Amboi! Sedapnya dia peluk aku! Tahulah aku bagi dia tidur atas katil ni pun! Tapi, bukan boleh suka suki hati dia ja nak peluk aku! Ini tahap melebih ni! Ada jugak yang kena tolak jatuh katil!

Dahlah tak berbaju! Fikir badan kau sexy? Hesy! Badan macam hulk incredible! Berotot sangat! Selalu pergi gym ke apa ni? Badan kecik tapi berotot. Macam popeye!

"Weyh! Bangun! Bangun! Pukul berapa kau sampai?" tanya Qis sambil menggerakkan bahu Zafril.First time sentuh badan dia. Rasa lain macamlah pulak!

"Bangunlah...dah pukul 10.00 pagi dah ni. Kau sampai pukul berapa semalam?" soal Qis. Dia menunjal bahu Zafril.

"Emm...aku sampai empat pagi. Aku mengantuklah..." dengan selamba, dia menarik Qis ke dalam dakapannya.

"Hoi!! Lepaslah! Isy! Geli!" Qis menolak tubuh Zafril. Ingat aku ni teddy bear dia ka? Suka hati dia je nak peluk!

"Temanlah aku tidur. Aku mengantuk ni..." Zafril bersuara manja.

"Yang mengantuknya kau, bukan aku. Isy! Lepaslah! Aku nak pergi mandi!" Qis cepat-cepat nak keluar dari bilik sebab dia free hair. Walaupun Zafril boleh tengok mahkotanya, tapi dia tak bersedia lagi nak bagi Zafril tengok mahkotanya.

Yang aku pun apahal tak prepare terus semalam? Kan dia dah nampak!

"Tak payahlah mandi. Kalau nak mandi, kita mandi sama-sama...temanlah aku tidur..."

"Geli aku!! Dah! Tepi! Lepaslah! Aku nak pergi mandi ni...kalau kau nak tidur, tidurlah..."

Kasihan dengan rayuan Qis, Zafril melepaskan pelukannya lalu menyambung tidurnya kembali. Qis segera turun dari katil. Tudungnya dicapai serta pakaian lalu ke tandas.

Selepas mandi, Qis kembali ke biliknya. Terkejut dia apabila melihat Zafril yang berada di hadapannya. Dah kenapa? Dah tu tersengih pulak. Mengigau ke apa?

"Dah kenapa kau ni?"

"Tak ada apa-apalah...tandas ada sapa-sapa tak? Aku nak mandi..."

"Tak ada..."

Zafril segera menuju ke tandas. Dirinya disapa oleh Puan Sharifah.

"Lepas mandi, kita makan sama-sama ya?"

"Baiklah ibu..."

Usai mandi, dia segera masuk ke dalam bilik. Qis kelam kabut memakai tudung. Hesy! Masuk kotlah nak ketuk pintu dulu! Ini main terjah ja!

"Dah apahal kau nak pakai tudung segala depan aku?" soal Zafril.

"Ikut suka hati akulah! Tak kacau usus kau pun!" balas Qis.

"Come on dear. I have seen everything last night. Your beautiful hair...yourself...makes my lust uncontroll. Hampir je aku nak terterkam kau semalam..." Zafril tersengih nakal.

Glurp! Dah kenapa dia ni? Dah tu dia langkah mai dekat aku kenapa? "Kau nak buat apa? Kalau kau try to do something, aku jerit!"

"Kenapa nak jerit? Takut aku buat..." pantas tangannya menarik tudung yang tersemat di kepala isterinya.

"Hesy! Suka betul buat orang jadi gila! Apa dah kena dengan wayar kau ni sebenarnya? Sekejap betul, sekejap tak."

Zafril memegang bahu Qis. Dia merenung mata Qis dalam-dalam. Qis memandang ke arah lain. Tiba-tiba pulak rasa berdebar-debar bila Zafril melihatnya sebegitu rupa.

"Aku mintak maaf..."

Qis menjongketkan keningnya. "Dah kenapa nak kena mintak maaf?"

"Kau janganlah buat-buat lupa..."

"Kan aku dah cakap yang aku dah maafkan kau...tak payahlah nak ungkit."

"Hati kau tak ada siapa yang tahu kecuali Allah...betul ke kau dah maafkan aku? Kalau betul, aku nak kau pandang mata aku dan cakap kau dah maafkan aku..."

Qis masih memandang ke arah lain. Berdebar bila nak pandang mata suaminya. Dah kenapa dengan aku ni? Selalunya main tikam mata tak ada apa-apa pun.

"Qis..." Zafril memegang muka Qis agar Qis memandangnya. "Look at me..."

Perlahan-alahan Qis memandang anak mata Zafril. Jantungnya berdegup kencang. Ya Allah...dah kenapa aku nak rasa macam ni pulak?? Duhai jantung, janganlah buat aku macam ni. Aku dah rasa sesak nafas dah ni!

"Said that you already forgive me sincerely..."

"Aku...aku...emm...a...a...ku d..dah ma...maa...maafkan kau," tergagap-gagap Qis berkata. Zafril tersenyum.

"Tapi...aku ada satu soalan. Aku harap kau jawab dengan jujur," kata Qis.

"Apa?"

"Kenapa kau selalu menuduh aku tanpa usul periksa dulu? Macam dulu...perkara aku ditangkap khalwat dengan kau dan juga lelaki yang aku tak kenali tu?"

Zafril menggaru kepalanya. Apa aku nak cakap ni? Takkan aku nak berterus terang kot? Pasal aku kena tangkap khalwat dengan dia tu memang aku tak ada reason kenapa aku marahkan dia tapi masa Qis kena tangkap khalwat dengan lelaki lain hari tu, atas alasan dia marah Qis ialah sebab dia cemburu.

"Hello! Jawablah..."

"Ok, macam ni. Alasan serius aku tak ada. First, masa kita kena tangkap khalwat dekat taman masa tu memang aku tak ada reason and why aku marahkan kau tapi masa kau kena tangkap khalwat dengan lelaki stranger hari tu sebab aku marah kau ialah..."

"Ialah...??"

"Ok, kau jangan gelak!"

"Promise..."

Zafril menghembuskan nafasnya. "Aku cemburu..."

Qis tahan gelak. Sikit lagi je nak terburai ketawa dia. Tak tahan, ketawanya pecah jua. Senak perut dia dibuatnya.

"Apahal kau gelak?"

"Kau jeles? It's funny my hubby!" Qis ketawa lagi.

"Qis! I'm not kidding! I'm seriously jealous what I've seen you with that stranger guy at the hotel!" ketawa Qis terhenti.

"Sejak bila Zafril Husni ni pandai jeles hah?"

"Sejak aku sayang dan cintakan kau..." ujar Zafril membuatkan Qis terpaku. Dia...what?? Are you kidding me kitty?

"Qis...aku serius sayang dan cintakan kau. Could you be my wife forever?"

Dia lamar aku ke apa ni? Hesy! Macam dramalah pulak! Teringat cerita Isteri Separuh Masa...'sudikah awak menjadi isteri separuh masa saya?' kata-kata Nazrin Syah masa melamar Medina Izwani dalam bilik. (Jangan fikir yg bukan2 ya... :) )

"Ok...aku tahu aku banyak sakitkan hati kau selama ni tapi give me one more chance. Aku nak perbetulkan kesilapan aku. Please Qisnurul Humaira..."

Alah...dia merayulah pulak! Yang ni aku lemah sangat ni! Zafril...kenapa kau jadi macam ni?

"Apa kau nak suruh aku buat supaya kau maafkan aku?"

Qis tersenyum meleret. "Kita masuk bendang nak? I mean sawah padi. Ok?"

"Ok kalau itu yang boleh buat kau maafkan aku..."

"Zaf...aku tak mintak lebih pun sebenarnya. Aku just nak kau faham aku. Jangan salah faham atau buat conclusion tanpa bertanya dekat aku dahulu macam hari tu. Aku tak tahan Zafril..."

"Sorry...aku janji aku tak buat lagi...kalau aku buat jugak, kau bunuhlah aku ok?"

"Betul? Ok, deal!" Qis tersenyum.

"Macam mana? Jadi tak nak masuk sawah?"

"Hesy! Tak payahlah...saja je test kau tadi."

"Ooo...kenakan akulah yerr??"

"Mana ada? Test je...dahlah. Jom keluar. Aku nak makan. Lapar..."

"Before that, boleh kita tukar panggilan kita?"

"Habis tu nak panggil apa?" Qis menjongketkan keningnya.

"Abang...aku panggil kau sayang...ok?"

Haish! Geli pulaklah aku! Tapi, kalau aku panggil dia abang, bila aku nak panggil abang aku yang satu lagi, dua-dua menoleh.

"Kalau aku panggil kau awak boleh? Sebab kalau aku panggil abang aku, kang kau pun terperasan sama...boleh? You keep on calling me sayang..."

"Ok..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience