Bab 31

Romantic Comedy Completed 56847

"Diana...aku rasa kita kena ubah strategi. Kita dah tak boleh target Qis dan Zafril lagi!" ujar Anis Rania.

"Habis tu, target siapa?" tanya Diana Kalisha.

"Kita akan target abang Qis iaitu Zarul Aiman. Kita buat hidup abang dia pulak jahanam! Dia sekarang tengah bermain dengan api! Nasiblah kalau hidup dia lepas ni malang!"

"Kau nak buat apa?" tanya Diana Kalisha ingin tahu.

"This time kita takkan guna konco-konco kita tapi aku sendiri yang versi uruskan.." Anis Rania tersenyum sinis versi jahat.

"Okay...I just take a look what you want to do brother Zarul Aiman..."

"Diana...itu bukan ke Qis?" panjang muncung Anis Rania menunjuk arah Qis.

Diana berpaling. "Yalah..."

"Jom ikut dia...sounds like intip!"

"Boleh!"

Perlahan-lahan mereka ikut langkah Qis sehingga ke gedung pakaian baby kiko. Anis Rania dan Diana Kalisha memandang sesama sendiri.

"Apa yang dia buat dekat kedai baby ni?" tanya Diana Kalisha. Anis Rania menjongketkan bahunya.

"Apa jangan-jangan..."

"Isy! Tak mungkinlah Zafril aku dah 'pakai' dia. Zafril masih setia kepada aku tau!" sangkal Anis Rania lebih kepada perasan seorang diri.

Diana Kalisha mencebik. Kau ingat aku suka sangat ikut kau ke sana ke sini Anis Rania? Huh! Aku hanya pergunakan kau jelah Anis Rania! Youre alone! Sebenarnya aku pengintip yang diupah oleh Zafril Husni!

'Kau dah masuk perangkap kami Anis Rania!' kata Diana Kalisha dalam hati.

"Aku rasakan mereka berdua ni dah 'rasmi'lah Anis. Qis tu mana ada lagi kak ipar begitu jugak Zafril mana ada lagi adik ipar!" kata Diana Kalisha.

"Mungkin jugak! Kalau macam tu, aku akan pastikan kandungan dia gugur!" kata Anis Rania jahat.

Teruskan niat mu Anis Rania! Sebab plan kau ni akan hilang dan musnah dalam sekelip mata!

Aku mintak maaf Anis sebab khianat kau tapi aku tak sanggup jadi kambing hitam kau sepanjang masa! Jadi orang suruhan kau tak berbayar dan selalu didera! Aku tak sanggup! Aku bukan mak sanggup yang sanggup ikut cakap kau setiap masa!

Perangai kau lebih kepada Mak Tiri Bawang Putih! Jahat!

"Weyh! Apa yang kau tenung tu? Jom! Dia dah blah dah tu!" Diana Kalisha terpaksa ikut langkah Anis Rania yang sedang mengekori Qis.

Qis terasa dirinya seperti diekori. Dia menoleh ke belakang. Ada dua orang wanita yang tak dikenali tapi sedang bercakap sesama sendiri. Qis buat dont know. Dia meneruskan langkahnya. Namun, dia rasa yang sama lagi.

Dia menoleh ke belakang. Diana Kalisha?! Apa dia yang ekori aku?! Mesti sebelah dia tu Anis Rania!

Qis membaca isyarat tangan Diana Kalisha yang menyuruhnya dia lari sekarang! Qis yang faham dengan isyarat Diana Kalisha segera berlari masuk ke dalam tandas.

Di dalam tandas, Qis sedang memikirkan kejadian tadi. Kenapa Diana suruh aku lari? Bukannya dia sekutu Anis ke? Tapi...kenapa hah? It makes me wonder!

"Apa-apa jelah! Janji aku terselamat dari Anis Rania!" kata Qis.

"Weyh! Dia lari ke mana?!" mata Anis Rania melilau mencari kelibat Qis. Dalam sekelip mata, bayangan Qis sudah tiada.

'Aku suruh dia lari!' ujar Diana Kalisha dalam hati. Tak sanggup aku tengok dia jadi mangsa gila kau!

"Kau nampak dia pergi ke mana?!"

"Tak!"

"Dahlah jom balik..."

ZAFRIL membaca SMS yang baru dihantar oleh Diana Kalisha. SMS tersebut membuatkan Zafril nak terkeluar jantung bacanya.

Jaga Qis baik2! Pompuan gila nak bunuh anak dalam kandungan Qis tu! Lagi satu dia nak buat something abang ipar awak! Suruh abang ipar awak berhati-hati ok?

Sanggupnya Anis nak bunuh benih dia! Aku mesti kawal Qis dengan ketat kali ini. Tapi, sekarang QIs pergi mana??

"Assalamualaikum!" laungan orang memberi salam melegakan hati Zafril. Dia segerea mendapatkan Qis.

"Waalaikumussalam! Sayang pergi mana?"

"Lah...tadikan saya dah bagitahu awak yang saya keluar tengok pakaian baby..."

"Oh...lupa pulak! Maklumlah dah tua!"

"Bukan umur kita sama ke?"

"Yalah...abang lahir bulan satu, sayang bulan lapan...abang lagi tualah!" seloroh Zafril.

"Sayang...abang laparlah...sayang tolong masak boleh?"

"Nak makan apa?"

"Nak nasi goreng jelah...taklah susahkan sayang sangat..."

"Good husband!" puji Qis.

"Tak tahu lagi ke suami sayang ni baik?" Zafril mula perasan.

Qis mencebik. "Tak..." Zafril hanya tersenyum.

Zafril memeluk tubuh isterinya dari belakang. "Sayang...abang nak lepas ni sayang lebih care bila dekat luar sana boleh? Tak pun, kalau sayang nak keluar ke mana-mana, sayang inform abang dan abang hantar ke mana je sayang nak pergi."

Qis mengerutkan dahinya. "Dah kenapa dengan awak ni? Demam ke? Kalau macam tu, ofis macam mana?"

"Ofis tak apa. Zakri boleh handle..."

"Awak...jangan harpkan Zakri je. Zakri pun need your help dekat ofis tu. Tak apa, saya janji saya akan hati-hati walau di mana saya berada ok?"

"Betul? Janji dengan abang ok?" Zafril tidak terlalu menekankan isterinya. Takut isterinya syak sesuatu. Dia tak nak isterinya risau.

"Saya janji!" Zafril mengeratkan lagi pelukannya.

Kenapa dengan suami aku ni? Tiba-tiba pulak. Selama aku keluar sendiri, tak ada pulak dia cakap macam ni walaupun memang ada jugak kadang-kadang. Cuma, suara dia tak serisau macam ni. Ada apa sebenarnya?

"Abang naik atas kejap ok?" Zafril melepaskan pelukannya lalu ke biliknya. Dia mencapai telefon bimbitnya. Dia menelefon nombor Zarul.

"Assalamualaikum abang...saya ada nak cakap something sikit boleh?"

"Saya nak cakap pasal Anis Rania..."

"Saya nak abang sentiasa hati-hati dengan pergerakan abang ok? Anis Rania nak buat sesuatu dekat abang..."

"Baiklah abang. Saya akan jaga Qis elok-elok. Oklah abang, saya letak dulu. Assalamualaikum!" selepas talian diputuskan, Zafril turun ke bawah.

"Tak siap lagi ke sayang?"

"Sikit lagi awak..."

"Dah siap!" nasi goreng tersebut dicedok ke dalam mangkuk. Zafril segera mencapai sudu dan mangkuk berisi nasi goreng tersebut dibawa ke meja makan. Qis hanya menggeleng. Macam tak makan setahun!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience