Bab 33

Romantic Comedy Completed 56847

Sofia masuk ke dalam wad. Sebelum masuk, dia baca bismillah dulu. Tujuannya adalah supaya mata itu tak asyik melihatnya sahaja. Ada-ada jelah Sofia ni...

"Awak..." panggil Sofia.

Zarul membuka matanya apabila terdengar satu suara memanggil. Dia memandang Sofia yang berdiri di sebelah katilnya.

"ya?"

"Awak nak makan sekarang?"

"Boleh jugak..." Sofia membuka bungkusan sandwiches tersebut lalu diserahkan kepada Zarul. Sebelum itu, dia membetulkan kedudukan Zarul.

Macam bini pulak dia ni jaga aku! kata Zarul dalam hati. Tapi, apa salahnya kan kalau dia jadi bini aku betul-betul kan?? Eh!! Apa yang kau melalut ni Zarul? Astaghfirullahalazim! Melebihi had 90km/j dah tu!

Tapi, Sofia ni comel apa. Seronok pulak bila dia jaga aku...hehehe...sesoai sangat buat bini! Ya Allah! Apa yang hati kau dah melalut sangat ni?! Hesy! Aura gatal masa nilah jugak dia nak mai!

"Nak lagi?" tanya Sofia apabila sandwiches tersebut sudah habis dimakan. Zarul hanya menggeleng.

"Nak air.." Sofia menyerahkan botol mineral kepada Zarul. Selepas minum, dia menyerahkan kembali botol mineral tersebut lepada Sofia.

"Saya nak tanya sikit boleh?" pinta Zarul.

'Apa pulak yang abang hensem ni nak tanya?' "Apa dia?"

"Waktu saya tak sedar lagi, saya dengar awak panggil saya abang hensem. Boleh saya tahu kenapa?" aku ni hensem ke? Eh, boleh tahan!

Alamak! Dia tahulah pulak! Malunya aku! Terasa pipinya kebas. Confirm dah merah! Macam mana dia tahu? Waktu tu bukan dia 'pengsan' ke? Macam mana dia dengar??

"Saja...sebab awak ni hensem sangat..." alamak! Terlepaslah pulak!

Zarul ketawa. "Saya ni hensem ke?"

Isy! Dia boleh buat-buat tanya pulak! "Bolehlah..."

"Tapi, saya memang hensem kan?"

"Eh tak lah! Ah Hiong yang saya jumpa tepi jalan tu lagi hensem dari awak!" seloroh Sofia. Cover malu.

"Awak comel apa..." oppss! Terlepas cakap! Apa dah jadi dengan kau ni Zarul?

Hah? Abang hensem kata aku ni comel? Ahahaha!!! Bangganya kena puji! Ok, dah nak kembang mangkuk aku! Dah naik 4 sentimeter dah ni!

"Mana ada. Awak ni..." nafi Sofia. Dia ni nak ngorat aku ke? Puji segala...

"Eh! Dah nak dekat pukul 2.00 petang. Saya balik dulu...Insya-Allah, malam ni saya datang melawat. Kejap lagi, kak Qis datang pulak. Kirim salam saya dekat kak Qis tau!"

"Ok..." Sofia segera beredar keluar.

Sofia! Macam mana kau boleh terlepas cakap yang dia tu hensem! Mesti dia tengah seronok gelakkan kau sekarang ni!

"Comellah budak Sofia ni. Gelabah semacam bila terlepas cakap..." kata Zarul.

"DIANA KALISHA! Awak tahu tak apa yang kawan awak dah buat?!" kasar pertanyaan Zafril.

"Apa??" Diana Kalisha blur apabila diserang tiba-tiba.

"You know that my brother-in-law get into hospital because your friend behaviour! Don't you know it??! Or you pretending don't know??!" kata Zafril tegas.

"What??! Abang ipar awak masuk hospital? Zafril...saya sumpah saya tak tahu pun yang Anis Rania rancang plan dia pada malam tu. Sebab selalunya kalau dia nak rancang apa-apa, dia akan bagitahu or call saya dulu. Tapi, malam tu dia tak ada pulak call saya..." kata Diana Kalisha jujur. Langsung dia tak dapat maklumat dari Anis Rania.

"So?? Sekarang awak ada apa-apa maklumat??"

"Tak ada lagi...tapi awak jangan risau. Saya akan pergi rumah dia hari ni dan tanya pasal semua ni..."

"Tapi, kita ada ramai saksi dan satu saksi dah dapat tahu plat kereta Anis..."

"Good...saya akan kumpulkan lagi maklumat bagi kukuhkan lagi bukti kita..." kata Diana Kalisha. Zafril hanya memandang kosong.

Mesti pelikkan macam mana Zafril dan Diana Kalisha boleh berhubung? Nak tahu cerita?? Alah...cerita jelah...

Flash back...

"Diana!! Kau buat jelah apa yang aku suruh! Penat ja aku bayar kau kalau kau malas nak bekerja!!! Cepat! Pergi buat kerja!" mahu tak mahu, dia terpaksa ikut arahan.

"Diana!!! Lepas ni, kau kemaskan rumah aku tau! Aku nak keluar kejap! Nak uruskan plan kita!" Anis Rania segera keluar dari rumah.

"Kau ingat aku maid??!" bentak Diana Kalisha.

Pada sebelah malam, Diana Kalisha pulang. Dia menuju ke meja makan. Tak ada makanan? Diana ni tak masak ke?!

"Diana!!!!" jerit Anis Rania.

"Ada apa?"

"Mana makanan?! Aku lapar ni!!!"

"Lah...aku ingatkan kau makan dekat luar...aku tak masaklah..." kata Diana Kalisha.

"Hey!" Anis Rania menarik rambut Diana Kalisha. "Kau dengar sini baik-baik! Aku balik ke tak ke, kau kena masak macam biasa! Ingat! Aku boss dalam rumah ni! Kau kena ikut arahan aku faham?!" rambut Diana Kalisha dilepaskan.

"Sekarang, aku nak kau masak! Aku lapar!!" bentak Anis Rania. "Make sure, aku habis mandi, makanan dah tersedia! Faham?!" Diana Kalisha hanya mengangguk. Anis Rania menuju ke biliknya.

"Ya Allah...aku dah tak sanggup nak jadi kuli dia. Apa yang harus aku buat??" dia memulakan masakannya.

Akibat tak tahan dengan perangai Anis Rania, dia memberi alasan yang family dia mintak dia balik ke rumah mereka. Anis Rania yang percaya hanya membenarkan. Sejak itu, dia bertekad untuk bocorkan rahsia Anis Rania dan hendak berpakat dengan Zafril untuk balas dendam kembali kepada Anis Rania.

PINTU wad ditolak. Qis masuk ke dalam wad tempat abangnya dirawat. Ketika itu Zarul sedang tidur.

Qis membawa bekal bubur untuk abangnya. Namun, melihat bungkusan sandwiches yang ada di atas meja, Qis hanya tersenyum. 'Mesti Sofia dah bagi abang aku makan.'

'Pandai Sofia jaga abang aku. Kalau jadi bini abang aku pun boleh jugak!' Eh?! Apa yang kau fikirkan ni Qis? Ada pulak!

Zarul tersedar dari lenanya yang panjang. Dia memandang ke sebelah. Dia tersenyum. "Qis?? Dah lama sampai?"

"Baru je..."

"Abang bau macam makanan sedap je. Qis bawak apa?"

"Power sungguh hidung abang ni. Qis bawak bubur ayam je...abang nak makan ke?"

Dengar saja bubur ayam, terus perut Zarul berkeroncong minta diisi. "Boleh jugak. Dengar je bubur ayam Qis, terus buat abang lapar..."

Qis membuka bekas tupperware yang diisi bubur ayam. Sebelum tu, QIs membetulkan kedudukan abangnya. Dia menyuap abangnya. Sweet kan??

"Habis abang makan...lapar sangat ke?" tanya Qis.

"Laparlah jugak. Tadi makan sandwiches je yang dibeli Sofia tadi. Bolehlah cover lapar ni sikit..."

"Sofia mana?"

"Dia balik rehat. Kan Qis nak datang? Jadi dia baliklah. Dia kata malam ni maybe dia datang."

"Oh..."

"Zafril mana?"

"Kerja..."

"Qis datang naik apa?"

"Datang dengan Zafril lah...tapi Zafril kata dia mintak maaf sebab tak dapat melawat abang. Dia ada urgent meeting..."

"Tak apalah...abang faham cara dia kerja. Abang pun kerja jugak..."

"Macam mana baby? Sihat? Dah makan?"

"Dah...jangan risaulah... semuanya dijamin terjaga!" kata Qis. Mereka berdua ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience