Bab 1

Romantic Comedy Completed 56847

Lima tahun ke belakang...

"Mana dia ni? Kata nak jumpa aku dekat taman? Tapi kelibat dia pun aku tak nampak lagi..." Qisnurul Humaira mengelilingi taman tersebut. Cari gerangan yang ingin bertemu dengannya. Dahlah nak jumpa aku pun malam-malam!

"Aduh! Sapa pulak yang nak jumpa aku ni?" keluh Zafril. Dia menuju ke taman tersebut. Tadi dia mendapat satu mesej yang mengatakan Qis nak jumpa dia di taman.

Sedang Qis berjalan, tiba-tiba tubuhnya dirempuh oleh seseorang. Dua-dua jatuh.

"Aduh!" terjerit Qis dibuatnya. Dia melihat gerangan yang merempuhnya. Zafril? Dia buat apa dekat sini?

"Zafril? Kau buat apa dekat sini?" tanya Qis. Apahal pulak tiba-tiba dia ada dekat sini? Oh ya! Lupa pulak aku! Kan dia hantar SMS dekat aku supaya jumpa aku dekat taman ni.

"Kau boleh tanya? Sepatutnya aku yang tanya kau. Kenapa kau suruh aku datang sini?" tanya Zafril hairan. Dia yang ajak aku, dia pulak yang lupa.

"Aku ajak kau? Eh, bukan kau ke yang suruh aku datang sini?" Qis pula menyoal. Pening pulak tiba-tiba.

"Hah?! Aku tak ada pulak text kau!" balas Zafril.

"Aku pun tak ada pulak text kau." balas Qis.

Aduh! Sapa punya kerjalah ni! Dah aku dengan dia je! Seram pulak aku! Aduh! Sial betul! Siapa yang text aku dengan dia hah?!

"Assalamualaikum! Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami mendapat laporan yang mengatakan ada pasangan kekasih sedang buat benda tak elok dekat sini. Kamu berdua ni dah kahwin ke?" tanya salah seorang pegawai yang sedang bertugas.

"Hah?!" Zafril memandang Qis. Apa semua ni? Aku dengan dia ber...??? Oh what the shame! Gila ke apa! Seteruk aku ni tak adalah nak rosak anak dara orang tengah-tengah malam ni!

Qis memandang Zafril dengan rasa yang tidak percaya. Aku dengan dia ditangkap? Siapa punya kerjalah ni??!

"Tapi tuan kami tak buat apa-apa pun."

"Berdua dalam keadaan yang gelap macam ni boleh menimbulkan maksiat! Kamu berdua ikut kami ke balai! Cepat!" arah pegawai tersebut.

"Tuan! Tuan tak faham ke yang kami tak buat apa-apa pun! Kami terserempak! Takkan yang itu pun tak boleh nak faham?!" bentak Qis. Angin taufan dia dah datang. Pantang tok nenek dia kalau orang tak percaya lepas tu menuduh pulak buat benda tak elok!

"Qis..." tegur Zafril. Tahu sangat angin si Qis. Silap hari bulan muka pak cik ni dia rimbuk.

"Apa?! Weyh! Aku cakap benda yang betul! Suka suki hati dia je nak tuduh kita buat benda yang tak senonoh!"

"Kamu berdua boleh buat penerangan di balai..." ujar pegawai tersebut lagi.

"Tuan! Kami sumpah yang kami tak buat apa pun! Tengok! Baju kami masih lengkap dan tudung dia pun tak tercabut lagi dari kepala!" ujar Zafril pula.

"Ikut kami ke balai! Kamu berdua boleh buat penerangan di situ!" ujar pegawai itu tegas.

Qis dan Zafril tak boleh nak kata apa. Teranglah macam mana pun, pegawai tu tetap tak nak percaya. Maklumlah...dia kan alim! gumam Qis dalam hati.

Jangan cakap yang aku dengan dia kena kahwin?? No! Aku tak nak! Aku tak nak! Aku baru tujuh belas tahun kot! Nak ambik SPM. Oh my!!!

Di balai...

"Apa yang Zaf dah buat ni?!" soal Tuan Nasri.

"Apa pa? Zaf tak buat apa pun! Zaf sumpah Zaf tak buat apa pun dengan si Qis ni! Kami berdua ada di situ sebab ada SMS yang suruh kami ke sana!" bentak Zafril. Tak suka dia dituduh buat benda yang tak senonoh dekat anak dara orang!

"Habis? Macam mana sampai boleh kena tangkap ni?!" tanya Tuan Nasri lagi.

Zafril meraupkan mukanya. Apa ni?! Mentang-mentang dia lelaki! Nak suruh bertanggungjawab! Macam tu?! Mana adil!

"Manalah tahu pa! Qis! Baik kau cakap dengan aku! Kau yang rancang semua nikan?! Kau nakkan harta aku kan?!" tiba-tiba Zafril menuduh Qis.

"Apa kau ni?! Kau ingin au nak sangat kahwin dan ambik harta kau?! Sorrylah! Walaupun aku miskin tapi maruah aku lagi tinggi dari family kau!" marah Qis. Aish!! Muka dia ni aku tengok macam sotong dah! Macam nak bubuh la ni jugak!

"Habis?! Macam mana kita boleh kena tangkap macam ni?! Aku rasa kau dengan aku je yang dapat SMS ni? Tak ada orang lain!" kata Zafril lagi.

"Zaf...janganlah tuduh-tuduh dulu..." ujar Puan Marina. Ibu Zafril.

"Ma! Kalau bukan sebab dia ni ma...kami tak akan tertangkap macam ni!" bentak Zafril. Menuduh lagi!

"Hoi! Kau cakap biar berlapik! Kau fikir aku ni perempuan murahan ke hah?! Mulut kau tu baik jangan cakap bukan-bukan sebelum mulut kau tu makan sepakan aku!" kasar bahas Qis.

"Kau..."

"Sudah! Sudah! Jangan nak bergaduh dekat sini...emm nama anak ni siapa?" tanya Tuan Nasri.

"Kenapa pak cik nak tahu?" Qis menjeling.

"Macam ni, pak cik dah bayar ikat jamin kamu. Jadi, pak cik nak tahu siapa nama anak ni?"

"Qisnurul Humaira...panggil je saya Qis," jawab Qis malam. Ini semua sebab mulut loji kumbahan nilah! Buat aku hilang mood je.

"Oklah...Qis ada family dekat sini?"

"Ada...kenapa pak cik tanya?"

"Qisnurul Humaira!" jerit seseorang tiba-tiba. Qis menoleh. Alamak! Abah! Mampus aku! Aku nak cakap apa ni?!

Tiba-tiba, satu tamparan kuat singgah di mukanya. Qis meraba pipinya. Pedih.

"Abah..."

"Hang jangan panggil aku abah! Aku tak ada anak yang suka menconteng arang ke muka orang tua dia sendiri! Aku tak sangka hang jadi macam ni!" marah Tuan Jeffri.

"Abang...sabar. Kita dengarlah dulu penjelasan Qis..." pujuk Puan Sharifah.

"Kita nak dengar apa lagi?! Dia dah conteng muka kita! Qisnurul Humaira! Hang dengar sini baik-baik! Mulai sekarang, aku tak mengaku yang hang ni anak aku lagi! Hang boleh berambus! Hang jangan balik! Kalau hang balik, mampus hang aku kerjakan! Ni beg hang! Dah, jom balik!" Tuan Jeffri menarik tangan isterinya beredar dari situ.

"Abah!!" jerit Qis. Namun, jeritannya buat tak endah.

"Qis.." panggil Zarul. Abang Qis.

"Abang...Qis tak buat benda ni semua! Qis tak buat!" Qis memeluk abangnya.

"Ye...abang tahu. Dahlah, berapa ikat jamin ni?" tanya Zarul.

"Tak apalah...pak cik dah bayar. Anak ni siapa?" tanya Tuan Nasri.

"Saya abang Qis. Zarul Aiman..."

"Oh..pak cik Tuan Nasri..."

"Berapa harganya pak cik? Biar saya bayar balik..."

"Eh, tak apalah. Pak cik ikhlas. Tapi, sebelum balik, boleh pak cik nak bincang sesuatu dengan Zarul?"

"Apa dia pak cik?"

"Kita berbincang di luarlah...." mereka menuju ke luar balai.

"Ok, pak cik ingat pak cik nak nikahkan Qis dengan Zafril. Kamu setuju?"

"Hah?! Nikahkan? Tapi, adik saya masih muda. Baru from 5. Takkanlah kot pak cik?" Zarul hampir ternganga. Dahlah adik dia super monster energy. Sekali mengamuk...habis!

"Samalah macam anak pak cik. Anak pak cik pun baru form 5. Anggap jelah kita buat semua ni untuk menutup malu keluarga kita. Macam mana?"

"Saya tak berani buat keputusan pak cik. Apa kata pak cik bincang dengan abah saya? Biarlah dia yang menentukan..."

"Baiklah...kalau macam tu, kamu bagi nombor telefon ayah kamu. Biar pak cik bincang dengan dia..."

Tanpa banyak soal, Zarul memberi nombor telefon abahnya. Minta-mintalah abah dia tak berangin masa tu. Amin!

PERKARA yang tak disangka oleh Qis dan Zafril ialah mereka terpaksa berkahwin. Dalam jangka waktu yang terdekat. Mereka berdua terpaksa bersetuju. Majlis perkahwinan diadakan secara kecil-kecilan di rumah Qis.

"Aku terima nikahnya Qisnurul Humaira binti Jeffri dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai..." dengan sekali lafaz, Qis sah menjadi isteri kepada Zafril.

Selepas sesi fotografi, mereka berdua bertemu dengan tetamu. Ada yang tersenyum, ada yang memandang dengan sinis. Lantak kaulah! Nak kata apa pun, kau katalah!

Selesai mandi, Qis memakai tudungnya lalu menuju ke dapur. "Ibu!"

"Isy! Qis ni suka terkejutkan ibu. Nak apa? Lapar?" tanya Puan Marina.

"Memang pun! Ada apa ibu?"

"Gulai ayam ada lagi. Makanlah..." Qis segera mencedok nasi dan gulai ayam lalu dimakan.

Selesai makan, Qis menuju ke bilik. Letihnya tahap tak boleh blah dah ni. Yes! Dia tak ada lagi.Yahoo!!! Dia segera baringkan badannya di atas katil. Tak sampai lima minit, dia terus lena diulit mimpi.

Zafril yang baru habis bersembang dengan tetamu masuk ke dalam bilik. Dia memandang isterinya yang sudah lena diulit mimpi. Dia tersenyum. Dah kenapa dengan aku ni? Tiba-tiba tersenyum? Haish...Zafril! Wake up!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience