Qis terjaga dari tidurnya. Emm... sedapnya tidur! Katil empuk je... taklah sakit pinggang sangat! Hah?! Atas katil? Qis bangun dari pembaringannya. Dia memandang sekeliling bilik tersebut.
Ini bukan bilik aku! Aku dekat mana ni?? Dia memandang sekeliling katil. Hah?!
"Arghhh!!!" Qis menjerit bila dia didapati tidur sekatil dengan Zafril.
Jeritan Qis membuatkan Zafril terjaga dari tidurnya. Dia menutup mulut Qis. Isy! Keturunan apalah si Qis ni? Jerit kalah nenek dinasour!
"Apa kau ni terjerit -jerit macam nampak pak belang?!" soal Zafril. Qis mengerling.
"Kaulah! Kenapa kau ada atas katil ni?!" nasib baik tudung ada lagi!
"Hoi! Kau dah lupa ke? Ini rumah aku dan bilik aku! Ikut suka hati akulah nak tidur dekat atas katil ni. Macam lagu Kaka ft Sleeq....bukan hal aku." Zafril buat loya buruk.
"Kenapa tak letak aku atas sofa je? Hesy! Suka ambik kesempatan dalam kesepian kan?!"
"Amboi! Cakap biar berlapis ok! Aku bukan jenis macam tu ok! Dahlah semalam kau bukan main sedap tidur. Yang aku penat urut kau! Kotlah nak cakap terima kasih!"
"Siapa suruh? Lagipun kau yang gatal nak urut aku sangat kan?! Jangan nak salahkan aku pulak!"
"Dah..dah. Sekarang kau pergi mandi. Aku nak tidur kejap. Lepas kau habis mandi, kejutkan aku."
"Aku mana ada baju! Aku bawa diri aku je semalam!"
"Sini ikut aku..." Zafril menarik tangan Qis supaya mengikutnya. Zafril membuka almari bajunya.
"See. Dalam ni, ada pakaian kau. Semua keperluan kau ada. Jangan risau. Aku dah prepare if ada emergency macam ni."
"Err..." Qis terkedu. Takkan semua ni dia beli? Yang 'tu' pun ada! Masya-Allah! Malu siot!
"Kenapa? Malu? Alah...tak payahlah nak malu sangat! Dah, pergi mandi! Ingat! Lepas mandi, kejutkan aku!" Zafril membaringkan badannya ke atas katil.
Tanpa berlengah lagi, Qis mengambil pakaian yang diperlu lalu masuk ke dalam bilik mandi.
Selepas mandi, Qis memakai tudung. Dia menuju ke katil. Nyenyak benor mamat ni tidur. Nak gena kejutkan dia pulak tu! Ni yang aku malas ni!
"Zafril..." Zafril masih lena.
"Zafril..." dia memegang bahu Zafril.
Isy! Sesungguhnya mamat ni memang liat nak bangun!
"Zafril! Bangun! Assolatu sunnata tarawih!!!" jerit Qis betul-betul di telinga Zafril.
Zafril bangun dengan tergesa-gesa. Degupan jantungnya berdegup dengan laju. Memang gila! Dia memandang Qis dengan pandangan tak puas hati!
"Bangun pun! Ingat kan tak nak bangun dah!" Qis memerli Zafril.
"Kau ni memang nak kena dengan aku kan?!" bentak Zafril. Terkejut dia apabila terdengar jeritan Qis.
"Kau tu yang pekak badak! Aku kejutkan dah nak dekat sepuluh kali tapi, kau tetap tak bangun..." bohong Qis. Walhal baru dua kali.
"Kalau ye pun, tak boleh ke kau kejutkan aku dengan halus sikit? Ini tak, macam atuk dinasour nak bertekak je!" Zafril bangun mencapai tualanya lalu ke bilik mandi.
Dia kata aku macam atuk dinasour nak bertekak? Memang tak sekolah mangkuk ni! Kalau aku macam dinasour, dia pulak macam kingkong! Sesuailah dengan dia!
QIS turun menuju ke ruang makan. Bapak punya besar ini rumah! Kena panjat tangga. Lenguh habis kaki aku! Dahlah aku ni jenis malas nak panjat tangga!
"Selamat pagi mama!" sapa Qis ketika melihat Puan Marina sedang membantu pembantu rumah menghidangkan sarapan pagi.
"Selamat pagi. Macam mana pinggang Qis? Dah ok?" soal Puan Marina prihatin.
"Alhamdulillah...dah ok sikit. Semalam Zafril tolong urutkan..." ujar Qis.
"Oh ya? Alhamdulillah..."
"Mama masak ke semua ni?"
"Ha arr...tak semuanya. Mama hanya masak pancakes tu je. Zaf mana? Tak bangun lagi?"
"Dia tengah mandi tadi...kejap lagi turunlah tu."
"Hai!" ujar satu suara.
"Awalnya anak mama bangun?" ujar Puan Marina. Zakri hanya tersenyum.
"Kalau Zakri bangun lewat...mama bebel. Kalau Zakri bangun awal pun, mama asyik pertikai je."
"Bukan pertikai cuma pelik je..."
"Kak Qis?" soal Zakri.
"Ya..."
"Oh...by the way, abang baik tak dengan akak? Ke...dia still macam dulu lagi?" soal Zakri lagi.
"Still...tak apa. Memang semua tu salah akak pun kan?"
"Kenapa akak cakap macam tu? Zakri percaya yang akak tak bersalah dalam hal ni. Zakri dari dulu syak yang ada orang yang kenakan abang dengan akak. Lagipun Zakri syak seseorang, tapi tak surelah. Takut jadi fitnah nanti."
Qis mengerutkan dahinya. "Siapa yang Zakri syak?"
"Zakri syak Anis dengan Dianalah...mereka berdua yang tak puas hati sangat dengan akak kan?"
Qis berfikir sebentar. Memang mereka berdua tak puas hati dengan mereka tapi... takkanlah??
"Ok...tak apalah. Lagipun sekarang akak pun tengah siasat tentang ni jugak. Zakri tolong akak ok?"
"InsyaAllah akak. Kalau Zakri boleh tolong, Zakri akan tolong. Akak jangan risau!"
"Hah! Dua orang ni tengah sembang pasal apa pulak ni?" tiba-tiba suara Zafril menyapa mereka.
"Hah?! Tak ada apa-apalah...saja sembang-sembang kosongkan?" Qis menyiku lengan Zakri.
"Arr...ha arr abang. Sembang kosong-kosong je. Maklumlah dah lama tak jumpa kan..."
"Ye ke? Ke ada yang berpakat nak perangkap abang lagi?" Zafril melihat ke arah Qis. Ada makna.
Qis mengetap bibirnya. Faham sangat makna dia! Fikir aku bodoh! Huh! Dasar kingkong berlagak pandai tahu kesemuanya.
"Emm...memang pun! Aku rancang dengan Zakri untuk perangkap kau dengan aku dekat hotel pulak!" Qis merenung tajam ke arah Zafril. Kau nak main dengan aku sangat kan?
Amboi! Minah ni! Kalau jawab, memang sungguhkan?? Yang mulut aku ni pun satu. Suka sangat nak terlepas!
"Qis, Zafril, Zakri...jom makan! Mama dah laparlah..." ujar Puan Marina.
"Baiklah mama..." Qis duduk di sebelah Puan Marina. Zafril duduk di sebelah Qis manakala Zakri duduk berhadapan dengan mereka.
"Mama...papa mana?" soal Zafril.
"Papa dia ke Hong Kong. Ada majlis amal sekaligus tentang projek di sana..."
"Mama tak pergi?"
"Tak memandangkan anak dan menantu mama ada. Takkan nak tinggal macam tu je kan?"
Zafril hanya tersenyum sumbing. Mama...hmm, sapa tak kenal kan? Kalau ada something special...Hong Kong ke, London, New York, Australia, Birmingham, Amsterdam...semua dia lupakan.
Share this novel